UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
3812018
Article
Kesan penggunaan teknik peer instruction dengan pendekatan kelas flipped terhadap pencapaian pemahaman konsep sejarah
M.Kaviza
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan teknik peer instruction dengan pendekatan kelas flipped terhadap pencapaian pemahaman konsep sejarah dalam kalangan murid Tingkatan Empat. Kajian ini merupakan kajian eksperimen dengan reka bentuk faktorial 2 X 2 yang melibatkan seramai 122 orang murid dari dua buah sekolah yang dikategorikan sebagai kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ujian pencapaian pemahaman konsep sejarah yang dibina sendiri oleh pengkaji bagi topik Perkembangan di Eropah merupakan instrumen kajian ini yang telah disahkan oleh pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan, indeks kesukaran dan diskriminasi yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics. Analisis inferensi yang digunakan adalah ujian-t Sampel Tak Bersandar dan ujian ANOVA Dua Hala. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid dalam kumpulan eksperimen (pendekatan flipped dengan teknik peer instruction) dapat me.....

54 hits

3822018
Article
Kesan penggunaan teknik inkuiri penemuan berbanding tutorial dalam pembinaan koswer terhadap pencapaian pelajar
Abdul Aziz Basri
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan teknik inkuari penemuan berbanding tutorial dalam pembinaan koswer ke atas pencapaian pelajar Tingkatan 2, dalam mata pelajaran sains. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah pendekatan eksperimen. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah koswer pendidikan teknik inkuiri penemuan dan koswer teknik tutorial. Manakala pembolehubah bersandar adalah prestasi pencapaian pelajar Tingkatan 2 dalam mata pelajaran Sains. Populasi kajian ialah terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 di SMK Sungai Retang, Jerantut. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari tiga kelas. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan secara rawak seramai 30 orang setiap kumpulan. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos dan soalselidik. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah statistik inferens. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian yang signifika.....

61 hits

3832018
Article
Attitude of undergraduate students towards gamification: a case study of northwest geo-political zone, Nigeria
Auwalu Rabiu Ali
Gamification of education is new field in education that is attracting researchers who are passionate on education. However, no much researches were made to assess the users_ perception on its application in enhancing students understanding of certain subjects such as Environmental Education. This article is aimed at assessing the students_ attitude on the application of eeGamification in environmental education. The method employed was survey method. A structured questionnaire was used and a total of 372 respondents were used in the study. The survey employed descriptive statistics analysis to measure the level of students_ attitude towards eeGamification. The result indicates that students have positive attitude towards gamification. This shows that students accept the idea of gamification in improving students_ understanding of Environmental Education. Keywords: Gamification, environmental, awareness, knowledge, attitude...

87 hits

3842017
Article
Towards a framework on sentiment analysis of educational domain for improving the teaching and learning services
Harnani Mat Zin
Analysing students_ feedback and their expressed emotions toward any subjects could help lecturers to understand their students_ learning behaviour. Several platforms are used by students to express their feelings such as through social networking sites, blogs, discussion forums and the university survey systems. However, the feedbacks typically contain thousands of sentences and are from various sources which makes analysing them a cumbersome and tedious work. In this regard, sentiment analysis (SA) has been proposed to automate the process of mining user feedback into valuable information. This paper discusses the principles of SA, its potential benefits, and its application in the educational field based on the synthesis of previous studies. We suggest that SA can help lecturers to easily understand the needs and problems of their students. In particular, a framework and a performance evaluation method were proposed to help guide the implementation of the SA in the education domain......

76 hits

3852017
Article
Reducing broadcasting route request packet through LF-AODC
Roswan Ismail
Ad hoc on-demand distance vector (AODV) is one of the commonly used reactive routing protocols in mobile ad hoc network (MANET) as it can achieve relatively better communication performance. However, AODV can lead to heavy routing overhead and additional delay due to the flooding broadcast of route request (RREQ) packets during the route discovery cycle. Additionally, the multiple route reply (RREP) packets in response to a single RREQ can also contribute to overhead and additional delay. Thus, a new algorithm called Less Flooding-AODV (LF-AODV) was proposed to reduce the broadcasted RREQ and the transmitted RREP during the route discovery cycle by decreasing the number of nodes involved in the route establishment phase. A simulation test was carried out to compare the difference in performance between LF-AODV and AODV algorithms. The simulation test revealed that the steps of the route discovery process in LF-AODV were significantly reduced, thus improving its performance in terms of .....

76 hits

3862017
Article
Pemodelan guru cemerlang KPM menggunakan perlombongan data
Nik Haslinda Abdul Halim
Guru merupakan panggilan kepada seorang pendidik yang mengajar di sekolah. Kecemerlangan seseorang pelajar biasanya berkait rapat dengan kecemerlangan guru yang mengajar. Kewujudan guru cemerlang amat diperlukan di semua sekolah dan masalah yang biasa dihadapi oleh pihak pentadbiran sekolah ialah menjadikan seseorang guru itu guru yang cemerlang. Oleh itu tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan model guru cemerlang yang terbaik menggunakan dua algoritma dalam teknik pepohon keputusan. Algoritma yang digunakan ialah C4.5 (J48) dan Hutan Rawak (RF). Kajian ini menggunakan data guru cemerlang di sekolah. Atribut yang digunakan merupakan 4 faktor dengan 26 kriteria pemilihan guru cemerlang sebagai input serta 1 output. Set data diambil daripada Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pelajaran Malaysia (SPL KPM) yang ditadbir oleh Sektor Latihan ICT, BPG. Keputusan kajian menunjukkan bahawa Model 2 algoritma J48 memperolehi keputusan yang lebih baik iaitu ketepatan sebanyak 98.8.....

