UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
82512018
Thesis
Pemilihan kosa kata secara bertutur dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah di Bukit Katil, Melaka
Norshabarina Isa
Objektif kajian ini adalah untuk meneroka jumlah kosa kata secara bertutur dan menulis dalam kalangan murid di sekolah rendah berdasarkan jantina. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif  dan kualitatif telah dipilih untuk menjawab tujuh persoalan kajian dan empat hipotesis. Dua alat  kajian telah digunakan iaitu soalan lisan dan soalan bagi ujian penulisan karangan. Responden  kajian ini terdiri daripada 70 orang murid iaitu 35 orang murid lelaki dan 35 orang murid  perempuan. Hasil kajian menunjukkan jumlah keseluruhan kekerapan kosa kata bertutur ialah 5101.  Jumlah kekerapan kosa kata bertutur bagi murid lelaki ialah 2497 (48.95%), manakala murid perempuan  ialah 2604 (51.05%). Seterusnya, jumlah keseluruhan kekerapan kosa kata menulis ialah 6513. Jumlah  kekerapan kosa kata menulis murid lelaki ialah 3232 (49.62%), manakala murid perempuan ialah 3281  (50.38%). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara jumlah  kekerapan kosa kata be.....

2121 hits

82522018
Thesis
Synthesis, characterisation and application of biopolymer films incorporated with natural additives for food preservation
Al Luqman Abdul Halim
This  research  investigated  the  potential  of  biopolymer-additive  films  for  food preservation. Three biopolymers, namely chitosan (CS), gelatin (GL) and methylcellulose (MC) were  used in this research. Ascorbic acid (AA), tannic acid (TA), banana leaf essential oil (BA), clove  essential oil (CL), turmeric extract (TU) and chamomile extract (CH) were used as natural additive.  This research is divided into five main studies, namely synthesis, characterisation, antimicrobial  activity, food preservation and biodegradation. The main scientific instruments used in this study  were Fourier transform infrared (FTIR) spectrometer, scanning electron microscope (SEM), universal  testing machine, water vapour permeability (WVP) analyser, oxygen permeability (OP) analyser,  ultraviolet-visible (UV-Vis) spectrophotometer and thermogravimetric analyser (TGA). The bacteria  used for antimicrobial activity were Staphylococcus aureus (Gram-positive) and Escherichia c.....

2846 hits

82532018
Thesis
Keberkesanan kaedah token ekonomi untuk meningkatkan pencapaian, motivasi dan penglibatan murid dalam pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina
Yu, Chii Ding
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan   penggunaan Token Ekonomi untuk meningkatkan pencapaian, motivasi dan penglibatan murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen digunakan  dalam kajian ini. Data daripada pemerhatian dan temubual juga digunakan untuk menyokong data  kuantitatif. Pemilihan subjek kajian melibatkan 63 orang murid tahundua di sebuah sekolah Daerah  Klang, Selangor. Subjek kajian terdiri daripada 31 orang murid kumpulan rawatan dan 32 orang murid  kumpulan kawalan. Data kuantitatif diperoleh daripada ujian pra dan pasca, soal selidik dan kuiz,  manakala data kualitatif diperoleh daripada pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis dengan  menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Analisis deskriptif menjelaskan kekerapan, min,  sisihan piawai, manakala statistik inferens melibatkan ujian-t bebas. Dapatan kajian mendapati  bahawa terdapat peningk.....

