UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
3512025
Final Year Project
Pembangunan e-modul "GetBIjak" bagi konsep Get Logik dan tahap penerimaanya dalam kalangan mahasiswa Fizik
Muhamad Shafie Haron
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan e-modul pembelajaran interaktif _GetBijak_ bagi meningkatkan pemahaman konsep Get Logik dan menilai tahap penerimaannya dalam kalangan mahasiswa Fizik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian menggunakan reka bentuk pembangunan berdasarkan model instruksional ADDIE yang terdiri daripada lima fasa: analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Seramai 45 orang mahasiswa Fizik UPSI Semester 7 dipilih sebagai sampel kajian menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian terdiri daripada borang kesahan pakar dan soal selidik tahap penerimaan modul. Data kajian yang dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai peratus persetujuan pakar, min (M) dan sisihan piawai (SP). Analisis kesahan menunjukkan e-modul yang dibangunkan mempunyai nilai kesahan muka dan kandungan yang sangat tinggi iaitu 93.75% dan 93.30%. Analisis tahap penerimaan modul pula menunjukkan mahasiswa fizik mempunyai tahap pe.....

160 hits

3522025
Final Year Project
Pembangunan e-modul pengajaran berasaskan inkuiri berstruktur untuk konsep hukum gas dan tahap penerimaannya dalam kalangan guru pelatih Fizik
Zaslinah Zamalul Kiram Alam Sah
Kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan e-modul pengajaran berasaskan inkuiri berstruktur untuk konsep Hukum Gas Fizik Tingkatan Empat dan menentukan tahap penerimaan e-modul yang dibangunkan dalam kalangan guru pelatih Fizik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Reka bentuk kajian ini ialah kajian pembangunan berdasarkan model instruksional ADDIE. Seramai 59 orang guru pelatih Fizik semester 7 UPSI telah dipilih sebagai sampel kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian ini ialah borang kesahan pakar dan borang soal selidik yang digunakan untuk menentukan tahap penerimaan e-modul yang dibangunkan dalam kalangan guru pelatih. Data kajian yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai peratus persetujuan pakar, min (M) dan sisihan piawai (SP). Analisis kajian menunjukkan bahawa e-modul yang dibangunkan mempunyai nilai peratus persetujuan pakar yang sangat tinggi untuk kesahan muka dan kesahan kandungan.....

172 hits

3532025
Final Year Project
Pembangunan Modul Pembelajaran Gerakan Membulat menggunakan Perisian Tracker dan kebolehgunaannya dalam kalangan pelajar Matrikulasi
Tuan Noor Syahila Tuan Mohd Sanusi
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan Modul Pembelajaran Gerakan Membulat menggunakan Perisian Tracker dalam kalangan pelajar di Kolej Matrikulasi. Modul pembelajaran ini merupakan modul pembelajaran inkuiri terbimbing lengkap dengan nota ringkas, aktiviti simulasi dan eksperimen ringkas. Kajian ini melibatkan seramai 15 orang responden sebagai sampel kajian rintis manakala bagi kajian sebenar 52 orang pelajar yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan daripada populasi pelajar di Kolej Matrikulasi kelantan yang mengambil subjek Fizik dan telah mempelajari topik gerakan membulat. Modul ini dibangunkan berdasarkan Model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa: analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Instrumen kajian merangkumi soal selidik kesahan muka dan kandungan, yang dinilai oleh tiga orang pakar dengan tahap peratus persetujuan kesahan melebihi 81%. Instrumen soal selidik terdiri daripada empat konstruk iaitu Kebergunaan, Muda .....

