|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 571 | 2024 Article | Mahasiswa, slanga, pembentangan kumpulan berbahasa Melayu dan pragmatik (teori relevans) Muhammad Zaid Daud Umur mahasiswa universiti teknikal di Malaysia rata-ratanya bermula dari 19 sehingga 24 tahun. Mahasiswa ini terdiri daripada pelajar yang mendaftar di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan mahasiswa universiti teknikal mengenai penggunaan slanga dalam pembentangan kumpulan berbahasa Melayu, menganalisis impak penggunaan slanga dalam pembentangan tersebut serta merumuskan cadangan dan langkah bagi mahasiswa universiti teknikal dalam menggunakan slanga dalam pembentangan tugasan kumpulan berbahasa Melayu. Perbincangan kajian ini turut mengaplikasikan pendekatan pragmatik, iaitu Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986). Dari sudut metodologi, kajian ini berbentuk kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan silang dan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert dari 1 hingga 5 dan pilihan jawapan “ya” atau “tidak”. Populasi dan sampel terdiri daripada mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM..... 207 hits |
| 572 | 2024 Article | Pendidikan Sekolah Inggeris anak-anak orang Melayu di Kelantan 1909 Hingga 1957 Azannudin Ashari Sebelum kedatangan kolonial British di Tanah Melayu, masyarakat Melayu telah mempunyai corak pendidikan tersendiri iaitu pendidikan asas agama dan Al-Quran keutamaan kepada ilmu akhirat dan berpegang kepada tauhid serta mendahulukan keagamaan. Dipercayai pendidikan Islam di Kelantan telah bermula sejak 300-400 tahun yang lalu. Menjelang 1900 sehingga kini, pendidikan Islam di Kelantan dapat dilihat menerusi dua bentuk pengajian iaitu pendidikan pondok dan persekolahan. Kajian ini memfokuskan tentang sejarah Pendidikan Di Sekolah Inggeris anak-anak orang melayu di Kelantan 1909 hingga 1957. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan pendidikan anak-anak orang melayu di sekolah inggeris daerah Kelantan. Selain itu, kajian ini menganalisis penglibatan anak-anak orang melayu di sekolah inggeris sehingga Merdeka pada tahun 1957. Seterusnya menganalisis isu dan masalah pendidikan inggeris ke atas anak orang Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat rujukan d..... 147 hits |
| 573 | 2024 Article | Pendidikan estetika dalam penciptaan karya berdasarkan Model Proses Kreatif teksnaluri dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih Nur Amira Mohd Kajian ini dilaksanakan untuk menghuraikan fungsi pendidikan estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih serta menganalisis aspek naluri yang terdapat dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih berdasarkan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Kajian secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah kajian teks ini menganalisis sebanyak 11 karya yang terkumpul dalam buku Antologi Kuingin Berterima Kasih dengan menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Model ini dibangunkan sebagai sebuah kerangka konsep bagi memperjelaskan pengaruh elemen naluri dalam penciptaan sesebuah karya. Terdapat tujuh naluri yang menjadi teras untuk memahami peranan naluri iaitu Naluri Kerohanian, Naluri Kemanusiaan, Naluri Kemasyarakatan, Naluri Keindividualan, Naluri Keintelektualan, Naluri Kealaman dan Naluri Keindahan. Hasil kajian yang dijalankan terhadap fungsi Pendidikan Estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih mend..... 84 hits |
