UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
33012022
Article
Eksplorasi tanah liat alternatif menerusi adaptasi bentuk tembikar warisan Melayu
Muhammad Safwan Mohd Shariff
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehkerjaan Model Praktis Studio Seramik (MPSS) terhadap penggunaan tanah liat alternatif (TLA) sebagai salah satu alat untuk mengekalkan warisan Melayu agar tidak ditelan oleh arus pemodenan. Panduan utama kajian ini berlandaskan TLA & warisan Melayu dengan membuat penilaian fenomonologi warisan Melayu semasa kaedah kualitatif dijalankan dengan mengaplikasikan kajian TLA secara studio praktis. Sampel TLA diperolehi dari pelbagai lokasi sungai di Malaysia. Namun begitu setiap sampel akan menunjukkan kebolehkerjaan yang berbeza mengikut kandungan TLA dan bentuk muka bumi. MPSS merangkumi 5 aspek utama iaitu explorasi, aplikasi, praktis, teknik dan produk dalam menerapkan nilai dan cinta akan warisan Melayu dengan mengaplikasikan teknik asas seramik dalam mengekalkan warisan malaysia. Dengan menggunakan teknik asas lingkaran untuk menghasilkan karya seni kreatif berbentuk 2D atau 3D yang bertemakan warisan Melayu. Dapatan kajian akan menunjukk.....

632 hits

33022022
Article
Tahap gelagat dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam membayar zakat pendapatan di Kedah
Muhamad Amar Mahmad
Hukum zakat pendapatan adalah suatu hukum yang baru dan ia tidak disepakati sejak sekian lama dalam kalangan cendikiawan Islam. Dalam konteks Malaysia ia diperbincangkan sejak akhir tahun 1970-an dan awal 1990-an dan konsepnya telah mula diterima dan mula dilaksanakan. Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bertarikh 22 Jun 1997 bersetuju bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat dan pada masa ini anjakan paradigma telah berlaku dalam institusi zakat di Malaysia apabila zakat pendapatan diangkat sebagai sumber baru. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian besar dalam kalangan pekerja awam dan swasta yang tidak membayar zakat pendapatan termasuk kalangan guru-guru di Kedah terutama opsyen pendidikan Islam dengan alasan-alasan tertentu. Berdasarkan kepada permasalahan ini, kajian telah dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap gelagat mengeluarkan zakat pendapatan dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam di Kedah. Reka.....

281 hits

33032022
Article
Memartabatkan Teluk Mengkabong sebagai kawasan pelancongan lestari berasaskan warisan sejarah dan ekopelancongan
Jakaria Dasan
Teluk Mengkabong wujud pada abad ke-16 Masihi dan pahlawannya terlibat mempertahankan wilayah-wilayah di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. “Menang, mereka tidak suka dicanang, tumpas makam tidak terkesan.” Beberapa tapak dan bentuk tinggalan arkeologi di pulau-pulau dalam Teluk Mengkabong menunjukkan perkaitan sejarah ini. Selain kekayaan citra budaya dan tradisi Bajau-Samah, terdapat juga deretan paya bakau dan pulau-pulau kecil serta habitat laut yang sangat berpotensi besar untuk menyokong pembangunan ekopelancongan Teluk Mengkabong. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif melibatkan responden terpilih dan kajian arkib serta 116 orang penduduk dan 70 orang kakitangan Universiti Malaysia Sabah. Wujud kesediaan dalam kalangan penduduk untuk menjayakan usaha membangun Teluk Mengkabong sebagai kawasan ekopelancongan yang disokong kuat oleh warisan sejarah. Tetamu luar turut memberikan pandangan yang sama. Usaha sedemikian akan membawa kepada sistem pembang.....

