|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 7921 | 2019 Article | Tukang Sabak dalam budaya dan upacara Nyabak Masyarakat Iban di Sarawak: satu penelitian awal Gregory ak Kiyai @ Keai Pegangan hidup berbudaya telah menyebabkan manusia mempercayai akan wujudnya alam lain selepas kehidupan. Bagi masyarakat Iban di Sarawak mereka percaya akan alam kematian selepas kehidupan yang disebut sebagai alam Sebayan. Alam Sebayan diceritakan secara turun temurun oleh generasi Iban secara lisan dan banyak mempengaruhi dalam cerita dongeng Iban dan budaya ketara dan tidak ketara masyarakat Iban. Dalam budaya Iban terdapat pelbagai adat dan pantang larang yang telah ditetapkan oleh pencipta yang dipanggil sebagai Petara dalam menjaga keseimbangan hubungan dunia kosmologi Iban. Dalam adat kematian Iban, satu upacara khas iaitu upacara Nyabak harus dilakukan dengan mengupah khidmat Tukang Sabak. Tukang Sabak memainkan peranan penting bagi menghantar roh si mati ke tempat yang sepatutnya dengan lancar. Penyelidikan ini membincangkan terhadap budaya Nyabak dan peranan Tukang Sabak dalam adat kematian masyarakat Iban di Sarawak... 830 hits |
| 7922 | 2019 Article | Apreasasi karya Nasionalisme Seni Moden Malaysia dalam pameran Seni Negaraku 2017, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur Maizatunsatinah Umor Kajian ini dibuat sempena pameran Negaraku 2017 di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur. Karya yang dipilih dalam pameran ini berbentuk nasionalisme mengupas tentang apreasasi karya berbentuk nasionalisme dalam pameran Negaraku 2017 memfokuskan kedua menyatakan ciri-ciri subjek nasionalisme yang terkandung dalam karya dan fokus seterusnya menginterpretasi makna karya nasionalisme dalam konteks seni moden Malaysia. Karya untuk pameran “Negaraku” bertujuan untuk mengenalpasti bentuk karya-karya nasionalisme dalam pameran seni Negaraku manakala ia menyatakan ciri-ciri subjek nasionalisme yang terkandung dalam karya-karya seni rupa di dalam pameran seni “Negaraku” dan ingin menginterpretasi makna karya nasionalisme dalam konteks seni moden Malaysia. Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes. Kaedah pengumpulan data melalui penelitian (observasi), temubual, rakaman visual dan dokumentasi. Seterusnya data ini di analisis menggunakan model kajian Edmund Burke Feldmen (..... 1132 hits |
| 7923 | 2019 Article | Seni sebagai terapi banduan melalui program kreatif seni di penjara Malaysia Fareez Vincent Amos Kajian rintis yang dilaksanakan ini merupakan program seni sebagai terapi melalui program seni kreatif di penjara Kajang Malaysia. Ia terdiri daripada aktiviti melukis menggunakan pelbagai medium seni yang melibatkan 20 orang banduan lelaki dan 20 orang banduan wanita berumur antara 21 hingga 63 tahun. Tempoh program ini adalah selama 12 minggu dan 3 jam bagi setiap sesi. Rangka kerja untuk program ini disediakan hasil dari tinjauan literatur dan input dari sesi temubual berstruktur yang dijalankan dengan pakar psikologi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) serta pegawai psikologi penjara dari Pusat Koreksional Perlis. Program akan dijalankan di bengkel vokasional penjara berdasarkan tema spesifik menggunakan medium seni seperti kertas lukisan, pen dakwat dan cat air. Kajian ini juga membincangkan tentang kaedah untuk memperkenalkan rangka program yang dicadangkan di penjara Malaysia. Aktiviti seni sebagai terapi dalam program ini bermula dengan sesi pengenalan dan beberapa latihan unt..... 1551 hits |
