|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 3661 | 2022 Final Year Project | Web-Based Management System for Self-Pace AC10 Program Checker Nur Alya Dalilah Muhd Azan “Web-Based Management System for Self-Pace AC10 Program Checker” adalah berdasarkan
keperluan pengajian dan pengijazahan dalam Program AC10. Sistem pengurusan berasaskan
web ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar AC10 di
mana tiada platform berpusat untuk pelajar merujuk. Metodologi yang digunakan dalam
projek ini ialah Evolutionary Prototyping Model (EP). Model metodologi ini mempunyai 4
fasa iaitu keperluan awal, reka bentuk pantas dan membina prototaip, penilaian pengguna dan
fasa terakhir ialah sistem penghantaran. Kaedah analisis yang digunakan dalam fasa ini
melibatkan analisis kandungan perlu difokuskan dari segi kesesuaian kandungan dan sasaran
pengguna. Kejayaan produk akan diuji melalui Skala Kebolehgunaan Sistem (SUS) yang
digunakan dalam fasa penilaian yang akan menilai dari segi kebolehgunaan, kefungsian dan
kebolehterimaan. Oleh itu, sistem pengurusan berasaskan web ini dibangunkan untuk
memudahkan pelajar AC10 merujuk ke..... 1022 hits |
| 3662 | 2023 Final Year Project | e-LearnPro: platform for IOER E-Learning & MOOC using web system for entrepreneurs Siti Fatimah Mohamed Masyarakat di malaysia memang tidak asing lagi dengan bidang keusahawanan kerana ratarata
kita dapat lihat yang ramai rakyat Malaysia yang mencari rezeki dengan berniaga.
Bidang ini makin berkembang dengan adanya teknologi yang semakin maju.Kini orang ramai
lebih mudah untuk belajar tentang perniagaan dan keusahawanan dengan adanya platform
seperti laman web yang boleh diakses dimana jua mereka berada. Tujuan kajian ini dilakukan
adalah untuk membantu usahawan-usahawan baru untuk belajar tentang keusahawanan dan
perniagaan. Hal ini kerana, kebanyakan laman web yang sedia ada tidak sesuai untuk
pengguna tempatan. Laman web yang akan dibina ini merupakan sebuah platform IOER dan
MOOC E-pembelajaran untuk usahawan. Laman web ini menggunakan model ADDIE
metodologi dan telah diuji oleh beberapa usahawan di sekitar Tanjung Malim. Kajian
mendapati bahawa penggunaan platform E-pembelajaran ini amat membantu para usahawan
baru untuk belajar tentang keusahawanan dan perniagaan dengan ..... 1586 hits |
| 3663 | 2023 Final Year Project | Seni catan sebagai medium penghayatan kendiri terhadap keindahan bandar Kuantan Muhammad Fakhrie Amin Robidin Fadzilah Seni catan dapat diertikan sebagai hasil seni 2D yang menggunakan media basah dan
melibatkan teknik sapuan atas permukaan yang rata. Aspirasi ketiga-tiga karya
bertajuk Legacy Planet, Paradise dan the Center of The Greatest merupakan
perceritaaan mengenai isu pembangunan yang kian merancak di bandar kelahiran
pengkaji, iaitu bandar Kuantan. Elemen imej yang disampaikan dalam karya ini
menggunakan kesinambungan unsur-unsur binaan manusia dengan alam semula jadi.
