UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
3412025
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan kit pembelajaran "Fahukep" bagi topik hukum kepler dalam kalangan Pelajar Tingkatan 4
Muzani Azim Sulaiman
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pembelajaran _FaHuKep_ dan mengenalpasti kebolehgunaan kit pembelajaran _FaHuKep_ dalam kalangan pelajar fizik tingkatan empat. Kit ini dibangunkan berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme dan model ADDIE. Kajian ini adalah berbentuk kajian reka bentuk pembangunan dengan menggunakan model ADDIE. Seramai 70 orang pelajar Fizik tingkatan 4 dipilih sebagai sampel kajian. Teknik persampelan yang digunakan adalah teknik persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kit _FaHuKep_ mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dalam kalangan pelajar tingkatan 4 berdasarkan konstruk kebergunaan (min = 3.61, s.p = 0.276), kemudahan penggunaan (min = 3.45, s.p = 0.625), kemudahan belajar (min = 3.74, s.p = 0.445), dan kepuasan (min = 3.68, s.p = 0.440). Kesimpulannya, pembangunan kit pembelajaran _FaHuKep_ ini telah mencapai objektif kajian di mana dapat dibuktikan mempunyai tahap kebolehgunaan yang baik dan tinggi dalam kalangan pelajar .....

198 hits

3422025
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan Modul Pembelajaran Kendiri melalui Genially tentang topik Daya dan Gerakan bagi pelajar Fizik Tingkatan 4 di daerah Kulai
Seow, Yu Sien
Kajian ini bertujuan menentukan kebolehgunaan modul pembelajaran kendiri melalui Genially tentang Daya dan Gerakan bagi pelajar Fizik Tingkatan 4 di daerah Kulai. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian pembangunan, dan modul dibangunkan menggunakan model ADDIE serta disahkan oleh tiga pakar. Sampel kajian terdiri daripada sebuah kelas (25 pelajar) Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah daerah Kulai yang mengambil subjek Fizik dalam SPM, dipilih melalui persampelan rawak kelompok dari tiga kelas Fizik Tingkatan 4. Instrumen kajian ialah modul pembelajaran kendiri melalui Genially dan borang soal selidik kebolehgunaan untuk mengukur persepsi pelajar. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensial seperti min, sisihan piawai, ujian Skewness, Kurtosis, serta ujian Mann-Whitney U. Hipotesis kajian (H0) menyatakan bahawa tiada perbezaan signifikan terhadap jantina antara pelajar lelaki dan perempuan selepas penggunaan modul pembelajaran kendiri tentang topik Daya dan Gerak.....

311 hits

3432025
Final Year Project
Pembangunan e-modul pengajaran PAK-21 bagi subtopik graf gerakan linear dan penerimaannya dalam kalangan guru pelatih Sains
Chung, Cai Xia
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan e-modul pengajaran PAK-21 bagi subtopik graf gerakan linear Sains Tingkatan 4 dan menentukan tahap penerimaan e-modul tersebut dalam kalangan guru pelatih Sains di UPSI. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan yang menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan reka bentuk instruksional ADDIE yang mempunyai lima fasa, iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Seramai 50 orang sampel yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah untuk menentukan tahap penerimaan e-modul yang dibangunkan. Borang kesahan pakar dan borang soal selidik tahap penerimaan digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian dianalisis untuk mendapatkan nilai peratus persetujuan pakar, min (M) dan sisihan piawai (SP). Analisis data menunjukkan bahawa e-modul pengajaran tersebut mempunyai peratus persetujuan pakar yang tinggi untuk kesahan muka dan kesahan kandungan iaitu 98.61% dan 95%. E-modul pengajaran tersebut juga mempunyai ta.....

196 hits

3442025
Final Year Project
Peranan teknologi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di kalangan guru pelatih berdasarkan jantina
Ahmad Ridhwan Mat Sulong
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap penggunaan teknologi seperti aplikasi Matematik ketika sesi PdP Matematik dalam dalam kalangan guru pelatih. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan teknologi dalam PdP matematik dalam kalangan guru pelatih matematik lelaki dan perempuan. Data dalam kajian ini diperoleh melalui tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dalam talian (Google Form) yang melibatkan seramai 60 orang guru pelatih yang dipilih secara rawak berstrata. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) menerusi skor min dan peratusan bagi mengenal pasti tahap penggunaan teknologi seperti aplikasi Matematik dalam sesi PdP dan secara inferensi menerusi Ujian T tidak bersandar bagi mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan teknologi seperti aplikasi Matematik ketika sesi PdP Matematik dalam kalangan guru pelatih lelaki dan perempuan. Hasil dapatan kajian mendapati tahap peng.....

363 hits

3452025
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan Bahan Bantu Mengajar Kit Geboard bagi topik Ungkapan Algebra Tingkatan Satu
Shuhadayana Azira Sarifuddin
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan sebuah Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi topik Ungkapan Algebra Tingkatan Satu yang diberi nama Kit Geboard. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu untuk menganalisis keperluan Pembangunan Kit Geboard, untuk membangunakan Kit Geboard yang memepunyai kesahan yang memuaskan dan untuk menilai kebolehgunaan kit tersebut. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk Design and Development Research (DDR) dengan menggunakan model ADDIE. Sampel dalam kajian terdiri daripada 92 murid daripada jumlah populasi 120 murid Tingkatan Satu di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih Kuantan, Pahang. Instrumen kajian yang digunakan berbentuk soal selidik digunakan, yang merangkumi tiga jenis iaitu: (a) Soal Selidik Analisis Keperluan, (b) Soal Selidik Penilaian Kit, dan (c) Soal Selidik Kebolehgunaan. Data kesahan penilaian Kit Geboard dianalisis menggunakan Indeks Kesahan Kandungan (IKK), manakala data analisis keperluan dan keb.....

