|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 5141 | 2021 Thesis | Kesan penyebatian kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nurul Nazwa Osman Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penyebatian kemahiran berfikir aras tinggi
terhadap penulisan karangan dalam kalangan 48 orang murid tahun lima yang
berpencapaian rendah dan sederhana. Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah jenis
kebangsaan Cina di daerah Melaka Tengah, Melaka. Reka bentuk kajian ini
menggunakan kaedah kuasi eksperimental dengan membahagikan responden kepada
dua kumpulan yang terdiri daripada dua buah kelas iaitu kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan. Responden kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra dan ujian
pasca untuk membandingkan prestasi penulisan karangan daripada aspek keseluruhan
karangan, bilangan patah perkataan dan aspek kemahiran berfikir. Hasil kajian
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan iaitu, p=0.402 dalam
pencapaian ujian pra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Ini
menunjukkan kedua-dua kumpulan dikatakan setara sebelum kajian dilakukan.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang si..... 1237 hits |
| 5142 | 2021 Thesis | Variasi kepekatan jumlah sedimen terampai semasa aliran rendah dan aliran tinggi di Hulu Lembangan Sungai Bernam Syazwani Aliah Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji sejauh mana permasalahan yang berlaku berpunca
daripada pembangunan guna tanah yang pesat, khususnya aktiviti perumahan dan pertanian
di Hulu Lembangan Sungai Bernam. Keadaan ini meningkatkan lagi sedimen terampai di
dalam sungai sehingga menjejaskan kualiti air dan warna sungai. Kedua-dua Sungai
Bernam dan Sungai Inki mengalir masuk ke dalam Sungai Bernam di Pekan Tanjong
Malim, Perak. Metodologi kajian melibatkan pencerapan dan pengumpulan data di
lapangan di tiga stesen persampelan dari bulan Oktober 2019 sehingga Ferbruari 2020
sebelum dihantar ke makmal. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif merangkumi regresi linear dan Mann-Kendall. Dapatan
daripada ujian Mann-Kendall (S) bagi lebat hujan tahunan dari tahun 1980 sehingga 2018
menunjukkan tren yang meningkat, iaitu sebanyak 67 manakala sedimen terampai tahunan
dari tahun 1978 sehingga 2008 juga menunjukkan tren yang meningkat, iaitu 151...... 2607 hits |
| 5143 | 2021 Thesis | Kualiti air fiziko-kimia di hulu lembangan Sungai Bernam Husna Nabilah Hamidon Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti fiziko-kimia air di hulu lembangan
Sungai Bernam kerana terdapat pembinaan kawasan perumahan yang baru dijalankan oleh
pihak pemaju. Sampel air sungai di tiga stesen dicerap sebanyak seminggu sekali dari bulan
Oktober 2019 sehingga Februari 2020. Kajian ini melibatkan parameter in-situ dan analisis
makmal berdasarkan enam parameter iaitu oksigen terlarut (DO), pH, kehendak oksigen
biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD), ammonia nitrogen (AN) dan pepejal
terampai (SS). Data yang dicerap dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif.
Sementara itu, analisis non-parametrik iaitu ujian Mann-Kendall digunakan untuk melihat
trend kualiti air di stesen Pekan Tanjong Malim dari tahun 1993 hingga 2018. Data
dianalisis dengan menggunakan Statistical Software for Excel (XLSTAT) 2020. Akhir
sekali, kualiti fiziko-kimia air dikelaskan untuk mengenal pasti status kualiti air
berdasarkan indeks kualiti air (IKA). Dapatan kajian b..... 2571 hits |
| 5144 | 2021 Thesis | Teaching and learning strategies foe English language speaking skill among early childhood education (ECE) undergraduates Hasviniy Padmanathan This study aimed to develop a provisional framework of English language speaking
skills for early childhood education (ECE) undergraduates. This study was carried out
to identify the level of speaking proficiency among the undergraduates, ascertain the
challenges faced by them in using English, and determine teaching and learning
strategies to overcome the challenges. The study adopts the mixed-method approach.
