UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
24712024
Final Year Project
Assessing Biology education students perceptions of hybrid learning: a comparative study
Muhamad Asri Mohamad Kaber
Hybrid learning, a combination of face-to-face instruction with online components, is gaining popularity in higher education due to its adaptability and accessibility. This study delves into biology education students’ perspectives regarding understanding and readiness and the demographic factor that impacts perceptions of hybrid learning. Existing research on hybrid learning often overlooks biology education students and rarely analyses the impact of location. To address this gap, student perceptions were examined at two different institutions, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia and Universidad Del Sagrado Corazón (UDSC), Puerto Rico. The goals are to determine the level of perceptions of biology education students for engaging in hybrid learning and to compare the level of perceptions for hybrid learning based on the demographic factor between the two different groups. A sample size of 204 students were selected for UPSI and 93 for UDSC. A survey with L.....

486 hits

24722024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan \"Gravina 5\" bagi topik kegravitian dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Nor Arina Safiah Ahmad Termizi
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membangunkan dan menguji kesahan serta mengenalpasti kebolehgunaan permainan ‘GraviNa 5’ dalam kalangan pelajar fizik tingkatan empat. Kajian ini adalah berbentuk kajian reka bentuk pembangunan dengan menggunakan model ADDIE di mana pendekatan kuantitatif kepada 59 orang responden dilakukan. Teknik persampelan rawak mudah digunakan 59 orang pelajar fizik tingkatan empat di sekolah di daerah Alor Gajah, Melaka dan di bahagian kebolehpercayaan intrumen, kajian rintis dijalankan kepada 15 orang pelajar fizik tingkatan empat daripada sekolah yang berbeza. Kajian ini menggunakan peratusan persetujuan pakar (%) serta kaedah analisis data deskriptif dengan mengambil nilai skor min dan sisihan piawai daripada perisian Statistic Package for Social Science (SPSS). Kesimpulannya, pembangunan permainan ‘GraviNa 5’ ini telah mencapai objektif kajian di mana dapat dibuktikan mempunyai tahap kebolehgunaan yang baik dan tinggi dalam kalan.....

450 hits

24732024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan papan Trivial Fluids bagi topik Tekanan dalam kalangan guru pelatih Fizik di UPSI
Amirah Nabilah Mohd Zohdi
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan papan permainan Trivial Fluids sebagai bahan bantu mengajar bagi topik Tekanan tingkatan lima serta menentukan persepsi guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Fizik) dengan Kepujian di UPSI terhadap pembinaan papan permainan ini. Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan model instruksional ADDIE. Kajian ini melibatkan 30 orang guru pelatih Fizik dengan menggunakan teknik persampelan secara bertujuan. Kajian ini adalah kuantitatif yang menggunakan kaedah pengumpulan data melalui borang soal selidik. Kesahan bagi kajian ini diperoleh daripada dua orang pakar dengan nilai kesahan sebanyak 86.25% manakala nilai Alfa Cronbach ialah 0.76. Seterusnya, analisis dan kebolehgunaan permainan Trivial Fluids ini dibuat melalui analisis data kuantitatif yang hanya menunjukkan data pemboleh ubah dalam bentuk kekerapan, skor min dan sisihan piawai menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29.0. Dapatan soal selid.....

501 hits

24742024
Final Year Project
Tinjauan tentang tahap pengetahuan dan kesediaan terhadap perubahan iklim dalam kalangan guru pelatih Sains dan Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mohamad Norasrey Rashidi
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kesediaan guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkaitan perubahan iklim. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 152 responden telah terlibat secara langsung dalam kajian ini yang terdiri daripada mahasiswa Sains dan Biologi semester 6 dan 7. Instrumen kajian ini adalah borang soal selidik melalui platform Google Form. Kesahan instrument kajian telah dijalankan oleh dua orang pakar dari UPSI dan nilai kesahan muka ialah 95%. Nilai Coefficient Validity Index (CVI) yang diperoleh untuk soal selidik ialah 0.955. Nilai ini dapat ditafsirkan sebagai diterima dan cemerlang. Kajian rintis telah dijalankan bagi menguji kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Nilai Cronbach’s Alpha yang diperolehi ialah 0.864 dan ditafsirkan sebagai baik dan diterima. Statistical Package for Social Science (SPSS) telah digunakan bagi menganalisis data kajian secara deskriptif u.....

637 hits

24752024
Final Year Project
Tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan Realiti Berperantara (Augmented Reality) dalam pembelajaran guru pelatih Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mashitah Mazlan
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan Realiti Berperantara (Augmented Reality) dalam pembelajaran guru pelatih Biologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Hubungan antara tahap kesediaan dan penggunaan AR dalam pembelajaran guru pelatih Biologi UPSI turut diukur dalam analisis kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian tinjauan. Kaedah persampelan rawak mudah dijalankan ke atas populasi kajian berjumlah 221 orang yang terdiri daripada guru pelatih Biologi UPSI semester lima hingga tujuh. Data daripada instrumen borang soal selidik digunakan untuk analisis deskriptif dan inferensi statistik. Analisis adalah menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29. Borang ini mengandungi empat bahagian dengan jumlah 29 soalan beserta demografi responden dan dinilai menggunakan Skala Likert 4 mata. Kesahan borang soal selidik oleh dua orang pakar memperolehi nilai Cohe.....

