UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

3551
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menentukan kebolehgunaan e-komik ResMAn: Satu Nafas Lagi bagi topik Sistem Respirasi Manusia dan Haiwan daripada perspektif murid Biologi Tingkatan Empat. Reka bentuk pembangunan adalah mengikut Ghazali dan Sufean yang berpandukan model instruksional ADDIE. Data dikumpul melalui borang kesahan dan soal selidik kebolehgunaan dan dianalisis secara kuantitatif. Tahap kebolehgunaan e-komik ResMAn: Satu Nafas Lagi diuji ke atas 40 orang murid Biologi Tingkatan Empat secara rawak di sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan. Nilai kesahan (CVI) e-komik ResMAn: Satu Nafas Lagi yang diperoleh daripada pakar ialah 0.84. Analisis deksriptif bagi tiga konstruk kebolehgunaan iaitu kebergunaan (M=3.73, SP=0.44), kemudahgunaan (M=3.73, SP 0.48) dan kepuasan penggunaan (M=3.76, SP=0.45). Purata skor min bagi ketiga-tiga konstruk berada pada skala yang tinggi dan purata sisihan piawai juga menunjukkan konsesus responden yang tinggi. Ini membuktikan bahawa.....
Final Year Project Published 2024 1681 hits Available
3552
Abstract
Online learning has become the new standard in higher education since the COVID-19 epidemic. In order to be effective, colleges and universities must evaluate the delivery of online classes using relevant data gathered from their students. This paper demonstrates the use of importance-performance analysis to continuously improve online learning quality. Undergraduate students, who are enrolled in Business and Management programme at a higher learning institution located in Negeri Sembilan, Malaysia are invited to participate in this survey via online survey questionnaire. A total of 239 responses are received and analysed using importance-performance analysis technique. The results show that facilitating conditions, namely technology and interaction fell into the ‘Concentrate Here’ quadrant; course delivery and instructor factors in the ‘Keep Up the Good Work’ quadrant; and learners’ readiness in the ‘Low Priority’ quadrant. From the result, it is suggested that technolog.....
Article Published 2023 486 hits Available
3553
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan permainan Chemistry Hero bagi subtopik Konsep Mol terhadap pencapaian murid tingkatan 4. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuasi eksperimen dan dijalankan berdasarkan model Needham. Sampel kajian adalah seramai 60 orang murid tingkatan 4 daripada sebuah sekolah di daerah Batang Padang, Perak. Sampel dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian adalah ujian pra dan ujian pasca. Instrumen ini telah mendapatkan kesahan pakar daripada dua orang pensyarah Jabatan Kimia dan dianalisis menggunakan kaedah Peratus Persetujuan Pakar. Analisis data kesahan bagi kandungan item instrumen adalah 99.26%. Data yang telah diperoleh telah dianalisis dengan menggunankan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27. Hasil kajian juga dianalisis menggunakan ujian-t. Skor min bagi kumpulan rawatan ialah 64.89 dengan sisihan piawai 9.129 menunjukkan dapatan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan.....
Final Year Project Published 2024 1106 hits Available
3554
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan laman Web E-Pembelajaran Mikroskop: Kenali Dunia Sel, yang mengandungi objektif utama iaitu laman web ini adalah alat bantu mengajar secara digital dalam menyokong Pdp di sekolah yang dibangunkan dari segi konstruk isi kandungan, reka bentuk dan kebolehgunaan produk. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan dengan pendekatan kuantitatif.Instrumen kajian adalah terdiri daripada borang soal selidik kandungan dan soal selidik persepsi kebolehgunaan. Kesahan telah dilakukan oleh dua orang pakar dari jabatan biologi, Fakulti Sains dan Matematik. Seterusnya, dianalisis dengan peratusan persetujuan pakar. Purata peratusan persetujuan pakar yang diperoleh bagi kesahan muka dan kandungan web e pembelajaran adalah 95% manakala bagi kesahan muka dan soalan soal selidik adalah 92.5%. Hasil nilai kesahan adalah tinggi, instrumen dianggap mempunyai kesahan yang baik. Bagi kajian rintis responden adalah seramai 30 orang. Pensampelan yang di.....
Final Year Project Published 2024 995 hits Available
3555
Abstract
In the realm of adolescent development, high school students navigate self-discovery, forming knowledge, awareness, and attitude particularly in reproductive health. A comprehensive reproductive health education is required for informed choices and responsible behaviour. In Malaysia, statistics indicate a growing number of sexual reproductive issues among adolescents. Therefore, this study aims to explore high school students' knowledge, awareness, and attitude about reproductive health and factor correlates with students’ understanding about reproductive health the most (parents or school). This study utilized a quantitative approach (survey study) to achieve its objective involving 116 respondents from SMK. Narinang, Kota Belud, Sabah. Descriptive data interpretation and Pearson correlation were employed in this study. The study found prominent level of knowledge (mean = 4.52) but moderate level of awareness (mean = 3.91) and attitude (mean = 3.86) in high school student.....
