UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
32412006
Thesis
Kebolehpercayaan dan kesahan ujian lari/berjalan sebatu dan ujian pacer
Zolkifli Abd. Ghani
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER di kalangan pelajar yang berumur 13 tahun di daerah Hulu Selangor. Seramai 90 orang subjek terlibat bagi ujian di padang, iaitu Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER manakala 30 orang subjek dipilih secara rawak mudah daripada kumpulan 90 orang tersebut diuji di makmal menggunakan Protokol Ujian Treadmill-Bruce sebagai ujian rujukan kriteria. Kaedah Uji dan ulang uji digunakan bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan dan kesahan kedua-dua ujian. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Ujian Lari/berjalan Sebatu pertama dan kedua (r = .98) manakala hubungan yang signifikan juga diperoleh antara Ujian PACER pertama dan kedua ( r = .99). Nilai kesahan yang diperoleh bagi Ujian Lari/berjalan Sebatu ialah 0.64 dan Ujian PACER pula ialah 0.69. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan an tara nilai ramalan V02 max Ujian Lari/berjalan.....

509 hits

32422006
Thesis
Kesediaan Guru menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran di Sekolah Menengah Teknik Kulim
Rumaizi Ahmad
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat tahap kesediaan guru di Sekolah Menengah Teknik Kulim terhadap penggunaan internet dalam pengajaran dan pemelajaran. Tahap kesediaan ini diukur melalui empat aspek iaitu aspek persepsi guru terhadap kesesuaian menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran, aspek pesepsi guru terhadap keberkesanan guru menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran, aspek keselesaan guru menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran dan aspek tahap kesediaan guru untuk mempelajari kemahiran internet. Kajian ini menggunakan instrument soal selidik kepada 113 orang guru dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science versi 11.0 bagi mencari kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Statistik Inferens iaitu Ujian-T dan Anova Sehala digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa min an tara subskala sikap terhadap kesesuaian penggunaan internet dalam pengajaran.....

419 hits

32432005
Thesis
Gaya pembelajaran prinsip perakaunan dengan pencapaian akademik pelajar:inventori pembelajaran di sekolah (SASI)
Faridah Md Ashiri
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik  Prinsip Perakaunan.  Kajian  ini juga  bertujuan  untuk mengenalpasti perbez.aan gaya pembelajaran  mengikut faktor-faktor terpilih iaitu jantina, kaum, aliran, pencapaian awal Matematik, lokasi  sekolah dan jenis sekolah. Kaedah yang digunakan adalah kaedah deskriptif berbentuk  tinjauan  sampel. Sampel yang dipilih terdiri dari 222 orang pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata  pelajaran Prinsip Perakaunan dari tiga belas buah sekolah di daerah Manjung. Alat kajian yang  digunakan adalah Inventori Pembelajaran di Sekolah oleh Selmes (1987) yang  mengemukakan  lima gaya  pembelajaran  iaitu  Gaya Permukaan,  Gaya Mendalam, Gaya Dorongan, Gaya Gigih Usaha dan Gaya  Terancang.  Data-data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan pakej  SPSS versi 11.5. Analisis deskriptif mendapati para pelajar mengamalkan Gaya Dorongan berbanding  .....

510 hits

32442012
Thesis
Faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan dalam kalangan usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Malaysia
Rosini Nawang Mustapen
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh faktor kesedaran keusahawanan, penguasaan keusahawanan, pendidikan dan latihan keusahawanan, ciri-ciri keusahawanan serta demografi terpilih terhadap prestasi perniagaan dalam kalangan usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Instrumen kajian adalah menggunakan soal selidik terancang yang telah digunakan dalam kajian penyelidik lain dan disesuaikan dengan kesesuaian kajian. Sampel kajian telah dipilih daripada para usahawan yang telah menyertai showcase kebangsaan SDSI 2010. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik inferen termasuklah ujian t, Korelasi Pearson dan Regresi Logistik. Dapatan deskriptif mendapati faktor kesedaran, penguasaan, latihan dan pendidikan, ciri-ciri keusahawanan serta prestasi perniagaan adalah sederhana. Seterusnya, dapatan statistik analisis mendapati, tidak terdapat perbezaan yang signifikan prestasi perniagaan antara jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan, tidak terdapat hubungan ya.....

487 hits

32452013
Thesis
Kecenderungan keusahawanan dalam kalangan guru-guru koperasi sekolah menengah di daerah Klang
Rosli Khalid
Keusahawanan kini menjadi satu wadah yang penting dalam membangunkan modal insan di negara ini. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau tahap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan guru-guru koperasi sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Lima dimensi kecenderungan keusahawanan telah dipilih iaitu Motivasi, Kreativiti dan Inovasi, Keyakinan Diri, Lokus Kawalan Dalaman dan Kesediaan Menghadapi Risiko. Seramai 113 responden yang terdiri daripada guruguru koperasi terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada guru-guru koperasi yang berkenaan. Sebanyak 150 set borang soalselidik diedarkan dan 75% atau 113 responden memberikan maklumbalas. Data-data yang diperoleh daripada kaji selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Cronbach Alpha dan nilai yang diperolehi ialah 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bah.....

