UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
7712012
Thesis
Penyelesaian semi analisis persamaan pembezaan separa eliptik menggunakan kaedah garis lima titik
Saidatun Nisa Kamaruddin
Kajian ini memfokuskan kepada kaedah garis iaitu suatu kaedah yang bertujuan untuk mendiskretkan persamaan pembezaan separa (PPS) supaya PPS tersebut dapat diturunkan kepada satu sistem pembezaan biasa (PPB). Dalam kajian ini, persamaan pembezaan separa eliptik iaitu persamaan Laplace telah didiskretkan untuk menghasilkan satu sistem PPB. Pendiskretan dilakukan dengan menggunakan penghampiran beza terhingga lima titik yang diterbitkan oleh siri Taylor. Sistem PPB kemudiannya diselesaikan dengan menggunakan kaedah matriks eksponen. Persamaan Laplace adalah satu jenis daripada PPS eliptik yang menunjukkan taburan haba dalam keadaan mantap.Dua contoh persamaan Laplace diselesaikan menggunakan kaedah garis dan matriks eksponen. Hasil penyelesaian masalah ini merupakan satu penyelesaian semi-analisis. Plot bagi taburan suhu menunjukkan ianya bersifat simetri...

73 hits

7722010
Thesis
Pembangunan dan pengajian eksperimen gerakan linear menggunakan penderia putaran dan sumber terbuka Python ke atas pelajar peringkat Universiti
Sazliman Ismail
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan satu eksperimen gerakan linear berasaskan komputer. Pengawal mikro Phoenix telah digunakan dalam kajian ini bersama dengan penderia putaran dan landasan. Proses pengawalan dan merakamkan data diuruskan oleh satu program sumber terbuka yang dikenali sebagai Python. Data yang dipungut diproses untuk menghasilkan graf jarak-masa dan halaju-masa pada paparan skrin komputer. Sistem yang dibangunkan diuji di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melibatkan 30 orang pelajar yang mengikuti kursus Instrumentasi pada peringkat sarjana muda. Data dipungut melalui borang soal selidik mengandungi item-item skala Likert yang direka bentuk bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap objektif, isi kandungan, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaksi sistem yang dibangunkan. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0. Dapatan kajian menunjukkan responden memberi persepsi positif terhadap kesesuaian objektif (min = 4.39), i.....

68 hits

7732012
Thesis
Kefahaman dan kesilapan pelajar dalam konsep nombor negatif
Thesok Kumar Nagaratennam
Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan kefahaman konsep nombor negatif serta mengenal pasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar Tingkatan 2 semasa melakukan operasi dengan nombor negatif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kajian kes sebagai kaedah untuk mengumpul data. Kaedah pensampelan kes tipikal digunakan untuk menentukan sampel bagi kajian ini. Penyelidik dengan bantuan guru Matematik telah memilih 40 pelajar yang mempunyai keputusan gred B dan C dalam peperiksaan akhir tahun 2010 semasa di Tingkatan 1 untuk menjalankan Ujian 1. Nilai pekali α kebolehpercayaan yang diperoleh bagi 20 soalan yang terkandung dalam Ujian 1 dan 10 soalan yang terkandung dalam Ujian 2 ialah 0.702 dan 0.815. Penyelidik telah menyenaraikan 15 pelajar yang memperoleh skor tahap sederhana iaitu 10 hingga 15 betul dalam Ujian 1 yang diedarkan. Hanya 5 daripada 15 pelajar sahaja telah memberi persetujuan untuk ditemu bual. Dapatan kajian daripada 5 pelajar yang ditemu bual, did.....

60 hits

7742012
Thesis
Cobalt (II) selective membrane electrode based on palladium (II) dichlord acetylthiophene fenchone azune
Suzaliza Mustafar
This study describes the fabrication and characterisation of a membrane based on palladium(II) dichloro acetylthiophene fenchone azine (I) as a cobalt(II) ion-selective electrode. The ion-selective electrode is simple, inexpensive, has good selectivity, shows a rapid response, and is long-lasting.The membrane fabrication process involved various membrane compositions, and the best membrane composition obtained was 10:60:5:21.12 (I)/PVC/NaTPB/DOP (w/w). The electrode exhibits a Nernstian response in the range of 1.0 × 10⁻¹ to 1.0 × 10⁻⁶ M with a detection limit of 8.0 × 10⁻⁷ M and a slope of 29.6 ± 0.2 mV per decade. The response time is within the range of 20–25 seconds, and it can be used for a period of up to 4 months.The electrode showed good selectivity towards cobalt(II) ions in the presence of various interfering cations and can be used in the pH range of 3–7. The proposed electrode can also be used for the determination of cobalt(II) ions in real samples. The .....

57 hits

7752011
Thesis
Visualisasi mental dalam kalangan pelajar Biologi terhadap konsep abstrak Osmosis
Roszelina Abd Rahman
Kajian ini bertujuan meneroka visualisasi mental pelajar Biologi apabila mereka diberi konsep abstrak osmosis. Objektif kajian ini adalah menghurai dan mengenal pasti perbezaan bentuk visualisasi mental serta proses penjanaan visualisasi mental pelajar terhadap konsep abstrak osmosis. Seramai sepuluh orang pelajar Biologi tingkatan empat telah dipilih dengan menggunakan persampelan stratifikasi bertujuan. Mereka dikategorikan kepada kumpulan yang berpencapaian tinggi dan rendah berdasarkan kepada pencapaian mata pelajaran Sains dan Biologi dalam ujian prestasi yang lalu. Instrumen untuk mengumpul data kajian ini adalah satu tugasan tentang konsep osmosis, protokol temu bual semi berstruktur dan jejak audit penyelidik. Data dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan peratusan dan secara kualitatif dengan membina kategori informasi. Pengkategorian ini diperoleh dengan menggunakan kaedah perbandingan konstan. Data ini seterusnya diinterpretasi dan dipersembahkan dalam bentuk deskrip.....

