|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 5651 | 2022 Thesis | Kesan modul KeBATiS terhadap pencapaian, kemahiran proses sains bersepadu dan sikap terhadap sains Mohd Nazri Hassan Kajian ini dijalankan untuk membangunkan dan menguji modul pengajaran kemahiran
berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran sains dengan penerapan kaedah sokratik
berlandaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (KeBATiS). Modul
KeBATiS dibangunkan melibatkan dua fasa. Fasa pertama melibatkan pembangunan
modul KeBATiS berpandukan model pembangunan modul Sidek. Fasa kedua kajian
menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-pos kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan yang melibatkan 30 orang murid bagi setiap kumpulan. Proses
persampelan melibatkan persampelan kluster dan persampelan bertujuan. Data
dikumpulkan menggunakan tiga instrumen iaitu Ujian Pencapaian Sains, Ujian
Kemahiran Proses Sains Bersepadu dan Soal Selidik Sikap Terhadap Sains. Data
dianalisis secara deskriptif dan inferensi menerusi MANOVA dan ANOVA bagi
menentukan perbezaan pelajar antara kumpulan kawalan dan rawatan. Kajian ini
berjaya membangunkan Modul KeBATiS yang mempunyai kesahan dan
kebolehperc..... 2322 hits |
| 5652 | 2020 Thesis | Hybrid efficient compression method for electrocardiogram signal transmission based on discrete wavelet transform and principal component analysis Abdulbaqi, Azmi Shawkat In this study, the researcher proposed a new approach for the compression of ECG signals by reducing the ECG data size for storage purposes which could speedily transmit data from the client to the server, preserve important diagnostic information from distortion within compressed signals, and maintain the quality of the reconstructed signal. This research was based on an experimental design involving two phases. In the first phase, DWT, which is a powerful compression tool, was used to compress ECG signals. In the compression process, PCA transferred the properties of compressed signals to MECG to maintain important cardiac features of a diagnostic area. In addition, this tool was used to reduce data dimensions to achieve optimal compression. In the second phase, the encryption of ECG signals during data transmission was performed to safeguard the privacy of patients. The findings showed that the performances of DWT and PCA algorithms were relatively superior that those of existing al..... 2442 hits |
| 5653 | 2020 Thesis | Kesan penggunaan koswer multimedia interaktif dengan ejen pedagogi dalam pembelajaran Nutrisi terhadap kemahiran berfikir aras tinggi Norsaliza Sabu Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penggunaan koswer multimedia interaktif dengan ejen pedagogi iaitu Nutri-Score dalam pembelajaran Nutrisi terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membanding dan membeza serta kemahiran menyelesaikan masalah. Koswer multimedia interaktif ini telah dibangunkan berdasarkan dapatan analisis keperluan kajian terhadap topik-topik Biologi Tingkatan Empat yang dianggap sukar dengan menggunakan Model Alessi dan Trollip. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen kuasi. Kaedah persampelan kelompok empat tahap digunakan untuk menentukan negeri-negeri di zon utara, daerah, sekolah dan pelajar. Seramai 181 orang responden tingkatan empat telah dipilih dari empat buah sekolah menengah kebangsaan iaitu masing-masing dua buah dari Kedah dan Pulau Pinang. Responden kumpulan rawatan (n=90) dan kumpulan kawalan (n=91) diagihkan kepada kumpulan prestasi tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan ta..... 2509 hits |
| 5654 | 2021 Thesis | Pengaruh Al-Arqam terhadap perkembangan sosioekonomi Global Ikhwan Sdn Bhd, 1994-2015 Rahman Arifai Kajian ini memfokuskan kepada pengaruh Al-Arqam terhadap perkembangan
sosioekonomi Global Ikhwan Sdn. Bhd. dari tahun 1994 sehingga 2015. Al-Arqam
menjadi isu polemik apabila menjadi tanda tanya dalam masyarakat sama ada ajaran
Al-Arqam masih lagi diamalkan melalui kegiatan sosioekonomi GISB ataupun sudah
lenyap akibat daripada pengharamannya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk
menganalisis pengaruh Al-Arqam terhadap perkembangan sosioekonomi GISB dan
kesannya kepada ahli GISB serta masyarakat setempat. Bagi tujuan ini, kaedah
penyelidikan kualitatif digunakan dengan membuat analisis terhadap sumber primer
yang menjadi bahan utama dalam mendapatkan maklumat. Selain itu, kajian ini juga
menggunakan kaedah rujukan bahan sekunder di arkib dan perpustakaan serta
menggunakan kaedah sejarah lisan untuk mendapatkan maklumat daripada responden.
