UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
pembangunan matematik Komunikasi Perpustakaan Tuanku Bainun
Kurikulum addie ismail man Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara Goh swee Choo

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
27712021
article
Hubungan kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian akademik pelajar bagi subjek Pengajian Perniagaan di Larut Matang dan Selama, Perak
Kho, Ai Peng
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan enam bagi subjek Pengajian Perniagaan di Larut Matang dan Selama, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 291 responden dalam kalangan pelajar tingkatan enam dari lapan buah sekolah menengah dalam daerah Larut Matang dan Selama dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan berdasarkan Multiple Intelligences Test yang dibangunkan oleh Gardner (1983). Data dianalisis menggunakan ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa domain kecerdasan linguistik (r= .362, p..

220 hits

27722022
final_year_project
Impak regangan aktif dinamik, pasif dinamik dan regangan balistik terhdap fleksibiliti dan prestasi kuasa kaki
Viviana Dusin
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti impak regangan aktif dinamik, pasif dinamik dan regangan balistik terhadap fleksibiliti dan prestasi kuasa kaki. Seramai 26 orang peserta kajian adalah terdiri daripada mahasiswi Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian eksperimental secara kuantitatif menggunakan kajian lapangan pemprofilan. Setiap 26 orang peserta akan melakukan tiga jenis regangan sama ada regangan aktif dinamik, pasif dinamik atau regangan balistik secara rawak pada hari yang berlainan pada waktu dan di tempat yang sama. Setiap selesai melakukan satu jenis regangan dua ujian akan dilakukan iaitu ujian jangkauan duduk-v dan ujian lompat jauh berdiri. Keputusan kajian menunjukan regangan aktif dinamik, pasif dinamik dan regangan balistik masing-masing mempunyai nilai p yang signifikan iaitu p = 0.001 lebih kecil daripada p < 0.05 dalam ujian jangkauan duduk-v dan ujian lompat jauh be.....

954 hits

27732023
final_year_project
Persepsi pelajar sains sukan SMK Kidurong Bintulu, Sarawak terhadap faktor kekangan pelaksanaan dasar 1 murid 1 sukan di sekolah
Rahull Liang Henry Sibat
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar Sains Sukan SMK Kidurong Bintulu, Sarawak terhadap faktor kekangan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di sekolah. Dua pemboleh ubah digunakan dalam mengenal pasti faktor kekangan iaitu faktor kekangan ibu buapa dan faktor kekangan persekitaran sekolah yang mempengaruhi pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbandingan diantara dua pemboleh ubah tersebut. Seramai 52 orang pelajar daripada pelajar Sains Sukan SMK Kidurong Bintulu, Sarawak telah diambil sebagai subjek kajian. Pendekatan kajian adalah secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS versi 23 untuk menganalisis data deskriptif. Borang soal selidik digunakan bagi tujuan untuk mengutip data kajian sebelum dianalisis secara deskriptif bagi menjelaskan persepsi pelajar Sains Sukan SMK Kidurong Bintulu, Sarawak terhadap faktor kekangan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di sekolah. Ujian t tidak bersandar dan ujian korelasi Pear.....

541 hits

27742023
final_year_project
A comparative study of anthropometric characteristics and physical fitness between elite and junior canoe polo in Malaysia
Nurul Sazila Rashidin
The aimed of this study was to compare the anthropometric characteristics and physical fitness components between elite and junior team canoe polo in Malaysia. Participants were 20 elite paddlers and 20 junior paddlers of Johor and Wilayah Persekutuan state (n=40; male: 20 and female: 20). Participants underwent an anthropometric measurement (height, body mass, body mass index, body fat, skeletal muscles mass, visceral fat and arm span) and physical fitness test (push up, sit up, back extension, plank and 1.6km). The result of this study shows that there is a significant difference between elite and junior in body mass (t=2.582, 0.015, p..

594 hits

27752023
final_year_project
Perbandingan profil kecergasan ujian bronco atlet ragbi universiti dan atlet Malaysia
Muhammad Zuhair Hanafi
Ragbi merupakan sebuah sukan berpasukan yang di mana 15 pemain akan bersaing dengan pasukan yang lain.Secara lazimnya dikenali sebagai ragbi 15 sebelah atau ragbi “15’s”.Sukan ini melibatkan 80 minit tempoh bermain dengan mempunyai dua separuh masa.Setiap separuh masa tempoh bermain adalah 40 minit.Merujuk fakta pemain ragbi 15 sebelah akan bermain di padang bersaiz penuh.Sukan ragbi juga melibatkan kombinasi komponen kecergasan fizikal seperti kelajuan ,ketangkasan dan kuasa ketika berada di dalam padang.Oleh itu,setiap atlet hendaklah mempunyai profil kecergasan bagi menilai prestasi atlet sebelum kejohanan bermula. Tujuan Kajian ini dijalankan untuk membandingkan tahap kecergasan atlet ragbi UPSI dan atlet Malaysia dalam melakukan ujian bronco.Kajian ini dilakukan untuk melihat tahap kecergasan atlet ragbi UPSI mempunyai keputusan yang lebih baik atau kurang baik berbanding atlet Malaysia.Seramai 56 atlet ragbi yang akan akan terlibat di dalam kajian ini dalam melaku.....