65 hits

3872017
Article
Kolaborasi dalam pendidikan Vokasional: mewujudkan pembelajaran teradun melalui teknologi Web 2.0
Muhamad Azhar Stapa
Kolaborasi dalam pendidikan vokasional melalui teknologi secara blended learning. Blended learning (BL) atau istilah dalam Bahasa Melayu ialah pembelajaran teradun, menggambarkan sebuah model pembelajaran hibrid di mana pendekatan pengajaran tradisional secara bersemuka dan aktiviti pembelajaran secara elektronik. Pembelajaran kolaboratif adalah satu pendekatan pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan masalah, tugasan, atau mencipta sesuatu. Ulasan keberkesanan pembelajaran BL melalui kolaborasi, bermula dengan konsep istilah dan kelebihan dari kaedah kolaborasi melalui teknologi Web 2.0. Kaedah pembelajaran yang terhasil dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kolaborasi melalui teknologi. Kaedah pembelajaran secara BL adalah juga sebagai sebahagian dari langkah transformasi pendidikan vokasional. Kata kunci: Pembelajaran teradun, vokasional, kolaborasi, Web 2.0, Kolej Vokasional...

80 hits

3882025
Thesis
Kesan modul Al-Muhasibi berteraskan terapi kognitif tingkah laku terhadap kerohanian dan kecerdasan emosi pelajar IPG
Najati Jalil
Kajian eksperimen ini bertujuan mengukur Kesan Intervensi Kelompok Bimbingan Modul Al Muhasibi (MAM) terhadap Konsep Kerohanian (KE) dan Kecerdasan Emosi (KE) pelajar di Insitut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Kajian ini melibatkan 80 orang pelajar IPG yang dibahagikan kepada 2 kelompok iaitu kelompok rawatan (n = 40) dan kelompok kawalan (n=40). Inventori Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar Menengah (IPPIP-M) dan Inventori Kecerdasan Emosi (IKE) telah digunakan. Subjek kelompok kajian diberi rawatan bimbingan selama sembilan minggu. Data dianalisis menggunakan kaedah T-Test dan Anova pada nilai aras signifikan 0.05. Kajian mendapati bahawa kelompok bimbingan MAM berkesan bagi meningkatkan konsep kerohanian dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam aspek Konsep Kerohanian dan Kecerdasan Emosi. Bagi pemboleh ubah terikat konsep kerohanian .....

76 hits

3892025
Thesis
Penilaian pelaksanaan kemahiran interaksi pertuturan dalam kurikulum Bahasa melayu sekolah menengah di Singapura
Pairah Satariman
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan kemahiran interaksi pertuturan yang diberikan penekanan dalam kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah di Singapura sejak tahun 2011. Kajian ini menggunakan kaedah campuran, iaitu kuantitatif dan kualitatif untuk mengumpulkan data. Model Penilaian CIPP oleh Stufflebeam, D. L. & Shinkfield, A. J. dipilih untuk menilai program ini. Keempatempat aspek penilaian dalam model ini digunakan dalam penilaian, iaitu penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk. Seramai 90 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu dan 280 pelajar Menengah 3 yang mengambil Bahasa Melayu Kursus Ekspres dipilih secara rawak daripada 40 buah sekolah daripada empat zon di Singapura: utara, timur, selatan dan barat. Dapatan penilaian konteks menunjukkan bahawa secara keseluruhannya guru-guru menyambut baik pelaksanaan ini dan berpendapat bahawa penekanan terhadap kemahiran interaksi pertuturan dalam kurikulum yang disemak semula te.....

98 hits

3902017
Article
Keberkesanan penggunaan kaedah frog VLE terhadap pencapaian Matematik Sekolah Rendah
Theinmoli Munusamy
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) terhadap pencapaian Matematik pelajar Tahun Dua di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mahathma Gandhi Kalasalai. Frog VLE merupakan sistem pembelajaran maya secara Web yang digunakan sebagai sistem pengurusan pembelajaran di semua sekolah di Malaysia. Tiga objektif kajian iaitu mengukur keberkesanan penggunaan Frog VLE terhadap pencapaian Matematik, mengukur tahap kepuasan dan tahap kemahiran menggunakan Frog VLE dalam kalangan pelajar. Pendekatan penyelidikan kuantitatif dipilih melalui reka bentuk eksperimen. Tiga set instrumen digunakan iaitu soalan pengujian, soal selidik dan senarai semak kompetensi kemahiran. Seramai enam puluh orang pelajar dipilih menjadi menjadi sampel kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan pencapaian Matematik yang signifikan min antara pelajar yang mengikuti pembelajaran melalui Frog VLE berbanding pembelajaran secara tradisional. Tahap kepuasan pengg.....

61 hits

[ First ] [ Prev ] Page 39 of 1185 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.