4066 hits

82542018
Thesis
Motif penglibatan dan amalan gaya hidup sihat serta hubungannya terhadap indeks jisim tubuh dan personaliti
Norliza Abd.Fatah
Kajian ini bertujuan meninjau motif penglibatan dan amalan gaya hidup sihat serta hubungannya terhadap Indeks Jisim Tubuh (IJT) dan personaliti. Reka bentuk tinjauan digunakan dalam  kajian ini. Sampel kajian ialah 364 orang pelajar sekolah menengah daerah Rompin, Pahang iaitu 182  orang aktif sukan dan 182 orang aktif rekreasi. Sampel kajian dipilih menggunakan persampelan rawak  dua peringkat. Soal selidik Assessing Your Wellness, Motives For Physical Activities  Measure-Revised (MPAM-R) dan The Glazer-Stress Control Lifestyle digunakan untuk mengukur amalan  gaya hidup sihat, motif penglibatan dan personaliti. Omron Karada Scan Body Composition-HBF 358 dan  Portable Height Measure digunakan untuk mengukur IJT. Data dianalisis menggunakan statistik  deskriptif dan analisis inferensi iaitu Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua  kumpulan pelajar memilih keseronokan sebagai motif utama penglibatan dalam aktiviti fizikal. Dari  aspek amalan gaya hidup .....

3846 hits

82552018
Thesis
Kesan adventure based counselling terhadap peningkatan efikasi kendiri dan resilien dalam kalangan pelatih program latihan khidmat negara
Wilson@Vincent Peter Pramo
Kajian  kuasi  eksperimen  ini  bertujuan  untuk  menguji  kesan Adventure  Based Counseling (ABC) terhadap efikasi kendiri dan resilien dalam kalangan pelatih kem Program Latihan  Khidmat Negara (PLKN). Seramai 60 orang pelatih di dua buah kem PLKN di dalam negeri Selangor yang  terdiri daripada lelaki dan perempuan serta tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu/Bumiputra,  Cina dan India yang mempunyai skor rendah dalam Skala Efikasi Kendiri dan Skala Resilien dikenal  pasti sebagai subjek kajian. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan dan  kumpulan kawalan seramai 30 orang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan bagi  setiap kumpulan. Subjek kumpulan rawatan mengikuti intervensi ABC dengan elemen cabaran tahap  rendah (Low Element Challenge Course) dan diproses dengan kaunseling kelompok. Manakala kumpulan  kawalan pula mengikuti latihan konvensional di kem PLKN seperti biasa. Alat ujian Skala Efikasi  Kendiri dan R.....

1869 hits

82562018
Thesis
Pembentukan novel Niehai Hua dalam konteks masyarakat pada akhir dinasti Qing
Wong Soon Dee
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembentukan novel Niehai Hua dalam konteks masyarakat pada akhir Dinasti Qing. Teori lapangan Bourdieu telah diaplikasikan dalam kajian ini  dan novel Niehai Hua diletakkan dalam suatu lapangan yang berunsurkan masyarakat akhir Dinasti Qing  untuk membincang secara menyeluruh tentang pengaruhnya terhadap penulisan novel Niehai Hua. Dapatan  kajian menunjukkan bahawa pengalaman kehidupan dan latar masyarakat yang dialami oleh Zeng Pu telah  mempengaruhi pemikirannya dalam penulisan dan pembentukan tema novel ini. Kandungan yang dihuraikan  dalam novel Niehai Hua berkait rapat dengan realiti masyarakat, maka tema-tema novel ini telah  merangkumi kritikan mengenai kemerosotan politik akhir Dinasti Qing, pendedahan tentang  pencerobohan kuasa- kuasa imperialisme serta pujian terhadap ideologi pembaharuan dan revolusi.  Kesimpulan daripada kajian ialah pengaruh latar masyarakat akhir Dinasti Qing dan latar belakang  kehidupan Zeng Pu te.....

