UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
21612023
Article
Pengaruh persekitaran pembelajaran dalam meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak Tadika satu kajian kes
Mohamad Albaree Abdul
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh persekitaran pembelajaran dalam meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak. Kajian ini berbentuk kajian kes yang melibatkan seramai empat orang sampel kanak-kanak berusia enam tahun yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak lelaki dan satu orang kanak-kanak perempuan, dan seorang guru tadika yang telah dilaksanakan di sebuah tadika di sekitar Alam Jaya, Selangor. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah pemerhatian berpandukan instrumen borang senarai semak yang telah diadaptasi dan kaedah temu bual untuk mendapatkan pandangan guru. Hasil dapatan objektif kajian 1 menunjukkan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak dilihat menunjukkan perubahan yang sangat ketara iaitu berada pada tahap yang positif selepas melibatkan diri dalam persekitaran pembelajaran. Hal ini menggambarkan bahawa aspek persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk perkembangan emosi kanak-kanak. Manakala, hasil dapa.....

339 hits

21622023
Article
Pembangunan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun
Nik Nurul Anis Nik Abdullah
Kajian ini bertujuan membangunkan permainan kad bacaan dengan mengintegrasikan kaedah belajar sambil bermain bagi kanak-kanak 4 tahun. Jadi, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan kad bacaan dalam membantu kemahiran membaca kanak-kanak 4 tahun. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan Model ADDIE yang melibatkan lima fasa iaitu, analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan, dan penilaian. Pensampelan kajian menggunakan pensampelan kebarangkalian secara rawak mudah. Sampel kajian melibatkan tiga fasa, iaitu seramai 30 orang guru tadika dan prasekolah bagi fasa analisis, dua pakar kesahan dan 30 orang pakar pelaksana bagi fasa reka bentuk, dan 30 orang guru tadika di daerah Muallim bagi fasa perlaksanaan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik, iaitu Soal Selidik Analisis Keperluan Pembangunan Kad Bacaan, Soal Selidik Kandungan Kad Bacaan Kanak-kanak 4 Tahun, dan Soal Selidik Kebolehgunaan bagi Kad Bacaan Kanak-kanak 4 Tahun. Kesemua instrumen menunjukkan nilai kebol.....

411 hits

21632024
Final Year Project
Pembangunan Kad Nota Ringkas Gravit" bagi Topik Kegravitian dalam Pembelajaran Fizik dan kebolehgunaannya dari perspektif pelajar tingkatan empat
Yap, Zhen Yi
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Kad Nota Ringkas Gravit bagi Topik Kegravitian dalam Pembelajaran Fizik dan menguji kebolehgunaannya dari Perspektif pelajar Tingkatan 4. Reka bentuk kajian adalah Pembangunan dan Tinjauan dengan menggunakan pendekatan Kuantitatif. Teknik persampelan pada kajian ini ialah Teknik Persampelan Berkelompok. Sampel kajian terdiri daripada 2 orang Guru berpengalaman Fizik sebagai kesahan pakar, 10 orang pelajar Tingkatan 4 pada kajian rintis, dan 30 orang responden pada kajian lapangan. Instrumen dalam kajian ini adalah Borang Kesahan Pakar dan Soal Selidik Kebolehgunaan Kad Nota Ringkas Gravit. Data kajian dianalisis menggunakan Perisian Statical Packages for Social Science(SPSS) untuk menilai Peratus Persetujuan Pakar, nilai Kebolehpercayaan Cronbach- Alfa, nilai min dan sisihan piawai untuk tahap kebolehgunaan. Instrumen yang dibangunkan mendapat kesahan peratus persetujuan yang tinggi iaitu 96.88% bagi Kad Nota Ringkas Gravit dan 93.7% b.....

372 hits

21642024
Final Year Project
Tahap kesediaan dan motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21
Mohd Hery Wansyah Bakri
Tujuan kajian ini ingin mengenalpasti tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) serta hubungan antara tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21. Kajian korelasi ini melibatkan 70 orang guru pelatih Fizik UPSI yang dipilih melalui pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian merupakan borang soal selidik (Google Form) yang menggunakan skala Likert empat mata dan seterusnya dianalisis secara deskriptif dan inferensi (Spearman’s Rho) menggunakan perisian Pakej Statistik bagi Sosial Sains (SPSS) untuk mengenalpasti tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21 serta hubungan antara tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21 adalah di tahap yang sederhana dengan nilai min = 3.38 (s.p = 0.450). Manakala tahap motivasi .....

596 hits

21652024
Final Year Project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan E-Lectrofun bagi subjek Kimia tingkatan 5
Mohamad Faiz Farhan Ramli
Pencemaran alam sekitar yang berlaku sering dikaitkan dengan pelaksanaan aktviti kimia yang membebaskan gas berbahaya yang boleh memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar bahkan terhadap kesihatan serta keselamatan pelajar.Kajian ini dijalankan bagi membangunkan modul bahan bantu mengajar yang dinamakan e- Lectrofun bagi pelajar Kimia tingkatan 5 serta menguji kebolehgunaan modul tersebut. E-Lectrofun merupakan modul digital yang merangkumi eksperimen berbentuk simulasi bagi topik elektrokimia (Standard kandungan 9.3 dan 9.4, DSKP) dan berkonsepkan Kimia hijau. E-Lectrofun dibangunkan berpandukan model ADDIE. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian pembangunan menggunakan kaedah kuantitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang penilaian kesahan dan soal selidik persepsi. Persetujuan pakar dalam menilai instrumen kesahan ini dikira menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 27.0 untuk mendapatkan nilai Kappa Cohen. Nilai.....