| 574 | 2024 Article | Elemen sosial budaya menerusi karya lukisan batik oleh Yusoff Abdullah Harozila Ramli Karya seni Catan Batik oleh Yusoff Abdullah menampilkan elemen sosial budaya yang mencerminkan kehidupan masyarakat. Dengan pelbagai corak, teknik, dan warna yang digunakan dalam lukisannya, pelukis berjaya menyentuh keragaman aktiviti budaya masyarakat, termasuklah tradisi hiburan dan seni yang diwarisi secara turun-temurun. Walaupun hasil lukisannya kelihatan sederhana, namun ia berhasil menonjolkan sifat-sifat unik usia dan personaliti setiap individu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan historikal dimana penyelidik menjalankan kerja lapangan dalam keadaan sebenar, mengumpul data melalui temubual, katalog pameran, karya seni batik yang dianalisis, nota lapangan, dan rekod rasmi lain. Proses penyelidikan diberi tumpuan melalui pengumpulan data yang berterusan. Analisis data dilakukan secara induktif, dengan matlamat mencari maklumat tanpa menguji hipotesis sebelum memulakan kajian. Keistimewaan karya ini terletak pada gabungan teknik batik menggunakan canting d..... 231 hits |
| 575 | 2024 Article | Blok Batik identiti dan kreativiti Adiguru Ghani Harozila Ramli Blok Batik merupakan satu artifak seni yang digunakan untuk mengecop pada permukaan fabrik khususnya dalam dunia membatik. Keunikan seni blok batik dapat dilihat dari segi penggunaan material, iaitu bermula dari ubi kentang kepada kayu sehingga ditransformasikan kepada tembaga. Keunikan kesenian blok batik ini dapat dilihat menerusi satu kajian melalui blok batik Adiguru Ghani. Kepakaran Adiguru Ghani ini memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk memperlihat kepakaran lokal dalam mempengaruhi kreativiti dan identiti masyarakat Melayu dalam seni blok batik di Malaysia. Melalui perkembangan transformasi blok batik, reka corak, reka bentuk, bahan, saiz dan fungsi yang berlaku dapat diterjemahkan melalui karya blok batik Adiguru Ghani. Penyelidikan secara kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Pengkaji telah memilih daerah Pasir Mas, Kelantan sebagai pusat kajian. Tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu pemerhatian artifak, temu bua..... 253 hits |
| 576 | 2024 Article | Model praktis studio seramik dalam pembentukan kreativiti artistik berasaskan tanah liat alternatif Muhammad Safwan Mohd Shariff Kajian ini bertujuan untuk membuktikan tahap kejayaan model praktis studio seramik dalam pembentukan kreativiti artistik berasaskan tanah liat alternatif. Kejayaan ini menfokuskan kepada pengaplikasian penggunaan tanah liat alternatif terhadap penghasilan karya seni kreatif seramik dengan mengaplikasikan teknik kemahiran tangan. Pengaplikasian ini dilihat daripada soal selidik, pemerhatian dan analisis yang dilakukan sepanjang tempoh kajian dijalankan bagi mewujudkan aura dan minat untuk berkarya. Hasil kajian ini berlandaskan eksperimentasi bersandarkan model praktis studio seramik dalam pembentukan kreativiti artistik terhadap penghasilan karya seni kreatif melalui bimbingan dan dorongan. Terdapat 5 aspek utama iaitu eksplorasi, praktis,aplikasi,teknik dan produk yang perlu dilalui. Hasil dapatan kajian menunjukan kejayaan penghasilan karya seni kreatif berbentuk karya seramik dari segi reka corak dan penggunaan glazing yang menimbulkan nilai estetika terhadap kesan yang diaplikasika..... 183 hits |
| 577 | 2024 Article | Keunggulan kepengarangan drama Renjong berasaskan prinsip kehadiran Teori Teksdealisme Mohd Fazil Musa Kajian membincangkan tentang Teori Teksdealisme yang telah diilhamkan oleh pengkritik teks sastera tanah air iaitu Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Napiah atau Mana Sikana. Teori Teksdealisme merupakan teori asas dalam pengkajian teks sastera seperti teks drama, novel dan cerpen. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan elemen kehadiran dalam prinsip Teori Teksdealisme sebagai pendedahan awal bagi sesuatu kajian teks yang hendak dilakukan. Kefahaman Teori Teksdealisme boleh membantu penyelidikan dalam teks sastera yang ingin dikaji. Kepentingan kajian ini ialah Teori Teksdealisme dapat memberi panduan asas tentang instrumen yang sesuai dan boleh digunakan dalam proses kajian teks sastera. Teori Teksdealisme mengandungi prinsip-prinsip yang diketengahkan bagi pengukuran sesuatu teks sastera. Antara prinsip yang dibincangkan dalam kajian ini adalah prinsip kehadiran dan memberi fokus kepada aspek patriotisme yang terdapat dalam teks Kumpulan Drama Renjong. Penggunaan elemen kehadiran dar..... 186 hits |
