UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
37312023
Thesis
Faktor-faktor yang menyumbang kepada amalan pengintegrasian ICT dalam PdPc guru Pendidikan Khas
Emiliona Alosza Mandi
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada amalan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru Pendidikan Khas di sekolah daerah Kinta Utara, Ipoh. Objektif kajian adalah untuk menentukan hubungan kesediaan dan jumlah sumbangan integrasi ICT terhadap amalan penggunaan ICT dalam PdPc guru Pendidikan Khas. Model Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (TPACK) dan Teori Kognitif Sosial diguna pakai dalam kajian ini. Reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan dan soal selidik telah digunakan. Kajian ini berlansung selama lapan minggu dengan menggunakan pensampelan bertujuan yang melibatkan 207 orang guru Pendidikan Khas di sekolah daerah Kinta Utara, Ipoh. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, analisis inferensi korelasi dan regresi untuk mengkaji kesignifikan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengintegrasian ICT dalam PdPc guru Pendidikan Kh.....

1091 hits

37322022
Article
Solid waste management and disposal practice in Bauchi City, Nigeria
Muhammed, Iliyasu
ABSTRACT Municipal solid waste (MSW) services are critical elements of human societies and environmental infrastructure. In developing countries, household waste collection and disposal are the responsibility of local authorities, but often the volume of waste surpasses their collection capabilities. In addition, a lack of awareness and knowledge of sustainable waste practices contributes to poor waste practices. As a result, most waste ends in open dumps, roadsides, and other similar places. Massive waste disposal sites (locally termed Bingi) in every ward within the case study area, Bauchi old city are the most critical problem facing the Bauchi state environmental protection agency (BASEPA), responsible for solid waste collection and disposal. This study evaluates the disposal practices and constraints faced by residents, thus providing relevant information to BASEPA towards more effective implementation of sustainable waste management (SWM). Questionnaires were collected from 156 h.....

733 hits

37332022
Article
Pengetahuan, kesedaran dan kesediaan pelajar menengah rendah SMK Yan terhadap isu banjir di Yan, Kedah
Nor Izzatie Mohd Shohid
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap, hubungan serta perbezaan antara pemboleh ubah pengetahuan, kesedaran dan kesediaan pelajar menengah rendah Sekolah Menengah Kebangsaan Yan terhadap isu banjir di Yan, Kedah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan serta soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kesedaran dan kesediaan berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan dan kesedaran, pengetahuan dan kesediaan serta kesediaan dan kesedaran pelajar menengah rendah terhadap isu banjir di Yan, Kedah. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan terhadap pengetahuan, kesedaran dan kesediaan mengikut jantina. Oleh itu, hasil dapatan membuktikan bahawa pendedahan mengenai isu banjir menerusi mata pelajaran Geografi di sekolah membawa kepada pengetahuan, kesedaran dan kesediaan dalam kalangan pelajar menengah rendah .....

593 hits

37342022
Article
Literasi istilah geografi dalam kalangan mahasiswa Geografi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Lokman Hakim Abdullah
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap literasi istilah geografi dalam kalangan mahasiswa geografi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Istilah dalam geografi fizikal, geografi manusia dan kemahiran geografi digunakan dalam kajian ini. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan menerusi instrumen borang soal selidik telah digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 220 mahasiswa geografi UPSI dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Analisis deskriptif (kekerapan dan peratus) dan analisis inferensi (ujian-t dan korelasi Pearson) digunakan bagi menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan 55.0% mahasiswa geografi UPSI berada pada tahap baik bagi literasi istilah geografi. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dan lokasi tempat tinggal dengan tahap literasi istilah geografi, bagi jantina t=1.275, p>.05 dan lokasi tempat tinggal, t=-1.66, p>.05. Analisis korelasi Pearson menunjukkan .....

667 hits

37352022
Article
Implementasi teknologi augmented reality (AR) dalam pengajaran Geografi oleh guru di Daerah Setiu, Terengganu
Nursamiyah Mohd Badrol
ABSTRAK Teknologi Augmented Reality (AR) adalah salah satu teknologi baharu yang diterapkan dan menjanjikan potensi besar untuk digunakan dalam dunia pendidikan kini. Justeru, penerapan teknologi AR ini dalam bidang pendidikan geografi di sekolah-sekolah pada hari ini perlu dikenal pasti. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti kandungan teknologi AR dalam buku teks sekolah menengah serta pengetahuan dan penggunaan teknologi AR dalam kalangan guru mata pelajaran geografi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menerusi kajian di perpustakaan dan juga temu bual secara dalam talian menerusi panggilan telefon dan juga aplikasi Whatsapp. Sampel kajian terdiri daripada lapan orang responden guru mata pelajaran geografi yang mengajar di daerah Setiu, Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kandungan teknologi AR dalam buku teks Geografi KSSM daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 adalah rendah (tujuh elemen AR berdasarkan topik pembelajaran). Tahap pengetahuan guru terhadap te.....

