UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
21912006
Thesis
Gaya pembelajaran, minat, pencapaian PMR dan kecergasan fizikal terhadap prestasi akademik pelajar dalam Sains Sukan
Norazam Mat Isa
Sekolah-sekolah menengah di negara ini masih belum mempunyai justifikasi dan kriteria tertentu dalam memilih pelajar Tingkatan Empat untuk mengambil mata pelajaran Sains Sukan sebagai mata pelajaran elektif. Berdasarkan pencapaian Sains Sukan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sejak tabun 2001 hingga 2003 didapati semakin merosot walaupun bilangan calonnya meningkat. Namun begitu jika kaedah pemilihan pelajar dibuat tanpa justifikasi tertentu maka dikhuartiri pencapaian mata pelajaran Sains Sukan di peringkat SPM akan terus merosot, Sehubungan dengan itu, kajian yang melibatkan seramai 254 orang pelajar dari 23 buah sekolah menengah di seluruh Negeri Perak ini melihat beberapa faktor dan hubungannya dengan prestasi akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan Empat. Faktor-faktor tersebut ialah kecenderungan gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik, minat terhadap mata pelajaran Sains Sukan, pencapaian Sains dan Matematik PMR dan tahap kecergasan fizikal pela.....

394 hits

21922023
Final Year Project
Keistimewaan budaya Terengganu dalam aspek makanan kuih tradisional
Maizatul Adila Ibrahim
Kemodenan dunia yang berlaku dengan pesat telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat di negara ini. Zaman yang serba canggih ini telah mempengaruhi minda anak-anak muda untuk mencuba benda baru seperti gaya fesyen mengikut budaya luar serta makanan-makanan pembawakan daripada pengaruh luar. Diaspora Bangsa membawa maksud penyebaran budaya dalam kalangan masyarakat yang berlaku pada hari ini. Kebanyakan remaja-remaja kini lupa akan budaya sendiri malah mereka lebih membanggakan budaya luar contoh Pizza, Sushi, Puding Karamel dan sebagainya. Setiap negeri mempunyai identiti / warisan yang tersendiri yang melambangkan sesuatu negeri dan mempunyai keunikannya seperti Kuih Netbak yang terdapat di Terengganu yang terkenal suatu ketika dahulu namun kini ramai masyarakat yang tidak mengenali kuih ini. Karya yang dihasilkan ini adalah untuk mengekalkan warisan budaya Terengganu melalui penghasilan karya..

356 hits

21932023
Final Year Project
Batik kontemporari:"Pengorbanan" perjuangan seorang mahasiswa
Ahmad Fazleyazid Ahmad Nawawi
Monolog dapat diertikan sebagai "pengorbanan". Aspirasi karya bertajuk Monolog siswa ini adalah merupakan perceritaaan mengenai liku-liku perjalanan serta perasaan dalam menggapai dan menuntut ilmu untuk mendapatkan segulung izajah seterusnya mendapat pekerjaan yang baik seperti guru dan tentera. Elemen imej yang disampaikan dalam karya ini menggunakan unsur-unsur flora dan fauna serta imej figura manusia. Karya Monolog siswa mempunyai kekuatan dari segi penggunaan teknik batik seperti teknik cantingan, 'Layer by layer', dan teknik konvensional yang mampu berazam dan beriltizam pada orang ramai dalam membina potensi individu bagi menjadikan berilmu, berketerampilan, berbakat tinggi, berakhlak mulia, dan semangat patriotis dalam jiwa graduan anak kandung suluh budiman semasa bergelarnya profesion sebagai guru yang berdedikasi mendidik anak bangsa...

616 hits

21942022
Final Year Project
Penggunaan media baharu dalam penghasilan karya grafik bagi produk pendidikan
Amir Azzam Nor Mohamad Yani
Hasil kajian ini diinspirasikan daripada karya dan produk merchandise yang berasaskan daripada Artificial Intelligence (AI). Artificial Intelligence (AI) adalah sebuah teknologi yang mempunyai keupayaan melaksanakan tugas yang memerlukan kecerdasan manusia, seperti persepsi, penaakulan, pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Sistem Artificial Intelligence (AI) menggunakan algoritma dan model statistik untuk menganalisis maklumat dan boleh dilatih untuk meningkatkan prestasi mereka. Artificial Intelligence mempunyai potensi untuk revolusi pelbagai industri dan aplikasi, daripada penjagaan kesihatan dan kewangan kepada pengangkutan dan hiburan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kebimbangan mengenai implikasi etika Artificial Intelligence (AI), terutamanya mengenai isu seperti kerjaya, privasi dan keselamatan. V Verdict Day merupakan sebuah karya digital diintegrasikan dengan elemen reka bentuk grafik yang membawa makna situasi bilik darjah bagi pembelajaran .....

364 hits

21952022
Final Year Project
H&A Reality:the development of Ar-Based interactive mobile apps for form 4 Biology students towards self-paced learning
Nur Anisa Syahida Norolasikin
Augmented reality allows for the real-time superimposition of computer-generated images over real-world scenes. This paper describes a project in which an interactive mobile app was created to assist Form 4 high school students in Biology specifically in the topic Transport in Human and Animal in understanding spatial concepts through the use of augmented reality. The markerbased augmented reality application works by reading a marker with a camera, then calculating and superimposing the camera position in 3D space. Augmented reality application development is simple with a camera and a laptop..