390 hits

33042022
Article
Manifestasi penciptaan pantun berlagu dalam cerita rakyat negeri Pahang
Nor Sahara Mesman
Makalah ini membincangkan berkaitan penciptaan pantun yang disampaikan secara berlagu menerusi cerita rakyat di Negeri Pahang. Pantun ini dicipta mengikut kreativiti penutur dengan menggabungkan unsur keindahan dan menonjolkan identiti penciptanya. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual dan rakaman untuk mendapatkan data. Data yang diperoleh akan dikategorikan mengikut perlambangan identiti masyarakat Melayu. Dari segi pemilihan tema berfokus kepada aspek keagamaan dan bermotif kepada objek, hari, serta alam. Rangkuman unsur keindahan ini diadun mengikut ciri-ciri pembayang dan maksud agar bertepatan dengan nasihat yang hendak disampaikan. Oleh itu, bagi menarik minat pendengar pantun ini didendangkan secara berlagu menggunakan rentak irama asli sama ada Dondang Sayang dan sebagainya. Berasaskan kepada Teori Pengkaedahan Melayu, kajian ini digarap dengan menggunakan pengkaedahan alamiah dan pendekatan dakwah serta pengkaedahan keagamaan melalui masyarakat dan seni.....

308 hits

33052022
Article
Manifestasi kesantunan bahasa dalam puisi tradisional etnik Dusun
Rosliah Kiting
Etnik Dusun merupakan kaum yang menetap di Sabah terdiri daripada beberapa suku, antaranya adalah Dusun Liwan, Dusun Bundu, Dusun Kimaragang, Dusun Lotud, Dusun Tindal, Dusun Tombonuo dan sebagainya. Etnik ini masih mengamalkan adab dalam komunikasi dengan menekankan kesantunan bahasa. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini membincangkan aspek manifestasi kesantunan bahasa yang diungkapkan dalam puisi tradisional etnik Dusun. Kajian akan memfokuskan kepada empat jenis puisi tradisional iaitu tukadan, sudawil, tabal-abal dan talaala. Kajian ini mendapati bahawa manifestasi kesantunan bahasa dalam puisi tradisional merupakan manifestasi ungkapan bertatasusila etnik Dusun untuk menggantikan penggunaan kata-kata kasar dan penghuraian adat istiadat masyarakat pendukungnya yang mementingkan keharmonian dengan mengelakkan tutur kata yang menyinggung perasaan. Selain itu, kesantunan bahasa turut memanifestasi etnik ini berkaitan dengan kepentingan menepati waktu, kerajinan, ketekunan serta ke.....

464 hits

33062022
Article
Konflik jiwa dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Nur Farahkhanna Mohd Rusli
Makalah ini bertujuan menjelaskan konflik jiwa yang dialami oleh watak utama dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka (2015), iaitu Zainuddin. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan, iaitu dengan merujuk novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2015) sebagai sumber utama pengumpulan data. Analisis data dilakukan dengan menerapkan tiga jenis pendekatan untuk menganalisis psikologi watak Zainuddin yang mempunyai hubung kait dengan masalah jiwa, iaitu psikoanalisis Sigmund Freud (1984), teori humanistik Abraham Maslow (1943) dan psikologi Islam. Dapatan kajian menunjukkan watak Zainuddin berhadapan dengan pelbagai konflik jiwa. Berdasarkan pendekatan psikoanalisis Sigmund Freud (1984), unsur id, ego dan super ego dalam diri Zainuddin tercetus akibat konflik berunsurkan keturunan dan percintaan. Berdasarkan teori humanistik Abraham Maslow (1943) pula, Zainuddin berusaha mencapai kesempurnaan diri, manakala analisis berdasarkan psikologi Is.....

373 hits

33072022
Article
Kajian terhadap kepentingan landskap budaya Melayu di Kampung Bukit Pegoh, Melaka
Amizatul Najeha Lukmanulhakim
Landskap dan budaya masyarakat Melayu merupakan perlambangan reka bentuk dan susun atur yang kompleks. melibatkan interaksi antara manusia, alam dan Tuhan serta cara manusia mengolah alam selari dengan keperluan dan kepentingan kehidupan. Oleh yang demikian, gabungan kompleks ini dapat dilihat serta dihayati melalui reka bentuk dan susun atur ruang landskap yang terdapat pada sebahagian kawasan rumah masyarakat Melayu tradisional di Malaysia. Namun begitu, seiring dengan perubahan dan permodenan di Malaysia, banyak landskap budaya Melayu di kampung khususnya mengalami proses transformasi ke arah kebaratan, tanpa mengambil kira asal usul kepentingan fungsi landskap budaya Melayu itu sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membuktikan kepentingan landskap budaya Melayu yang menjadi tunjang utama kepada identiti masyarakat Melayu yang semakin hilang ditelan zaman, kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ini adalah penyelidikan kualitatif melibatkan kajian kes di Kampung.....

