UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
22312011
Thesis
Modul Asas Permainan Tabla India dalam Pendidikan Muzik
Ariputhiran Narayanan
Laporan projek pembangunan ‘Modul Asas Permainan Tabla’ ini disediakan untuk memenuhi keperluan kursus SPM 6006 dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk membantu dan menyediakan pilihan bahan pengajaran kepada sekolah-sekolah yang sedang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Muzik KBSM. Produk ini disediakan khusus untuk guru-guru muzik dan pelajar-pelajar di IPGM dan IPTA yang ingin mempelbagaikan bahan pengajaran elemen ritma dan tidak hanya bergantung kepada alat-alat moden yang dibekalkan sahaja. Dalam pada itu, penghasilan produk ini akan dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Produk ini dibangunkan dengan berpandukan struktur buku Gaya Dewan. Untuk tujuan penilaian produk yang dihasilkan, temu bual telah dijalankan dengan 3 orang guru muzik yang masing-masing mempunyai pengalaman mengajar melebihi 10 tahun. Dapatan daripada temu bual menunjukkan bahawa semua responden bersependapat.....

202 hits

22322013
Thesis
Penerapan literasi visual dalam Pendidikan Seni: satu kajian kes potret keluarga Kapitan Cina di Larut dan Matang
Liu, Cheng Hua
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis potret keluarga Kapitan Cina dengan menerapkan literasi visual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk kajian kes. Kaedah yang digunakan dalam mengumpul data ialah temu bual dan analisis artifak. Dalam kajian ini, foto potret keluarga Kapitan Cina yang terdiri daripada tujuh keping dianalisis dengan menggunakan pendekatan intraestetik dan ekstraestetik untuk mengenal pasti makna tersurat dan tersirat yang terdapat di dalam potret-potret tersebut. Kajian ini didukung oleh dua teori, iaitu Teori Ikonografi oleh Panofsky dan Teori Apresiasi oleh Feldman. Di samping itu, tiga orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah ditemubual untuk mengenal pasti serta memahami mengenai potret-potret tersebut. Dapatan kajian memperlihatkan Kapitan Cina mempunyai reputasi dan imej tersendiri dari segi kebudayaan, nilai-nilai dan sosio-ekonomi. Pakaian serta aksesori yang d.....

262 hits

22332011
Thesis
Penggunaan kibod dalam membantu masalah lemah bacaan semerta di kalangan pelajar muzik Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar Perlis
Martha Tom
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meninjau penggunaan kibod dalam membantu masalah lemah bacaan semerta di kalangan pelajar muzik Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar, Perlis. Masalah ini wujud kerana pelajar cenderung untuk menghafal bunyi atau pic pada melodi dan bermain muzik secara ‘by heart’ sahaja. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 15 orang pelajar. Dalam kajian ini, data dikumpul melalui beberapa cara seperti soal selidik, temu bual, pra-ujian dan membuat pemerhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik yang telah dirancang di dalam Rancangan Mengajar Harian. Rancangan Mengajar Harian tersebut telah dilaksanakan selama 12 sesi pengajaran. Sepanjang proses pengajaran, beberapa latihan pengukuhan teori muzik dan juga latihan amali yang berfokus kepada aspek nilai not, corak irama, detik dan tempo telah disediakan dan dilaksanakan semasa pengajaran di dalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati, setelah .....

265 hits

22342013
Thesis
Lagu Melayu Asli: teknik vokal, stail nyanyian dan latihan
Fauzila Abdul Latif
Penulisan tesis ini berkaitan dengan penggunaan teknik vokal dalam nyanyian lagu Melayu Asli. Subjek kajian dipilih secara bertujuan, terdiri daripada para pensyarah, pelajar, serta penggiat seni muzik tradisional Melayu. Reka bentuk kajian kualitatif yang melibatkan instrumen temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen digunakan dalam pengumpulan data. Proses pencarian data telah dijalankan selama lima bulan bermula pada bulan April hingga Ogos 2010. Dapatan data telah dianalisis menggunakan pendekatan Fenomenologi.Objektif kajian ini adalah untuk meneroka penggunaan teknik vokal dalam nyanyian lagu Melayu Asli yang melibatkan pernafasan, fonasi, resonansi, dan artikulasi. Selain itu, kajian ini menghuraikan ciri-ciri stail nyanyian serta meneroka bentuk-bentuk latihan vokal yang boleh digunakan dalam nyanyian lagu tradisional Melayu Asli.Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik vokal yang diamalkan dalam nyanyian lagu Melayu Asli turut merupakan adaptasi terhadap penggunaan teknik v.....

370 hits

22352013
Thesis
The relationship between musical environtment and primary measures of music audition (PMA) scores of Chinese Children in Private Kindergartens in Penang, Malaysia
Teoh, Siew Khim
The purpose of this study was to examine the relationship between the musical environment and the developmental music aptitude scores of Chinese children in Penang, Malaysian kindergartens. The second aspect of the study investigated whether parents' attitudes toward music, socio-economic status, and children's age have an impact on the music aptitude scores.Measures used to determine children's musical environment included the researcher-designed Home Musical Environment Questionnaire and Kindergarten Musical Experiences Questionnaire. Gordon’s Primary Measurement of Music Audiation (PMMA) was used to evaluate the children’s tonal and rhythmic music aptitudes. The sample comprised 238 Chinese children, aged four to six, enrolled in private kindergartens in Penang, Malaysia. A quantitative method was used in this study.The Pearson correlation coefficient revealed that the home musical environment had a weak but significant relationship with the tonal subtest (r = .192, p < .01), rh.....