41 hits

7762013
Thesis
The use of Geogebra software integrated in teaching circle III topic on form four students
Ting, Siew Hiong
The purpose of this study was to investigate the effect of integrating the usage of GeoGebra software into the teaching of the Circle III topic involving Form Four students. This study employed the quasi-experimental nonequivalent control group design, in which the experimental group (consisting of 29 students) was taught using the GeoGebra Strategy Teaching (GST) while the control group (consisting of 17 students) was taught using the Conventional Strategy Teaching (CST). Instrumentation that was employed included pretest, posttest, and questionnaire on attitude. One-way ANCOVA showed that there was no significant difference between the mean scores of students with GST compared to the CST students, [F (1, 43) = 3.354, p > .05]. One-sample t-test showed that the experimental group had positive attitudes on the integration of GeoGebra into learning Circle III, [t (28) = 13.32, p < .05]. The Pearson product-moment correlation showed that there was a weak but insignificant relationship be.....

62 hits

7772011
Thesis
An alternative method for collecting and gathering data using Smartboard application in the field of interaction design and children (IDC)
Laili Farhana Md Ibharim
This study aimed to investigate the usability of interactive whiteboard technology (Smartboard) as a tool to collect and gather data and next, to build an alternative method in doing research particularly in children and design field. The usability study will focus on three main aspects which are children, interaction and the features of Smartboard itself. The approach used is fun and enjoyable which will increase the involvement of children as active participants in research to contribute more accurate and meaningful data. An application using SMART Notebook software, entitled 'Introduction of Icon' has been developed based on DDD-E instructional design model. Target users for this research were primary school children aged 7 to 12 years old in Tanjung Malim area. Nine children were individually tested in a lab on this application. Effectiveness, efficiency and satisfaction are the main aspects emphasized to measure the usability of application and this technology. Four type.....

51 hits

7782012
Thesis
Phytochemical study on Ochrosia Oppositifolia and Kopsia Singapurencis (Apocynaceae)
Tan, Siow Ping
The phytochemical study on two Malayan plants viz., Ochrosia oppositifolia and Kopsia singapurensis Ridl. (Apocynaceae) was investigated for their chemical constituents, which involved extraction and separation using various chromatographic methods and structural elucidation by spectroscopic techniques such as ultraviolet (UV), infrared (IR), nuclear magnetic resonance (NMR) including 1D-NMR (¹H, ¹³C, and DEPT), 2D-NMR (¹H-¹H COSY, HSQC, and HMBC) and MS (GC-MS). The structures of the compounds were also elucidated by comparison with previous works. Isolation of chemical constituents from the leaves of O. oppositifolia yielded two new indole alkaloids with corynanthean (C-type) skeletons, namely N(4)-hydroxymethylisoreserpiline 189 and N(4)-acetylisoreserpiline 190. Six known triterpenes were successfully isolated from the bark of K. singapurensis, which were identified as β-amyrin 191, β-amyrin acetate 192, β-amyrenone 193, lupeol 194, lupeol acetate 195, and stigmasterol 196......

38 hits

7792014
Thesis
Isolation of alkaloids from Alseodaphne pendulifolia Gamd. (Lauraceae) and their biological activities
Muhammad Hafiz Husna Hasnan
The purpose of this study is to extract, isolate and elucidate the structure of alkaloid constituents from barks of Alseodaphne pendulifolia Gamb. (Lauraceae) and to determine the biological activities (antiplasmodial, cytotoxicity, antibacterial and antioxidant) against the isolated alkaloids. The samples were collected from Sg. Temau Forest Reserve, Kuala Lipis, Pahang and Sg. Tekam Forest Reserve, Jerantut, Pahang, Malaysia. The isolation and purification of alkaloids were done using various chromatographic techniques including chromatotron, column, preparative thin-layer and thin-layer chromatography. The structure elucidations of the isolated alkaloids were established by NMR spectral data using various 1D-NMR (¹H, ¹³C, and DEPT) and 2D-NMR (COSY, HMQC/HSQC, HMBC, H2BC, HSQC-TOCSY and NOESY) techniques, aided via UV, IR, MS data and also by comparison with data from the literature.Further isolation process of the plants yielded four types of isoquinoline alkaloids: aporphine, a.....

44 hits

7802013
Thesis
Pelaksanaan kaedah Tutor Rakan Sebaya (TRS) dalam kalangan guru kimia di sekolah menengah harian Daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor
Thong, Sheau Pyng
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan kaedah Tutor Rakan Sebaya (TRS) dalam pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah menengah harian. Kekangan dan faktor-faktor kekangan dalam pelaksanaan kaedah TRS serta hubungan antara pengalaman mengajar guru kimia dengan pelaksanaan kaedah TRS juga dikaji. Kajian ini melibatkan kesemua 87 guru kimia daripada 44 buah sekolah menengah harian di daerah Kluang dan Batu Pahat, negeri Johor. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif, dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferens. Pengiraan kekerapan diubah dalam bentuk peratusan dan mod ditentukan. Analisis statistik inferens yang terlibat ialah ujian Khi Kuasa Dua dan korelasi Cramer's V. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan kaedah TRS dalam kalangan guru kimia di sekolah menengah harian daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor adalah pada tahap sederhana. Kekangan semasa pelaksanaan kaedah TRS adalah daripada aspek ma.....

47 hits

[ First ] [ Prev ] Page 78 of 1041 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.