Final Year Project Published 2024 1005 hits Available
3556
Abstract
Kepadatan masa pembelajaran bagi program matrikulasi yang singkat menyebabkan pelajar perlu mengadaptasikan diri dengan perubahan cara pembelajaran yang berbeza dengan di sekolah menengah. Isu yang berkait dengan pencapaian pelajar di matrikulasi adalah perubahan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, termasuklah nota dan rujukan yang menyebabkan kesukaran kepada pelajar terutama yang belajar biologi di sekolah menengah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti cara belajar yang diamalkan dalam kalangan pelajar yang memperoleh gred cemerlang (A) Biologi bagi peperiksaan semester 2 di Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pemilihan responden kajian dijalankan secara persampelan bertujuan iaitu seramai 6 orang pelajar semester 4 jurusan sains. Kaedah pengumpulan data dibuat menggunakan protokol temubual separa berstru.....
Final Year Project Published 2024 1451 hits Available
3557
Abstract
Kajian bertujuan untuk membangunkan dan menentukan kebolehgunaan e-modul Nutri-Learn bagi subtopik Sistem Pencernaan Biologi Tingkatan Empat. Penilaian terhadap kebolehgunaan Nutri-Learn diuji dari aspek kebergunaan, kemudahgunaan serta kepuasan penggunaan. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan reka bentuk kajian pembangunan Ghazali dan Sufean yang berpandukan model instruksional ADDIE. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik untuk menilai kesahan dan kebolehgunaan Nutri-Learn. Kesahan Nutri-Learn dan instrumen soal selidik dijalankan melalui penilaian oleh dua orang pakar dari Jabatan Biologi. Seramai 40 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif melalui perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa Nutri-Learn ini mempunyai nilai kesahan yang tinggi iaitu 0.90 dengan menggunakan kaedah analisis CVI. Manakala, tahap kebolehgunaan Nutri-Lear.....
Final Year Project Published 2024 1139 hits Available
3558
Abstract
The education industry is an important sector that contributes to the development of a country. Educators and students are among the key players who are important and should be given priority in the education industry. Thus, to explore this situation, concept papers related to aspects of the learning environment covering the applicability of constructivist-oriented teaching in the process of educational transformation in Malaysia are given emphasis by researchers. This paper emphasizes the literature review of previous researchers in providing an overview related to the development of constructivist-oriented teaching among educators which ultimately opens space for readers to build hypotheses to continue research in the future; relationship between implementation of constructivist-oriented teaching towards students achievement. Keywords:Constructivist-oriented teaching, social constructivism theory, education, critical skill..
Article Published 2023 524 hits Available
3559
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan guru bidang sains terhadap Kemahiran Proses Sains (KPS), faktor permasalahan guru bidang sains dari segi pedagogi dan faktor permasalahan dari segi tingkah laku murid di sekolahsekolah menengah daerah Batang Padang dan Muallim. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan . Populasi kajian ialah seramai 137 orang guru bidang namun hanya 70 orang guru bidang sains sahaja yang memberikan respon. Sampel kajian ini adalah seramai 70 orang. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan mudah. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik tinjauan (nilai Alpha Cronbach 0.963). Analisis data menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0 menunjukkan tahap pelaksanaan KPS (Min = 4.33 dan SP = 0.55), permasalahan dari segi pedagogi (Min = 2.05 dan SP = 1.12) dan permasalahan dari segi tingkah laku murid ((Min = 1.94 dan SP = 1.10). Daripada data-data ini dapat disimpulkan bahaw.....
Final Year Project Published 2024 1179 hits Available
3560
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan papan Periodice bagi standard kandungan Jadual berkala unsur moden bagi matamuridan sains tingkatan empat dengan kesahan yang baik dan mengenalpasti persepsi kebolehgunaan permainan papan Periodice dari segi reka bentuk, minat dan kebolehmainan. Reka bentuk kajian ialah kajian pembangunan berpandukan model reka bentuk instruksional ADDIE. Populasi kajian ialah murid tingkatan empat dari sebuah sekolah di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Keseluruhan populasi ialah sampel kajian iaitu seramai 63 orang yang dipilih menggunakan teknik pensampelan mudah. Instrumen kajian ialah borang kesahan Periodice dan soal selidik kebolehgunaan Periodice. Data kesahan dan kebolehgunaan Periodice dianalisis masing-masing menggunakan peratus persetujuan pakar dan statistik deskriptif untuk mencari nilai min, sisihan piawai dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan, Periodice mempunyai nilai kesahan kandungan dan ciri istimewa yang b.....
Final Year Project Published 2024 992 hits Available
Page 356 of 1221

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.