164 hits

3542025
Final Year Project
Pembangunan e-modul pengajaran berasaskan inkuiri berstruktur bagi subtopik Prinsip Bernoulli dan tahap penerimanya dalam kalangan guru pelatih Fizik
Siti Nur Hafizah Mohamad Noor
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan e-modul pengajaran berasaskan inkuiri berstruktur bagi subtopik Prinsip Bernoulli dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Lima dan menentukan tahap penerimaannya dalam kalangan guru pelatih Fizik. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan dengan model reka bentuk instruksional ADDIE lima fasa iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan, dan Penilaian. Seramai 55 orang guru pelatih Fizik semester 7 dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik tahap penerimaan dan borang kesahan pakar sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif untuk mencari peratus persetujuan pakat, nilai min (M) dan sisihan piawai (SP). Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa e-modul pengajaran ini mempunyai tahap kesahan muka (100%) dan kesahan kandungan (98.61%) yang tinggi. E-modul yang dibangunkan ini juga memiliki tahap penerimaan yang tinggi dalam.....

242 hits

3552024
Article
Transformasi geopolitik Perak dinamika persempadanan dari era Kesultanan ke Pascamerdeka
Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria
Kajian ini bertujuan mengupas perkembangan persempadanan Perak sejak diasaskan oleh Sultan Mudzaffar Shah pada 1528, ekoran pengkaji terdahulu kurang memberi perhatian terhadap aspek ini dari abad ke-16 hingga abad ke-20. Objektif kajian ialah menilai perkembangan persempadanan Perak dalam tiga era utama: kesultanan sebelum penjajahan (1528-1874), penjajahan (1874-1957) dan pascamerdeka (1957-kini, 2024). Metodologi kajian digunakan ialah Reka Bentuk Penyelidikan Bawang Saunders, menggabungkan kaedah kuantitatif dengan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persempadanan Perak melalui proses perkembangan dan pengecutan dipengaruhi oleh dinamik politik dalaman dan hubungan luar. Kehadiran British pada abad ke-20 memperkukuhkan persempadanan antara Perak dengan Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor dan Reman. Persempadanan ini berterusan hingga kini dengan beberapa pindaan, bertujuan meningkatkan kecekapan pentadbiran, pembangunan ekonomi dan sosioekonomi, dan kesejahter.....

136 hits

3562025
Final Year Project
Pembangunan Kit Demonstrasi Penghasilan Gelombang berasaskan Arduino dan penilaian kebolehgunaan dalam kalangan guru Fizik
Jans Ezravyca Justin
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Kit Demonstrasi Penghasilan Gelombang menggunakan platform Arduino serta menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru Fizik Tingkatan Empat. Sampel kajian terdiri daripada empat orang guru Fizik yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Model ADDIE digunakan sebagai reka bentuk kajian, manakala pendekatan kualitatif diterapkan bagi penilaian kebolehgunaan kit. Kesahan muka dan kandungan kit disahkan oleh dua orang pakar dalam bidang pendidikan Fizik. Penilaian kebolehgunaan melibatkan pemerhatian dan temu bual dengan guru Fizik, dan hasil dapatan dianalisis menggunakan kaedah analisis bertema. Kajian ini mendapati Kit Demonstrasi Penghasilan Gelombang menerima maklum balas positif daripada guru Fizik, menunjukkan keberkesanannya dalam memvisualisasikan konsep gelombang. Kit ini bukan sahaja membolehkan pelajar terlibat secara aktif dalam eksperimen, tetapi juga menyediakan data visual (graf) yang menyokong pembelajaran teori dengan aplik.....

202 hits

3572025
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan kit pembelajaran "Fahukep" bagi topik hukum kepler dalam kalangan Pelajar Tingkatan 4
Muzani Azim Sulaiman
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pembelajaran _FaHuKep_ dan mengenalpasti kebolehgunaan kit pembelajaran _FaHuKep_ dalam kalangan pelajar fizik tingkatan empat. Kit ini dibangunkan berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme dan model ADDIE. Kajian ini adalah berbentuk kajian reka bentuk pembangunan dengan menggunakan model ADDIE. Seramai 70 orang pelajar Fizik tingkatan 4 dipilih sebagai sampel kajian. Teknik persampelan yang digunakan adalah teknik persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kit _FaHuKep_ mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dalam kalangan pelajar tingkatan 4 berdasarkan konstruk kebergunaan (min = 3.61, s.p = 0.276), kemudahan penggunaan (min = 3.45, s.p = 0.625), kemudahan belajar (min = 3.74, s.p = 0.445), dan kepuasan (min = 3.68, s.p = 0.440). Kesimpulannya, pembangunan kit pembelajaran _FaHuKep_ ini telah mencapai objektif kajian di mana dapat dibuktikan mempunyai tahap kebolehgunaan yang baik dan tinggi dalam kalangan pelajar .....

