UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
7412024
Final Year Project
Keberkesanan penggunaan e-Modul Mastereaction bagi standard kandungan Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas terhadap murid tingkatan 4
Nur Fatihah Zainudin
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan e-Modul Mastereaction bagi standard kandungan Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas terhadap murid tingkatan empat. Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Sampel bagi kajian ini melibatkan murid tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama (SMKDU) Petaling Jaya, Selangor yang mengambil mata pelajaran Kimia dan menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok. Jumlah keseluruhan sampel terdiri daripada 30 orang murid dan dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan meggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional, manakala kumpulan rawatan adalah kumpulan murid yang akan menggunakan e-Modul Mastereaction dalam pembelajaran. Data kajian yang telah diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27 bagi mengira frekuensi perbandingan hipotesis. Perbezaan min pe.....

325 hits

7422024
Final Year Project
Tinjauan tahap kesediaan guru kembali mengajar bagi sesi persekolahan bermula Januari 2026
Nurul Izzati Mohd Riza
Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan perubahan pada permulaan takwim persekolahan daripada Januari kepada Mac mulai tahun 2021. Pada tahun 2026, Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan takwim akan dikembalikan kepada Januari. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru kembali mengajar bagi sesi persekolahan bermula Januari dari aspek pengetahuan dan kebimbangan. Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan. Sampel adalah dalam kalangan guru sebuah sekolah swasta di Kelantan. Jumlah sampel kajian sebenar ialah seramai 100 responden. Kesahan soal selidik telah dinilai oleh dua orang pakar dengan mendapat nilai purata 90% persetujuan. Nilai purata Alfa Cronbach kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.9. Analisis statistik deskriptif dengan min dan sisihan piawai telah dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 27. Kajian ini mendapati tahap kesediaan guru dari segi pengetahuan berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.58 (S.P=0.346) .....

168 hits

7432024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Hidden Horcruxes pentaksiran bagi topik Arus, Rintangan dan Electromagnetic Force (E.M.F) dalam kursus keelektromagnetan
Eunice Francis Ijau Hillary
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji tahap kebolehgunaan permainan Hidden Horcruxes sebagai pentaksiran bagi topik Arus, Rintangan dan Electromotive Force (E.M.F.) dalam kursus Keelektromagnetan. Reka bentuk pembangunan yang digunakan dalam kajian ini adalah model ADDIE dan pendekatan adalah secara kuantitatif. Seramai 70 orang pelajar ISMP Fizik semester 6 dan 7 telah dijadikan sebagai sampel kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Borang kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan merupakan instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Excel bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai (s.p). Peratusan kesahan daripada 3 orang pakar menunjukkan bahawa permainan Hidden Horcruxes mempunyai tahap kesahan yang baik iaitu 100%. Purata nilai Alpha Cronbach yang diperoleh daripada kajian rintis adalah 0.800. Purata nilai min kebolehgunaan kajian ini adalah 3.67 (s.p = 0.49). Empat konstruk soal selidik .....

207 hits

7442024
Final Year Project
Pembangunan dan keberkesanan modul nyanyian "Master Bond" dalam standard kandungan ikatan ion dan ikatan kovalen bagi pelajar tingkatan empat
Nur Natasya Rosesham
Keberhasilan bagi satu negara dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 ditentukan oleh kualiti pengajaran dari kalangan pendidik. Oleh demikian, elemen didik hibur seperti nyanyian yang diserap dalam sesi PdPc merupakan kaedah pengajaran terkini yang selari pembelajaran abad ke-21. Tambahan pula, pembelajaran berkaitan topik ikatan kimia sering dianggap sukar dan abstrak oleh pelajar kerana memerlukan pelajar untuk membayangkan proses pembentukan ikatan tersebut. Hal ini menyebabkan pelajar cenderung untuk melakukan salah konsep mengenai ikatan kimia terutamanya ikatan ion dan ikatan kovalen. Objektif kajian ini adalah membangunkan Modul Nyanyian “Master Bond” dalam standard kandungan ikatan ion dan ikatan kovalen yang mempunyai kesahan yang baik dan menilai keberkesanan Modul Nyanyian “Master Bond” terhadap pencapaian pelajar. Reka bentuk kajian adalah kajian reka bentuk pembangunan. Populasi capaian kajian ialah pelajar di salah satu sekolah di Pulau Pinang .....

214 hits

7452024
Final Year Project
Pembangunan dan kebolehgunaan kit WaRious Box bagi pentaksiran subtopik pembelauan gelombang tingkatan 4
Fatini Mohanna
Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan kit WaRious Box bagi subtopik pembelauan gelombang dan mengenal pasti tahap kebolehgunaan kit ini dalam kalangan pelajar Fizik tingkatan empat. Reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk kajian pembangunan dengan menggunakan model ADDIE melalui pendekatan kuantitatif. Pakar kesahan instrumen dan kit adalah terdiri daripada seorang pensyarah Fizik dan dua orang guru Fizik. Bagi bilangan responden kajian rintis dan lapangan pula melibatkan 15 dan 33 orang pelajar sekolah di daerah Seremban, Negeri Sembilan yang dipilh secara rawak mudah. Reka bentuk kajian ini adalah pembangunan diilhamkan daripada model ADDIE dengan pendekatan kuantitatif. Secara ringkas skor purata kesahan muka kit sebanyak 97.22% dan kesahan kandungan kit pula 92.59%. Manakala, tahap kebolehgunaan kit WaRious Box ini dengan skor min dan sisihan piawai sebanyak 3.865(SP=0.366), 3.719 (SP=0.499), 3.795 (SP=0.404) dan 3.916 (SP=0.303) bagi konstruk kebergunaan, muda.....