464 hits

22362024
Article
Architecture selection for 5G-radio access network using type-2 neutrosophic numbers based decision making model
Abdullah Hussein Abdullah Al-Amoodi
Fifth-generation (5G) technology provides new possibilities for a variety of applications, but it also comes with challenges influenced by distinct aspects, such as the size of organizations that use such technology. Therefore, it is important to understand which architecture of 5G-radio access networks (RANs) is best for a given purpose; this requires an evaluation platform for assessment. This paper tackles this problem by presenting a novel multi-criteria decision-making (MCDM) solution based on a new integrated fuzzy set. The proposed integrated approach, which is based on a Type-2 neutrosophic fuzzy environment, is developed to address the application challenges of 5G-RANs architecture evaluation, as also to face the MCDM theoretical challenge represented by ambiguities and inconsistencies among decision makers within the decision making context of the presented case study. Many MCDM techniques for weighting and selection were presented from the literature, yet many of them still .....

346 hits

22372011
Thesis
Keprihatinan, pelaksanaan dan persepsi guru sains dalam pentaksiran berasaskan sekolah di beberapa buah sekolah menengah
Norhidayah Mamat Noor
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran berterusan ke atas pelajar dalam menentukan perkembangan dan prestasi pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap keprihatinan, aspek pelaksanaan, dan persepsi guru-guru sains terhadap PBS. Kajian kaedah campuran melibatkan tinjauan dan temubual telah dilakukan terhadap 210 responden di empat buah negeri, dengan 206 orang untuk tinjauan dan 4 orang untuk temubual. Data tinjauan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferens, manakala data temubual ditranskrip dan dikodkan mengikut tema kepentingan, cabaran, dan cadangan dalam PBS.Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru lebih prihatin terhadap kesan PBS (skor min = 4.09) berbanding perkembangan PBS (3.92), aspek dalam PBS (3.91), pengurusan (3.84), dan penilaian PBS (3.34). Kajian juga mendapati bahawa tugasan PBS kerap diberikan semasa pembelajaran (40.7%) dan pada pertengahan penggal persekolahan (36.5%). Aspek p.....

323 hits

22382010
Thesis
Catan realis Brunei Darussalam: kajian kes tentang pelukis-pelukis belajar kendiri
Mohamad Hasrol Bagol
Kajian ini mengenai penjelasan proses pembelajaran pelukis-pelukis belajar kendiri  terhadap penghasilan catan Realis. Masalah kajian ini  fokus kepada percanggahan  kaedah belajar yang diamalkan oleh pelukis-pelukis belajar kendiri dalam  menghasilkan catan Realis yang baik. Teori Experiental Learning dan teori  pembelajaran Konstruktivisme menjadi panduan dalam menghuraikan masalah kajian.  Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Rekabentuk kajian yang digunakan  adalah kajian kes kolektif. Tiga pelukis diambil sebagai peserta kajian. Pemilihan  peserta kajian adalah berdasarkan convenience sampling. Kaedah pengumpulan data  dalam kajian ini menggunakan temubual tidak berstruktur, dokunetasi data dan  rakaman visual. Data yang dikumpulkan ialah proses belajar kendiri, pemilihan catan  Realis dalam amalan belajar kendiri dan gaya catan Realis yang dihasilkan. Hasil  kajian mendapati bahawa proses pembelajaran kendiri berlaku setelah para peserta  mempuny.....

373 hits

22392024
Article
An integrated fuzzy multi-measurement decision-making model for selecting optimization techniques of semiconductor materials
Abdullah Hussein Abdullah Al-Amoodi
Semiconductor materials play a crucial role in the development of optoelectronics and power devices. However, their evaluation and selection pose a multi-attribute decision-making problem. This problem encompasses various considerations, such as multiple evaluation criteria, data variation, and the importance of criteria multiplicity. Therefore, this study proposes an integrated fuzzy multi-measurement decision-making model (IFMMDMM) to evaluate and select optimization techniques for semi-polar III-V semiconductor materials. The research methodology is designed based on three sequential phases. Firstly, four optimization techniques for semi-polar III-V semiconductor materials and four evaluation criteria are identified to construct the evaluation decision matrix. Secondly, the fuzzy-weighted zero-inconsistency method is developed to evaluate and assign weights to the defined multi-measurement criteria. Thirdly, the fuzzy decision by opinion score method is developed to select the optim.....

336 hits

22402008
Thesis
Kajian kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja kini
Salinah Abdul Kadir
Kesantunan berbahasa merupakan satu aspek yang utama dalam kehidupan masyarakat Melayu. lnteraksi kornunikasi yang baik dengan menggunakan bahasa yang santun mencerminkan keperibadian penutur. Jika bahasanya halus. santun dan sopan, halus dan mulialah keperibadian orang itu.Setiap individu dalam masyarakat mesti tahu dan mengamalkan kesantunan berbahasaini tidakkiradalamsituasi fo1111al atautidak formal. Pemupukan, penghayatan dan penggunaan bahasa yang sopan dalam masyarakat hendaklah sentiasa ditekankan kerana amalan ini melambangkan budaya tinggi. Dalam kepesatan negara mencapai pemodenan material seperti kehebatan bangunan-bangunan pencakar langit, bangunan-bangunan kerajaan, kemodenan pusat membeli-belah dan sistem lingkaran lebuh raya yang setanding dengan negara-negara maju, masyarakat semakin alpa dengan nilai budi bahasa dan sopan santun. Masyarakat negara ini menjadi tidak yakin dengan kemampuan bahasa sendiri iaitu bahasa Melayu dan nilai-nilai yang terdapat di dalam baha.....

664 hits

[ First ] [ Prev ] Page 224 of 1185 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.