UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
22212023
Article
Perbandingan aras Kognitif topik operasi bercampur Matematik Tahun 5 sekolah rendah Malaysia dan Brunei
Rosliza Yacob
Sumber rujukan utama kepada para pendidik, murid, juga ibu bapa ialah buku teks. Ianya harus terdiri daripada tugas matematik yang boleh memupuk kemahiran berfikir kreatif dan penaakulan murid. Oleh itu, kajian penyelidikan ini dilaksanakan untuk membandingkan aras kognitif soalan-soalan contoh dan soalan-soalan latihan yang terkandung di dalam buku teks Matematik Tahun 5 Malaysia dan Brunei. Kajian ini melibatkan tajuk operasi bercampur. Proses analisa kandungan buku-buku teks ini adalah menggunakan pendekatan reka bentuk tinjauan dengan kaedah kuantitatif ke atas kandungan buku-buku teks tersebut. Analisa dijalankan dengan memfokuskan kepada domain kognitif dengan merujuk kepada Taksonomo Bloom dan rangka kerja matematik TIMSS 2019. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa, aras kognitif soalan operasi bercampur dari buku teks matematik Tahun 5 negara Brunei Darussalam mempunyai aras lebih rendah berbanding dengan buku teks yang digunakan di Malaysia. Peratus soalan melibatkan soalan be.....

317 hits

22222012
Thesis
Hubungan di antara pengetahuan dan sikap pengurusan kewangan serta penghayatan agama dengan integriti guru besar di negeri Perak
Hairul Azman Mohd Hata
Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap integriti, pengetahuan  pengurusan kewangan dan penghayatan agama guru besar; hubungan di antara  penghayatan  agama   dengan  integriti  guru  besar;  hubungan  di  antara pengetahuan pengurusan kewangan dengan  integriti guru besar; hubungan di antara pengetahuan  pengurusan kewangan dengan sikap terhadap  pengurusan kewangan; dan pengaruh pembolehubah bebas (penghayatan agama, pengetahuan pengurusan  kewangan atau sikap terhadap pengurusan kewangan) ke atas integriti guru besar. Sampel kajian  terdiri daripada responden seramai 227 orang guru besar yang telah dipilih secara rawak dari  sekolah rendah di negeri Perak. Set soal selidik yang mengandungi  IO item berkaitan demografi dan  57 item lagi berskala 5 likert telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Sebanyak empat  hipotesis nol telah dibentuk bagi kajian ini. Untuk tujuan pengujian hipotesis, kaedah statistik  K.....

403 hits

22232004
Thesis
Membanding pencapaian murid menggunakan bahan pengajaran bentuk cerita dengan bahan pengajaran bukan bentuk cerita dalam mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu tingkatan satu
Mohamad Said Haji Ahmad
Buku  teks  merupakan  sumber  ilmu  sejak dahulu  lagi sebagai  Bahan Pengajaran Bukan Cerita  (BPBBC). BPBBC yang ada di sekolah dibekalkan oleh Biro Pinjaman Buku Teks Kementerian Pendidikan.  Setiap murid sekolah yang tidak berkemampuan akan mendapat BPBBC skim pinjaman bagi setiap mata  pelajaran Walau bagaimanapun dengan adanya BPBBC dan pendidikan formal di sekolah masih ramai murid  terutamanya murid di Luar Bandar gagal dalam ujian dan peperiksaan yang diadakan di sekolah. Salah  satu punca kegagalan murid ini, mereka tidak minat membaca BPBBC yang sedia·ada selain  faktor-faktor yang lain. Kajian awal menunjukkan murid pada masa lapang di rumah lebih suka membaca  buku cerita dari buku pelajaran. Oleh itu dalam  penyelidikan  ini,  pengkaji  cuba  membuat  reka   bentuk  Bahan Pengajaran Bentuk Cerita (BPBC) yang boleh menarik minat murid membaca dalam mata  pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu. Apabila BPBC tersebut telah disia.....