The method used for quantitative data was a survey and speaking test from 90
respondents. The method used for qualitative data was document analysis of
90 language test scores and semi-structured interviews with three students from
each semester and five ECE lecturers. The English proficiency level was acquired
through the respondents’ speaking test scores. The online survey was conducted to
ascertain the challenges faced by undergraduates. The semi-structured interviews of
students and lecturers were conducted to determine teaching and learning
strategies towards ..... 1317 hits |
| 5145 | 2021 Thesis | Pelaksanaan pengurusan keselamatan, kesihatan dan nutrisi di taska terpilih negeri Terengganu Siti Nurazimah Ab Rasid Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengurusan dari aspek
keselamatan, kesihatan dan nutrisi di TASKA terpilih negeri Terengganu. Di samping
itu kajian ini meneroka isu-isu keselamatan, kesihatan dan nutrisi pada kanak-kanak.
Pendekatan kaedah campuran digunakan dalam kajian ini iaitu pendekatan kuantitatif
dan kualitatif. Kaedah tinjauan dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan
pengurusan keselamatan, kesihatan dan nutrisi di TASKA terpilih. Responden yang
terlibat adalah seramai 110 orang ibu bapa kanak-kanak TASKA. Temu bual separa
berstruktur digunakan untuk meneroka isu-isu berkaitan keselamatan, kesihatan dan
nutrisi dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak TASKA untuk menangani
masalah yang dihadapi. Persampelan bertujuan melibatkan lima orang guru awal
kanak-kanak yang ditemu bual menggunakan protokol temu bual. Analisis deskriptif
soal selidik menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pengurusan keselamatan,
kesihatan dan nutrisi bera..... 3081 hits |
| 5146 | 2020 Thesis | Kesan peranti kohesi rujukan dalam kefahaman membaca pelajar berdasarkan kaum Nor Azila Mohamad Darus Kajian ini bertujuan menentukan kesan peranti kohesi rujukan dalam kefahaman
membaca pelajar bagi menangani isu pencapaian murid dalam pemahaman membaca. Reka bentuk
penyelidikan yang dipilih ialah kajian kuasi eksperimental crossover design untuk menjawab satu
objektif kajian dan 18 hipotesis kajian. Enam set instrumen ujian pemahaman telah digunakan untuk
mengukur kesan peranti kohesi rujukan terhadap kefahaman membaca pelajar. Seramai 60 orang murid
tingkatan dua di sebuah sekolah di Perak dipilih menjadi sampel kajian menggunakan teknik
pensampelan bertujuan. Sampel terdiri daripada tiga kaum, iaitu pelajar Melayu (n=20), Cina (n=20)
dan India (n=20). Enam jenis ujian iaitu ujian pra yang berdasarkan teks asal Teks 1: Cerpen Menuai
Emas (asal), Teks 2: Cerpen Banjir di Mata Emak (asal), Teks 3: Cerpen Talia dan Raksaksa Qadqad
(asal) dan ujian pasca yang berdasarkan Teks 4: Cerpen Menuai Emas (ubah peranti kohesi), Teks 5:
Cerpen Banjir di Mata Emak (uba..... 1289 hits |
| 5147 | 2021 Thesis | Pembangunan model kelestarian fesyen GFas-S untuk pengamal fesyen dalam bidang pendidikan fesyen Sharifah Shafie Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan Model Kelestarian
Fesyen GFas-S untuk pengamal fesyen dalam bidang pendidikan fesyen. Berdasarkan
teori Tingkah Laku Terancang, Norm Activation Theory dan Model Peramal Tingkah
laku Bertanggungjawab Terhadap Alam Sekitar, lima konstruk utama kajian dipilih
iaitu, penglibatan fesyen, sikap proalam sekitar, kesedaran terhadap alam sekitar,
tanggungjawab serta norma peribadi terhadap alam sekitar dan penggunaan fesyen
lestari. Dua pemboleh ubah penyederhana terlibat iaitu keagamaan interpersonal dan
keagamaan intrapersonal yang dipilih berdasarkan literatur yang berkaitan. Reka
bentuk kajian ini adalah reka bentuk pembangunan model dan kajian ini menggunakan
SmartPLS untuk mengesahkan model yang akan dibangunkan. Dalam fasa pertama
