|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 2811 | 2023 Article | Shaharir Mohamad Zain pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa pengungkapan ilmu Mohd Tarmizi Hasrah Hanya sebahagian kecil ilmuwan yang sanggup melangkah tembok bidang kepakaran masing-masing bagi menikmati panorama rentas mahupun multi disiplin. Salah seorang yang sanggup melakukannya ialah Shaharir Mohamad Zain. Beliau yang mendapat pendidikan rasmi dalam bidang matematik dan fizik, kemudiannya menyerlahkan penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu lain seperti bahasa, budaya, ekonomi, politik dan falsafah. Makalah ini bertujuan membincangkan pemikiran dan sumbangan Shaharir terhadap bahasa Melayu dengan fokus yang spesifik kepada pemerkasaan bahasa ini sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengungkapan ilmu. Bagi mencapainya, makalah ini berpedoman kepada perspektif grafisejarah menerusi konsep iklim idea (Koerner, 1989) khusus untuk menelusuri cetusan awal dan perkembangan pemikiran Shaharir tentang bahasa Melayu. Penyerlahan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi ilmu dilakukan menerusi telaah kritis terhadap karangan Shaharir, kemudiannya dipaparkan menurut tema-tema tert..... 537 hits |
| 2812 | 2023 Article | Unsur tumbuhan sebagai perlambangan dalam Peribahasa Iban Nur Alisha binti Mengga Peribahasa merupakan cabang seni sastera lisan dalam budaya masyarakat di dunia, termasuklah budaya masyarakat Iban. Peribahasa lahir daripada pengamatan anggota masyarakat terhadap fenomena alam, yang sarat dengan keunikkan bentuk dan keindahan makna tersurat dan tersirat. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk meneliti unsur tumbuhan yang terdapat dalam peribahasa Iban. Kajian ini menggunakan kaedah senarai semak dengan melakukan analisis dokumen terhadap Kamus Peribahasa Iban yang ditulis Christy Duin Tanggi (1998). Hasil kajian mendapati bahawa aspek tumbuh-tumbuhan dimanifestasi dalam kehidupan seharian mereka. Kesemua unsur tumbuhan dalam peribahasa yang dikaji merupakan haiwan yang mempunyai kaitan dalam ruang lingkup kehidupan suku kaum tersebut. Kajian ini penting untuk memberikan pemahaman kepada golongan masyarakat yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kelompok tersebut sebagai salah satu objektif untuk merapatkan jurang sosiobudaya dalam kalangan masyarakat di nega..... 356 hits |
| 2813 | 2024 Final Year Project | Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan terhadap E-Modul Element-Think! dalam standard pembelajaran Jadual Berkala Unsur bagi pelajar Tingkatan 4 Nur Aina Izzyani Hamdam Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul peta konsep iaitu E-Modul Element-
Think! bagi standard pembelajaran Jadual Berkala Unsur Kimia Tingkatan 4 dan
menilai persepsi kebelohgunaannya dalam kalangan pelajar Tingkatan 4. Kajian yang
dijalankan merupakan kajian pembangunan yang menggunakan model ADDIE yang
terdiri daripada lima fasa iaitu fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan
dan penilaian. Sampel kajian ialah pelajar Tingkatan 4 yang mengambil subjek Kimia
di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor. Ianya dinilai daripada empat konstruk iaitu
reka bentuk, kandungan, kebolehgunaan dan minat terhadap e-modul. Instrumen yang
digunakan ialah borang kesahan muka dan kandungan, serta soal selidik persepsi
kebolehgunaan. Modul yang dibangunkan mempunyai nilai peratus persetujuan pakar
yang tinggi iaitu 89.29% bagi kesahan muka dan kandungan, dan 84.50% bagi kesahan
soal selidik persepsi. Nilai Alfa Cronbach yang diperoleh daripada kajian rintis ialah
0.938. Ka..... 869 hits |
| 2814 | 2024 Final Year Project | Kajian korelasi gaya pembelajaran Visual, Auditori, Kinestetik terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar dalam topik Respirasi Tingkatan 3 Nurin Wajahah Osman Gaya pembelajaran ialah gaya yang dipraktikkan oleh individu tertentu dalam proses
pembelajaran yang membezakan mereka daripada individu lain. Setiap pelajar
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berdasarkan keupayaan dan tahap
keselesaan mereka. Terdapat tiga gaya pembelajaran yang lebih umum iaitu gaya
pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestetik (VAK) yang biasanya dimiliki oleh
pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran visual,