1116 hits

82572018
Thesis
Keberkesanan strategi pengajaran menggunakan projektor ortogon terhadap pencapaian dalam topik pelan dan dongakan Matematik tingkatan 5
Karmina Abd Rahman
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan strategi menggunakan Projektor Ortogon (PO) terhadap pencapaian dalam topik Pelan dan Dongakan Matematik tingkatan 5. PO merupakan bahan  manipulatif berasaskan teknologi yang boleh disentuh, dipegang dan dirasa. PO dibina bagi menguji  keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar bagi topik Pelan dan Dongakan dalam subjek Matematik  tingkatan 5. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-ujian pasca digunakan  bagi menjawab soalan kajian. Seramai 60 orang pelajar dipilih daripada dua buah kelas tingkatan  lima di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Selangor, Selangor. Pelajar daripada kumpulan  rawatan menjalani proses intervensi menggunakan PO manakala pelajar daripada kumpulan kawalan telah  melalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara tradisional. Dapatan kajian berdasarkan  analisis ujian-t membuktikan terdapat perbezaan secara signifikan dalam skor kumpulan rawatan (M =  86.40; SP.....

1850 hits

82582019
Article
Object oriented vs structured analysis and design in system development courses
Aslina Saad
Objectives: The main aim of this study was to investigate the factors that influence students’, academicians’, clients’, as well as developer’s preferences in choosing their preferred approach in system development, namely structured analysis design (SAD) or object-oriented analysis and design (OOAD). Methods: The research design was based on a survey methodology and a case study. For the survey, questionnaires were administered to 30 students and 38 academicians, who were randomly selected from several Malaysian universities. For the case study, the requirements of the information system were modeled and presented to several clients to elicit their feedback. The survey data were analyzed using SPSS Findings: The result shows that students preferred the use of OOAD approach, which clearly outnumbered those who preferred the SAD approach, which stood at 33%. Interestingly, the majority (53%) of academicians preferred the use of a mixture of both approaches. Likewise, the clients.....

1008 hits

82592018
Thesis
Hubungan kepimpinan distributif guru besar wanita dengan komitmen guru di sekolah-sekolah wilayah Keramat Kuala Lumpur
Nordiana Khalid
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kepimpinan distributif guru besar wanita dengan komitmen guru di sekolah-sekolah rendah Wilayah Keramat, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan  instrumen Distributed Leadership Inventory (DLI) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ).  Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai  301 orang guru daripada sembilan buah sekolah rendah yang telah dipilih. Data dianalisis dengan  menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens. Dapatan kajian secara keseluruhan  menjelaskan hubungan amalan kepimpinan distributif guru besar wanita dan komitmen guru di Wilayah  Keramat adalah pada tahap lemah, r(301) = 0.340, p < 0.05. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat  perbezaan yang signifikan antara komitmen guru berdasarkan faktor jantina, t(301) = 1.693, p >  0.05, umur, F(3, 301) = 0.793, p = 0.499 dan tahap pendidikan, F(3, 301) = 2.613, p = 0.051. Walau  bagaimanap.....

1764 hits

82602018
Thesis
Seni pembuatan bot haji Abdullah Muda dalam konteks budaya
Mohd Idrul Fitri Othman
Kajian   ini  bertujuan  mengenal  pasti  persekitaran  tempat   pengusaha   serta  proses pembuatan bot  di Pulau Duyong,  Terengganu.  Tuan Haji Abdullah Muda  (Adi Guru Seni Reka) merupakan informan utama bagi mendapatkan maklumat mengenai seni pembuatan bot di Pulau  Duyong, Terengganu. Kajian ini juga menjelaskan mengenai bentuk dan proses pembuatan bot yang  berlaku dalam konteks senirekanya melalui kemahiran beliau seperti penghasilan bot layar dan  bot-bot lain. Kajian ini menggunakan  pendekatan  kualitatif  di  mana  penyelidik  membuat    pemerhatian daripada aspek persekitaran  bengkel,  teknologi,  bahan serta  proses  penghasilan  bentuk, jenis dan teknik dalam penghasilan bot. Data yang dikumpul melalui proses pemerhatian,  temubual, rakaman visual dan dokumentasi bersama Adi Guru serta pekerja bengkel. Data dianalisis  dengan menggunakan model interaktif Miles dan Hubermen (1994). Hasil dapatan menunjukkan penggunaan  teknik.....

4249 hits

[ First ] [ Prev ] Page 826 of 1121 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.