|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 8461 | 2018 Thesis | Analisis tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus Sazanah Md Ali Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan penerimaan pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus. Faktor-faktor penerimaan dikaji berpandukan konstruk model penerimaan teknologi (TAM), seperti tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna, sikap terhadap penggunaan dan hasrat bertingkah laku. Selain itu, faktor luaran seperti faktor psikologi, sosial, teknologi dan institusi turut ditambah sebagai model lanjutan TAM. Beberapa siri video tutorial mempelajari perisian dalam bentuk screencast dibangunkan dan dimuat naik kepada dua bentuk laman perkongsian video iaitu laman perkongsian video berbentuk pendidikan berfokus (LearnSoftware) dan laman perkongsian video berbentuk media sosial (YouTube) bagi tujuan kajian ini. Soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi membandingkan serta menilai tahap penerimaan pelajar terhadap konstruk asal dan lanjutan model TAM yang telah dibina. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan data dik..... 833 hits |
| 8462 | 2017 Thesis | Kemahiran proses sains dan berfikir dalam subjek sains di sekolah kebangsaan melalui kaedah hermeneutik Maha Lachimi Chelliah Kajian ini bertujuan menganalisis kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir dalam subjek Sains di Sekolah Kebangsaan. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian ini terdiri daripada soal selidik, temu bual, pemerhatian sesi pengajaran dan lembaran kerja murid. Responden ialah 15 orang guru Sains yang mengajar di Sekolah Kebangsaan di Daerah Hulu Langat. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks. Dapatan kajian menunjukkan guru Sains menghadapi beberapa masalah seperti kesukaran untuk memantau tahap pencapaian murid berdasarkan standard prestasi, kekurangan peralatan sains dan ketiadaan seorang pembantu. Guru juga menghadapi masalah kesuntukan masa pengajaran dan kesukaran menghubungkaitkan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains. Kajian juga mendapatipelbagai kaedahdigunakan oleh guru untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan mengaplikasikan aktivit..... 991 hits |
| 8463 | 2019 Thesis | Hubungan pengurusan kokurikulum dan penguasaan kemahiran insaniah pelajar sekolah menengah di Klang Muhamad Fikri Abd Razak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan kokurikulum dan tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Pendekatan kuantitatif digunakan di dalam kajian ini yang berbentuk tinjauan dan data dikumpulkan melalui soal selidik. Teknik pensampelan rawak berstrata digunakan dan sampel terdiri daripada 310 orang pelajar tingkatan empat di lima buah sekolah terpilih di sekitar Klang. Dapatan menunjukkan tiga daripada empat amalan subdimensi pengurusan kokurikulum di sekolah yang dikaji berada pada tahap tinggi iaitu merancang (min = 3.72, SP = 0.87), mengelola (min = 3.45, SP = 0.99) dan mengawal (min = 3.51, SP = 1.03), manakala memimpin berada pada tahap sederhana (min = 3.29, SP = 1.00). Dapatan juga menunjukkan subdimensi tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar adalah tinggi iaitu kemahiran kerja berpasukan (min = 3.83, SP = 0.68), kemahiran kepimpinan (min = 3.77, SP = 0.66), kemahiran kritikal dan penyelesaian masal..... 3148 hits |
| 8464 | 2018 Thesis | The impacts of parent-mediated home-based DIR/Floortime® intervention on children with autism spectrum disorder and their parents in the Malaysian context: a preliminary mixed methods investigation Iylia Dayana Shamsudin Background : Parent-mediated interventions (PMI) are an underutilised but effective approach in improving children with autism spectrum disorder's (ASD) communication, social, self-care, play, and behavioural issues as well as promoting parents' quality of life and psychological wellbeing. The Developmental, Individual-difference, and Relationship-based (DIR)/Floortime® intervention approach is one of the PMis often utilised with children with ASD and has been recommended to be offered to families of children with ASD by the Malaysia Ministry of Health. Aim: The aim of this study was to investigate the impact/sofa parent-mediated home-based intervention program based on the DIR/Floortime® model on children with ASD's pretend play, child-parent interactions, parents' quality oflife, psychological wellbeing and parenting cometence, as well as its applicability among families of children with ASD in the Malaysian cross-cultural context. The intervention program based on the DIR/Floortim..... 1676 hits |
| 8465 | 2016 Thesis | Festival Short+Sweet: format alternatif menggalakkan perkembangan pementasan teater Melayu moden di Malaysia Syarul Azlina Sikandar Penyelidikan ini dilaksanakan untuk menilai sejauh mana festival Short+Sweet berkemampuan untuk menggalakkan perkembangan pementasan teater Melayu moden di Malaysia. Festival Short+Sweet merupakan sebuah format festival yang diperkenalkan di negara Australia pada tahun 2002. Kesan daripada perkembangan dan pengaruh festival ini ke seluruh negara, festival ini telah mendapat gelaran dan pengiktirafan daripada 'World Book Of Record' (2010) yang dikenali sebagai "The Biggest Little Play Festival In The World ". Impak pemberian anugerah dan pengiktirafan tersebut telah berjaya memperlihatkan pementasan teater pendek menjadi pilihan utama kepada penggiat kini. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti format festival Short+Sweet dan menganalisis elemen format festival Short+Sweet dan seterusnya menilai format ini untuk membuktikan dapat menggalakkan perkembangan pementasan teater Melayu moden. Di Malaysia, Festival Short+Sweet diketengahkan oleh Faridah M..... 1081 hits |