Dapatan kajian mendapati bahawa ajaran Al-Arqam masih lagi diamalkan di dalam
kegiatan sosioekonomi GISB. Malah, kajian menunjukkan..... 11696 hits |
| 5655 | 2022 Thesis | Development of a hexagon aesthetic user experience model for augmented reality comics Mohd Ekram Al-Hafis Hashim This study aims to examine the potential of synergising models from two different
theories, known as aesthetic experience (AX) and user experience (UX), which
highlight a sizeable theoretical gap for augmented reality comics (AR comics). Thus,
a new model called aesthetic user experience (AUX) was purposed in this study.
Design Development Research (DDR) model was adapted through research design in
this study. Two evaluation phases namely Fuzzy Delphi Method (FDM) and
Structural Equation Model (SEM) were used to develop and to test the constructs and
elements. Five experts from comics and five experts from AR were selected to obtain
the initial AUX constructs. The analysis was conducted based on FDM conditions:
threshold, d≤ 0.2, expert consensus percentage > 70% and fuzzy score, Amax > 0.5.
The FDM results have established seven constructs namely storytelling, amusement,
harmony, inspiration, incentive, mindfulness and efficiency. Model validation was
performed using SEM..... 1950 hits |
| 5656 | 2021 Thesis | Penggunaan teater boneka dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan domain psikomotor murid berkeperluan khas Lakshmi Permal Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jika teknik teater boneka dalam pembelajaran
murid berkeperluan khas (MBK) dapat meningkatkan domain psikomotor di kalangan
mereka. Teater boneka ialah sebuah teknik alternatif pengajaran di mana para pengajar
menggunakan teknik tersebut dalam usaha untuk menarik minat sesebuah subjek atau
peristiwa kepada murid. Walaubagaimanapun, keberkesanan teater boneka sebagai
kaedah pedagogi belum pernah dibuktikan dalam meningkatkan domain psikomotor,
terutama bagi MBK walaupun aspek perkembangan ini dilihat sebagai amat penting
untuk dipertingkatkan dalam perkembangan mereka. 10 peserta MBK telah dipilih
sebagai responden bagi kajian lapangan yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Tunku
Azizah, Kuantan, Pahang yang mempunyai masalah psikomotor yang telah disahkan
oleh guru mata pelajaran mereka. Oleh kerana itu, objektif kajian ini adalah untuk
mengkaji tahap pencapaian domain psikomotor menerusi penggunaan teater boneka di
kalangan MBK serta ..... 2437 hits |
| 5657 | 2022 Thesis | Perlakuan metakognitif murid sekolah rendah dalam penyelesaian masalah Matematik bukan rutin bagi topik pecahan Mohd Ashraff Musa Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka perlakuan metakognitif murid sekolah rendah
dalam penyelesaian masalah matematik bukan rutin bagi topik pecahan. Tiga objektif
kajian yang difokuskan adalah meneroka perlakuan metakognitif, menentusahkan
strategi metakognitif yang digunakan dan memerihalkan kesukaran-kesukaran yang
dihadapi oleh murid-murid Tahun Lima dalam proses penyelesaian masalah matematik
bukan rutin. Kajian kualitatif ini melibatkan enam orang murid Tahun Lima daripada
tiga buah sekolah rendah dalam Daerah Tampin, Negeri Sembilan yang dipilih secara
persampelan bertujuan. Pengumpulan data kajian merangkumi rakaman video proses
penyelesaian masalah matematik bukan rutin melalui teknik menyuara pemikiran,
senarai semak pemerhatian serta catatan lapangan, skrip jawapan bertulis dan rakaman
audio temu bual. Rakaman video menyuara pemikiran dianalisis bersama-sama senarai
semak pemerhatian serta catatan lapangan berdasarkan Kerangka Kerja Metakognitif
bagi Analisis P..... 1371 hits |
| 5658 | 2021 Thesis | Saling hubungan komponen-komponen persekitaran pembelajaran, motivasi dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid sekolah rendah Nurul Illiana Hidayah Kamarulzaman Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persekitaran pembelajaran, motivasi dan
pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, kajian
ini juga bertujuan untuk mengenalpasti saling hubungan antara komponen-komponen
persekitaran pembelajaran, motivasi dan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah. Kajian ini melibatkan seramai 200 orang murid Tahun
Lima daerah Manjung yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata.
