UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
34312007
Thesis
Tahap kecergasan fizikal pelajar-pelajar perempuan Bawah 12 tahun di daerah Kota Belud
Siti Norashikin Mastun
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat tahap kecergasan fizikal pelajar-pelajar perempuan berdasarkan kategori umur 10,11 dan 12 tahun di daerah Kota Belud. Seramai 180 orang pelajar perempuan sekolah rendah yang berumur 10,11 dan 12 tahun telah dipilih sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan beberapa jenis instrumen kajian Prudential FITNESSGRAM@ (Cooper Institute for Aerobics Research, 1992),manakala bagi melihat komposisi badan dan peratusan lemak badan norma body mass indeks (BMI) telah digunakan.Analisis ANOVA sehala dan skor T telah digunakan bagi melihat tahap kecergasan fizikal secara keseluruhan sampel kajian..Keputusan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi setiap kategori umur (p =.000, p < O.OOS) dengan pelajar dalam kategori umur 12 tahun menunjukkan tahap kecergasan yang tinggi..bagi ujian menguji dayatahan kardiovaskular..Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori umur (p = 371,__p > 0.005. K.....

466 hits

34322023
Thesis
Pembangunan Modul Aktiviti Kepelbagaian Deria Kanak-Kanak Bawah Umur Dua Tahun
Syazwani Aniyah Manja
Kajian dilaksanakan bertujuan membangunkan Modul Aktiviti Kepelbagaian Deria Kanak-Kanak Bawah Umur Dua Tahun sebagai usaha meningkatkan kemahiran penggunaan kepelbagaian deria seterusnya memberi kefahaman lebih jelas terhadap proses pembelajaran yang dilalui. Penyelidikan menggunakan kajian Rekabentuk dan Pembangunan (Design & Development Research – DDR) terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa pertama merupakan fasa analisis keperluan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik ke atas 210 sampel merupakan guru-guru yang mengajar di Taska berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak. Fasa kedua merupakan fasa reka bentuk pembangunan modul bertujuan mengenalpasti komponen utama dan elemen-elemen berkaitan aktiviti kepelbagaian deria menggunakan soal selidik dan temubual bersama 17 orang pakar yang mempunyai kepakaran bidang pendidikan awal kanak-kanak iaitu pensyarah, guru dan pegawai kebajikan masyarakat (JKM). Seterusnya adalah fasa penilaian ke.....

1413 hits

34332022
Article
Implementasi amalan bersesuaian dengan perkembangan (ABP) murid dalam kalangan pendidik awal kanak-kanak di Malaysia
Norhaizian Seman
Kertas kerja ini membincangkan Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP) Murid yang menjadi tunjang utama pegangan pendidik awal kanak-kanak di prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti yang disarankan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010; 2017). Fokus utama kajian ini adalah untuk meneroka, meneliti dan memahami secara mendalam bagaimana implementasi Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP) Murid dilaksanakan menerusi proses persediaan dan pengajaran di kelas prasekolah KPM. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Data kajian diperoleh menerusi teknik temu bual, pemerhatian pengajaran, dan analisis dokumen. Transkripsi temu bual dianalisis dengan menggunakan perisian Atlas.ti versi 8 bagi membantu dan mengemaskinikan data serta tema-tema yang muncul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidik awal kanak-kanak di kelas prasekolah KPM mempunyai kefahaman dan implementasi ABP yang baik ketika proses persediaan dan pengaj.....

1372 hits

34342022
Article
Examining parents perceptions of a Financial Education Program
April Ann M. Curugan
Parents as stakeholders have insights that should be considered to improve the quality of education of their children. This study examined parents’ perceptions of a financial education program implemented in a kindergarten class. In this descriptive qualitative study, the researcher utilized semi-structured interview to gather data. Purposive sampling technique was used to determine participants of the study. Data were analyzed using thematic analysis. Results of the study revealed four themes: Theme 1: Active Family Engagement; Theme 2: Appropriate Financial Contents; Theme 3: Workbook as Useful Instructional Material; and Theme 4: Suitable Learning Activities. These results show that financial education programs should have features that includes parent involvement, selection of appropriate grade-level financial lessons, use of instructional materials, and inclusion of relevant activities in teaching financial education lessons among young learners. Thus, it is recommended that the.....

519 hits

34352011
Thesis
Mekanisme penyelesaian pertikaian wilayah antara Malaysia dengan negara jiran: kajian kes sempadan laut Sulawesi dan Limbang
Nadirah Mohd Azmi
Sebagai sebuah negara membangun yang terletak strategik di rantau Asia Tenggara, Malaysia berdepan dengan ancaman pertikaian wilayah dan maritim daripada negara-­negara jirannya terutama sekali selepas Pengisytiharan Peta Baru tahun 1979. Berdasarkan isu pertikaian ini, persoalan kajian yang di bincangkan adalah untuk melihat kepentingan mekanisme rundingan secara bilateral berbanding mekanisme lain dalam menyelesaikan pertikaian wilayah melalui dua kajian kes yang dipilih iaitu kes sempadan Laut Sulawesi dan Limbang. Terdapat tiga objektif utama kajian ini. Pertama menganalisa sorotan isu-isu pertikaian wilayah yang pemah dihadapi Malaysia serta mekanisme yang dipilih. Kedua, mengkaji mekanisme yang dipilih serta faktor yang mengekang konflik tersebut melalui kajian kes pertikaian di Laut Sulawesi dan di Limbang dan ketiga mengkaji sejauhmana mekanisme rundingan secara bilateral berkesan untuk digunakan dalam kajian kes sempadan Laut Sulawesi dan Limbang. Kajian ini menggunakan kaeda.....