468 hits

27762023
final_year_project
Perhubungan di antara orientasi matlamat dan gaya kejurulatihan atlit sukan bola baling di peringkat universiti
Muhammad Farhan Samir Musa
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara ciri orientasi matlamat dan gaya kejurulatihan dalam kalangan atlet bola baling lelaki dan perempuan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan maklumat di perolehi melalui soal selidik yang melibatkan 52 orang pemain bola baling UPSI. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah ‘Task and Ego Orientation In Sport Questionnaire’ (TEOSQ) untuk mengukur menilai sama ada seseorang individu mentakrifkan kejayaan dalam konteks sukan sebagai "berorientasikan tugas" atau "berorientasikan ego". dan soal selidik Soal Selidik Gaya Kepimpinan Jurulatih (Skala Kepimpinan untuk Sukan/LSS) untuk menentukan teori kepimpinan tertentu boleh digunakan untuk persekitaran sukan. Dapatan menunjukkan Gaya kejurulatihan Autokratik,Demokratik,TLL (Tingkah Latih Latihan), SS (sokongan sosial) GMG(Gelagat Memberi ganjaran) , Orientasi matlamat tugas dan ego tidak menunjukkan skor min yan.....

654 hits

27772023
final_year_project
Analisis prestasi dayatahan kardiovaskular, ketepatan tendangan dan kemahiran mengelecek dikalangan pemain futsal Universiti Pendidikan Sultan Idris
Muhammad Farhan Mohamad Faizul
Tujuan utama kajian ini untuk mengkaji kekuatan dominan bagi pasukan futsal UPSI. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk bentuk secara non-eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan 20 orang pemain yang mewakili pasukan futsal UPSI yang meyertai kejohanan Liga Futsal Institusi Pengajian Tinggi dan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (SUKIPT). Rata-rata subjek terdiri daripada 20 tahun sehingga 24 tahun. Terdapat tiga jenis instrumen yang digunakan iaitu Massey Futsal Shooting Test (MSFT), Bleep Test, dan Slalom Dribble Test. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan demografi subjek yang terlibat dan analisis inferensi pula melibatkan Korelasi-Pearson. Dapatan kajian menggunakan korelasi-pearson menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan eksperimen p = -0.809 bagi hubungan daya tahan kardiovaskular dan kemahiran mengel.....

1122 hits

27782023
final_year_project
Effect of high intensity small sided games of cardiorespiratory fitness and muscle endurance among futsal player
Muhammad Anas Mohd Salip
Cardiorespiratory fitness is one of the most important components in futsal sports covering physical fitness, muscle endurance, and being a measure for an athlete. There is a lack and limited study about the effect of small sided games on VO2max performance among male futsal players. The main purpose of this study was to measure the difference in VO2max, lactate threshold and muscle endurance levels after 4 weeks of high intensity small sided games training. Fourteen male futsal players were purposely selected to involved in this study, selected to tournament (n=7), non-selected for first team (n=7). Both groups of players were assigned to do high intensity small sided games of futsal for 4 weeks. The data were collected twice, prior to intervention (pre-test) and after completion of the intervention (post-test). The results of the study found that there was a difference between the two groups as well as between the pre and post-test. In pre-test, group 1 showed 12.48% (p=0.1.....

662 hits

27792022
final_year_project
Ciri personaliti dan orientasi matlamat dalam kalangan pemain kelab E-Sukan UPSI
Rosmiathy Nahari
Kajian ini bertujuan membandingkan ciri-ciri personaliti dan orientasi matlamat dan menganalisis serta menghubungkait antara ciri-ciri personaliti dan orientasi matlamat dalam kalangan pemain kelab E-sukan UPSI. Seramai 108 orang pemain daripada kelab E-sukan UPSI yang terdiri daripada lelaki (n=54) dan perempuan (n=54) telah terlibat sebagai responden dalam penyelidikan ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk Ex-Post Facto. Instrumen kajian terdiri datipada soal selidik Big Five Inventory (BFI) dan The Task and Ego Orientation Sports Questionnaire (TEOSQ). Analisis deskriptif menunjukkan ciri personaliti agreeableness adalah yang paling tinggi (M=3.84, SD=0.62550), diikuti dengan ciri personaliti openness (M=3.48, SD=0.48160), conscientiousness (M=3.44, SD=0.64380), extraversion (M=3.24, SD=0.62929), dan neuroticism (M=2.76, SD=0.80418). Selain itu, analisis deskriptif menunjukkan orientasi matlamat tugasan adalah yang paling tinggi (Min=4.20, SD=0.62414) dan orientasi matl.....

1138 hits

27802021
article
Hubungan antara faktor demografi dan faktor prestasi terpilih dengan persepsi keberkesanan sistem penilaian prestasi dalam kalangan anggota Polis DiRaja Malaysia
Brenda Ranee Francis
Kajian ini bertujuan mengukur perbezaan dan hubungan di antara faktor-faktor demografi terpilih dan faktor-faktor penentu prestasi terpilih dengan persepsi keberkesanan sistem penilaian prestasi dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibupejabat Polis Daerah Kuching. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang mempunyai populasi seramai 800 anggota polis. Seramai 260 anggota polis dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Data kajian telah dianalisis menggunakan IBM SPSS Versi 23.0. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dan tempoh perkhidmatan terhadap persepsi keberkesanan sistem penilaian prestasi. Manakala, keputusan ujian Korelasi Pearson telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara lima faktor penentu terpilih iaitu ganjaran (r=0.299), budaya organisasi (r=0.378), pengendalian (r=0.166), komunikasi (r=0.360) dan latihan (r=0.533) dengan persepsi keberkesanan sistem penilaian prestasi. Oleh itu.....

354 hits

[ First ] [ Prev ] Page 278 of 981 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.