|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 7471 | 2019 Article | Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti Muzik Mohamad Albaree Abdul Kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah untuk mengurus dan mengawal emosi dengan baik. Isu ini kurang mendapat perhatian dalam kalangan orang dewasa yang menyebabkan kanak-kanak sering menunjukkan tingkah laku tidak terkawal, tekanan, dan kemurungan. Melalui pengajaran berasaskan aktiviti muzik, emosi kanak-kanak dapat dibentuk dengan baik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik di sebuah tadika di Puncak Alam, Selangor. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan secara kualitatif yang berbentuk kajian kes. Sampel kajian melibatkan enam orang kanak-kanak yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak lelaki dan tiga orang kanakkanak perempuan yang berumur lima tahun, dan seorang guru tadika. Instrumen kajian ialah borang senarai semak untuk mengenal pasti perkembangan emosi kanak-kanak sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan aktiviti pengajaran muzik, dan soalan temu bual untuk menda..... 816 hits |
| 7472 | 2019 Article | Pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika Suppiah Nachiappan Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di tadika. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah Hermeneutik dalam menganalisis dua belas sampel Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebagai teks, dan diinterpretasikan ke dalam bentuk metateks bagi memperoleh dapatan kajian. Sampel kajian dikumpul dari sebuah tadika swasta yang terletak di Ipoh, Perak. Kaedah Hermeneutik dapat mentafsir pengajaran guru sama ada mempunyai perkaitan dengan pelaksanaan KBAT, atau sebaliknya. Dapatan kajian menunjukkan guru sememangnya melaksanakan KBAT dalam PdP mereka di tadika. Antara elemen KBAT yang dilaksanakan oleh guru dalam PdP mereka ialah kemahiran mencerakinkan maklumat, menyiasat, mengaplikasi, menggambarkan, dan mengelaskan. Oleh itu, semoga pelaksanaan KBAT yang diamalkan guru dalam PdP mereka di tadika dapat membantu kanak-kanak untuk menguasai KBAT dengan baik.
.. 934 hits |
| 7473 | 2018 Thesis | Analisis terhadap skim agihan zakat asnaf Al-Gharimin berdasarkan Maqasid Syariah di institusi zakat di Malaysia Halim Ismail Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan konsep asnaf al-Gh?rim?n dan maq??id
syar??ah dalam pengagihan zakat mengikut pandangan fuqaha. Kajian ini juga bertujuan
untuk menganalisis pelaksanaan skim agihan zakat terhadap asnaf al-Gh?rim?n oleh
institusi-institusi zakat di Malaysia dan menilai skim ini berasaskan kepada maq??id
syar??ah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu analisis kandungan. Data
diperolehi melalui temu bual, buku, brosur dan laporan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa wujud perbezaan pelaksanaan agihan zakat terhadap asnaf al-Gh?rim?n oleh
institusi-institusi zakat di Malaysia daripada aspek perundangan, pentadbiran, definisi al-
Gh?rim?n, skim, syarat-syarat serta kadar agihan. Kajian juga mendapati bahawa maq??id
syar??ah kurang diberi penekanan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia di dalam
melaksanakan skim agihan zakat terhadap asnaf al-Gh?rim?n. Kesimpulannya,
pelaksanaan agihan zakat bagi asnaf al-Gh?rim?n oleh institusi-institu..... 1541 hits |
| 7474 | 2019 Article | Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah Abdul Halim Masnan Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian campuran kuantitatif dan kualitatif. Intrumen yang digunakan ialah soal selidik, temu bual berstruktur dan analisis dokumen. Seramai 50 orang guru prasekolah merangkumi 25 orang guru prasekolah dari tadika swasta dan 25 orang guru prasekolah dari tadika kerajaan menjawab soal selidik, dan dua orang guru prasekolah terlibat dalam sesi temu bual. Responden kajian diperoleh menggunakan persampelan rawak bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan 56% guru prasekolah memberi penekanan kepada sesuatu kaedah pengajaran, dan 44% guru prasekolah mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran. Selain itu, guru prasekolah memilih kaedah pengajaran yang sesuai bagi memenuhi keperluan pembelajaran kanak-ka..... 753 hits |
| 7475 | 2019 Article | The level of relationship between athletes and coaches among sport school students in Malaysia Mon Redee Sut Txi Coaches and athletes of different sport background can have a marked influence on their relationship. The objective of this study was to compare the relationship level between the athlete and coach, among sport school students. In addition, this study aimed to compare the level of athlete to coach relationship and vice versa. The Coach-Athlete Relationship Questionnaire (CART-Q) is used in the data collection process. In this study, the measurement is made from the contract of interpersonal relationships (closeness, commitment and complementarity). The findings are presented in the form of descriptive statistics. The comparison and relationship among variables was determined using t-tests and Pearson correlation tests. The study found that there was a significant correlation between coaches in the team sports category with the closeness of t = 2.098, sig = 0041* (p .. 1158 hits |