Terdapat tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu What is
Happening in This Class (WIHIC), Intrinsic and Extrinsic Motivational Orientation
dan skor murid dalam tiga jenis penilaian Bahasa Inggeris, iaitu Ujian Bulan Mac,
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan teknik analisis deskriptif dan teknik Model Persamaan
Berstruktur (SEM). Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa min keseluruhan
komponen-komponen perseki..... 1286 hits |
| 5659 | 2021 Thesis | Pengaruh faktor kos, ekonomi dan sosial terhadap kebarangkalian mengulangi lawatan dalam kalangan pelancong domestik ke Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor Farah Zulaikha Mokhtar Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh faktor kos, ekonomi dan sosial terhadap
kebarangkalian lawatan dalam kalangan pelancong domestik ke Pantai Teluk Nipah,
Pulau Pangkor. Oleh itu, kajian ini menggunakan Kaedah Kos Perjalanan Individu
(ITCM) sebagai alat untuk mengira nilai ekonomi kawasan pelancongan pinggir
pantai berdasarkan perbelanjaan individu pelancong. Dengan menggunakan
pensampelan bertujuan, sebanyak 168 soal selidik diedarkan dalam kalangan
pelancong tempatan yang telah bermalam di Pulau Pangkor pada 23 hingga 27
Disember 2017. Penggunaan model kajian diadaptasi daripada kajian Raziah (2003)
yang mana model sebelum ini adalah daripada Jamal & Redzuan (1997). Namun
dalam kajian ini, terdapat beberapa item pembolehubah yang ditambah seperti kos
cenderamata, kos internet, kos telefon dan kos perbelanjaan rekreasi. Ordinary Least
Square (OLS), min dan analisis logistik dikira untuk mendapatkan kos jumlah
perbelanjaan dalam kalangan pelancong tempatan. Nilai R..... 1239 hits |
| 5660 | 2021 Thesis | Hubungan antara personaliti dan strategi daya tindak dengan tekanan dalam kalangan murid tingkatan empat aliran sains di daerah Setiu Siti Noor Atiqah Abdullah Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara personaliti dan strategi daya tindak dengan
tekanan dalam kalangan murid tingkatan empat aliran sains di sekolah menengah harian di
daerah Setiu. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan borang soal selidik untuk
mengumpul data. Seramai 92 orang responden telah dipilih. Data kajian diambil menggunakan
empat bahagian soal selidik iaitu Demografi, Personaliti Big Five, Strategi Daya Tindak dan
Item Perceived Stress Scale (PSS-10). Data kajian dianalisis menggunakan IBM SPSS dan di
analisis secara deskriptif, analisis korelasi dan ujian t. Dapatan kajian menunjukan bahawa
tahap tekanan responden berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati terdapat
perbezaan signifikan dalam kalangan murid lelaki dan perempuan. Manakala, dapatan ujian
analisis korelasi telah mendapati bahawa tidak terdapat hubungan antara personaliti dengan
tekanan dalam kalangan murid bersamaan nilai r = .175 dan aras kebarangkalian pul..... 4879 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 566 of 1191 | [ Next ] [ Last ] |