Karya ini juga memperlihatkan kekaguman pengkaji yang pernah berjalan-jalan
sambil menikmati keindahan bandar Kuantan, di mana kaya dengan seni bina, budaya
dan keunikan tersendiri. Pengkaji juga menegaskan bahawa karya ini mempunyai
kekuatan dari segi penggunaan teknik seni catan seperti teknik underpainting, hard
edge dan glazing yang mampu berazam dan beriltizam pada orang ramai dalam
membina potensi individu bagi menjadikan berilmu, berketerampilan, berbakat tinggi,
berakhlak mulia, dan semangat patriotis dalam j..... 648 hits |
| 3664 | 2023 Final Year Project | Eksperimentasi bahan kitar semula dalam penghasilan model 3 dimensi reka bentuk landskap berkonsepkan N.G.E.T.A.N Edu Park Beatrice Ana Stewart Penyelidikan ini adalah mengenai Eksperimentasi Bahan Kitar Semula dalam
Penghasilan Model 3 Dimensi Reka Bentuk Landskap berkonsepkan N.G.E.T.A.N EDU
PARK di UPSI. Objektif kajian yang pertama untuk mengidentifikasi jenis bahan
terbuang dalam penghasilan model 3D. Kedua, mengenalpasti elemen reka bentuk
landskap berkonsepkan N.G.E.T.A.N Edu Park yang menjadi simbolik kepada
pengunjung apabila berada dalam taman ini. Objektif ketiga, menghasilkan model 3D
reka bentuk landskap berkonsepkan N.G.E.T.A.N Edu Park dengan mengaplikasikan
eksperimentasi daripada bahan terbuang. Pengkaji menggunakan kaedah Praktis Studio
dalam Penghasilan Reka Bentuk Landskap. Pengkaji mendapatkan sumber maklumat
mengenai bahan kitar semula melalui pemerhatian ke tapak kajian yang terletak di
Sungken Plaza berhadapan Dewan Tuanku Canselor, UPSI, bagi membuat analisis dan
inventori tapak, melawat ke kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak serta
membuat membuat analisis dokumen berkaitan ta..... 970 hits |
| 3665 | 2023 Final Year Project | Eksplorasi Variasi Tumbuhan Malar Hijau Dalam Mewujudkan Kelestarian Persekitaran Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nayli Ahmad Zaki Kajian ini telah dipilih untuk mengkaji tentang “Eksplorasi Variasi Tumbuhan Malar
Hijau Dalam Mewujudkan Kelestarian Persekitaran Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)”. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengkaji elemen dalam reka bentuk landskap berkonsepkan kelestarian semulajadi
dalam persekitaran kampus, menghasilkan cadangan reka bentuk landskap dengan
merangkumi 5 fasa iaitu analisis dan inventori tapak cadangan, kajian visual, kajian
konsep, penghasilan pelan induk dan penghasilan model 3D dan membangunkan
sebuah model 3D reka bentuk landskap berkonsepkan kelestarian semula jadi dalam
persekitaran kampus berdasarkan tema yang diberikan. Kajian ini akan menggunakan
kaedah kajian studio, kaedah kajian lapangan, kaedah pengumpulan data dan analisis
data. Pengkarya berharap melalui penulisan ini, ia dapat membawa perubahan yang
positif kepada warga UPSI mengenai keindahan kelestarian tumbuh-tumbuhan yang
wujud di persekitaran kampus..... 848 hits |
| 3666 | 2023 Final Year Project | Manfaat sensori terhadap semua peringkat umur melalui reka bentuk landskap The Sensory Park: Play For All di persekitaran Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI Sharifah Nur Ayuni Syed Nizamuddin Penyelidikan mengenai Reka bentuk landskap The Sensory Park:Play For All adalah
berkonsepkan ‘Urban Playscape’ taman permainan bandar. Hal ini di mana ianya adalah
penghasilan sebuah taman multisensori yang terbuka buat semua peringkat dan tahap
umur seseorang untuk beriadah dan bermain bersama-sama. Objektif kajian yang pertama
menjustifikasi elemen reka bentuk landskap selari dengan konsep The Sensory Park:Play
For All yang melibatkan semua peringkat umur. Kedua, mengaplikasikan elemen reka
bentuk The Sensory Park:Play For All melalui penghasilan 5 fasa utama iaitu Analisis
dan Inventori Tapak, Kajian Visual, Kajian Konsep, Penghasilan Pelan Induk (Master
Plan) dan Penghasilan Model 3D. Akhir sekali, menghasilkan sebuah model 3Dimensi
reka bentuk landskap The Sensory Park: Play For All. Pengkaji menggunakan kajian
praktis studio untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang kajian yang ingin
dihasilkan. Kajian ini dijalankan adalah kerana ingin memberi pendedahan k..... 1093 hits |
| 3667 | 2023 Final Year Project | Peranan persahabatan dalam pembangunan diri dalam konteks budaya K-Pop Esterviviana Meijil Penulisan ini melaporkan kajian penyelidikan studio bertemakan ‘Artchemist’yang
