UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
37112023
Thesis
An exploratory study on peer socialization to change selective mutism among children
Wong, Chen Keh
The study aimed to explore the personalities in terms of anxiety and shyness, behaviors in terms of avoidance behavior and oppositional behavior, and social skills of children with selective mutism. The study also uses peer socialization to explore the changes in children with selective mutism. As a qualitative method of this study, the triangulation approach was used to conduct the four case studies. Four children with selective mutism were chosen as cases. Each teacher of the four children with selective mutism had been interviewed by the researcher. The data of interview transcripts was supported by observation with the children and document analysis. All the data form the initial codes, combine into one narrative, and report according to four themes. The findings show 1) children with selective mutism are high levels of neuroticism regarding shyness, quietness, and anxiety; 2) oppositional behavior only appears when the children first joined to school, however, they pres.....

1496 hits

37122023
Thesis
Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah
Mageswary Krupiah
Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa Tamil bagi murid tingkatan 2 sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang melibatkan seramai 5 orang guru bahasa Tamil dan 65 orang murid-murid tingkatan 2 dari 5 buah sekolah menengah. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks kepada metateks. Dapatan kajian menunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid adalah dari segi mengalami masalah kekurangan idea dan pengetahuan, murid tidak mempunyai pengetahuan asas, sikap malas murid, kekurangan buku rujukan, bahan bantu mengajar yang tidak sesuai dan pihak pentadbiran tidak memberi penekanan serta belum memahami konsep KBAT dengan sepenuhnya. Langkah-langkah mengatasi masala.....

581 hits

37132022
Article
Cabaran aspek kepimpinan belia wanita berasaskan peranan kerja sosial komuniti
Khadijah Alavi
Kajian ini meneroka cabaran kepimpinan belia wanita dalam membina kerjaya pada usia muda berasaskan peranan pekerja sosial komuniti. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan fenomenologi. Seramai 5 orang responden telah dipilih berdasarkan persampelan bertujuan dan telah ditemu bual secara mendalam. Protokol kajian yang digunakan dalam kajian ini berbentuk garis panduan soalan separa berstrukur yang dibina berpandukan sorotan literatur. Informan telah ditemu bual secara bersemuka dan semua data yang direkodkan telah ditranskrip secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa cabaran utama dalam kalangan belia di bawah program organisasi kepimpinan ialah ketahanan diri dari aspek emosi dan fizikal. Selain itu, kerja sosial komuniti adalah aspek penting dalam proses pemerkasanan dan penglibatan belia wanita dalam aktiviti kesejahteraan masyarakat. Kajian ini mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu memperkenalkan satu.....

790 hits

37142023
Thesis
Hermeneutika manuskrip Melayu Campa Puteri dari Makkah ke teater eksperimental Melayu berjudul Asik
Ayu Afnizar Samsir Alam Syah
Dewasa ini, persembahan teater di Malaysia didasari oleh naskhah-naskhah drama pentas sedia ada dari manuskrip asal yang dihasilkan daripada sumber kajian, kisah benar, mitos, legenda dan sejarah. Namun, hanya sebilangan kecil persembahan drama pentas Malaysia dihasilkan dari manuskrip klasik yang mempamerkan cerita daripada figura tempatan. Maka itu, projek ini diilhamkan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan teater eksperimental Melayu yang diinspirasikan dari sebuah manuskrip Melayu Campa yang berjudul Puteri Dari Makkah (PDM). Proses pembinaan kajian ini memperlihatkan acuan budaya Melayu (dari manuskrip), kemudian digarap menjadi suatu bentuk eksperimentasi menerusi persembahan. Kandungan manuskrip ini dibentuk menjadi sebuah naratif persembahan berdasarkan teori Hermeneutika Martin Heidegger. Persembahan ini akan dibina berdasarkan konsep teater eksperimental Melayu. Konsep ini menggabungkan ciri-ciri teaterikal tradisional dan pasca moden dengan mengintegrasikan.....

895 hits

37152023
Thesis
Pembangunan sukatan pelajaran asas pembelajaran gitar elektrik bagi pemain dalam kelompok sinistraliti terbalik
Mohammad Effandi Othman
Kajian ini menjelaskan fenomena perlakuan individu yang mendominasi tangan kiri (sinistraliti) melebihi tangan kanan (non-kidal) dalam konteks permainan gitar elektrik. Pembangunan sukatan pelajaran asas pemain gitar sinistraliti tali terbalik bertujuan menyelesaikan pemasalahan kelompok ini dalam mendapatkan sukatan pelajaran asas. Objektif utama penyelidikan ialah menganalisis keperluan dan kandungan yang relevan terhadap pemain gitar dalam kelompok sinistraliti terbalik, membangunkan satu sukatan pelajaran yang komprehensif berpandukan analisis dan perolehan data, seterusnya mengesahkan pembangunan sukatan pelajaran baharu. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) melalui tiga fasa asas kajian dan dibantu oleh model-model pembangunan kurikulum. Pembangunan sukatan pelajaran baharu berjaya dilaksanakan menerusi proses adaptasi dan modifikasi spesifikasi unit sukatan pelajaran peperiksaan gitar elektrik Rockschool Limited (RSL) yang be.....