635 hits

37362022
Article
Penerimaan manfaat perkhidmatan ekosistem budaya dalam kalangan komuniti bekerja di kawasan hijau bandar taman botani Pulau Pinang
Mohamad Izzamil Mohd Nasir
ABSTRAK Kewujudan kawasan hijau di bandar merupakan salah satu elemen penting dalam konteks bandar dan komuniti lestari. Peningkatan populasi penduduk dunia yang tinggal di bandar pada masa kini juga memberi gambaran jelas tentang pembangunan dan kemajuan yang semakin pesat dijalankan di kawasan bandar. Hal ini secara tidak langsung menjelaskan tentang kesibukan manusia dengan aktiviti harian yang boleh membawa kepada sebuah kehidupan yang menekan. Oleh yang demikian, kawasan hijau dan ekosistem semula jadi di bandar mampu menyeimbangkan semula kehidupan komuniti bekerja di bandar. Kajian awal ini dijalankan bagi mengenal pasti manfaat yang diterima oleh komuniti bekerja di bandar melalui konsep perkhidmatan ekosistem budaya. Seramai 24 orang responden dalam kalangan komuniti bekerja telah dipilih sebagai sampel kajian awal ini. Satu set soal selidik yang mengandungi 15 item soalan telah disediakan menggunakan skala Likert. Hasil kajian menunjukkan keputusan yang positif terhadap manfa.....

713 hits

37372023
Thesis
Pembangunan dan kebolehlaksanaan Platform DiskretSTEM terhadap kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah murid tingkatan empat
Suhaida Shahar Zaman
Kajian ini bertujuan membangunkan Platform DiskretSTEM iaitu sebuah platform interaktif yang mengandungi 10 bahan sumber pengajaran dan pembelajaran STEM bagi bidang pembelajaran Matematik Diskret dan menilai kebolehlaksanaannya terhadap kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah murid tingkatan empat. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan melibatkan tiga fasa. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan keperluan Platform DiskretSTEM dibangunkan. Pada fasa kedua, Platform DiskretSTEM dibangunkan berdasarkan Model ADDIE. Kesahan Platform DiskretSTEM dinilai menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Sejumlah 14 orang pakar mencapai kesepakatan bersetuju dengan setiap elemen dalam konstruk soal selidik kesahan pakar bagi ‘kandungan Platform DiskretSTEM’ dan soal selidik kesahan pakar bagi ‘Platform DiskretSTEM sebagai platform multimedia interaktif’. Pada fasa ketiga, kebolehlaksanaan Platform DiskretSTEM dinilai melalui kaedah tinjauan terha.....

915 hits

37382022
Article
Pemetaan perjalanan wanita dalam mendapatkan perlindungan daripada keganasan rumah tangga di Malaysia
Siti Nurzulaika Roslan
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk memetakan perjalanan wanita dalam mendapatkan perlindungan daripada keganasan rumah tangga di rumah perlindungan yang dikendalikan oleh Women’s Aid Organisation (WAO). Penyelidikan ini menggunakan kaedah analisis dokumen kes keganasan rumah tangga terhadap wanita di Malaysia yang direkodkan oleh WAO pada tahun 2016, 2017 dan 2018. Data reruang dalam kajian ini divisualkan dengan menggunakan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa wanita yang tinggal di luar dari kawasan Lembah Klang adalah lebih sukar untuk mendapatkan bantuan kerana sumber informasi yang terhad, kurang kepelbagaian dari segi bantuan formal yang ada serta terpaksa menempuh jarak perjalanan yang panjang sehingga 320 km bagi tujuan mendapatkan perlindungan. Dapatan kajian ini berupaya memberi maklumat kepada pihak yang bertanggungjawab bagi mewujudkan rumah perlindungan yang mudah diakses oleh wanita dari pelbagai lokasi asal di negara ini ke arah ca.....

463 hits

37392023
Thesis
Pembangunan dan keberkesanan modul pembelajaran PGeL bagi topik Graf Gerakan Linear Fizik Tingkatan Empat
Norul Naim Makhtar
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menentukan keberkesanan modul pembelajaran Graf Gerakan Linear (PGeL) ke atas pencapaian pelajar tingkatan empat. Reka bentuk kajian ini ialah kajian pembangunan berdasarkan model reka bentuk instruksional ASSURE. Modul tersebut dibangunkan dengan mengintegrasikan elemen tongkolan, simulasi komputer, pendekatan POE (meramal-memerhati-menerangkan) dan teknik grafik. Keberkesanan modul pembelajaran PGeL pula dikaji menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Seramai 94 orang pelajar sekolah menengah di zon Kuala Lumpur dipilih sebagai responden kajian menggunakan teknik pensampelan rawak berkelompok dan dibahagikan kepada dua kumpulan: kumpulan rawatan (N=51) dan kumpulan kawalan (N=43). Keberkesanan modul pembelajaran PGeL diuji menggunakan set soalan ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul pembelajaran PGeL yang dibangunkan mempunyai nilai kesahan muka dan kesahan kandungan yang tinggi iaitu masing-masing .....

1286 hits

37402022
Article
Challenges and opportunities for ecotourism development:a study in the post-war context in the northern province of Sri Lanka
Aloysius, Nitharsan
ABSTRACT Following several decades of political unrest, the northern province was finally opened for visitors. There are hundreds of novel opportunities available for ecotourists that they may have never experienced before. Nevertheless, the northern province had not achieved its optimum level in terms of ecotourism due to several reasons. A one-year study from January to December 2020 was conducted to investigate the available opportunities, resources, and challenges. Primary data were collected through an online questionnaire survey and occasional visits to the area and secondary data were gathered from the internet, published research articles, scientific reports, provincial council reports, and data from government institutes. Qualitative descriptive statistics were used to analyze the data. The majority (72%) answered that there is a great potential to develop the province as an ecotourism destination. However, the majority replied that several challenges exist including lack of i.....

499 hits

[ First ] [ Prev ] Page 374 of 1152 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.