364 hits

21962023
Final Year Project
Penerapan tema isu semasa dalam karya Sekilas Amaran melalui seni catakan sutera saring dan digital
Siti Nuuranishah
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan secara ilmiah bagaimana penerapan isu semasa sebagai penentuan tema dalam pendekatan karya seni cetakan melalui aspek formalistik, teknik, dan interpretasi visual karya yang dihasilkan menjadi salah satu medium yang terbaik bagi menyebarkan informasi berbentuk visual kepada masyarakat. Kupasan isu semasa yang dipilih adalah memfokuskan kepada isu bencana alam semulajadi iaitu fenomena El-Nino yang sering dikaitkan dengan perubahan iklim di Malaysia sehingga mewujudkan bencana alam kecil-kecilan seperti jerebu, banjir kilat, pemanasan global dan sebagainya yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia sehingga mendatangkan maut. Penekanan pengkajian terhadap kaedah penghasilan dalam karya seni yang dihasilkan akan dibincangkan secara terperinci untuk menjawab kepada ketepatan pemilihan tema dalam penghasilan karya. Penggunaan kaedah diskriptif digunapakai bagi menjelaskan bagaimana melalui pengolahan karya ini membentuk sesuatu m.....

391 hits

21972006
Thesis
Prior knowledge in reading and comprehension
Maria Shu Hong Abdullah
This research investigates a group of primary five students utilizing their prior knowledge as they construct meaning while reading the expository texts in the English as the Second Language (ESL) classroom.  In this case, the students are viewed as bringing personal meaning actively to the reading process.  The reading comprehension lessons were carried out with a group of elementary students’ reading behaviours being observed and audio-recorded and the data were collected and analyzed qualitatively.  The KWLS grid was used to assist students to activate their prior knowledge by generating questions and discussion to construct meaning while reading. Activating and developing prior knowledge presents background material supporting the importance of schemata and prior knowledge for literacy development.  In short, the outcome of this research showed that comprehension can and should be taught. At this time, the challenge for the field is to mesh research with reality.  Students o.....

478 hits

21982005
Thesis
The effectiveness of metacognitive strategies in word recognition to improve reading comprehension of lower secondary ESL poor readers
Jayanthi Karupan
Throughout Malaysia, concern is growing among educators about the increasing number of poor readers of English in the secondary school and at tertiary level. It has been found that a large number of students do not know how to recognize an unfamiliar word during  the reading process. Thus, this inability hinders the comprehension of the readers, and eventually, these poor readers lose interest to read materials in the second language (L2). This study examined the effective methods to improve the word recognition skill among the poor readers. This study actually replicates the research done by Spedding and Chan (1991, 1993, 1994) experimenting on the Ll learners in Australia. The samples in this study are learners of English Second Language(ESL). In this study the experimental  group was taught to use metacognitive strategies of word identification. These subjects  were trained to use the orthographic clues and context clues to recognize unfamiliar words which they encountered in the.....

418 hits

21992020
Thesis
Keberkesanan Alat Bantu Mengajar kit Pembelajaran Kod Warna Perintang dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional
Nur Syafiqah Isa
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan Alat Bantu Mengajar (ABM) kit Pembelajaran Kod Wama Perintang (PKWP) untuk pelajar kursus Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional (KV) bagi memenuhi keperluan di dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan penggunaan kit PKWP dalam proses PdPc terhadap aspek motivasi belajar. Seterusnya, untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian akademik pelajar melalui ujian pra-pos di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian bagi pembangunan produk ini menggunakan teori multimedia dan model ADDIE. Seramai 9 orang pakar terlibat di dalam penilaian produk yang dibangunkan dan hasil penilaian dianalisis. Reka bentuk kuasi eksperimen digunakan bagi menguji keberkesanan kit yang dibangunkan dengan melibatkan 120 orang responden yang dipilih bukan secara rawak di KV zon tengah. Responden kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (60 or.....

347 hits

22002007
Thesis
Pengukuran kualiti pengajaran guru Prinsip Akaun berasaskan ASSETBase versi 2.0 : Importance- Performance analysis
Arfah Hanum Anuar
Tujuan utama penyelidikan adalah untuk untuk mengukur kualiti pengajaran guru Prinsip Akaun dalam mengintegrasikan penggunaan perisian ASSETBase Versi 2.0 di sekolah dengan mengaplikasikan teknik Analisis Importance-Performance (IPA). Untuk itu kajian cuba memahami Kepentingan dan Prestasi berdasarkan persepsi pelajar terhadap pengajaran guru Prinsip Akaun; seterusnya bagaimana persepsi tersebut memberi kesan terhadap pandangan pelajar terhadap keseluruhan kualiti pengajaran guru, perasaan mereka terhadap bimbingan dan tunjuk ajar guru dalam pengajaran perisian, dan ke atas pencapaian akademik pelajar. Kajian dijalankan di Daerah Kinta, Perak dan melibatkan empat buah sekolah (n=152) di mana kaedah tinjauan digunakan. Data dianalisis dengan menggunakan: analisis frekuensi, perbandingan min, (ujian-t tidak bersandar, ujian-t berpasangan dan one-way ANOVA), analisis Importance-Performance (IPA), analisis faktor, analisis korelasi dan analisis regresi. IPA dijalankan untuk memb.....

364 hits

[ First ] [ Prev ] Page 220 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.