UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
33612022
Article
Cabaran bahasa melayu era penjajahan di Malaysia 1900-1957
Ahmad Zainudin Husin
Artikel ini membincangkan cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu pada era kolonial British sehingga 1970 di Malaysia. Fokus perbincangan adalah untuk membincangkan cabaran terhadap keutuhan bahasa Melayu pada setiap fasa penjajahan sehinggalah selepas merdeka. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan bagi menghasilkan penulisan artikel ini berlandaskan kaedah sejarah dengan pendekatan kualitatif, terutamanya analisis dokumen. Fasa penyelidikankaedah ini terdiri daripada heuristik, kritik, pentafsiran data dan historiografi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keutuhan bahasa Melayu ketika berhadapan dengan cabaran era penjajahan disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu dasar penjajahan British yang mendiskriminasi penduduk tempatan dan penjajahan Jepun yang gagal meletakkan bahasa mereka ke tahap yang mampu menyaingi kepentingan bahasa Melayu dalam pentadbiran. Kajian ini dapat membuktikan bahawa kedudukan bahasa Melayu mampu dimantapkan melalui usaha menyeluruh bangsa penuturnya dal.....

746 hits

33622022
Article
Analisis laporan MAIK mengenai ajaran sesat dan murtad sebelum perang dunia kedua
Haryati Hasan
Berdasarkan analisis terhadap laporan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada sebelum Perang Dunia Kedua terdapat pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat Kelantan seperti masalah pelacuran, khalwat dan bersekedudukan, rogol, ajaran sesat dan murtad. Perbincangan artikel ini memfokuskan kepada bentuk ajaran sesat iaitu ajaran yang menyimpang daripada sudut akidah, syariat atau ibadat, rukun Islam dan syariat tetapi bukan rukun Iman serta kombinasi akidah dan syariat. Selain itu, artikel ini membincangkan mengenai latar belakang penyebar ajaran sesat seperti jantina, bangsa dan faktor tarikan individu berkenaan. Seterusnya, artikel ini juga mencerakinkan pelbagai faktor berlakunya masalah murtad dalam kalangan segelintir masyarakat Melayu Islam Kelantan. Antara faktor yang dikenal pasti ialah kurang kefahaman terhadap agama Islam, percintaan dan perkahwinan dengan pasangan yang bukan beragama Islam. Dapatan kajian menunjukkan penyebar ajaran ses.....

393 hits

33632007
Thesis
Student perception towards the effectiveness of instructional strategies for online learning in Sultan Idris University of Education (UPSI)
Syaril Izwann Jabar
Based on the Seven Principles for Good Practice in Undergraduate Education, search attempted to put  forth a theoretical framework that might facilitate the manifestation of online learning. The central problem that was the focus of the research was to  determine whether undergraduate students in Sultan Idris University of  Education  (UPSI)  are  aware  of  the  Seven  Principles  and  subsequently  its implications.  A sample of 397  participants  was successfully  obtained.  Findings indicated that student awareness of the Seven  Principles was independent or  not related to variables such as the number of semesters they had  experienced online learning and faculty affiliation. Additionally, the utilization level of  communicative technology such as telephone and text messaging (SMS), email, forum, and online  resources such as materials by teaching staff was also independent or not related to the variable  of student awareness. A test  using One-w.....

539 hits

33642004
Thesis
Industri Takaful keluarga di kalangan masyarakat:satu tinjauan di Tanjung Malim, Perak
Mohd Rusdi Mansor
Sistem Insurans Secara Islam atau dikenali sebagai Takaful merupakan satu sistem yang telah mula  dipraktikkan di Malaysia sejak 20 tahun yang lalu. Pelaksanaan Sistem Takaful bertujuan untuk  melengkapkan Sistem Perbankan Islam pada ketika itu yang dijalankan oleh Bank Islam Malaysia Berhad  (81MB). Takaful beroperasi berdasarkan konsep al Takaful, al Mudharabah, al Tabarru' dan mengikut  hukum syarak. Kajian  ini  mencari  alasan  mengapa  peserta takaful  menyertai  takaful keluarga.  Manakala bagi bukan peserta takaful kajian ini mencari alasan kenapa mereka  menyertai  takaful   keluarga.perlindungan yang tinggi  merupakan  faktor utama yang dipertimbangkan oleh masyarakat  untuk menyertai takaful keluarga. Hasil daripada pendapat umum kajian ini dapati masih ramai  masyarakat tidak tahu perbezaan  takaful. Hasil daripada kajian ini dapat digunakan  untuk  mengatasi kelemahan dan kekurangan yang ada supaya takaful dapat terus berjaya dengan lebih g.....