412 hits

21662024
Final Year Project
Correlation study between students existing knowledge of acid and base with environmental sustainability awareness
Onn, Jacqueline Zhi En
This study was conducted to justify the correlation between students’ existing knowledge of acid and base with environmental sustainability awareness. A total of 100 form 4 science stream students were involved in this study. The research design was a correlational study and used quantitative analysis based on student performance test and environmental sustainability awareness questionnaire. Student performance test was used to examine the level of students’ existing knowledge of acid and base. Meanwhile, environmental sustainability awareness questionnaire was applied to identify the level of students’ environmental sustainability awareness. Expert validation was analysed using Cohen’s Kappa. Kappa value for both instruments is 1.00 from two experts. In addition, reliability of the instruments was analysed using Cronbach’s Alpha. The Cronbach’s Alpha values for instruments of test and questionnaire are 0.724 and 0.785 respectively. Findings from the test conduct.....

447 hits

21672024
Final Year Project
Pembangunan dan persepsi pelajar terhadap kebolehgunaan e-Modul Salt-To-Us penyediaan garam dalam bidang pembelajaran Asid, Bes dan Garam
Nur Azura Shuhaimi
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengenal pasti persepsi kebolehgunaan e-modul Salt-To-Us bagi standard kandungan penyediaan garam dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Berdasarkan analisis keperluan yang telah dijalankan dalam kalangan guru-guru kimia, kebanyakan topik yang susah untuk disampaikan kepada pelajar adalah topik asid, bes dan garam. Setelah menganalisis daripada kajian-kajian lepas, subtopik yang sukar adalah penyediaan garam iaitu penyediaan garam tak terlarutkan dan garam terlarutkan. Hal ini kerana, pelajar mengalami kesukaran untuk membezakan proses penyediaan bagi kedua-dua jenis garam ini. Objektif pertama kajian ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan e-modul Salt-To-Us bagi subtopik penyediaan garam terlarutkan dan garam tak terlarutkan yang mempunyai kesahan yang baik dalam kalangan pelajar kimia tingkatan empat. Objektif kedua adalah untuk mengkaji persepsi pelajar tingkatan empat terhadap kebolehgunaan e-modul Salt-To-Us bagi subtop.....

711 hits

21682023
Article
Kajian rintis analisis keperluan terhadap pembangunan modul pengajaran pemakanan seimbang terhadap kefahaman dan sikap murid prasekolah
Wan Nur Afni Wan Risad
Pengambilan makanan yang sihat perlu dipupuk bermula dari rumah pada peringkat awal kanak-kanak supaya menjadi satu amalan sepanjang hayat. Kajian ini merupakan kajian rintis bagi fasa analisis keperluan berdasarkan Model ADDIE yang digunakan sebagai rujukan model reka bentuk dalam pembangunan modul untuk mengenal pasti keperluan guru prasekolah terhadap pembangunan modul pengajaran dalam membimbing murid prasekolah berkaitan pemakanan seimbang. Data diperoleh melalui kaedah analisis deskriptif yang digunakan untuk menganalisis data kajian yang telah dikumpulkan. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) telah digunakan untuk mengira purata dan sisihan piawai bagi setiap item soalan yang terdapat dalam borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang guru prasekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Instrumen kajian pula terdiri daripada borang soal selidik yang telah diedarkan melalui kaedah Borang Google. Dapatan kajian rintis analisis keperluan ini m.....

739 hits

21692024
Final Year Project
Pembangunan dan persepsi guru pelatih terhadap kebolehgunaan permainan Chembox-Roll konsep Mol, formula dan persamaan Kimia
Noratiqah Muhammad Shah
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan ChemBox – Roll dan mengkaji persepsi guru pelatih terhadap kebolehgunaan permainan. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan berdasarkan model ADDIE iaitu analisis (analysis), reka bentuk (design), pembangunan (development), pelaksanaan (implementation) dan penilaian (evaluation). Sampel kajian yang digunakan bagi mengkaji persepsi guru pelatih terhadap kebolehgunaan permainan ChemBox – Roll ini adalah seramai 80 orang yang terdiri daripada guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia (ISMP Kimia) semester 7 (UPSI). Sampel dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Instrumen kajian adalah instrumen soal selidik yang telah mendapat kesahan pakar dan dianalisis menggunakan kaedah Peratus Persetujuan Pakar. Analisis data kesahan pakar bagi kesahan kandungan, kesahan muka dan kesahan instrumen soal selidik masing – masing adalah sebanyak 82.5%, 90.0% dan 94.89%. Dapatan kajian yang telah diperoleh .....

413 hits

21702024
Final Year Project
Kajian eksperimen kuasi permainan Uno Bond Kit bagi ikatan Kimia
Rosmawanis Rusdy
Kajian ini adalah kajian eksperimen kuasi yang bertujuan untuk menilai keberkesanan permainan Uno Bond Kit (UBK) terhadap topik ikatan kimia. Sampel kajian ini terdiri daripada 36 orang murid tingkatan empat dari sebuah sekolah di Rawang, Selangor. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif menggunakan instrumen praujian dan pascaujian. Dapatan kajian dianalisis menggunakan SPSS versi 24. Hasil daripada kajian ini menunjukkan min pencapaian murid dilihat meningkat selepas pembelajaran menggunakan UBK berbanding dengan min pencapaian murid sebelum pembelajaran menggunakan UBK. Manakala nilai z dan signifikan praujian bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan adalah Z= -1.897, sig=0.058 (p > 0.05) bagi H01, nilai z dan signifikan pascaujian bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan adalah Z= -3.051, sig= 0.002 (p < 0.05) bagi H02, nilai signifikan praujian dan pascaujian bagi kumpulan rawatan adalah Z= -3.307, sig= 0.001 (p < 0.05) bagi H03 dan nilai signifikan praujian dan p.....

295 hits

[ First ] [ Prev ] Page 217 of 1097 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.