209 hits

3582025
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan Modul Pembelajaran Kendiri melalui Genially tentang topik Daya dan Gerakan bagi pelajar Fizik Tingkatan 4 di daerah Kulai
Seow, Yu Sien
Kajian ini bertujuan menentukan kebolehgunaan modul pembelajaran kendiri melalui Genially tentang Daya dan Gerakan bagi pelajar Fizik Tingkatan 4 di daerah Kulai. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian pembangunan, dan modul dibangunkan menggunakan model ADDIE serta disahkan oleh tiga pakar. Sampel kajian terdiri daripada sebuah kelas (25 pelajar) Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah daerah Kulai yang mengambil subjek Fizik dalam SPM, dipilih melalui persampelan rawak kelompok dari tiga kelas Fizik Tingkatan 4. Instrumen kajian ialah modul pembelajaran kendiri melalui Genially dan borang soal selidik kebolehgunaan untuk mengukur persepsi pelajar. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensial seperti min, sisihan piawai, ujian Skewness, Kurtosis, serta ujian Mann-Whitney U. Hipotesis kajian (H0) menyatakan bahawa tiada perbezaan signifikan terhadap jantina antara pelajar lelaki dan perempuan selepas penggunaan modul pembelajaran kendiri tentang topik Daya dan Gerak.....

330 hits

3592025
Final Year Project
Pembangunan e-modul pengajaran PAK-21 bagi subtopik graf gerakan linear dan penerimaannya dalam kalangan guru pelatih Sains
Chung, Cai Xia
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan e-modul pengajaran PAK-21 bagi subtopik graf gerakan linear Sains Tingkatan 4 dan menentukan tahap penerimaan e-modul tersebut dalam kalangan guru pelatih Sains di UPSI. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan yang menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan reka bentuk instruksional ADDIE yang mempunyai lima fasa, iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Seramai 50 orang sampel yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah untuk menentukan tahap penerimaan e-modul yang dibangunkan. Borang kesahan pakar dan borang soal selidik tahap penerimaan digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian dianalisis untuk mendapatkan nilai peratus persetujuan pakar, min (M) dan sisihan piawai (SP). Analisis data menunjukkan bahawa e-modul pengajaran tersebut mempunyai peratus persetujuan pakar yang tinggi untuk kesahan muka dan kesahan kandungan iaitu 98.61% dan 95%. E-modul pengajaran tersebut juga mempunyai ta.....

219 hits

3602025
Final Year Project
Peranan teknologi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di kalangan guru pelatih berdasarkan jantina
Ahmad Ridhwan Mat Sulong
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap penggunaan teknologi seperti aplikasi Matematik ketika sesi PdP Matematik dalam dalam kalangan guru pelatih. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan teknologi dalam PdP matematik dalam kalangan guru pelatih matematik lelaki dan perempuan. Data dalam kajian ini diperoleh melalui tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dalam talian (Google Form) yang melibatkan seramai 60 orang guru pelatih yang dipilih secara rawak berstrata. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) menerusi skor min dan peratusan bagi mengenal pasti tahap penggunaan teknologi seperti aplikasi Matematik dalam sesi PdP dan secara inferensi menerusi Ujian T tidak bersandar bagi mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan teknologi seperti aplikasi Matematik ketika sesi PdP Matematik dalam kalangan guru pelatih lelaki dan perempuan. Hasil dapatan kajian mendapati tahap peng.....

377 hits

[ First ] [ Prev ] Page 36 of 1126 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.