UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

3391
Abstract
Students often struggle with understanding the rate of reaction due to traditional teaching methods and a technology integration gap. This study aims to evaluate Form 4 students’ ability to use Multiple Modes of Representation (MMR) in answering open-ended questions and their conceptual understanding of the rate of reaction. The research employed a quasi-experimental approach with a One-Group Pretest-Posttest Design, involving 107 Form 4 science stream students randomly selected from four intact classes. The study utilized understanding test and MMR rubric, consisting of pre-test and post-test. Instrument validity achieved an 80% agreement, while Intraclass Correlation Coefficient yielded a reliability score of 0.869. Data were collected and analysed descriptively and inferentially. After analysis, null hypothesis one (H01) and two (H02) were successfully rejected. This shows that there were significant differences in the mean of MMR scores in answering open-ended questions.....
Final Year Project Published 2024 1492 hits Available
3392
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan Grab Salt Candy (GSC) bagi standard kandungan penyediaan garam. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti kebolehgunaan permainan GSC bagi standard kandungan penyediaan garam dari aspek kebergunaan, kepuasan, mudah diguna dan mudah belajar dalam kalangan murid tingkatan 4. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan berdasarkan model ADDIE. Kajian ini menggunakan dua instrumen, iaitu borang penilaian kesahan kandungan permainan GSC dan soal selidik kebolehgunaan permainan GSC. Kesahan kandungan permainan GSC memperoleh purata persetujuan pakar sebanyak 96.70%. Seramai 153 orang responden daripada enam buah sekolah menengah di daerah Port Dickson telah menjawab soal selidik kebolehgunaan. Dapatan kajian menunjukkan skor min untuk konstruk kebergunaan (M: 4.23, SP: 0.78), kepuasan (M: 4.42, SP: 0.72), mudah diguna (M: 4.24, SP: 0.79) dan mudah belajar (M: 4.25, SP: 0.78) telah mencapai tahap min yang tinggi. Kesimpulanny.....
Final Year Project Published 2024 673 hits Available
3393
Abstract
Kajian ini merupakan kajian yang berkaitan dengan teknik pengejaan suku kata tertutup bahasa Melayu (KVK). Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan teknik pengejaan suku kata tertutup secara regresif (dari belakang ke depan) dengan menggunakan teori pengsukukataan bahasa Melayu. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif yang menggunakan teori pengsukukataan bahasa Melayu yang diubah suai daripada teori pengsukukataan Goldsmith (2011). Kajian kualitatif yang digunakan dalam kajian ini merupakan kaedah kepustakaan, iaitu melibatkan pembacaan bahan-bahan bertulis berkaitan teori pengsukukataan Goldsmith (2011) dan pengaplikasiannya terhadap suku kata bahasa Melayu. Dapatan kajian ini adalah penjelasan yang berpada berkaitan teknik pengejaan suku kata tertutup KVK bahasa Melayu. Teknik pengejaan suku kata tertutup ini bermula dengan pembunyian fonem atau huruf yang mengikut bunyi fonem International Phonetic Alphabets (IPA) dan seterusnya proses pengejaan s.....
Article Published 2023 448 hits Available
3394
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengenal pasti persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap permainan Chembattle bagi standard kandungan Larutan Piawai dan Peneutralan dari segi reka bentuk, kandungan dan kebolehgunaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan berpandukan model ADDIE. Instrumen kajian adalah borang penilaian kesahan kandungan permainan Chembattle dan soal selidik persepsi. Seramai dua orang pakar terlibat dalam kesahan kandungan permainan Chembattle dan kesahan kandungan soal selidik persepsi masing-masing. Kebolehpercayaan soal selidik persepsi dijalankan melalui kajian rintis terhadap 30 orang pelajar Tingkatan 4. Sampel kajian ini adalah seramai 197 orang pelajar Tingkatan 4 yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok. Nilai kesahan dianalisis dengan menggunakan kaedah peratus persetujuan dan kebolehpercayaan soal selidik persepsi diukur dengan menggunakan kaedah alfa .....
Final Year Project Published 2024 711 hits Available
3395
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak TABIKA KEMAS di Malaysia. Kajian ini didorong oleh peningkatan persaingan dalam industri perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di Tadika swasta. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian telah dibina berdasarkan tahap persetujuan serta kepuasan ibu bapa mengikut soal selidik yang diedarkan di seluruh TABIKa KEMAS di Malaysia. Hasil kajian yang dijalankan ke atas 6,570 ibu bapa dari setiap negeri mendapati ibubapa berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan TABIKA KEMAS dari aspek pengajaran dan keselamatan dan kebersihan, pembelajaran dan urus tadbir. Kajian tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti perkhidmatan TABIKA KEMAS ini adalah satu kajian komprehensif yang melibatkan pemegang taruh yang berkait rapat dengan TABIKA KEMAS. Hasil dapatan kajian ini menjadi garis panduan dalam membina pelan strategik bagi.....