| 7924 | 2019 Article | Curatorslab : program kurator muda di Asia Tenggara Mohamad Faizuan Mat Makalah ini adalah satu semakan terhadap program CuratorsLAB yang pernah dijalankan pada 2015 sehingga 2017. Ianya dianjurkan oleh Goethe Institut Indonesia, Institut Teknologi Bandung dan Portikus Am Main, Frankfurt, Jerman yang menemukan kurator-kurator muda dari Asia Tenggara. Tujuannya adalah untuk mencari kesefahaman dan melihat permasalahan yang terdapat di Asia Tenggara. Kaedah pengumpulan data termasuk temuduga, pemerhatian dan penglibatan secara langsung selama dua tahun mengikut fasa-fasa tertentu bermula dari Fasa 1: Bandung, Fasa 2: Lawatan ke galeri-galeri di Jerman, Fasa 3: Ribut Akal di Bangkok, Thailand dan Fasa 4: Mutual Unknown- pameran kontemporari Asia Tenggara di Jakarta, Indonesia. Kepentingan program ini adalah ianya mendedahkan para kurator muda di Asia Tenggara tentang ilmu kuratorial, memahami budaya di setiap negara-negara yang mengambil bahagian dan akhirnya mengetahui apa permasalahan sebenar yang terdapat di Asia Tenggara. Persoalan yang terdapat pada Asia..... 931 hits |
| 7925 | 2019 Article | Biomimicry in relation with Islamic value Aini Atiqah This paper explore the relationship between biomimicry and Islamic value especially in the context of ecosystem. Human activity directly and indirectly is, our conscious action to refine our environment. The method used in thispaper is Kawakita Jiro method and various literature review to achieve the conceptual framework for further research investigation. Humankind value was brought to the attention as the crucial part to preserve the environment thus the utilization of biomimicry can assist better comprehension in humanity. Therefore, this study aims to perceive the correlation of the human’s belief is part of the value to develop a healthy environment. This include biomimicry as one source of inspiration used in nature. It helps the human to enhance well-being by connecting to the nature or the element which remind us of nature... 773 hits |
| 7926 | 2019 Article | Conservation approach of underutilized screw-pine leaves (daun mengkuang) material: home accessories design made of screw-pine leaves bio-composite Izyan Syamimi Screw-pine leaves is a material that widely used by local crafter to produce a daily necessity product in old time. With the fast-growing ability, the leaves are easy to be found wild in several areas in Asia. In this the modern lifestyle, Malaysian did not used the material as much as the old time. Therefore, the material has been underutilized material. As a popular craft material, screw-pine leaves are proven to be good material with decent strength and flexibility. Herein, the researcher seized an approach to conserve the utilization of screw-pine leaves as material by developing several home accessories product designs. Product design in this study is a stool, a lighting, a clock and a set of coasters. A set of questionnaires is created, and the attributes are selected through the KJ Method. The questionnaire is run online and validated offline. The analysis shows the differences between both online and offline method. The results, based on comparing the attributes, shows the resp..... 1225 hits |
| 7927 | 2019 Article | Kewajaran penerapan identiti budaya tempatan dalam mata pelajaran di Sekolah Antarabangsa Sekitar Lembah Klang Nurul Fitriah Patlillah Secara khususnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam penerapan identiti budaya tempatan bagi mata pelajaran seni di sekolah antarabangsa, menganalisa minat sedia ada murid-murid terhadap identiti budaya tempatan bagi mata pelajaran seni, dan menilai faktor-faktor yang menyumbang dalam penerapan identiti budaya tempatan. Oleh itu sebuah modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk guru seni di sekolah antarabangsa akan dihasilkan. Kaedah yang digunakan kualitatif. Kaedah pengumpulan data adalah secara pemerhatian, temu bual, tugasan; serta soal selidik untuk menyokong hasil dapatan. Sampel terdiri daripada 17 orang murid Tahun 5 yang bersekolah di ITQAN Integrated School yang mempelajari mata pelajaran seni di sekolah tersebut dan merupakan. murid-murid tempatan, manakala reponden temubual adalah guru-guru seni sekolah tersebut serta beberapa orang murid Tahun 5. Bagi mengenal pasti kesediaan guru dalam penerapan identiti budaya tempatan, berd..... 569 hits |
