UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
32912022
Article
Living is a way of thinking On the Study of Sim Mow Yus diaries: chapter of Life by Ho Khai Leong
Lop, Chen Hwee
Sim Mow Yu’s spent 52 years writing a diary to intervene in life, and to criticize and interpret it. With the framework of thought in life ””, he creatively transformed cultural thoughts and finally reconstructed the symbol of the Malaysian Chinese spirit. This mode of interpretation and recon struction is the same as the research method of the diary researcher Ho Khai Leong. It is not only a paradigm of inheritance from Malaysian Chinese, but also a thought process that originates from life and then gives back to life...

696 hits

32922022
Article
A Study on the critical system of Zhang Ailing\s novels
Ji, Zhongxuan
Zhang Ailing is a very distinctive femal e writer in the modern and cont emporar y Chinese literary world. Through the survival track of the characters in her works, she shows us a deformed social style after the combination of W estern modern civilization and Eastern declining culture, with unique cultural connotation. The acade mic cir cle began to study Eileen Zhang s articles in the 1940s. Th is article uses time as the main line and sorted out the research overview of Eileen Zhang in different historical backgrounds and cultural atmospheres in Ch ina and the West. Through the combing of Eileen Zhang's research results, we can see that under a specific historical background, d ifferent academic research atmospheres and literary research concepts in China and the West have different perspectives and t houghts on the research of Ei leen Chang s articles...

831 hits

32932022
Thesis
The development pathway of Malaysia youth basketball players
Lee, Zhi Hang
The study was aimed to understand the development pathways of Malaysia youth basketball players and examine the existence of relative age effect (RAE) in MSSM basketball tournament. Participants selected from the groups of top 3 successful performed (n=72) and bottom 3 unsuccessful performed (n=72) U18 boy and girl teams from the MSSM basketball tournaments and data collected through modified Participation History Questionnaire (PHQ). The milestones achieved, and types of activities engaged by all athletes were collected. ONE-WAY ANOVA used to analyze the milestone achieved, compared them within the successful and unsuccessful performed group. Factorial ANOVA were used to analyze type of activities involved according to their age and compared within the successful and unsuccessful performed group. Non-parametric Kruskal-Wallis test used to analyze their involvement in other sports. No significant different for milestones achieved for both groups. All successful groups accumu.....

470 hits

32942022
Thesis
Pembinaan dan keberkesanan amali Kimia hijau terhadap pencapaian, kesedaran dan amalan kelestarian alam pelajar sekolah menengah
Suhaili Mohd Sarjidi
Amali kimia hijau merupakan pendekatan yang mengurangkan kesan ke atas alam sekitar mealui penggunaan bahan yang kurang mencemarkan alam serta kesan kepada kesihatan manusia melalui penggunaan bahan yang lebih selamat. Kajian ini melibatkan pembinaan amali kimia hijau bagi sub tajuk asid dan alkali dan kesan amali hijau terhadap pencapaian, kesedaran dan amalan kelestarian alam pelajar sekolah menengah dengan membandingkannya dengan amali kimia tradisional. Kajian dilaksanakan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan 34 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Kimia KSSM. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan rawatan dan kawalan. Pelajar kumpulan rawatan mengikuti pembelajaran amali kimia asid dan alkali menggunakan amali kimia hijau manakala kumpulan kawalan menggunakan amali kimia yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Data ujian pra dan pasca dianalisis menggunakan ujian-t bagi melihat kesan amali kimia hijau ke atas pe.....

682 hits

32952023
Thesis
Kesan penggunaan bahan sumber STEM Kimia ke atas kemahiran abad ke-21, minat dan pencapaian murid bagi topik Asid dan Bes
Mohammad Hazril Mohamad Mukhid
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan Bahan Sumber STEM Kimia (BSTEM Kimia) ke atas kemahiran abad ke-21, minat terhadap STEM dan pencapaian murid bagi topik Asid dan Bes. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimen kuasi. Seramai 60 orang murid dipilih secara persampelan rawak berkelompok yang kemudianya dibahagikan sama rata kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Tiga instrumen digunakan iaitu soal selidik kemahiran abad ke-21, soal selidik minat terhadap STEM serta ujian pencapaian bagi topik Asid dan Bes. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan (t = -5.36, p < 0.05) dalam skor min kemahiran abad ke-21 bagi ujian pra berbanding ujian pasca kumpulan eksperimen. Juga, didapati terdapat peningkatan yang signifikan (t = -0.02, p < 0.05) dalam skor min minat pelajar kumpulan eksperimen terhadap STEM dalam soal selidik pasca berbanding soal selidik pra. Di samping itu, terdapat pen.....

559 hits

32962023
Thesis
Hubungan amalan kepimpinan teknologi dengan peranan kepimpinan pertengahan dalam kalangan pemimpin pertengahan Kolej Vokasional di Zon Utara, Malaysia
Siti Hafidzah Yusof@Hasan
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan amalan kepimpinan teknologi dengan peranan kepimpinan pertengahan dalam kalangan pemimpin pertengahan kolej vokasional di Zon Utara, Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif bersifat tinjauan. Kajian kuantitatif ini melibatkan satu sampel kajian terdiri daripada 185 pemimpin pertengahan melibatkan 22 buah Kolej vokasional di Zon Utara iaitu Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Malaysia. Kajian ini menggunakan soal selidik amalan kepimpinan teknologi adaptasi daripada The Principal Technology Leadership Assesment (PTLA) dan soal selidik peranan kepimpinan pertengahan adaptasi daripada Middle Leadership Roles Questionaire – School Edition (MLRQ-SE). Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS IBM Versi 27.0. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepimpinan teknologi (M=3.65, SP=0.538) dan peranan kepimpinan pertengahan (M=3.59, SP=0.635) berada pada tahap sederhana. Anali.....