346 hits

22242004
Thesis
Motif penglibatan dan corak orientasi matlamat pemain bola tampar
Megat Nasurudin Haji Ahmad
Tujuan penyelidikan  ini ialah  mengenalpasti  motif penglibatan  dan corak orientasi matlamat di  kalangan pemain bola tampar sekolah menengah (N=192, 96 Ielaki dan 96 perempuan) di daerah Batang  Padang pada tahun 2004. Kajian juga meneliti perkaitan di antara  kedua-dua  pembolehubah.   Instrumen  kajian  menggunakan  soal  selidik 'Participation  Motivation Questionnaire' (PMQ) dan  'Task  Ego Orientation Sport Questionnaire' (TEOSQ). Data dianalisis menggunakan program SPSS Versi  11.0 dengan menggunakan kaedah statistik diskriptif (peratus, kekerapan, min clan sisihan piawai)  dan statistik. inferensi (ujian-t dan Kolerasi Pearson). Dapatan kajian menunjukkan motif utama  penglibatan ialah faktor 'perkembangan kemahiran' dan 'kecergasan fizikal'. Hasil kajian .juga  mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dan motif penglibatan 'faktor  persekitaran'. Responden lebih cenderung kepada corak orientasi matlamat tugasan daripada matla.....

297 hits

22252023
Article
Kesan kaedah ‘Strong and Weak terhadap pencapaian matematik dan minat murid tahun 2
Anbarasi Varatharajoo
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan kaedah strong and weak dalam meningkatkan pencapaian matematik dan minat murid dalam tajuk membundar sebarang nombor hingga 1000 kepada puluh dan ratus yang terdekat. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Responden kajian ini terdiri daripada murid Tahun 2 dari sebuah sekolah rendah di Daerah Petaling Perdana, Shah Alam. Sebanyak 30 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 15 orang responden kumpulan rawatan dan 15 orang responden kumpulan kawalan. Dua instrumen kajian telah digunakan dalam kajian ini iaitu ujian pencapaian dan soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi iaitu analisis deskriptif menjelaskan demografi responden kajian manakala analisis inferensi melibatkan ujian-t yang menerangkan perbezaan antara pemboleh ubah dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antar.....

224 hits

22262005
Thesis
Tinjauan kepentingan aplikasi reka bentuk instruksional danteknologi terhadap tahap kompetensi guru pendidikan seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran
Amir Hashim
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kompetensi yang ada dan perlu ada pada guru-guru  Pendidikan Seni Visual dalam proses perancangan dan perlaksanaan pengajaran menggunakan Kaedah Reka  bentuk Instruksional dan Teknologi serta pengaplikasian Visual Grafik Komputer dan Multimedia dalam  pengajaran di sekolah. Untuk menghasilkan satu kaedah pengajaran yang berkesan, guru-guru  Pendidikan Seni  Visual  (PSV)  perlu  mempunyai  kompetensi  yang  tinggi  dalam  proses  perancangan  dan perlaksanaan  pengajaran. Justeru  itu, mereka terlebih dahulu didedahkan dengan  pelbagai kaedah, teknik dan keperluan untuk menghasilkan modul pengajaran  bercirikan  interaktif  dan  penyerapan  visual  grafik  dan  multimedia bersama-sama.  Pelbagai  aspek  asas pembangunan   modul  pengajaran  interaktif didedahkan  kepada guru PSV sepanjang  kursus selama empat hari di  bawah bimbingan penyelidik. Atas faktor masa dan kos yang tinggi, guru-guru PSV h.....