| 8466 | 2017 Thesis | Kerangka indikator pemilihan aliran pendidikan teknikal dan vokasional bagi murid tingkatan empat Rahayu Jaapar Objektif kajian ini bertujuan membangun kerangka indikator pemilihan aliran Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) bagi murid tingkatan empat. Pembentukan kerangka pemilihan aliran adalah berdasarkan adaptasi kerangka Theory of Planned Behavior, Ajzen. Kajian ini juga mengenal pasti indikator yang kritikal dalam mempengaruhi murid memilih sesuatu aliran pendidikan dan menilai pengaruh niat memilih aliran PTV terhadap gelagat memilih aliran PTV bagi murid tingkatan empat. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Pemilihan responden kajian dijalankan secara persampelan rawak berkelompok melibatkan 423 orang murid tingkatan empat aliran PTV di enam buah sekolah menengah di Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data yang dikumpul daripada sampel dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical versi. 20.0. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan bagi ..... 1337 hits |
| 8467 | 2017 Thesis | Recombinant pyruvate phosphate dikinase (rPPDK): development of antibody and antigen rapid dipstick tests for amoebiasis and identification of potential antiamoebic compounds Syazwan Saidin Amoebiasis, an enteric protozoan disease caused by Entamoeba histolytica, is a public health problem in many developing countries. Intestinal amoebiasis may produce symptoms such as colitis and dysentery; while extraintestinal amoebiasis commonly results in amoebic liver abscess (ALA). The commercial antigen detection tests for intestinal infection vary in their sensitivities and specificities; most of them use native parasite antigen extract which have specificity issues. Thus this study was aimed at improving the laboratory diagnosis of ALA and intestinal amoebiasis. Previously, pyruvate phosphate dikinase (PPDK) had been identified as a marker for detection of extraintestinal amoebiasis, thus the recombinant form of the protein (rPPDK) was used in this study to develop a rapid antibody dipstick test for ALA. Search for new anti-amoebic agents is important due to the side-effects of metronidazole and reports of resistance against it. PPDK is involved in a key pathway in the energy me..... 1051 hits |
| 8468 | 2019 Thesis | Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek Noor Ashikin Mohd Yusop Sifat ingin tahu kanak-kanak merupakan asas kepada penerokaan, penemuan, pembentukan pengetahuan dan konsep sains tentang dunia di sekeliling mereka. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan di sebuah tadika dan melibatkan dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus yang terdiri daripada l5 orang kanak-kanak. Kajian kes ini melibatkan empat projek iaitu Stomata, Darah, Sabun dan Rama-rama. Data kajian ini diperoleh menerusi hasil triangulasi di antara beberapa sumber data daripada pemerhatian, dokumen, temu bual tidak berstruktur dan separa berstruktur. Hasil kajian mendapati kerangka alternatif kanak-kanak tentang Alam Kehidupan adalah berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Seterusnya, terdapat lima faktor yang mempengaruhi kerangka alternatif kanak-kanak iaitu imaginasi, bahasa harian, ciri-ciri animisme, pandangan berpusatkan diri dan berfokus..... 1402 hits |
| 8469 | 2019 Thesis | Penerokaan pengetahuan dan kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah menerusi pendekatan projek Norazizah Abdul Rahman Pendidikan Alam Sekitar merupakan wadah utama dalam penyampaian ilmu tentang alam sekitar terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka (i) pengetahuan dan kesedaran kanak-kanak terhadap alam sekitar, (ii) penggabungjalinan enam tunjang yang terdapat dalam Kurikulam Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan (iii) penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan melalui kajian kualitatif menggunakan reka bentuk pelbagai kes di sebuah tadika di negeri Perak, Malaysia. Kajian kes ini melibatkan empat kes berkaitan projek Baja Kompos, Bandar Solar, Galeri Coklat dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Peserta kajian ini terdiri daripada 32 orang kanak-kanak, dua orang pendidik dan lima orang ibu bapa. Data kajian diperoleh menerusi hasil triangulasi di antara pelbagai sumber termasuk temu bual separa berstruktur, temubual tidak berstruktur, pemerhatian dan dokumen. Hasil kajian mendapati pengetahuan kanak-kanak menge..... 1197 hits |
| 8470 | 2018 Thesis | Kesan pembelajaran koperatif Teams-Games-Tournament (TGT) terhadap pencapaian murid tahun 4 dalam mengimprovisasi idea muzik Maizatul Safina Zainuddin Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan kaedah pembelajaran koperatif Teams-Games-Tournament (TGT) terhadap pencapaian murid dalam mengimprovisasi idea muzik berbanding kaedah tradisional. Reka bentuk kuasi- eksperimen ujian pra pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang (Pre Test-Post Test, Non-equivalent Control Group Design) digunakan dalam kajian ini. Responden terdiri daripada 54 orang murid tahun 4 Dedikasi dan 4 Cemerlang SK Pengkalan. Kedua- dua kumpulan diberikan ujian pra untuk menguji kemahiran dan melihat sama ada kumpulan tersebut memperoleh keputusan setara atau tidak. Selepas melalui tiga sesi pembelajaran, kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pos untuk melihat kesan kaedah pembelajaran yang digunakan. Kumpulan eksperimen diberi rawatan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif TGT manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang siginifikan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan terh..... 1191 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 847 of 1110 | [ Next ] [ Last ] |