811 hits

32972022
Article
Persepsi guru pelatih terhadap penciptaan lirik lagu kanak-kanak Melayu tradisional sebagai bahan pengajaran topik fotosintesis murid tingkatan satu
Seri Fajiha Natasha Rosli
Penggunaan lagu kanak-kanak Melayu tradisional semakin menjadi perhatian dalam penyampaian kandungan pengajaran. Malah, lagu kanak-kanak Melayu tradisional merupakan warisan kesenian Melayu yang wajar dipertahankan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penggunaan lirik lagu yang dicipta berdasarkan melodi lagu kanak-kanak Melayu tradisional sebagai bahan pengajaran topik fotosintesis murid tingkatan satu. Rekabentuk kajian menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif berdasarkan analisa dokumen dan kajian tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan kandungan lirik lagu yang dicipta adalah baik dan penggunaan melodi lagu tempatan yang digunakan sesuai bagi tajuk fotosintesis. Kesimpulannya, guru pelatih memberikan persepsi yang baik terhadap lirik yang dicipta ke atas melodi lagu kanak-kanak Melayu tradisional bagi tajuk fotosintesis. Justeru, penggunaan melodi lagu kanak-kanak Melayu tradisional sangat berpotensi dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemb.....

392 hits

32982022
Article
Pemahaman interaksi lisan dalam pengajaran Pensyarah kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru
Zarien Nurlieyana Aminuddin
Penguasaan interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah di bilik kuliah merupakan satu proses penyampaian ilmu pengajaran yang berlaku secara dua hala. Interaksi lisan menjadi medium utama memindahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam pelbagai konteks pengajaran. Kajian ini membincangkan tentang pemahaman dan merumuskan teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan Roselan Baki (2003). Teknik teknik interaksi lisan Roselan Baki (2003) mempunyai sembilan pendekatan yang boleh menjadi amalan pengajaran iaitu penerangan, penyoalan, kawalan, penggiliran, pengulangan, arahan, pencungkilan idea,perbincangan dan penilaian. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk pendekatan kualitatif dengan mengkaji satu kes pelbagai tempat dengan melibatkan empat orang pensyarah kursus Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai informan kajian. Teknik persampelan bertujuan dengan beberapa kriteria tertentu sebagai pemilihan sampel yang b.....

298 hits

32992022
Article
Pelestarian alam sekitar dari perspektif tempatan masyarakat Kadazandusun di kawasan banjaran gunung Kinabalu
Minah Sintian
Makalah ini bertujuan mengenal pasti perspektif tempatan melalui amalan dan kepercayaan masyarakat Kadazandusun yang tinggal di kawasan banjaran gunung Kinabalu dalam membantu pelestarian alam sekitar. Penyelidikan kualitatif melalui kajian lapangan dan kepustakaan digunakan untuk mendapatkan data. Kerja lapangan dikendalikan di dua buah kampung yang melibatkan lima orang informan berusia antara 69 hingga 84 tahun menggunakan kaedah temu bual. Kajian mendapati masyarakat Kadazandusun mengamalkan upacara mantera dan mimpi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan animisme sewaktu membuka tanah untuk pertanian. Selain itu, mereka mempercayai adanya kawasan sakral yang menghalang penduduk kampung daripada menebang dan mengambil tumbuhan dan isi sungai dengan sewenang-wenangnya. Mereka juga menggunakan strategi tempatan yang terancang sewaktu proses pembakaran ladang untuk tujuan mengelakkan kebakaran hutan. Penanaman tumbuhan di kawasan tebing pula dapat mengurangkan risiko tanah runtuh da.....

478 hits

33002022
Article
Konsep pemikiran dalam ukiran kayu tradisional masyarakat Melayu
Ahmad Naim Mustaqim Yusri
Kajian ini menfokuskan kepada nilai pemikiran dalam ukiran kayu tradisional masyarakat melayu. Wujudnya idea kajian ini adalah berdasarkan pengalaman pengkaji dalam bidang seni kraft ukiran kayu. Oleh itu, pengkaji tertarik dalam membuat kajian ini disebabkan kekaguman terhadap nilai intelek masyarakat terdahulu dalam menghasilkan sebuah karya. Hal ini kerana sebuah karya yang bernilai tinggi mempunyai makna atau penceritaan disebaliknya bukan sahaja diukur dari segi konteks estetika, kekemasan dan kehalusan. Kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah membuktikan bahawa dalam seni ukiran kayu mempunyai martabat yang tinggi pada zaman dahulu. Hal ini kerana masyarakat dahulu mampu mengadaptasi dengan bijak mengenai pemilihan sesuatu motif berdasarkan lingkungannya. Sebagai contoh, motif-motif yang dihasilkan berdasarkan beberapa aspek yang berkait dengan kehidupan harian iaitu unsur kepercayaan, pemakanan dan perubatan..

532 hits

[ First ] [ Prev ] Page 330 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.