UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
18512012
Thesis
Phytochemical study on Ochrosia Oppositifolia and Kopsia Singapurencis (Apocynaceae)
Tan, Siow Ping
The phytochemical study on two Malayan plants viz., Ochrosia oppositifolia and Kopsia singapurensis Ridl. (Apocynaceae) was investigated for their chemical constituents, which involved extraction and separation using various chromatographic methods and structural elucidation by spectroscopic techniques such as ultraviolet (UV), infrared (IR), nuclear magnetic resonance (NMR) including 1D-NMR (¹H, ¹³C, and DEPT), 2D-NMR (¹H-¹H COSY, HSQC, and HMBC) and MS (GC-MS). The structures of the compounds were also elucidated by comparison with previous works. Isolation of chemical constituents from the leaves of O. oppositifolia yielded two new indole alkaloids with corynanthean (C-type) skeletons, namely N(4)-hydroxymethylisoreserpiline 189 and N(4)-acetylisoreserpiline 190. Six known triterpenes were successfully isolated from the bark of K. singapurensis, which were identified as β-amyrin 191, β-amyrin acetate 192, β-amyrenone 193, lupeol 194, lupeol acetate 195, and stigmasterol 196......

166 hits

18522014
Thesis
Isolation of alkaloids from Alseodaphne pendulifolia Gamd. (Lauraceae) and their biological activities
Muhammad Hafiz Husna Hasnan
The purpose of this study is to extract, isolate and elucidate the structure of alkaloid constituents from barks of Alseodaphne pendulifolia Gamb. (Lauraceae) and to determine the biological activities (antiplasmodial, cytotoxicity, antibacterial and antioxidant) against the isolated alkaloids. The samples were collected from Sg. Temau Forest Reserve, Kuala Lipis, Pahang and Sg. Tekam Forest Reserve, Jerantut, Pahang, Malaysia. The isolation and purification of alkaloids were done using various chromatographic techniques including chromatotron, column, preparative thin-layer and thin-layer chromatography. The structure elucidations of the isolated alkaloids were established by NMR spectral data using various 1D-NMR (¹H, ¹³C, and DEPT) and 2D-NMR (COSY, HMQC/HSQC, HMBC, H2BC, HSQC-TOCSY and NOESY) techniques, aided via UV, IR, MS data and also by comparison with data from the literature.Further isolation process of the plants yielded four types of isoquinoline alkaloids: aporphine, a.....

242 hits

18532013
Thesis
Pelaksanaan kaedah Tutor Rakan Sebaya (TRS) dalam kalangan guru kimia di sekolah menengah harian Daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor
Thong, Sheau Pyng
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan kaedah Tutor Rakan Sebaya (TRS) dalam pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah menengah harian. Kekangan dan faktor-faktor kekangan dalam pelaksanaan kaedah TRS serta hubungan antara pengalaman mengajar guru kimia dengan pelaksanaan kaedah TRS juga dikaji. Kajian ini melibatkan kesemua 87 guru kimia daripada 44 buah sekolah menengah harian di daerah Kluang dan Batu Pahat, negeri Johor. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif, dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferens. Pengiraan kekerapan diubah dalam bentuk peratusan dan mod ditentukan. Analisis statistik inferens yang terlibat ialah ujian Khi Kuasa Dua dan korelasi Cramer's V. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan kaedah TRS dalam kalangan guru kimia di sekolah menengah harian daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor adalah pada tahap sederhana. Kekangan semasa pelaksanaan kaedah TRS adalah daripada aspek ma.....

359 hits

18542005
Thesis
Pembinaan dan keberkesanan penggunaan Perisian Multimedia Elektrokimia dalam pengajaran dan pembelajaran Kimia Tingkatan 4
Hasnira Embong
Dalam kajian ini, penyelidik telah membangunkan Perisian Multimedia Elektrokimia (PME) dan mengkaji keberkesanan PME sebagai bahan bantu belajar. PME direka bentuk selaras dengan kandungan sukatan mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 dalam topik elektrokimia. Metodologi pembangunan PME dibuat berasaskan model reka bentuk Alessi dan Trollip (2001). Tutorial telah digunakan sebagai pendekatan pedagogi utama, selain latih tubi dan simulasi. Pembangunan PME dilakukan secara sistematik berasaskan teori-teori pembelajaran yang merangkumi teori behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme. Perisian pengarangan Authorware 6.5 digunakan sebagai pelantar utama, manakala Macromedia Flash 5 digunakan untuk membina elemen-elemen animasi. Satu soal selidik telah dijalankan dalam kalangan guru-guru Kimia di sekolah-sekolah menengah daerah Batang Padang untuk menilai PME. Pada keseluruhannya, responden memberi penilaian yang positif terhadap isi kandungan, reka bentuk interaksi, reka bentuk persembahan dan .....

229 hits

18552012
Thesis
The identification of learning approaches and reflective thinking among form six biology students
Ong, Wei Siang
This quantitative non-experimental study examined two major purposes involving students' approaches to learning, reflective thinking, and academic achievement in pre-university biology students. The primary purpose of this study was to evaluate the learning approaches and the progression of reflective thinking levels among pre-university biology students, as well as the influence of gender. The secondary purpose was to study the relationship between learning approaches, reflective thinking levels, prior academic achievement, and current academic achievement.The sample consisted of 36 students enrolled in an urban public secondary school in Ipoh. An independent-sample t-test and a paired-sample t-test were conducted to examine students' learning approaches and reflective thinking levels, respectively. A one-way ANCOVA was conducted to examine the effect of gender on their reflective thinking. For the relationship determination, a correlation analysis was used to examine the relationship.....