Article Published 2023 398 hits Available
3396
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menerangkan sikap keusahawanan di kalangan pelajar sekolah. Fokus kajian adalah berdasarkan orientasi sikap model kajian McClelland. Kaedah soal-selidik telah digunakan untuk memperolehi maklumat. Kebolehpercayaan instrumen adalah Alpha .7809. Seramai 230 pelajar telah dipilih sebagai sampel yang dipilih secara rawak menggunakan formula Yamana dan data dianalisis menggunakan SPSS v 11.0 dan Microsoft Excel. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan. Hasil kajian memmjukkan orientasi sikap keusahawanan pelajar menunjukkan signifikan berdasarkan jantina. Secara umum responden menunjukkan penonjolan dari aspek sikap orientasi kecekapan, keyakinan diri dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Dari segi perbandingan khusus perempuan lebih menonjol dari sudut menyelesaikan masalah secara kreatif, bekeija berorientasikan kecekapan, membuat perancangan secara sistematik, bertindak menggunakan strategi pengaruh, dapat meyakinkan orang lain, .....
Thesis Published 2007 651 hits Available
3397
Abstract
Perlaksanaan kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah modul pembelajaran “Drill Your Skill” bagi topik Daya dan Gerakan dan menguji tahap kebolehgunaan modul pembelajaran dalam kalangan pelajar fizik tingkatan 4. Modul pembelajaran ini mengaplikasikan model ADDIE dan reka bentuk kajian ialah kajian deskriptif menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang kesahan pakar dan instrumen soal selidik kebolehgunaan. Seramai 63 orang pelajar fizik di empat buah sekolah di sekitar Tangkak, Johor dijadikan sebagai sampel kajian. Kaedah persampelan yang digunakan adalah kaedah persampelan mudah. Pengesahan modul dibuat oleh 3 orang pakar yang terdiri daripada seorang pensyarah di UPSI dan dua orang guru fizik. Kebolehpercayaan instrumen diperoleh daripada 15 orang pelajar fizik tingkatan 4. Penganalisian data menunjukan nilai peratusan persetujuan pakar terhadap modul yang dibina sangat tinggi iaitu sebanyak 92%. Skor alpha cronbach y.....
Final Year Project Published 2024 580 hits Available
3398
Abstract
Ikatan Kimia merupakan salah satu tajuk dalam mata pelajaran Kimia Tingkatan 4. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan Caterpillar Bond bagi tajuk ikatan kimia, serta mengkaji kebolehgunaan permainan dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat dari konstruk reka bentuk, kebergunaan dan kepuasan pelajar. Kajian yang dilaksanakan adalah kajian Pembangunan. Model ADDIE digunakan untuk membangunkan permainan ini manakala instrumen penilaian yang digunakan adalah borang kesahan kandungan permainan, borang kesahan soal selidik dan borang soal selidik. Instrumen penilaian telah mendapat kesahan daripada dua orang pakar dalam bidang Kimia. Kedua-dua borang kesahan memperolehi nilai peratusan melebihi 70% membuktikan kesahan yang diperolehi adalah baik. Kajian rintis telah dilaksanakan kepada 30 orang pelajar (nilai kebolehpercayaan: 0.871), manakala kajian sebenar dilaksanakan kepada 28 orang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Port Dickson. Dapatan kajian memberikan.....
Final Year Project Published 2024 1001 hits Available
3399
Abstract
This book presents a course for beginner viola players. It will guide you in learning the alto clef and obtaining the basic experience required to manage bow strokes with note values and primary rhythmic patterns. This book contains twenty children’s folk songs from the following states in Malaysia: Sarawak, Sabah, Kedah, Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu and Sembilan, along with instructions for sequentially learning finger placement on the viola fingerboard. In addition, each song is supported with an exercise specially created to strengthen your confidence while learning notes in the alto clef, the value length of notes, and the placement of each finger on specific strings. All songs and exercises are supported with video demo recordings, which can be accessed via QR codes. The piano accompaniment for each song is provided at the end of the book, and there are audio-recorded backing tracks, which are also accessible via QR codes. We recommend that you develop and stre.....
Book Published 2024 519 hits Available
3400
Abstract
Kajian ini bertujuan bagi membangunkan permainan papan pendidikan Pintar Garam dan mengenal pasti persepsi guru pelatih Kimia terhadap kebolehgunaan permainan papan pendidikan Pintar Garam sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi standard kandungan penyediaan garam Kimia tingkatan empat. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan berpandukan model reka bentuk instruksional ADDIE. Populasi kajian melibatkan 153 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kimia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semester 6 dan 7. Pensampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan sampel kajian. Responden bagi kajian rintis berjumlah 30 orang dan bagi kajian lapangan, responden adalah berjumlah 108 orang. Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini, iaitu borang penilaian kesahan pakar dan borang soal selidik. Data yang diperoleh daripada penilaian kesahan pakar terhadap muka, kandungan dan item soal selidik dianalisis m.....
Final Year Project Published 2024 977 hits Available
Page 340 of 1221

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.