304 hits

3462025
Final Year Project
Persepsi guru terhadap tahap kemahiran, kepentingan dan kekangan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan multimedia dalam subjek Sains
Nurul Aqilah Izzati Mohd Johari
Kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap kemahiran, kepentingan dan kekangan yang dihadapi dalam penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan multimedia dalam subjek Sains. Pendekatan kajian secara kuantitatif dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Sampel kajian yang digunakan terdiri daripada 70 orang guru sains sekolah menengah di daerah Perak Tengah yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak kelompok. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 36 item dan menggunakan skala Likert lima mata bagi menilai tahap kemahiran, kepentingan dan kekangan yang dihadapi oleh guru. Hasil kajian menunjukkan nilai min bagi konstruk kemahiran adalah 4.16 (SP = 0.46), kepentingan adalah 4.34 (SP = 0.47) dan kekangan adalah 3.11 (SP = 0.72). Kesimpulannya, tahap kemahiran menggunakan ABM berasaskan multimedia semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan guru-guru sains sekolah menengah di daerah Perak Tengah ada.....

400 hits

3472024
Article
Sungai Bernam dalam konflik sempadan Perak dan Selangor pada Abad Ke-19
Ahmad Faizal Basir
Sehingga abad ke-19, Sungai Bernam merupakan jalan pedagangan penting dalam perkembangan ekonomi Negeri-negeri Melayu, khususnya Perak, Selangor dan Pahang. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kedudukan Sungai Bernam dalam hubungan Perak dan Selangor khususnya pada abad ke-19. Lembah Bernam kaya dengan hasil bijih timah menjadi tumpuan Negeri-negeri Melayu dan kuasa luar seperti Siam dan British. Konflik sempadan yang tercetus di antara Perak dan Selangor pada suku awal abad ke-19 menjadikan Sungai Bernam sebagai kawasan penting dalam menentukan sempadan di antara dua negeri tersebut. Kajian berhubung isu sempadan di Sungai Bernam ini dijalankan berpandukan metodologi penyelidikan sejarah. Ia menggunakan sumber primer seperti dokumen dan surat-surat rasmi dalam Selangor Secretariat Files, perjanjian-perjanjian rasmi antara pihak British dengan Negeri-negeri Melayu, Riwayat Tanjong Malim dan sumber sekunder berkaitan. Maklumat yang diperolehi daripada sumber yang dirujuk me.....

146 hits

3482024
Article
Perkembangan pendidikan di Malaysia selepas 1969
Rosfazira Abd Rashid
Kajian ini menghuraikan sejarah pendidikan di Malaysia sejak 1970-1990. Dalam perkembangan sejarah pendidikan, 1970-1990 merupakan era di mana usaha memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berlangsung. Salah satu pendekatannya adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah di Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan sejarah. Maklumat yang dibincangkan di dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan sumber sekunder yang berkaitan. Maklumat yang terdapat di dalam sumber-sumber yang dirujuk mencadangkan bahawa masalah yang timbul berkaitan Bahasa Melayu diselesaikan melalui pelbagai tindakan yang dirangka dan dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat berhubung isu dan masalah bahasa serta tindakan yang dibuat untuk mengatasinya sepanjang tempoh kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk menyelesaikan isu bahasa yang timbul pada hari .....

88 hits

3492024
Article
Keterangan lisan dan banding silang penelitian terhadap sumber sejarah konflik etnik Melayu-Cina, 1945-1955
Mohamed Ali Haniffa
Makalah ini membincangkan mengenai keterangan lisan sebagai sumber sejarah yang penting dalam meneliti sejarah konflik Melayu-Cina yang tercetus selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Umum mengetahui bahawa masyarakat Melayu terkenal dan kaya dengan peradaban serta tradisi lisan yang sudah sebati dan diwarisi sejak turun-temurun. Malaysia telah melewati evolusi sejarah bermula dengan penjajahan kuasa luar sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pelbagai dimensi baharu dan penting perlu digarap serta diteliti bagi mendapatkan penceritaan saksi proto dan maklumat yang sahih. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan kezaliman komunis telah menimbulkan impak keruncingan hubungan kaum di antara orang Melayu dan Cina. Hal yang demikian diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan. Dalam usaha meneliti kesemua peristiwa tersebut, masih kedapatan ruang kosong yang boleh ditampung dengan penggunaan keterangan lisan. Penggunaan keterangan lisan memberikan cabaran yang tersendiri dalam me.....

205 hits

3502024
Article
Ajaran Sesat dalam kalangan masyarakat Islam di Pulau Pinang pada 1970-1990
Muhammad Iqbal Mansor
Makalah ini membincangkan ajaran sesat yang muncul dalam sejarah masyarakat Islam di Pulau Pinang sepanjang tahun 1970-1990. Perbincangan ini bertumpu kepada ajaran yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah dan tindakan yang diambil oleh seperti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Kajian ini dijalankan berasaskan kepada metodologi kajian sejarah. Sehubungan itu, perbincangan yang dikemukakan adalah hasil daripada analisis kepada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer yang digunakan adalah fail pentadbiran dan dokumen undang-undang. Hasil kajian mendapati ajaran sesat di Pulau Pinang mempunyai ciri yang jelas bertentangan dengan Islam, disebarkan secara tersembunyi dan menarik pengikut yang mempunyai pemahaman agama Islam yang cetek. Tindakan untuk membendung masalah ajaran sesat ini dilaksanakan oleh MAINPP, namun hukumannya adalah ringan. Penelitian terhadap sejarah kemunculan ajaran sesat diharap memberikan maklumat penting tentang ancaman kepada agama Islam.....

153 hits

[ First ] [ Prev ] Page 35 of 1125 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.