diperoleh dari Kursus Projek Tahun Akhir MSR3996 Jabatan Seni dan Reka Bentuk,
Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
merangkumi isu kajian, kajian visual, proses penghasilan karya dan apresiasi karya
melalui analisis visual. Seiring dengan tema yang menginginkan perubahan dan
keunikkan, kami diarahkan untuk melakukan pelbagai eksplorasi dan eksperimentasi,
khususnya bahan-bahan yang mengandungi bahan kimia misalnya catan. Kajian ini
dijalankan adalah bertujuan mengkaji peranan persahabatan dalam pembangunan diri
dalam konteks budaya K-POP. Kajian ini berfokuskan kepada aspek peranan sahabat
dalam pembangunan diri kita dan mengidentifikasikan ciri, perwatakan dan emosi
sahabat dalam kehidupan seharian. Kajian ini juga dijalankan untuk menghasilkan
karya melalui hubungkait persahabatan dan budaya K-POP bagi Projek Akhir Tahun
MSSR3996. Hasil daripa..... 682 hits |
| 3668 | 2012 Thesis | Tinjauan tahap penggunaan media instruksional dan pengamatannya di Kolej Matrikulasi Perak Tan, Wai Ying Kajian yang dijalankan ini bertujuan meninjau tahap penggunaan media instruksional dalam P&P di
Kolej Matrikulasi Perak. Kajian ini juga menguji sama ada wujudnya korelasi yang signifikan antara
penggunaan komputer dan tahap pengamatan pelajar dengan gred pelajar. Responden kajian terdiri
daripada 99 orang pelajar yang dipilih secara rawak. Pengumpulan data telah dibuat dengan
menggunakan soal selidik. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik
seperti kekerapan, peratusan, ujian-t, ANOV A sehala dan korelasi pearson. Hasil kajian mendapati
bahawa tahap penggunaan media instruksionaJ daJam P&P masih lagi berada pada tahap yang
sederhana Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jurusan
dari segi kekerapan penggunaan media dan tahap pengamatan. Hasil kajian turut menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengamatan pelajar lelaki dengan
pelajar perempuan. P..... 610 hits |
| 3669 | 2005 Thesis | Kesediaan pensyarah pengkhususan pengajian agama dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer Zelkepli Shahrom Kajian bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti tahap kesediaan pensyarah pengkhususan pengajian
agama dalam penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran di maktab perguruan. Kajian ini
menggunakan soal selidik yang mengandungi dua bahagian (a) latar belakang responden (b) tahap
kesediaan pensyarah dan tentang pengetahuan dan kemahiran perisian komputer. Sebanyak tiga puluh
dua borang soal selidik diedarkan kepada pensyarah pengkhususan dan telah dikembalikan sebanyak dua
puluh enam. Penganalisisan data menggunakan program SPSS di mana statistik diskriptif menggunakan
peratusan, min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap kesediaan pensyarah pengkhususan agama adalah tinggi pada skor min : 3.80 .Walau
bagaimanapun tahap pengetahuan pensyarah tentang program komputer adalah sederhana pada tahap skor
min: 2.38 dan tahap kemahiran program komputer adalah rendah tahap skor min : 2.30 .Dicadangkan supa..... 481 hits |
| 3670 | 2011 Thesis | Investigating the useof recast and elicitation in an online facebook group interaction : a case study Mohd Faisal Farish Ishak This study investigated the use of recast and elicitation in an online Facebook group interaction.
Qualitative data were collected and analyzed by using the Facebook group feature and open coding
system. The samples in this case study comprised of 4 participants of Form 4 students. The students
were involved in 2 sessions of recast and single elicitation session. The errors produced and
participants' responses were collected from the 3 sessions. The data collected revealed that the
occurrence of errors was similar to oral conversation and another 5 types of responses can be added
to Lyster and Ranta's (1997) list of responses. Based on the general observation participants were
also found to use 'Electronic English' which in this study was not treated as errors and their
responses towards recast and elicitation were varied. Thus it is recommended that future study can
find out why the types of responses occurred as well as to what extent the 'Electronic En..... 504 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 367 of 1110 | [ Next ] [ Last ] |