| 7928 | 2019 Article | Pengaruh gaya seni barat dalam arca Anthony Lau (1933-2016) Zainuddin Abindinhazir @ Abd. Rashid Aliran dan gaya seni barat meninggalkan pengaruh besar terhadap perkembangan senirupa Malaysia. Pendokongan terhadap seni tradisi, persoalan identiti, jatidiri budaya dan desakan kemodenan membuka luas ruang komentar seni berkaitan pengaruh dalam tempoh yang panjang. Makalah ini adalah sebahagian dari siri-siri komentar seni diusahakan sebagai inisiatif untuk meneliti, memahami dan membahas kesinambungan isu pengaruh gaya barat dalam sinario perkembangan seni arca tempatan. Penulisan ini mengkhususkan hanya tiga buah karya arca oleh Anthony Lau. Penulisan ini menggunakan kerangka analisis formal melalui kaedah komparatif dan pembacaan ikonografi. Pembacaan ikonografi bertujuan memahami makna-makna simbolik dan mengandaikan keberadaan asimilasi, adaptasi dan aplikasi elemen dan prinsip gaya barat berdasarkan aspek-aspek yang boleh dilihat dan dinilai melalui karya tampak. Karya-karya yang dipilih adalah untuk perbandingan sampel bagi tujuan perbincangan akademik.
.. 1388 hits |
| 7929 | 2019 Article | Senario penghasilan pola pakaian di Malaysia bagi program fesyen TVET Norulaini Mohd Ramly Dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) khususnya bagi program fesyen isu utama adalah dalam fasa penghasilan pola pakaian. Kejayaan hasil rekaan pakaian bergantung kepada bagaimana pola yang dihasilkan. Di Malaysia isu ukuran tubuh badan menjadi isu utama disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan bentuk badan yang berbeza-beza. Ukuran bentuk badan yang standard untuk Malaysia agak sukar ditetapkan untuk digunapakai oleh semua institusi kemahiran sebagai garis panduan seperti di luar negara yang mempunyai ukuran badan yang standard. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui senario yang berlaku dalam penghasilan pola pakaian di Malaysia bagi progam fesyen TVET. Fokus penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti senario yang berlaku di dalam pendidikan kemahiran latihan dan teknikal vokasional di Malaysia bagi program fesyen TVET dalam penggunaan pengendalian peralatan pendrafan pola pakaian. Kaedah yang digunakan adalalah content analysis iaitu melalui..... 1596 hits |
| 7930 | 2019 Article | Seni cetak masa kini di Malaysia: tinjauan umum menerusi pameran-pameran berkumpulan Rosiah Md Noor Seni cetak adalah salah satu disiplin dalam seni halus yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri sama seperti seni visual yang lain. Namun begitu, ia kurang diberi perhatian berbanding seni catan dalam perkembangan seni moden Malaysia sejak tahun 1930-an. Kemunculan trend pluralis sekitar tahun 1990-an, telah memperlihatkan kepelbagaian media dan teknik diaplikasikan dalam karya seni visual yang secara tidak langsung meminggirkan lagi kedudukkan seni cetak sebagai satu bentuk disiplin dalam seni halus. Pameran yang khusus tentang seni cetak, dapat dijadikan sebagai salah satu mekanisme untuk mengukur penglibatan artis seni visual dan melihat perkembangan karya seni cetak itu sendiri dalam perkembangan seni tempatan. Menerusi pemerhatian umum, pameran bertema seni cetak telah kerap diadakan secara berkumpulan sejak kebelakangan ini. Oleh itu, penulisan ini bertujuan meninjau perkembangan seni cetak oleh artis-artis seni visual Malaysia menerusi pameran berkumpulan yang telah berl..... 1150 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 793 of 1213 | [ Next ] [ Last ] |