515 hits

34362023
Thesis
Hubungan ciri-ciri keusahawanan, penglibatan ahli, prinsip koperasi dan prestasi pentadbir koperasi di Banyumas, Indonesia
Akhmad Darmawan
Kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan, penglibatan ahli koperasi, prinsip-prinsip koperasi, dan prestasi pentadbir koperasi di Daerah Banyumas, Indonesia. Kajian ini juga mengenal pasti hubungan-hubungan antara ciri-ciri keusahawanan, penglibatan ahli koperasi, prinsip-prinsip koperasi dengan prestasi pentadbir koperasi di Daerah Banyumas, Indonesia. Kajian ini menfokuskan kepada isu berkaitan faktor-faktor penghalang pertumbuhan koperasi antaranya ialah tahap keusahawanan pentadbir koperasi yang masih rendah, program perniagaan yang tidak bersesuaian, dan pengaruh pelaksanaan kurang baik prinsip terhadap tahap prestasi koperasi. Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan dan melibatkan 186 orang responden yang terdiri daripada pentadbir koperasi Daerah Banyumas. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ujian andaian klasik, ujian-t dan ujian korelasi Pearson yang.....

815 hits

34372022
Article
Alternatif Praktikum dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Syed Lamsah Syed Chear
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan COVID-19 mengubah dengan sekelip mata tatacara kehidupan dalam masyarakat. Bidang pendidikan tidak terkecuali. Pembelajaran dalam talian diperkenalkan di peringkat persekolahan rendah, menengah hingga pendidikan tinggi. Tatkala para pendidik dan pelajar disogokkan dengan pelbagai terma dan pelantar pembelajaran yang berlandaskan aplikasi teknologi maklumat, timbul persoalan bagaimana praktikum perlu dilaksanakan? Amnya praktikum memerlukan para pelajar menjalani latihan mengajar di institusi pendidikan dan ia turut melibatkan penyeliaan oleh guru pembimbing yang dianggap sebagai mewakili industri. Artikel ini membincangkan perspektif perlaksanaan praktikum dalam tempoh PKP susulan arahan penutupan institusi pendidikan dan larangan pembelajaran bersemuka. Objektif kajian ini adalah untuk (a) membandingkan tahap penerimaan pelajar dan pensyarah terhadap penyetaraan praktikum, dan (b) menilai pencapaian hasil pemb.....

1094 hits

34382006
Thesis
Kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja estet : satu perbandingan antara ladang Huntley, Ladang Harcroft dan ladang Sungai Wangi, daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan
Subramaniam Karuppanan
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti, menganalisis dan membandingkan status sosioekonomi dan ciri-ciri kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja estet antara Ladang Huntley (milik perseorangan), Ladang Harcroft (milik keluarga) dan Ladang Sungai Wangi (milik syarikat) di Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Kajian ini menganalisis sebab-sebab kemiskinan masih berterusan di estet serta peranan dan tanggungjawab kerajaan dan NUPW dalam mengatasi masalah kemiskinan di kalangan pekera-pekerja estet. Dapatan kajian menunjukkan kadar kemiskinan di Ladang Huntley (25.0 peratus) dan Ladang Harcroft (25.0 peratus) adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan Ladang Sungai Wangi (13.0 peratus). Secara keseluruhan, kadar kemiskinan di estet adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan negara, iaitu 5.2 peratus pada tahun 2002. Pekerja-pekerja estet terutamanya di Ladang Huntley dan Ladang Harcroft masih tidak menikmati kemudahan-kemudahan asas yang baik dan sempurna. Mereka masih miskin da.....

418 hits

34392005
Thesis
Pemikiran keusahawanan dalam pengurusan sekolah
Hariyaty Ab Wahid
Kajian ini bertujuan meninjau gaya pemikiran keusahawanan di kalangan 85 orang pengetua sekolah menengah di Negeri Perak Darul Ridzuan dalam menguruskan sekolah masing-masing. Fokus kajian adalah untuk melihat ada gaya pemikiran pengetua sama seperti gaya pemikiran seorang usahawan atau sebaliknya dengan meninjau tahap ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pengetua dan tahap pemikiran keusahawanan yangdominan diamalkanoleh pengetua dalam menguruskan sekolah. Selain itu, gaya pemikiran pengetua dalam menguruskan sekolah akan ditinjau dari aspek latar belakang pengetua dan ciri-ciri keusahawanan yang ada pada pengetua. Kajian yang dijalankan adalah kajian tinjauan dalam pendekatan kuantitatif. Soal selidik telah digunakan untuk memungut data dalam kajian ini, Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Paekage for Social Science (SPSS) versi 12.0 dan dipersembahkan dalam bentuk skor min dan sisihan piawai, peratusan, frekuensi dan ujian statistik seperti ujian - t dan ujian kore.....

502 hits

34402022
Article
The digital media platforms and students emotional intelligence during covid-19 pandemic in Malaysia
Anis Atiqah Abdul Aziz
This study explored the relationship between social media and video games to the level of Malaysian secondary school students' emotional intelligence during the COVID-19 pandemic. The self-administrated questionnaire was used for data collection and analyzed using Statistical Package for the Social Science (SPSS) software to get the mean, frequency, percentage, and correlation of Pearson. Results show that Cronbach's Alpha reliability value for social media is 0.74, video games are 0.86 while the level of emotional intelligence is 0.80. Pearson correlation shows there is a relationship between social media with a level of emotional intelligence. Besides, the results of the study also show that there is no relationship between video games and the level of emotional intelligence. The findings of the study show that the mean for social media is 3.22, video games is 2.59 and the level of emotional intelligence is 3.30. The result of the descriptive analysis shows that the level of emotiona.....

841 hits

[ First ] [ Prev ] Page 344 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.