342 hits

33082022
Article
Tren jenayah harta benda di Malaysia: kajian di Selangor dan Kuala Lumpur
Norita Jubit
ABSTRAK Tren jenayah harta benda di Malaysia masih membimbangkan walaupun menunjukkan penurunan kes. Kes curi motosikal adalah penyumbang utama kepada jenayah indeks di Malaysia, diikuti lain-lain kes curi dan ketiga tertinggi adalah kes curi kereta. Justeru, Artikel ini bertujuan meneliti tren jenayah harta benda di Kuala Lumpur dan Selangor mengikut daerah dan juga balai polis bagi tempoh 2015-2020. Data diperoleh daripada PDRM Bukit Aman dalam bentuk excel. Data terdiri daripada tiga seksyen iaitu seksyen 379 Kanun keseksaan (curi), manakala seksyen 379A Kanun keseksaan (curi motosikal, kereta, lori, van dan jentera berat) serta seksyen 457 Kanun keseksaan (kes pecah rumah siang dan malam). Kes jenayah harta benda di Selangor adalah lebih tinggi berbanding di Kuala Lumpur. Daerah Petaling Jaya di bawah Kontinjen Selangor merekodkan kes tertinggi berlaku jenayah harta benda dalam tempoh 2015-2020. Selain itu daerah Sepang mencatat kes jenayah harta benda tertinggi dan Balai Polis Sen.....

612 hits

33092022
Thesis
Kesan penggunaan peta minda dalam pemahaman teks bacaan Bahasa Cina Tahun Empat
Chew, Kai Liang
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta minda dalam pemahaman teks Bahasa Cina tahun empat jika dibandingkan dengan pengajaran konvensional. Kesan kedua-dua kaedah ini terhadap pencapaian markah ujian soalan pemahaman Bahasa Cina murid Tahun Empat telah dikaji. Kajian ini merupakan kajian reka bentuk campuran. Reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan pendekatan eksperimen-kuasi dan disokong oleh data kualitatif seperti analisis dokumen dan temu bual. 62 orang murid telah dipilih untuk menjadi sampel kajian. Dalam reka bentuk eksperimen-kuasi, sebuah kelas dijadikan kumpulan eksperimen yang menggunakan peta minda semasa pengajaran dan pembelajaran pemahaman teks Bahasa Cina selama 12 minggu. Manakala sebuah kelas lagi dijadikan kumpulan kawalan yang menerima pengajaran konvensional. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, analisis dokumen dan temu bual. Data yang dikumpul dianalisis dengan me.....

1001 hits

33102022
Article
Spatial temporal of school dropout hot spot: a case study of Sarawak District Education
Danggat Chabo
ABSTRACT The Ministry of Education Malaysia (MOE) has achieved remarkable successes midway between the implementation of education policy for all through the Malaysia Education Development Plan 2013-2025. However, dropout, especially at the secondary school level, relics stagnant as an educational issue in the country. Therefore, this study aims to identify the changes in the spatial pattern of dropout among secondary school students in Sarawak for a study period of six years starting from 2013 to 2018. The spatial methods applied in this study to identify dropout hotspot areas for secondary school students are Getis-Ord Gi* and polygon grid (fishnet). The analysis conducted from 2013 to 2018 revealed that the hotspot areas for secondary school dropouts were intense within the District Education Office of Kuching, Sibu, and Bintulu. In conclusion, the identification of student dropout hot spots based on time and space is very important so that intervention programmes to manage dropout .....

446 hits

[ First ] [ Prev ] Page 331 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.