222 hits

18562010
Thesis
Gubahan lagu tempatan untuk pembangunan produk: modul ensembel instrumental rekoder
Sajastanah Imam Koning
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan bahan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri dan identiti tempatan. Pendekatan yang digunakan adalah melalui penerapan lagu-lagu tempatan dalam bahan yang dibangunkan khusus untuk ensembel rekoder bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Dengan sistem latihan berpandukan buku kaedah pancaragam barat, melodi-melodi tempatan seperti lagu rakyat, lagu tradisional, dan lagu ciptaan penggiat muzik tempatan untuk kanak-kanak digunakan sepenuhnya menggantikan lagu-lagu barat yang sering dijadikan asas utama dalam pembelajaran bilik darjah di sekolah-sekolah di Malaysia. Produk yang dibangunkan dalam bentuk modul pembelajaran instrumental rekoder dalam bilik darjah kemudiannya diuji melalui temubual dan perbincangan dengan guru-guru muzik lain yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan..

262 hits

18572012
Thesis
Strategi pengajaran dan pembelajaran seni arca sekolah menengah atas daerah Seratok, Sarawak
Razali Sulong
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan strategi pengajaran dan pembelajaran seni arca oleh guru Pendidikan Seni Visual peringkat menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5. Dalam kajian ini, empat buah sekolah menengah di Daerah Saratok, Sarawak telah dipilih. Kajian ini mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran strategi yang digunakan dalam mengajar arca. Turut dikaji dalam kajian ini ialah keselarasan pengajaran dan pembelajaran dengan kehendak kurikulum pendidikan di Malaysia, iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes kualitatif. Data yang diperoleh adalah melalui pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru, temu bual terhadap guru, dan analisis terhadap arca yang dihasilkan oleh pelajar. Dengan berteraskan konsep dan prinsip strategi pengajaran dan pembelajaran serta rujukan teori dan model pengajaran dan pembelajaran, data dianalisis menggunakan model analisis interaktif Miles dan Huberman. Dapatan kajian menunjukka.....

244 hits

18582011
Thesis
Modul Asas Permainan Tabla India dalam Pendidikan Muzik
Ariputhiran Narayanan
Laporan projek pembangunan ‘Modul Asas Permainan Tabla’ ini disediakan untuk memenuhi keperluan kursus SPM 6006 dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk membantu dan menyediakan pilihan bahan pengajaran kepada sekolah-sekolah yang sedang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Muzik KBSM. Produk ini disediakan khusus untuk guru-guru muzik dan pelajar-pelajar di IPGM dan IPTA yang ingin mempelbagaikan bahan pengajaran elemen ritma dan tidak hanya bergantung kepada alat-alat moden yang dibekalkan sahaja. Dalam pada itu, penghasilan produk ini akan dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Produk ini dibangunkan dengan berpandukan struktur buku Gaya Dewan. Untuk tujuan penilaian produk yang dihasilkan, temu bual telah dijalankan dengan 3 orang guru muzik yang masing-masing mempunyai pengalaman mengajar melebihi 10 tahun. Dapatan daripada temu bual menunjukkan bahawa semua responden bersependapat.....

170 hits

18592013
Thesis
Penerapan literasi visual dalam Pendidikan Seni: satu kajian kes potret keluarga Kapitan Cina di Larut dan Matang
Liu, Cheng Hua
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis potret keluarga Kapitan Cina dengan menerapkan literasi visual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk kajian kes. Kaedah yang digunakan dalam mengumpul data ialah temu bual dan analisis artifak. Dalam kajian ini, foto potret keluarga Kapitan Cina yang terdiri daripada tujuh keping dianalisis dengan menggunakan pendekatan intraestetik dan ekstraestetik untuk mengenal pasti makna tersurat dan tersirat yang terdapat di dalam potret-potret tersebut. Kajian ini didukung oleh dua teori, iaitu Teori Ikonografi oleh Panofsky dan Teori Apresiasi oleh Feldman. Di samping itu, tiga orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah ditemubual untuk mengenal pasti serta memahami mengenai potret-potret tersebut. Dapatan kajian memperlihatkan Kapitan Cina mempunyai reputasi dan imej tersendiri dari segi kebudayaan, nilai-nilai dan sosio-ekonomi. Pakaian serta aksesori yang d.....

238 hits

18602011
Thesis
Penggunaan kibod dalam membantu masalah lemah bacaan semerta di kalangan pelajar muzik Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar Perlis
Martha Tom
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meninjau penggunaan kibod dalam membantu masalah lemah bacaan semerta di kalangan pelajar muzik Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar, Perlis. Masalah ini wujud kerana pelajar cenderung untuk menghafal bunyi atau pic pada melodi dan bermain muzik secara ‘by heart’ sahaja. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 15 orang pelajar. Dalam kajian ini, data dikumpul melalui beberapa cara seperti soal selidik, temu bual, pra-ujian dan membuat pemerhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik yang telah dirancang di dalam Rancangan Mengajar Harian. Rancangan Mengajar Harian tersebut telah dilaksanakan selama 12 sesi pengajaran. Sepanjang proses pengajaran, beberapa latihan pengukuhan teori muzik dan juga latihan amali yang berfokus kepada aspek nilai not, corak irama, detik dan tempo telah disediakan dan dilaksanakan semasa pengajaran di dalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati, setelah .....

226 hits

[ First ] [ Prev ] Page 186 of 1148 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.