|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 2061 | 2023 Article | Kesahan dan kebolepercayaan soal selidik analisis keperluan pembinaan modul kaunseling kelompok hibrid bagi guru pelatih Nurul Shuhada Sharif Mudin Kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan Soal Selidik Analisis Keperluan Pembinaan Modul Kaunseling Kelompok Hibrid bagi guru pelatih. Pembinaan modul kaunseling kelompok yang dibina adalah bagi membantu guru pelatih berkaitan isu tekanan, daya tahan dan kesejahteraan diri terhadap guru pelatih. Soal selidik analisis keperluan ini diberikan kepada tiga orang panel pakar bagi menentukan kesahan soal selidik sebelum diedarkan kepada responden kajian. Seterusnya, kajian rintis melibatkan seramai 32 orang kaunselor universiti awam yang mempunyai pengalaman mengendalikan isu guru pelatih telah dipilih untuk mengukur kebolehpercayaan soal selidik dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil analisis data menunjukkan bahawa, nilai kesahan soal selidik adalah tinggi dengan peratus persetujuan pakar sebanyak 92.86%. Manakala analisis ujian kebolehpercayaan yang dijalankan menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronba..... 618 hits |
| 2062 | 2023 Article | Kepentingan penggunaan Perisian Berasaskan Multimedia terhadap kefahaman konsep PdP PSV bagi SJKC Yong,Yeat Fang Kepentingan penggunaan perisian berasaskan multimedia terhadap kefahaman konsep Pengajaran dan Pembelajaran PSV bagi SJKC adalah kandungan penggunaan perisian berasaskan multimedia yang mempunyai pembelajaran abad ke-21, KBAT, nota teori pendek yang ringkas, menggunakan kombinasi elemen multimedia seperti penggunaan teks, animasi, audio, imej, video dan kawalan pengguna yang menarik dapat membantu memberikan kefahaman jelas, tepat dan tidak membosankan. Guru secara tidak langsung dapat menampilkan sifat profesional dengan kepakaran dan keilmuan agar nampak lebih yakin dan telah bersedia mengajar dalam kelas. Satu kaedah kajian yang digunakan ialah kajian reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein (2007). Kajian DDR tersebut melibatkan empat fasa komprehensif. Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyelidik memperkenalkan penggunaan perisian berasaskan multimedia sebagai bahan bantu belajar bagi guru-guru PSV khususnya dalam pro..... 259 hits |
| 2063 | 2023 Article | Hubungan di antara ketagihan internet dan Fear of Missing Out dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar: satu kajian rintis Suhaila Abdul Wahab Ketagihan internet dan Fear of Missing Out (FoMO) kini menjadi fenomena global dan semakin membimbangkan terutama dalam kalangan remaja. Remaja luar bandar juga berpotensi mengalami ketagihan internet dan FoMO. Individu yang mengalami ketagihan internet dikaitkan dengan tingkah laku FoMO. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketagihan internet dan FoMO pelajar sekolah menengah di luar bandar. Selain itu, kajian juga adalah untuk mengkaji hubungan perkaitan antara ketagihan internet dan FoMO dalam kalangan pelajar. Kajian kuantitatif ini melibatkan 145 orang pelajar yang berusia 16 tahun terdiri daripada 57 pelajar lelaki dan 88 pelajar perempuan dari lima buah sekolah menengah luar bandar di Negeri Selangor. Data dikumpulkan melalui instrumen Malay Version Internet Addiction Test (MVIAT) dan Fear of Missing Out Scale (FoMOS) untuk mengukur tahap ketagihan internet dan FoMO dan diedarkan secara dalam talian melalui Google Form. Analisis deskriptif dan inferensi telah dijalank..... 437 hits |
| 2064 | 2023 Bulletin | Inspirasi Universiti Pendidikan Sultan Idris keluaran 12/2023 Bil 19 Bahagian Komunikasi Korporat 563 hits |
| 2065 | 2024 Bulletin | Inspirasi Universiti Pendidikan Sultan Idris keluaran 4/2024 Bil 20 Bahagian Komunikasi Korporat 478 hits |
| 2066 | 2024 Bulletin | Inspirasi Inside Terkini di UPSI Bil 41 / 11 November 2024 Universiti Pendidikan Sultan Idris 171 hits |
| 2067 | 2024 Bulletin | Inspirasi Inside Terkini di UPSI Bil 40 / 4 November 2024 Universiti Pendidikan Sultan Idris 169 hits |
| 2068 | 2024 Bulletin | Inspirasi Inside Terkini di UPSI Bil 39 / 28 Oktober 2024 Universiti Pendidikan Sultan Idris 202 hits |
| 2069 | 2024 Bulletin | Inspirasi Inside Terkini di UPSI Bil 38 / 21 Oktober 2024 Universiti Pendidikan Sultan Idris 191 hits |
| 2070 | 2005 Thesis | Stail kepimpinan guru besar sekolah rendah dan hubungannya dengan tekanan kerja guru di daerah Kota Bharu, Kelantan Shamsuddin Mat Yaacob Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara stail kepimpinan Guru Besar
dengan tekanan kerja guru. Kajian ini khususnya mengenalpasti korelasi antara stail
kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau timbang rasa dengan tekanan kerja
guru. Kajian ini juga meninjau perbezaan stail kepimpinan Guru Besar berdasarkan faktor
demograhi seperti jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Sejumlah
346 orang guru dari lapan buah sekolah rendah di daerah Kota Bharu, Kelantan menjadi
responden kajian. Alat ukur ‘Leader Behaviour Questionnaire’ (LBDQ) digunakan untuk
mengukur stail kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau dimensi timbang rasa.
Alat ukur ‘Teacher Job Stress Questionnaire’ (TJSQ) digunakan untuk mengukur enam
faktor tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, kekangan masa, pengiktirafan
professional, kekaburan peranan dan konflik peranan. Sampei kajian dipilih secara rawak
berstrata. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan bantu..... 285 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 207 of 1118 | [ Next ] [ Last ] |