| 7476 | 2019 Article | Perkaitan orientasi matlamat dan keseronokan dalam kalangan atlet hoki UPSI Norsaleha Mohd Ariffin Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara orientasi matlamat dan keseronokan dalam kalangan atlet hoki UPSI. Kajian tinjauan ini dijalankan dalam kalangan 30 orang altet yang mewakili UPSI dalam kejohanan hoki peringkat Universiti (lelaki, n=17; perempuan, n=13). Instrumen soal selidik Task and Ego Orientation Sport Questionnaire (TEOSQ) dan Physical Activity Enjoyment Scale (PACES) digunakan untuk mengukur orientasi matlamat dan tahap keseronokan. Analisis deskriptif min dan sisihan piawai; analisis inferens Ujian-t sampel tidak bersandar serta korelasi digunakan untuk mengenalpasti orientasi matlamat dan tahap keseronokan atlet serta perkaitan antara kedua-duanya. Dapatan kajian menunjukkan atlet hoki UPSI lebih berorientasikan tugasan berbanding ego dan mempunyai tahap keseronokan yang sederhana. Hasil keputusan inferens korelasi turut menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan (p = 0.001, p.. 831 hits |
| 7477 | 2018 Thesis | Pemikiran politik dalam karya Burhanuddin Al Helmi Zabidin Ismail Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran politik dalam karya-karya
Burhanuddin Al Helmi. Secara khususnya, kajian ini menggunakan Teori Perjanjian
Kemasyarakatan oleh Thomas Hobbes, John Locke dan J.J Rousseau serta gabungan
metodologi analisis isi kandungan dan penyelidikan kepustakaan terhadap sampel
kajian iaitu enam buah buku karya Burhanuddin Al Helmi iaitu Perjuangan Kita
(Jawi), Falsafah Kebangsaan Melayu (Jawi), Agama dan Politik (Jawi), Pidato
Sambutan Kongres Parti Rakyat, Ideologi Politik Islam dan Islam dan Sosialisme.
Kerangka analisis kajian telah direka bagi mencerakin dan menganalisis data.
Hasilnya, kajian ini telah menemukan pemikiran politik yang terbahagi kepada tiga
aspek utama iaitu nasionalisme Melayu, antikolonialisme dan pembentukan negarabangsa.
Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa ketiga-tiga aspek pemikiran
politik tersebut merupakan teras perjuangan politik Burhhanuddin Al Helmi dalam
membebaskan tanah air daripada belenggu penj..... 4423 hits |
| 7478 | 2020 Article | Changes in Siwang Ritual of the Bah Lut group at Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak Azam Abdelhakeem Khalid Purpose - This study aims at understanding and explaining the issues related to the independence of internal audit Police Officers at the Ministry of Interior in Sudan.
Design/methodology/approach - A qualitative research approach and study case design had been used by this study. Data were gathered through semi-structured interviews, document materials reviews, and observations.
Findings - The study found that the application of the independence principle is limited. This is due to the constraint of the command system followed by the Police Force. In spite of that, substantial improvement has been achieved by the internal auditors at the Ministry of Interior in Sudan. The internal audit department is supported by a number of decrees that enhanced its organizational rank and the independence of individual internal audit Police Officers.
Practical implications – In view of challenges of internal audit independence police officers, the current case study research contributes to enha..... 1710 hits |
| 7479 | 2020 Article | Challenges of independence of internal audit police officers: evidence from Sudan Azam Abdelhakeem Khalid Purpose - This study aims at understanding and explaining the issues related to the independence of internal audit Police Officers at the Ministry of Interior in Sudan.
Design/methodology/approach - A qualitative research approach and study case design had been used by this study. Data were gathered through semi-structured interviews, document materials reviews, and observations.
Findings - The study found that the application of the independence principle is limited. This is due to the constraint of the command system followed by the Police Force. In spite of that, substantial improvement has been achieved by the internal auditors at the Ministry of Interior in Sudan. The internal audit department is supported by a number of decrees that enhanced its organizational rank and the independence of individual internal audit Police Officers.
Practical implications – In view of challenges of internal audit independence police officers, the current case study research contributes to enha..... 1740 hits |
| 7480 | 2020 Article | Challenges in implementation of Islamic education for students with special needs Ishak H. Students with special needs were having difficulty in learning because they faced many obstacles. It is crucial for these special-needs students were exposed to Islamic Education to enable them to understand Islamic religion to fulfil the religion obligation the same as other normal children. This research discusses the definition and category of special-needs students based on the Government Gazette in Malaysia. This study also highlighted the challenges faced in implementing Islamic Education for special-needs students such as the Quranic teaching, lack of experts among the Muslim scholars, and opportunities for the students with special needs in furthering their education in the field of Islamic Studies. Therefore, to overcome the challenges, Quranic teaching’s methods and modules for the special-needs students had to be developed, preparing the efficient and well-trained teachers, inclusive education and offer opportunities for the students with special needs to further their edu..... 531 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 748 of 1164 | [ Next ] [ Last ] |