365 hits

22272023
Article
Kesahan modul pengajaran dan pembelajaran berintegrasikan kaedah pembelajaran berasaskan cabaran bagi tajuk Matematik pengguna
Masliza Siti Ramli
Kajian ini adalah bertujuan mentadbir kesahan modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengintegrasikan kaedah Pembelajaran Berasaskan Cabaran (PBC). Modul ini juga dikenali sebagai modul CHABLE (CHAllenge Based Learning) dalam pembelajaran tajuk Matematik Pengguna. Dalam kajian ini reka bentuk kajian yang digunakan adalah Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan atau Develop and Design Research (DDR). Modul CHABLE ini menggunakan gabungan model ADDIE dan model Gerlach dan Ely. Modul yang dibina ini mengandungi empat unit pembelajaran yang terdapat dalam tajuk Matematik Pengguna. Tajuk-tajuk tersebut adalah simpanan dan pelaburan, pengurusan kredit dan hutang, perancangan dan pengurusan kewangan serta pelan kewangan peribadi. Bagi mencapai objektif kajian, kesahan modul telah ditaksirkan kepada pakar bidang dengan cara mengenalpasti kesesuaian pengisian modul. Dua instrumen digunakan iaitu Soal Selidik Kesahan Kandungan (SSKK) dan Soal Selidik Penilaian Modul (SSPM). Analisis kesah.....

462 hits

22282023
Article
Factors influencing Teachers acceptance of using google classroom in Mathematics blended learning
Nazri Sedi
This concept paper will discuss the definition and concept of Blended learning in Mathematics as well as the factors of teachers' acceptance of using Google Classroom in Mathematics Blended Learning based on previous technology acceptance models. The factors of teachers' acceptance of using Google Classroom in Mathematics Blended Learning have been identified through the extensive analysis of the previous literature review. The purpose of this concept paper is to discuss in detail the design and selection of the acceptance factors of teachers using Google Classroom in Mathematics Blended Learning. This concept paper is expected to give a complete picture related to the factors that influence teachers' acceptance of using Google Classroom, especially in Mathematics Blended Learning and serve as a guide to stakeholders and policy implementers to take the initiative to use Google Classroom in the field of Mathematics education in Malaysia a success. Keywords: Blended learning; Google Cla.....

215 hits

22292023
Article
Content validation procedure development of problem-solving skills test (PSST)
Farah Aizar Zaipul Bahari
This research aimed at developing a test instrument, the Problem-solving Skills Test (PSST) for Year Four students. The researcher has carried out content validity procedures on the PSST instrument. The content validity of the test involved six content validation experts. There were ten items for the test instrument. The items on the test have been evaluated quantitatively using the Content Validity Index (CVI) to determine whether they should be retained or discarded. According to the findings, the item content validity index, I-CVI, came in at a value of 1.00 for all items. This resulted in the scale content validity index, for both S-CVI/Ave and S-CVI/UA, equal to 1.00. Therefore, the Problem-solving Skills Test (PSST) has attained a very high degree of content validity and may be administered in actual research to determine students’ problem-solving skills. Keywords: Content Validity, Content Validity Index (CVI), Problem-solving Skills, Mathematics Education, Validity of Instru.....

281 hits

22302006
Thesis
Fungsi bujam di kalangan masyarakat melayu Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus
Norshidah Abd Ghani
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi tentang fungsi Bujam dalam masyarakat Melayu Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus yang mengamalkan Adat Perpatih. Masyarakat Melayu Negeri Sembilan memang kaya dengan adat istiadat dan adat resam yang sudah menjadi satu warisan sejak turun temurun. Dalam kajian ini pengkaji hanya mengkaji fungsi Bujam di kalangan masyarakat Melayu Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kemungkinan di negeri lain perkataan "Bujam" tidak membawa makna atau erti apa-apa. Berbeza dengan masyarakat Negeri Sembilan, perkataan "Bujam" memberi erti yang begitu unik dan amat bermakna dalam satu-satu majlis tertentu seperti menjemput Dato' Lembaga, perubatan tradisional, adat peminangan dan menjemput pihak lelaki untuk kembali kepangkuan keluarga lelaki setelah isterinya meninggal dunia. Sehubungan dengan itu amat besar makna dan fungsinya ·'Bujam" di kalangan masyarakat Melayu Negeri Sembilan khasnya di Kuala Pilah. Selaras sebagai sebuah masyarakat .....

691 hits

[ First ] [ Prev ] Page 223 of 1097 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.