200 hits

7462023
Article
Weaving Culture and Science A reflection on teaching science through story-telling
Loh, Su Ling
Implementing culturally responsive education is possible by incorporating story-telling into science teaching and learning. It can be viewed as one way to present new scientific concepts or information that may be complex or difficult to comprehend. This study uses a local Malay folklore story, 'Hang Tuah dan Keris Tamingsari', alongside a hands-on activity during an after-school holiday program for primary students in a local library. A total of 25 participants were involved and their written reflection was collected. The collected data and images were coded and analysed along with the participatory observation. The results indicate that while participants expressed fascination with the story and the handicraft activity, they struggled to recall the science concept. Many mentioned learning about Hang Tuah and its noble values, emphasizing their engagement with the story and the craft rather than the intended science learning. This suggests the need to improve the alignment between the.....

162 hits

7472023
Article
Tinjauan Strategi menangani Diskalkulia melalui Sorotan Literatur Sistematik
Afiq Fikrie Mohmad
Diskalkulia merupakan salah satu masalah pembelajaran dalam Matematik. Murid diskalkulia ini menghadapi isu berkaitan dengan nombor dan simbol. Oleh itu, kajian sorotan sistematik literatur ini bertujuan untuk menganalisis kajian lepas yang mengkaji strategi yang digunakan dalam menangani masalah pembelajaran diskalkulia. Dua pangkalan data iaitu SCOPUS dan Web of Science (WoS) digunakan untuk mencari artikel dari tahun 2019 hingga tahun 2022. Sebanyak 374 artikel yang menggunakan kata kunci strategi dan diskalkulia telah dijumpai namun hanya 15 sahaja artikel dikenal pasti yang memenuhi syarat dan diterima dalam kajian ini. Bagi memastikan kajian ini dijalankan dengan sistematik, kajian ini menggunakan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Kajian ini mengandungi dua persoalan kajian iaitu apakah ciri-ciri kajian empirikal serta strategi yang bersesuaian untuk digunakan dalam menangani masalah pembelajaran diskalkulia. Terdapat 12 negara yang tela.....

163 hits

7482023
Article
Pembinaan kit dolphin jump number line bagi topik pendaraban integer tingkatan satu
Mohamad Alif Akram Jamaludin
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan serta mendapatkan kesahan dan kebolehgunaan Kit Dolphin Jump Number Line, sebuah bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi topik Pendaraban Integer Tingkatan Satu. Reka bentuk kajian ini adalah berasaskan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan di mana hanya dua fasa pertama yang terlibat, iaitu Analisis serta Reka Bentuk dan Pembangunan. Model ADDIE telah digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan. Kesahan kit ini dinilai oleh lima orang pakar yang terdiri daripada empat orang pensyarah Matematik di sebuah universiti awam dan seorang guru Matematik di sebuah sekolah menengah. Manakala, seramai 35 orang guru pelatih Matematik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih melalui pensampelan rawak mudah bagi menentukan kebolehgunaan kit yang dibina ini dengan menggunakan soal selidik kebolehgunaan. Data hasil maklum balas pakar dianalisis dengan menggunakan analisis d.....

126 hits

7492023
Article
Need analysis of technology-based Pedagogical Module in 2D Geometry a case study in Malaysia
Noor Atiqah Hashim
Current studies and achievements show students’ low achievement in geometry and some improvements need to be made to overcome this problem. The purpose of this study is to identify the need for the development of a technology-based pedagogical module for students' Geometric Thinking Level (GTL) from the teacher's perception. This study is a case study using a survey method. The questionnaires were distributed to 60 Mathematics teachers from a district in Selangor. The finding of the study shows that 96.7% of teachers agree on the development of technology-based pedagogical module for the topic of 2D geometry. In addition, results show that there is a significant difference in performance expectancy and effort expectancy between teachers with less than 20 years and more than 20 years of teaching experience. The average mean for these two expectancies is also high. Thus, this teaching module should be developed as a teaching aid to enhance teaching and learning in Geometry. Keywords: .....

133 hits

7502024
Final Year Project
Hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf Gerakan Linear di daerah Larut
Siti Amirah Hanisah Mohd Asri
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat di daerah Larut, mengkaji tahap penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf Gerakan Linear dan mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran dengan tahap penguasaan pelajar tingkatan empat bagi konsep Graf Gerakan Linear di daerah Larut. Reka bentuk kajian ialah kajian korelasi yang melibatkan seramai 84 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih menggunakan pensampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 16.0 untuk menentukan frekuensi, peratus dan pekali korelasi. Hasil dapatan ialah gaya pembelajaran utama pelajar tingkatan empat ialah gaya pembelajaran berkumpulan dengan peratus 91.7%. 88.1% memilih gaya pembelajaran visual, 70.2% memilih gaya pembelajaran individu, 65.5% memilih gaya pembelajaran muzikal dan gaya pembelajaran matematikal mencatat peratus yang tere.....

210 hits

[ First ] [ Prev ] Page 75 of 985 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.