kajian ini, enam orang pakar telah ditemu bual untuk menentukan konstruk awal model
ini. Fasa kedua pula menggunakan Teknik Fuzzy Delphi (FDM) bagi pengesahan
konstruk dan item model yang m..... 1561 hits |
| 5148 | 2021 Thesis | Pembangunan dan kesahan Modul SK-Plus untuk murid masalah pembelajaran tahap satu di sekolah rendah Normala Miswan Kajian ini bertujuan membangun dan menguji modul bagi melihat pembangunan dan
kesahan Modul SK-Plus. Ia merupakan singkatan daripada Sentuhan Kasih: Program
Latihan Untuk Menulis . Pembangunan modul ini adalah untuk meningkatkan minat
dan pencapaian menulis murid bermasalah pembelajaran tahap satu. Kajian ini
menggunakan kaedah kumulatif dan kuantitatif untuk mengumpul data kesahan modul
dan kebolehgunaan modul SK-Plus. Dalam kajian ini empat set instrument digunakan
iaitu Borang Senarai Semak Pemerhatian, Borang Soal Selidik Pakar, Soalan Ujian
Pra, dan Soalan Ujian Pos. Kajian dijalankan di sebuah sekolah rendah dalam daerah
Kuala Selangor. Seramai lima orang pakar dilantik untuk menilai instrument yang
dibina. Tiga orang guru Pendidikan Khas juga diambil sebagai pembantu untuk
mengisi borang senarai semak untuk menilai perkembangan sampel yang digunakan.
Pengkaji menggunakan empat sampel yang terdiri daripada dua orang murid sindrom
down dan dua orang murid autism yang m..... 2906 hits |
| 5149 | 2021 Article | The effect of hots oriented worksheets with barcode asistant in online learning to the students critical and creative thinking on heat and the kinetic theory of gases learning topic in grade Xi 1st Harau District senior high school Fernando, Trio Junira This study aims to see the effect of hots oriented job sheets with barcode assistance in online learning to the students' critical and creative thinking on heat and the kinetic theory of gases learning topic in grade xi of 1st harau district senior high school. This type of research is a quasi-experiment with a randomized only control group design. This study involved two classes, the first class as the experimental class using hots-oriented job sheets with barcode assistance and the second class as the control class. Data collection techniques in the form of a written test with a graded essay question model. The assessment is based on observable indicators of critical and creative thinking skills. data analysis using qualitative descriptive analysis techniques. The results showed that there was an increase in the ability to think critically and creatively. the experimental class was 57% and the control class was 12%. Based on the research results it can be concluded that: First, after..... 565 hits |
| 5150 | 2021 Article | Overview of Medicinal Properties and Toxicities of Agarwood Species Azam Muzafar Ahmad Mokhtar Agarwood is a type of wood that originated from an Aquilaria tree. It is considered to be a highly valuable resin that formed inside the main stem. The tree belongs in the Thymelaeaceae family and there are numerous types of Aquilaria tree available. The common ones are Aquilaria malaccensis, Aquilaria sinensis, Aquilaria crassna, and Aquilaria subintegra due to its being favoured among planters. In order to avoid any wastage, planters used various parts of the Aquilaria tree such as the leaves, stem, bark and root to produce various types of agarwood products (i.e.oud oil,agarwood tea, and incense). Based on the extensive researches that had been carried out, it was discovered that the agarwood or Aquilaria tree possess various medicinal properties, such as anticancer, anti-inflammatory, analgesics, antidiabetic, antihistaminic, antianxiety, antibacterial, hepatoprotective, laxative, and improved neural activity. Although agarwood contained various medicinal properties, there are stil..... 800 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 515 of 1125 | [ Next ] [ Last ] |