UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
22412005
Thesis
Amalan elemen-elemen sekolah berkesan: satu kajian di daerah Batang Padang, Perak
Farah Husna Kamaruddin
Sekolah berkesan menjadi matlamat semua organisasi sekolah. Namun begitu,bukan semua sekolah berjaya mencapai matlamat tersebut. Oleh hal yang demikian, kajian perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana sekolah mencapai tahap keberkesanan yang diharapkan. Kajian ini merupakan satu bentuk tinjauan mengenai pengamalan elemen­elemen sekolah berkesan berdasarkan Model Proses dan Model Organisasi Pembelajaran yang disarankan oleh Yin Cheong Cheng (1996).Elemen-elemen yang terlibat ialah Perkongsian Visi dan Matlamat, Kepimpinan Organisasi, Kepimpinan Pengajaran, Komunikasi, Pembangunan Staf, Jangkaan Tinggi, Persekitaran Pembelajaran serta Pemantauan dan Penilaian. Sampel kajian terdiri daripada 17 buah sekolah di daerah Batang Padang. Responden kajian ini terdiri daripada 147 guru-guru yang dipilih secara rawak daripada 17 sekolah terbabit. Hasil kajian mendapati, secara umurnnya tahap pengamalan elemen-elemen tersebut berada pada tahap tinggi. Hasil kajianjuga mendapati terdapat perbezaan.....

609 hits

22422004
Thesis
Penilaian prestasi dan hubungannya terhadap kepuasan kerja di kalangan guru di daerah Batang Padang, Perak
Mahaliza Mansor
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan hubungan di antara penilaian prestasi dengan kepuasan kerja serta penilaian prestasi dengan langkah penilaian prestasi di kalangan guru. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi pandangan guru terhadap penilaian prestasi dan kepuasan kerja. Subjek kajian terdiri dari 125 orang guru sekolah menengah di Daerah Batang Padang, Perak. Data dikutip menerusi borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terdiri dari guru sepenuh masa di sekolah-sekolah terpilih. Alat statistik yang digunakan adalah min, ferkuansi, ujian t dan korelasi Pearson. Pemilihan alat-alat statistik tersebut adalah bersesuaian dengan objektifkajian yang dikaji. Hasil = kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan (p 0.000) di antara pandangan terhadap penilaian prestasi dengan kepuasan kerja, pandangan terhadap penilaian prestasi dengan langkah penilaian prestasi dan pandangan terhadap penilaian pestasi denga.....

222 hits

22432004
Thesis
Pengurusan prestasi guru di sekolah: satu tinjauan di sekolah menengah di Shah Alam, Selangor
Farizan Waris
Proses pengurusan prestasi perlu dilakukan secara sistematik dan berterusan dalam membantu pihak sekolah menguruskan keperluan guru serta peralatan sekolah ynag lain secara lebih cekap dan berkesan. Kajian ini mencadangkan satu model yang mengandungi enam elemen dalam pengurusan prestasi iaitu pengetahuan berkaitan bidang tugas, galakan, pengukuran dan penilaian, maklumbalas, bantuanlsokongan dan ganjaran. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sejauhmana proses pengurusan prestasi guru diamalkan di sekolah, melihat samada penilai mengambilkira elemen-elernen yang dinyatakan dan mengetahui tahap pengetahuan guru tentang elernen-elemen pengurusan prestasi yang dinyatakan. Hasil kajian, ujian­t ke atas tahap pengetahuan guru berkaitan pengurusan prestasi menunjukkan He gagal ditolak apabila nilai p lebih besar daripada 0.05. Manakala ANOVA menunjukkan 110 ditolak apabila nilai p lebih kecil daripada 0.05. Tahap pengetahuan guru ke atas elernen-elernen dalam proses pengurusan prestas.....