503 hits

24762024
Final Year Project
Penggunaan \"Ops-Cell Division\" untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam topik pembahagian sel tingkatan empat di SMK (P) Methodist Melaka
Nurain Ariffin
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji isu dan permasalahan yang berkaitan dengan topik Pembahagian Sel dalam mata pelajaran Biologi tingkatan empat SMK (P) Methodist Melaka dan kesan pelaksanaan penggunaan aplikasi “Ops-Cell Division” terhadap pencapaian murid-murid dalam topik Pembahagian Sel tingkatan empat SMK (P) Methodist Melaka. Daripada tinjauan awal yang telah dilaksanakan melalui ujian di dalam kelas menunjukkan kebanyakan murid-murid hanya mendapat markah jawapan betul iaitu empat daripada sepuluh soalan. Hal ini menunjukkan bahawa murid tidak dapat mengingati dan memahami tajuk Pembahagian Sel dengan baik. Kajian ini mempunyai reka bentuk kajian tindakan yang berfokus kepada 15 orang murid Tingkatan 4K1 SMK (P) Methodist Melaka. Instrumen kajian yang terlibat ialah protokol temu bual dan ujian pencapaian. “Ops-Cell Division” ini merupakan satu platform secara atas talian yang menggabungkan pelbagai pendekatan yang berbeza mengikut cara pembelajaran terkini .....

806 hits

24772024
Final Year Project
Tinjauan persepsi penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia bagi mata pelajaran Biologi dalam kalangan murid tingkatan empat
Maisarah Mohamad Azizi
Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia bagi mata pelajaran Biologi dalam kalangan murid tingkatan empat. Kajian ini melibatkan sekolah-sekolah di daerah Kerian, Perak. Sampel kajian adalah seramai 136 murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Biologi dari populasi murid seramai 223 orang. Kajian ini telah mendapat kesahan daripada empat orang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Instrumen kajian telah memperolehi kesahan dengan purata keseluruhan nilai pekali kesahan sebanyak 0.85 bagi kesahan kandungan dan 0.90 bagi kesahan muka. Nilai Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan instrumen merupakan 0.946. Dapatan kajian mendapati bahawa murid-murid yang terlibat dalam kajian mendapat purata nilai min dan sisihan piawai adalah 4.039±0.818 bagi konstruk minat terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia. Seterusnya, bagi konstruk persepsi terhadap penggu.....

984 hits

24782024
Final Year Project
Tinjauan tahap pengetahuan dan kesediaan guru pelatih Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap gamifikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi
Nurul Aini Farhanah Ab Rizal
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru pelatih Biologi terhadap gamifikasi serta hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru pelatih Biologi terhadap gamifikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Biologi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 97 orang guru pelatih Biologi yang terdiri daripada semester 6 dan 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik dalam platform Google Form dengan pengukuran skala Likert 1-4 sebagai instrumen kajian. Dua orang pakar yang terdiri daripada Pensyarah UPSI telah mengesahkan instrumen kajian dengan peratusan nilai persetujuan yang tinggi iaitu 85%. Kajian rintis dijalankan terhadap 30 orang responden bagi menguji kebolehpercayaan instrumen. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah (α = 0.842). dan ditafsirk.....

1032 hits

24792024
Final Year Project
Penerimaan pelajar terhadap penggunaan Augmented Reality (AR) dalam pembelajaran Biologi tingkatan empat
Nurqasrina Hamzani
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk (i) mengenal pasti tahap penerimaan pelajar terhadap pengaplikasian AR dalam pembelajaran Biologi tingkatan 4 dan (ii) mengkaji perbezaan tahap penerimaan pelajar terhadap pengaplikasian tersebut berdasarkan jantina. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Sampel kajian seramai 145 pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek Biologi telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang telah disahkan (0.84α) meliputi konstruk penerimaan iaitu sikap, penggunaan, dan kecenderungan dengan menggunakan skala 4 Likert. Analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) dan analisis inferensi (ujian-t tidak bersandar) masing-masing telah digunakan untuk menganalisis objektif (i) dan (ii). Didapati tahap penerimaan pelajar terhadap pengaplikasian AR adalah tinggi bagi konstruk sikap (M=3.39, SP=0.46), penggunaan (M=3.23, SP=0.45) dan kecenderungan .....

450 hits

24802024
Final Year Project
Development and perceived usability of 3D-model PlasmaMesh as a teaching aid for subtopics in plasma membrane
Cheng, Lee Hoong
The study aims to create a 3D model “PlasmaMesh” as a teaching aid for plasma membrane-related subtopics in Form Four (4) Biology. The research objectives are to develop a 3D model PlasmaMesh as a teaching aid with high validity and to determine the perceived usability of the product developed. This research is Developmental Research Design (DRD) guided by the ADDIE model guided throughout the product development process. The research utilized two instruments: a validity evaluation form for experts to validate and a perceived usability questionnaire for respondents to provide feedback. The validity of the product was analyzed by Content Validity Index (CVI). The I-CVI for the product analyzed was 1.00 for each item summing up for a total of 16 items, value interpreted was located in the range of 1.00 for three experts’ validation. A pilot study was conducted to access the reliability of the research instruments, measuring methods through Cronbach’s Alpha, yielding a .....

621 hits

[ First ] [ Prev ] Page 248 of 1118 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.