678 hits

33652013
Thesis
Perkembangan kecerdasan spiritual kanak kanak prasekolah melalui bermain
Iylia Dayana Shamsudin
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan kecerdasan spiritual kanak­ kanak  prasekolah   melalui  bermain.  Ini adalah  kajian  pemerhatian  yang telah dijalankan di sebuah Pusat Anak  Permata Negara (PAPN) di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), Jabatan  Perdana Menteri bertempat di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Subjek kajian yang terlibat adalah  seramai 19 orang kanak-kanak berumur daripada dua hingga lima tahun. Pemerhatian semulajadi tidak  berstruktur dijalankan dalam tempoh sebulan bagi memerhatikan tingkah laku kanak­ kanak berkaitan  dengan kerohanian semasa bermain. Aktiviti bermain subjek kajian dirakam dan dikodkan mengikut  peratusan masa menunjukkan 24 tingkah laku sepanjang tempoh aktiviti diperhatikan. Video  pemerhatian dikodkan oleh dua koder dan telah dinilai kebolehpercayaan inter-rater menggunakan  ujian korelasi intra-kelas. Hasil  ujian  menunjukkan  hampir  kesemua  pemerhatian  mempunyai Â.....

583 hits

33662005
Thesis
Kefungsian keluarga:satu tinjauan berdasarkan kualiti kehidupan dan faktor demografik di kalangan remaja perempuan delinkuen
Amelia Mohd Noor
Kajian yang telah dijalankan ini bertujuan untuk memperihalkan hubungan antara kefungsian keluarga  dengan kualiti kehidupan (iaitu kemurungan dan kepuasan hidup). Seramai 356 orang remaja perempuan  yang telah dikenalpasti terlibat dengan delikuen telah dipilih sebagai subjek kajian. Kajian yang  telah dijalankan ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara setiap domain yang terkandung  dalam kefungsian keluarga dengan kualiti kehidupan. Perbezaan kefungsian keluarga dari aspek faktor  demografik. seperti tempat tinggal, bilangan adik-beradik dan pendapatan keluarga turut dikaji.  Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kefungsian keluarga dengan  kepuasan hidup, namun hubungan secara songsang diperolehi antara kefungsian keluarga dengan  kemurungan. Keputusan juga menunjukkan kesemua domain kefungsian keluarga berhubung secara  signifikan dengan kualiti kepuasan hidup dan hanya domain perapatan berkolerasi dengan kemurungan.  .....

406 hits

33672013
Thesis
Kesan pendedahan berulang kali terhadap pengambilan sayur di kalangan kanak-kanak prasekolah berbangsa Melayu di Kuala Kangsar
Nurfarhana Diana Mohd Nor
Pengambilan sayur di kalangan kanak-kanak sering kali dilaporkan tidak memuaskan. Kajian  ini   bertujuan  untuk  melihat  kesan  pendedahan  berulang  kali  terhadap pengambilan sayur yang tidak  disukai oleh kanak-kanak prasekolah berbangsa Melayu di Kuala Kangsar. Dua buah prasekolah telah  dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II dan Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin.  Terdapat dua fasa dalam kajian ini di mana fasa pertama untuk menentukan sayur ujian dan fasa kedua  untuk melihat keberkesanan intervensi. Dalam fasa pertama, seramai 56 orang subjek (32 lelaki  dan  24 perempuan)  telah  bersetuju  menyertai  kajian ini  dan  ibu  bapa dikehendaki untuk mengisi  borang soal selidik yang telah diedarkan. Borang soal selidik ini mengandungi maklumat  sosiodemografi, kekerapan pengambilan sayur, tahap kesukaan terhadap sayur, kekerapan penyediaan  dan kaedah memasak sayur di rumah. Daripada analisa fasa pertama, sayur cekur manis dijad.....