auditori, kinestetik terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam topik Respirasi
Tingkatan 3. Kajian kuantitatif melalui reka bentuk kajian korelasi telah dilaksanakan
yang melibatkan seramai 60 orang pelajar Tingkatan 3 dari sebuah sekolah dalam
daerah Tanjong Malim dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Dua
instrumen kajian yang digunakan iaitu soal selidik gaya pembelajaran dan ujian
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Statistical Pack..... 848 hits |
| 2815 | 2024 Final Year Project | Pembangunan Modul Pengajaran IQ-Nutri 5E bagi topik Nutrisi Sains Tingkatan 2 dan kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Sains UPSI Elsya Ryenna Henry Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan Modul Pengajaran IQ-Nutri 5E bagi
topik Nutrisi Sains Tingkatan 2 dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih
Sains di UPSI berdasarkan empat sub konstruk iaitu kebergunaan, mudah diguna, mudah
dipelajari dan juga kepuasan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian Pembangunan dan
dibangunkan berpandukan model ADDIE dengan pendekatan kuantitatif yang mempunyai lima
fasa iaitu fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan juga fasa penilaian.
Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini untuk menilai kesahan dan
kebolehgunaan modul iaitu borang kesahan muka dan kandungan modul pengajaran IQ-Nutri
5E dan juga soal selidik kebolehgunaan modul pengajaran IQ-Nutri 5E. Seramai 113 orang
guru pelatih dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian daripada
Semester 6 dan 7 yang terlibat dalam sampel sebenar kajian. Teknik persampelan yang
digunakan adalah teknik pensampelan ..... 1055 hits |
| 2816 | 2024 Final Year Project | Faktor dominan yang mempengaruhi pelajar sekolah menengah atas ke aliran Sains Fatin Nurain Kamaruddin Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi
pelajar sekolah menengah atas ke aliran Sains dan membandingkan min dan sisihan
piawainya. Faktor-faktor yang dikaji adalah minat, ibu bapa, guru, rakan sebaya dan
prestasi akademik. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif dan dijalankan melalui
kaedah kajian tinjauan. Populasi kajian merupakan pelajar Tingkatan Empat yang
mengambil aliran Sains di dua buah sekolah Yayasan Islam Kelantan. Sampel untuk
kajian ini melibatkan 100 orang pelajar Tingkatan Empat yang mengambil aliran Sains
dan dipilih menggunakan teknik persampelan secara tidak rawak dan berkelompok.
Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik dan dianalisis secara deskriptif
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0.
Nilai S-CVI/Ave adalah 0.82 dan S-CVI/UA adalah 0.60 bagi mendapatkan darjah
persetujuan antara dua orang pakar ke atas instrumen yang digunakan dan nilai
kebolehpercayaan ..... 613 hits |
| 2817 | 2024 Final Year Project | Pembangunan dan kebolehgunaan Slaid Interaktif Homeo-Buddy berdasarkan pembelajaran berasaskan pembelajaran berasaskan permainan dalam subjek Biologi topik Homeostasis Angel Poi Min Kajian ini bertujuan untuk membina Slaid Interaktif Homeo-Buddy dan menilai tahap
kebolehgunaan slaid terhadap pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek Biologi
terhadap topik Homeostasis. Kaedah penyelidikan pembangunan dipilih dengan kaedah
pendekatan kuantitatif untuk menjawab persoalan kajian. Terdapat dua set instrumen
yang digunakan dalam kajian ini iaitu instrumen kesahan pakar yang mengandungi
Kesahan Muka dan Slaid Interaktif Homeo-Buddy dan Kesahan Muka dan Kandungan
Soal Selidik Kebolehgunaan Slaid Interaktif Homeo-Buddy. Responden yang terpilih
diberikan akses untuk menggunakkan produk Homeo-Buddy dan seterusnya menilai
kebolehgunaan produk ini. Instrumen soal selidik mempunyai tiga bahagian iaitu
Kebergunaan, Kemudahan dan Kepuasan. Seramai 30 orang murid tingkatan 4 yang
mengambil subjek Biologi telah dipilih secara rawak berkelompok untuk kajian rintis
dan bagi kajian lapangan, seramai 60 orang murid tingkatan 4 yang mengambil subjek
Biologi telah dipilih seb..... 756 hits |
| 2818 | 2024 Final Year Project | Development and evaluation of MamaXGenius maternal effect boardgame for undergraduates Biology students Nur Ain Faiqah Zamri Biology students at universities must learn about a variety of topics related to genetics.