565 hits

37162022
Article
The symbolism of the covid-19 event in the artwork of Issarezal Ismail
Siti Humaini Said Ahmad@Syed Ahmad
Artwork is an expression of an artist inspired by thought and experience that encompasses issues and questions, including events, history, social, disasters, and psychology. This study was conducted to analyze and explain the signs and symbols on 20 works by Issarezal Ismail from two exhibition series entitled Wake Me Up When It’s All Over. The artworks from this exhibition were inspired by the artist’s own experience stranded in Kota Kinabalu, Sabah during the COVID-19 outbreak. The approach of this study is in the type of art study where it sits under a qualitative study that focuses on descriptive and holistic explanation. A conceptual framework was constructed based on the relevant concepts used by the researchers as a guide to analyzing the symbolism of the COVID-19 pandemic events in the work of Issarezal Ismail. The results of the analysis show that this series of works entitled Wake Me Up When It's All Over tries to reveal personal symbols from the artist's personal experie.....

466 hits

37172023
Thesis
Keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan murid tahun 3
Phan, Chei Wei
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam Bahasa Inggeris terhadap murid tahun 3 di sebuah sekolah rendah Daerah Kinta Selatan, Perak. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan papan putih interaktif terhadap tahap pencapaian, tahap motivasi dan tahap minat dalam kalangan murid Tahun 3 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Teori pembelajaran inkuiri dan teori pembelajaran konstruktivisme diguna pakai dalam kajian ini. Kajian ini berlangsung selama lapan minggu dan terdiri daripada 39 orang responden pelbagai tahap pencapaian akademik diagihkan secara rawak ke dalam dua kumpulan, 19 orang responden bagi kumpulan rawatan (kaedah multimedia interaktif) dan 20 orang responden bagi kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Data dikumpul dengan menggunakan ujian pasca pencapaian dan soal selidik bagi tahap motivasi dan tahap minat. Perbezaan min ujian pas.....

956 hits

37182023
Thesis
Hubungan antara amalan pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan guru dan tahap penguasaan Matematik murid Tahun Lima
Ahmad Radzi Hamdan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan ciri pengajaran dan pembelajaran STEM guru terhadap tahap penguasaan matematik murid Tahun 5. Reka bentuk kajian yang digunakan melibatkan kajian kuantitatif yang disokong dengan kajian kualitatif. Satu set soal selidik Ciri Pengajaran dan pembelajaran STEM (CPSTEM) yang mengandungi 7 konstruk yang terdiri daripada 7 ciri pengajaran dan pembelajaran STEM digunakan untuk mengenal pasti tahap pengamalan pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan guru matematik. Seramai 73 orang guru matematik sekolah kebangsaan di daerah Kuala Selangor telah dipilih sebagai responden kajian menggunakan teknik pensampelan rawak mudah di mana 73 guru matematik dipilih daripada 90 orang guru matematik di Kuala Selangor. Kaedah temu bual digunakan untuk meneroka dengan lebih mendalam berkaitan pengamalan ciri pengajaran dan pembelajaran STEM dalam kalangan murid Tahun 5. Analisis statistik melibatkan skor min, peratusan, ujian ANOVA s.....

1683 hits

37192022
Article
The adaptation of modesty concept in sportswear design for Malaysian women
Nasyirah Saleh
Modesty sportswear design is an alternative outfit to fulfill the needs of modesty appearances while doing sports especially for the Muslim women. The intention of innovating modesty sportswear design for Malaysian women is to provide more options of sport outfit for their active lifestyle. Recently, there was an issue regarding the lack of fashion likeness of the current sportswear design in local fashion industry and an excessive attention towards the women appearance in public which could distress their moral and confident level. The objectives of this study are: 1. to investigate the problems faced by Malaysian women regarding their option of sportswear clothing: 2. to identify the important features to be considered in designing modest sportswear designs for Malaysian women: 3. to create alternative sportswear designs with adaptation of modesty concept to suite Malaysian’s lifestyle: 4. To offer a module/guidance to designers and Small and Medium manufactures in getting the righ.....

495 hits

37202023
Thesis
Pembangunan dan kebolehlaksanaan modul pengajaran STEM kebarangkalian mudah Tingkatan Dua (STEM-KEBUM)
Mohd Romashal Isnan Mohd Shah
Kajian ini bertujuanmembangunkansebuahModulPengajaranSTEM KebarangkalianMudahTingkatanDua(STEM-KEBUM)danmenilaitahap kebolehlaksanaanmodulpengajarantersebut.Kajianinimenggunakanrekabentuk kajianpembangunanberasaskanmodelinstruksiADDIE.Sejumlah103orang daripada140orangguruMatematikTingkatanDuadisekitardaerahTemerloh, Pahangtelahdipilihsecararawakmudahsebagaisampelkajianini.Kajian pembangunaninimelibatkanproseskesahanmukadankandungan,kebolehpercayaan dankebolehlaksanaanmodul.Kaedahyangdigunakanuntukmenilaitahapkesahan mukadankandunganmoduladalahdenganmendapatkanmaklumbalasdanperatus persetujuanpakar.Penilaiantahapkebolehlaksanaanmodulpuladianalisissecara deskriptif.Dapatankajianmenunjukkanbahawamodulpengajaranyangdibangunkan inimempunyaikesahanmukadankesahankandunganyangtinggidenganpurata keseluruhanperatuspersetujuanpakaradalah90.5%dan97.2%masing-masing. KebolehpercayaanmoduladalahsangatbaikdengannilaiCronbach’sAlpha0.936. Modulinijugamempunyaitahapkebolehlaksanaanyangti.....

564 hits

[ First ] [ Prev ] Page 372 of 1147 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.