| 578 | 2024 Article | Exploring cement-based composites innovative applications in visual arts education Sailaja Ramachandran This article explores the application of cement-based composites as an innovative crafting medium in pottery, 3D wall hangings, sculptures, and relief murals. This problem-solving visual arts pedagogy serves to provide insights to teachers and students on viewing cement-based composites as an alternative to clay and concrete. This new knowledge aims to inform innovative approaches to the role of the visual arts education. Cement-based composites involving the use of recycled paper, sawdust and Styrofoam, offer a platform for artistic expression and sustainability in the crafting realm. The article discusses the material composition, properties, crafting techniques, and artistic possibilities inherent in cement-based composites across each application. In the light of encouraging sustainable and eco-friendly projects, papercrete has been found to be a versatile and transformative crafting medium for various projects. This study has also uncovered an implicit interconnectivity between in..... 173 hits |
| 579 | 2024 Article | Kreativiti dalam penghasilan motif songket rajang etnik Melanau oleh Saanah Suhaili Siti Norhaliza Safri Kajian ini memfokuskan kepada kelestarian seni Songket Rajang etnik Melanau di Sarawak menerusi pengahsilan seni tenunan dari segi motif, penggunaan bahan, mereka corak dan proses penghasilannya. Tujuan utama kajian ini ialah untuk meningkatkan taraf seni Songket Rajang etnik Melanau kepada peringkat yang lebih tinggi dan memberikan pendedahan kepada etnik Melanau serta masyarakat Sarawak. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana kepakaran lokal etnik ini memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kreativiti seni Songket Rajang di Sarawak. Keunikan seni Songket Rajang ini sebenarnya terletak pada cara penghasilannya dan reka corak eksklusif yang tidak akan sama dengan songket yang sedia ada. Motif-motif tradisional etnik ini dapat digambarkan pada permukaan kain Songket Rajang berfungsi mencerminkan konteks kebudayaan etnik Melanau dan memberikan kepercayaan yang diadaptasikan pada Songket Rajang. Kaedah kualitatif menerusi pendekatan etnografi telah membuktikan bahawa motif-moi..... 160 hits |
| 580 | 2024 Thesis | Geografi ketakutan dan hubungannya dengan jenayah di pusat pelancongan bandar Kuala Lumpur Muhammad Yasin Harahap Arsalan Kajian ini bertujuan meneliti Geografi ketakutan pelancong semasa melakukan lawatan di lokasi pelancongan bandar Kuala Lumpur iaitu Pasaraya SOGO, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Pasar Seni (Central Market) Kuala Lumpur. Kajian ini meneliti ruang yang difahami oleh pelancong sebagai menakutkan dan tidak selamat di kawasan pelancongan bandar Kuala Lumpur. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan dua kaedah kajian iaitu temu bual berstruktur dan photovoice. Temu bual berstruktur dijalankan bersama dua puluh (20) orang pelancong yang terdiri daripada 11 orang pelancong domestik dan 9 orang pelancong antarabangsa. Tujuh (7) orang peserta kajian bersetuju untuk melibatkan diri dalam photovoice dengan mengambil gambar perasaan takut mereka dalam ruang yang dilawati dengan menggunakan kamera pakai buang yang dibekalkan oleh pengkaji. Penganalisisan data kualitatif dilaksanakan dengan menggunakan perisian ATLAS.ti bagi membentuk tema dalam membincangkan dapatan..... 326 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 58 of 1118 | [ Next ] [ Last ] |