Non-mendelian genetics, particularly the maternal effect, is one of the topics covered in genetics.
Maternal effect explained the influence of the mother's genetics onto the offspring’s phenotype.
The purpose of this study is to develop MamaXGenius card games as learning aids and to
investigate the perception of biology majors students on the use of MamaXGenius for the topic
Maternal Effect in Genetic. The ADDIE model had been utilised in the development stage. This study
involved 170 biology students that took the Genetic subject for Semester 3 to 7. The instruments
used in this study are questionnaires to evaluate the validity of MamaXGenius, assess the
validity of a perception questionnaire, and gauge perceptions through a four-point Likert scale.
For the validity of the MamaXGenius card game, two experts of secondary school teachers..... 648 hits |
| 2819 | 2023 Article | Akal budi Orang Melayu menerusi cerita-cerita Rakyat Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan Cerita rakyat merupakan salah satu kesusasteraan Melayu yang disampaikan oleh penduduk pribumi. Ia dikembangkan melalui penyampaian secara lisan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti dan menganalisis aspek akal budi menerusi cerita rakyat Melayu. Batasan kajian ini dihadkan kepada koleksi cerita rakyat dalam buku yang bertajuk Nilai-Nilai Murni dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pengkaedahan Melayu oleh Mohd Firdaus Che Yaacob (2021). Maka, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian yang berlandaskan kaedah kepustakaan dan analisis teks bagi memperoleh hasil yang lebih mampan. Kajian ini menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang (1989) menerusi pengkaedahan alamiah bagi memperkukuhkan analisis kajian. Hasilnya, kajian ini mendapati adanya elemen akal budi dalam cerita rakyat Melayu yang diketengahkan. Kesannya, cerita rakyat sedikit sebanyak mempengaruhi gaya..... 786 hits |
| 2820 | 2024 Final Year Project | Korelasi sikap dan pengetahuan dengan kesediaan guru pelatih ISMP Sains UPSI dalam latihan mengajar Siti Nadirah Ibrahim Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti korelasi sikap dan pengetahuan dengan
kesediaan guru pelatih ISMP Sains UPSI dalam latihan mengajar. Kaedah kajian adalah
penyelidikan kuantitatif iaitu tinjauan sampel dengan menggunakan instrumen soal
selidik. Populasi dipilih dalam kalangan guru-guru pelatih ISMP Sains UPSI yang telah
menjalani latihan mengajar. Kesahan soal selidik disahkan oleh dua orang pakar dan
dianalisis menggunakan nilai Indeks Kesahan Kandungan, CVI. Ia menunjukkan
kesahan kandungan yang sangat baik dan instrumen adalah memuaskan (0.95). Kajian
rintis pula dilakukan kepada 30 orang guru pelatih serta dianalisis menggunakan kaedah
prosedur Statistical Packages for the Social Sciences version 27.0 (SPSS versi 27.0).
Didapati tahap kebolehpercayaan instrumen berada pada tahap amat baik dan item
kajian diterima (0.927). Melalui analisis data bagi kajian sebenar yang melibatkan
seramai 100 orang guru pelatih Sains UPSI, ketiga-tiga konstruk menunjukkan skor
min..... 1060 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 282 of 1143 | [ Next ] [ Last ] |