455 hits

32462012
Thesis
Gaya pemikiran dan pendekatan pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran perakaunan di sebuah kolej matrikulasi
Suzana Mad Hezir
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pemikiran yang dominan dan kecenderungan pendekatan pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar matrikulasi dalam mata pelajaran Perakaunan. Sampel kajian ini terdiri daripada 218 orang pelajar jurusan perakaunan dad sebuah kolej matrikulasi, Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif Instrumen yang digunakan adalah soal selidik 48 item yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Sahagian A (3 item - maklumat latar belakang), Sahagian S (25 item - gaya pernikiran) dan Sahagian C (20 item - pendekatan pembelajaran). Analisis deskriptif (peratus dan min) dan statistik inferens (ujian-t, ANOV A dan korelasi Pearson) telah digunakan untuk menclapatkan maklumat berkaitan hubungan di antara pemboleh ubah bersandar (gaya pemikiran dan pendekatan pembelajaran) dengan pemboleh ubah bebas (jantina dan pengetahuan sedia ada). Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih dominan dalam gaya pemikiran internal berbanding pe.....

546 hits

32472004
Thesis
The relationship between quality of disclosure in corporate annual reports and firm-specific characteristics: the case of nacra
Nooraisah Katmun@Katmon
This study empirically examined the relationship between firm-specific characteristics and the quality of disclosure of company annual reports in Malaysia. Due to the increasing need of users towards accounting information, a full, quality and transparent disclosure must to be provided by companies. As a measurement of quality, the present study used the NACRA as a benchmark of sound quality of reporting. Firms that won NACRA were considered as firms that provided quality of disclosure in their annual reports. The independent variables tested in this study were firm size, ownership structure, leverage and profitability. The match-paired sample comprises 52, 56 and 66 firms that won and lost NACRA during the years 1999,2000 and 2001. This study used descriptive statistics, Mann-Whitney U test, Logistic regression and Linear regression (as the test of robustness) to test the hypotheses. Results show that ownership structure is the only variable found to be significant in influencing the .....

522 hits

32482007
Thesis
Tahap kebimbangan pemain bola jaring sebelum pertandingan dan pengaruhnya terhadap pencapaian prestasi dalam pertandingan
Wan Sulaiman Wan Elias
Tujuan utama kajian ini untuk mengenal pasti tahap kebimbangan kognitif, somatik, dan keyakinan diri serta melihat secara umum masa tahap kebimbangan yang paling menyukarkan pasukan bola jaring bawah 18 tahun Sekolah-Sekolah Menengah Gabungan Samarahan tujuh hari, tiga hari, dan 30 minit sebelum pertandingan dimulakan. Di samping itu kajian ini juga cuba untuk men genal pasti kesan kebimbangan dan keyakinan diri terhadap prestasi atlet. Seramai 60 subjek telah dipilih yang terdiri daripada 10 pemain untuk setiap pasukan dari enam buah Sekolah Menengah Gabungan Samarahan. Satu set borang soal selidik Cognitive-Somatic Anxiety Questionaire ( CSAI-2) digunakan. Data yang diperolehi dianalisa dengan membanding min berdasarkan kepada anova sehala dengan menggunakkan SPSS for Windows 11.0. Pengujian hipotesis bagi kumpulan subjek dibuat berdasarkan kepada aras keertian, a =0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebimbangan antara pemain bola ja.....

1013 hits

32492007
Thesis
Perkaitan orientasi matlamat dan motif penglibatan atlet Bawah 18 tahun, 15 tahun dan 12 tahun dalam sukan olahraga
Daniel Lawrence
Kajian ini dilakukan bagi melihat perkaitan di antara orientasi matlamat dan motif penglibatan atlet olahraga bawah 18 tahun, 15 tahun, dan 12 tahun di daerah Tambunan Sabah yang menyertai Kejohanan Olahraga MajIis Sukan Sekolah-Sekolah Gabungan Keningau Kali Ke-40 Tahun 2007 iaitu seramai 106 di mana 45 atlet 18 tahun ke bawah, 41 atlet 15 tahun ke bawah dan 20 lagi atlet 12 tahun ke bawah. Kajian ini menggunakan "Task and Ego Orientations Questionnaire (Duda & Whitehead, 1998)" yang terdiri dari orientasi tugasan dan ego serta "Participation Motivation Inventory (Gill, Gross & Huddleston, 1983)" yang mengandungi lapan factor motivasi iaitu pencapaian/status, suasana berpasukan, kecergasan, keseronokan, rakan-rakan, penggunaan tenaga perkembangan kemahiran dan faktor lain. Hasil analisis data mendapati wujud perhubungan yang signifikan antara orientasi matlamat tugasan dengan motif penglibatan faktor kecergasan (r =.19, p > 0.01) dan kemahiran (r =.29, p > 0.05). Bagi corak orientasi .....

510 hits

32502007
Thesis
Kesan program latihan kecergasan fizikal terhadap ketinggian lompatan dalam acara lompat tinggi bagi pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Bahagian Kuching, Sarawak
Amran Abang
Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan eksperimental. Penyelidikan ini dijalankan adalah untuk menentukan sama ada program latihan yang dikenakan terhadap kumpulan eksperimen memberi kesan terhadap peningkatan skor ujian kecergasan dan ketinggian lompatan dalam acara Lompat Tinggi. Dapatan data dan maklumat yang diperolehi dijadikan sebagai perbandingan kesan program kecergasan fizikal melalui ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini hanya dijalankan ke atas 30 orang subjek pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Di Bahagian Kuching, Sarawak. Setiap sepuluh orang sampel mewakili Kategori A, B dan C. Tujuh jenis ujian telah digunakan iaitu Ujian Bridge-Up, Ujian Sit-Up (Bent Knee), Ujian Indiks Jisim Tubuh (IJT), Ujian Lompat Kuasa Menegak, Ujian SEMO, Ujian Lari Pecut 30 Meter dan Ujian Lompat Tinggi. Dengan menggunakan ujian-t sampel berasingan dalam ujian pra, kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara dua kumpulan sampel. Begitu jug.....

508 hits

[ First ] [ Prev ] Page 325 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.