237 hits

22442005
Thesis
Perkaitan di antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru sekolah menengah di daerah Tumpat, Kelantan
Halim Wan Ibrahim
Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti perkaitan di antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Tumpat, Kelantan. Kajian juga cuba melihat perkaitan di antara kepuasan kerja guru dengan faktor jantina, umur, kelayakan akademik, kategori perkhidmatan dan pengalaman mengajar. Matlamat kajian ini ialah supaya kepuasan kerja guru-guru dapatdipertingkatkan melalui gaya kepimpinan pengetua yang berkesan. Kajian dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui jawapan dalam borang soal selidik. Soal selidik ini menggunakan instrument "Leadership Behaviour Description Questionaire" (LBDQ) bagi mengukur gaya kepimpinan pengetua. Data yang diperolehi di analisis menggunakan program "Statistical Package for the Social Sciences" versi 13.0 (SPSSversi 13.0).Analisis kajian menggunakan statistik deskriptif bagi penafsiran data dengan menunjukkan jadual min dan kekerapan peratusan. Hipotesis kajian dianalisis melalu.....

213 hits

22452024
Article
Validation of energy conservation behaviour for Malaysia university students using exploratory and confirmatory factor analysis
Noor Asiah Hassan
Given the increasing urgency of addressing global environmental challenges, research on energy conservation in educational settings is critical. University students represent a significant demographic with the potential to drive behavioural change and promote sustainable practices. By understanding and influencing their energy conservation behaviours, this research contributes to the broader efforts to mitigate environmental impact and foster a culture of sustainability. This study aims to validate the Environment Conservation Behavioural Survey (ECOBS), an instrument designed to assess university students' behaviours and intentions regarding energy conservation, through the lens of the Theory of Planned Behaviour (TPB). The ECOBS model integrates five key variables: behaviour, intention, perceived behavioural control, environmental education, and attitude. Initially, a pilot study with 150 respondents was conducted, followed by Exploratory Factor Analysis (EFA) using SPSS. Subsequentl.....

452 hits

22462024
Article
Usability evaluation of activity model through Chinese children’s song to enhance culture appreciation
Hailian, Zhang
Preserving cultural heritage is essential to maintain diversity, promote understanding between cultures, and foster a sense of identity and belonging among communities. As a cultural expression, music has been used for centuries to preserve cultural heritage and traditions. Education plays an important role in maintaining a culture even though it is no longer relevant nowadays. Music is an element that is often associated with culture. The purpose of this study is to evaluate the Usability of an Activity Model through Chinese Children’s Song to Enhance Culture Appreciation. This research uses the Fuzzy Delphi Technique (FDM) as a data collection method. The study respondents were 50 randomly selected experts among music educators. The usability evaluation demonstrated the model’s suitability based on five criteria: ease of learning, efficiency, ease of recall, error prevention, and user-friendliness based on the prototype model that had been developed before. These criteria were as.....

352 hits

22472024
Article
Pendekatan pengajaran kontekstual dalam kalangan pendidik tadika swasta di daerah Sepang, Selangor
R. Jayavani a/p Rajamanickam
Pengajaran kontekstual merupakan pembelajaran berasaskan kehidupan sebenar kanak- kanak. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengajaran pendekatan kontekstual dalam kalangan pendidik Tadika Swasta di daerah Sepang. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah melibatkan soal selidik dengan 15 item soalan yang berasaskan objektif dan persoalan kajian yang pertama. Bahagian A adalah maklumat demografi para pendidik, dapatan kajian adalah berdasarkan bahagian B iaitu amalan pengajaran kontekstual. Instrumen kajian ini telah disahkan oleh pakar dari Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL), dan kajian rintis dengan 50 responden menunjukkan nilai Alpha Cronbach keseluruhan 0.96, dan 0.97 bagi setiap item, menandakan kebolehpercayaan yang tinggi. Data dianalisis melalui analisis deskriptif dengan menggunakan IBM SPSS Versi 27(Statistical Package for the Social Science). Kajian sebenar melibatkan 265 orang pendidik sebagai sampel.....