566 hits

33682023
Thesis
Loteri UMNO Malaya 1953-1969
Abu Hanifah Jamil
Kajian berhubung Loteri UMNO Malaya ini bertujuan untuk menganalisis tentang perkembangannya sepanjang tempoh 1953 sehingga 1969. Ia menghuraikan tentang tujuan penubuhan Loteri UMNO Malaya dan kepentingannya kepada perjuangan UMNO dalam memperbaiki keadaan kewangan masyarakat Melayu pada tahun 1950-an sehingga 1960-an. Pelaksanaan Loteri UMNO Malaya berkonsepkan kebajikan bertujuan untuk membela nasib golongan yang mempunyai masalah dan kesempatan hidup. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan mengaplikasikan metodologi kajian sejarah. Sehubungan itu, ia menggunakan sumber primer dan sekunder secara meluas. Sumber primer yang digunakan adalah fail, dokumen, surat-menyurat, majalah serta akhbar yang diterbitkan sepanjang tempoh kajian. Sumber primer ini diteliti, disaring dan dianalisis bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung perkembangan yang terjadi. Kajian ini memperlihatkan bahawa perkembangan sejarah sosial dalam masyarakat Melayu pada pertengahan abad ke-2.....

830 hits

33692022
Article
Politik dan kuasa kajian terhadap Nahdlatul Wathan di Pulau Lombok, Indonesia, 1997-2010
Hasbi Ardhan
Nahdlatul Wathan (NW) merupakan sebuah pertubuhan Islam terbesar di Pulau Lombok yang ditubuhkan oleh para ulama berwibawa pada tahun 1953. Usaha tersebut bermula sejak tahun 1926 lagi dengan tumpuan perjuangannya dalam bidang pendidikan, sosial dan dakwah Islamiyah. Pertubuhan ini tidak dapat lari daripada kecenderungan terhadap politik pasca kemerdekaan, khususnya era disentralisasi disebabkan oleh jumlah pengikutnya yang ramai. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis wadah politik dan kekuasaan yang diperjuangkan oleh pertubuhan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah sejarah yang meliputi heuristik, kritikan sumber, interpretasi dan historiografi. Dapatan menunjukkan penglibatan pengasas NW iaitu Tuan Guru Kiai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid secara aktif dalam politik berikutan kejayaannya dalam pilihan raya pertama pada tahun 1955 membolehkan beliau dipilih menjadi anggota Dewan Konstituante. Kerjasama NW dengan parti politik lain sentiasa mengalami perubahan selari dengan .....

326 hits

33702022
Article
Persatuan dan fungsi sosial dalam masyarakat Cina di Pulau Pinang pada abad ke-18 sehingga awal abad ke-20
Teioh, Hui Shin
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis sejarah migrasi orang Cina ke Pulau Pinang dan bentuk serta fungsi sosial Persatuan Cina di Pulau Pinang dalam membina susunan sosial masyarakat Cina di Pulau Pinang pada sekitar abad ke-18 sehingga abad ke-20. Persatuan tersebut merupakan unsur penting dalam membina struktur sosial masyarakat Cina ketika mereka berhijrah ke penempatan baharu. Migrasi masyarakat Cina mempunyai jalur sejarah yang panjang. Gelombang migrasi terpenting yang mempengaruhi landskap sosioekonomi di rantau ini berlaku pada sekitar abad ke-18 sehingga awal abad ke-20. Sejak abad ke-18, orang Cina telah bermigrasi ke Pulau Pinang dalam jumlah yang agak besar atas sebab keperluan ekonomi. Satu fenomena penting yang wujud akibat gelombang migrasi tersebut ialah pembentukan masyarakat yang saling membantu sehingga mewujudkan persatuan Cina. Penubuhan persatuan Cina yang berasaskan kepada kekeluargaan, lokaliti, dialek, dan profesion telah memainkan peranan penting melalui fu.....

397 hits

[ First ] [ Prev ] Page 337 of 1113 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.