350 hits

22482024
Article
Pembangunan modul integrasi sebagai intervensi terhadap isu kebimbangan dan efikasi diri rendah murid
Shafizah Mohd Zangi
Peningkatan isu kebimbangan dalam kalangan murid sekolah semakin membimbangkan terutama selepas berlakunya pandemik COVID-19 yang melibatkan seluruh dunia. Oleh itu, pendekatan intervensi kaunseling dilihat dapat menangani isu berkaitan kebimbangan ini dalam kalangan murid di sekolah. Kajian terdahulu membuktikan integrasi antara pendekatan kaunseling konvensional dengan pendekatan Islam dapat menjadi salah satu intervensi yang berkesan. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan kertas konsep pembangunan modul integrasi Terapi Kogntif Tingkah Laku (CBT) dengan Tazkiyah an-Nafs (TAN) sebagai intervensi dalam mengatasi isu kebimbangan dan efikasi kendiri rendah dalam kalangan murid di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pembangunan modul ini menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan (DDR) yang merangkumi tiga fasa utama iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Reka bentuk dan Pembangunan serta Fasa Penilaian. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu murid mengat.....

519 hits

22492024
Article
Kesan modul terapi diri berdasarkan CBT-H terhadap konsep kendiri dalam kalangan murid sekolah menengah
Nurul Nadia Abd Khani
Konsep kendiri merupakan elemen penting dalam perkembangan psikologi dan kesejahteraan murid. Namun, terdapat kekurangan program berstruktur di sekolah yang efektif dalam membangunkan aspek ini. Penyelidikan mengenai penggunaan Modul Terapi Diri berdasarkan Cognitive Behavioral Therapy for Healing (CBT-H) untuk meningkatkan konsep kendiri murid masih terhad. Kajian ini bertujuan mengkaji kesan Modul Terapi Diri berasaskan CBT-H dalam kalangan murid sekolah menengah yang mempunyai tahap konsep kendiri yang rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen tulen dengan pra ujian dan pos ujian. Seramai 90 murid sekolah menengah dipilih secara persampelan rawak dan dibahagikan kepada kelompok rawatan dan kawalan. Kelompok rawatan kecil menerima intervensi selama lapan minggu, kelompok rawatan besar dijalankan secara maraton manakala kumpulan kawalan tidak menerima sebarang intervensi. Alat ukur Skala Konsep Kendiri Multidimensi (SKKM) digunakan untuk menilai perubahan sebelum dan selep.....

568 hits

22502024
Article
Intervensi alternatif terhadap murid gangguan kecelaruan tumpuan dan hiperaktif (ADHD)
Mohd Arshad Yahya
Gangguan Kecelaruan Daya Tumpuan dan Hiperaktiviti (ADHD) adalah isu berkenaan kesihatan mental yang mempengaruhi kira-kira lima peratus kanak-kanak dan 2.5 peratus dewasa menjangkau seluruh dunia, dengan kadar ADHD di Malaysia dianggarkan antara 1.6 hingga 4.6 peratus dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami ADHD berbanding perempuan. ADHD mempunyai impak signifikan terhadap tingkah laku, pencapaian akademik serta kualiti hidup. Konsep kajian ini bertujuan bagi menganalisis konsep keperluan, mereka bentuk dan membangunkan serta menilai Modul Regangan ADHD-PNFleks yang menggunakan pendekatan DDR. Objektif utama ialah bagi menyediakan intervensi dalam menguruskan tingkah laku disruptif ADHD melalui pendekatan yang bersepadu, termasuk aktiviti fizikal dan pendekatan teori yang sesuai bagi pengajaran guru. Pendekatan DDR memberikan kerangka kerja yang efektif dalam pembangunan dan penilaian modul intervensi untuk golongan ADHD. Modul yang akan dibangunkan b.....

641 hits

[ First ] [ Prev ] Page 225 of 1185 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.