UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
89512018
Thesis
Motif penglibatan dan amalan gaya hidup sihat serta hubungannya terhadap indeks jisim tubuh dan personaliti
Norliza Abd.Fatah
Kajian ini bertujuan meninjau motif penglibatan dan amalan gaya hidup sihat serta hubungannya terhadap Indeks Jisim Tubuh (IJT) dan personaliti. Reka bentuk tinjauan digunakan dalam  kajian ini. Sampel kajian ialah 364 orang pelajar sekolah menengah daerah Rompin, Pahang iaitu 182  orang aktif sukan dan 182 orang aktif rekreasi. Sampel kajian dipilih menggunakan persampelan rawak  dua peringkat. Soal selidik Assessing Your Wellness, Motives For Physical Activities  Measure-Revised (MPAM-R) dan The Glazer-Stress Control Lifestyle digunakan untuk mengukur amalan  gaya hidup sihat, motif penglibatan dan personaliti. Omron Karada Scan Body Composition-HBF 358 dan  Portable Height Measure digunakan untuk mengukur IJT. Data dianalisis menggunakan statistik  deskriptif dan analisis inferensi iaitu Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua  kumpulan pelajar memilih keseronokan sebagai motif utama penglibatan dalam aktiviti fizikal. Dari  aspek amalan gaya hidup .....

4209 hits

89522018
Thesis
Kesan adventure based counselling terhadap peningkatan efikasi kendiri dan resilien dalam kalangan pelatih program latihan khidmat negara
Wilson@Vincent Peter Pramo
Kajian  kuasi  eksperimen  ini  bertujuan  untuk  menguji  kesan Adventure  Based Counseling (ABC) terhadap efikasi kendiri dan resilien dalam kalangan pelatih kem Program Latihan  Khidmat Negara (PLKN). Seramai 60 orang pelatih di dua buah kem PLKN di dalam negeri Selangor yang  terdiri daripada lelaki dan perempuan serta tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu/Bumiputra,  Cina dan India yang mempunyai skor rendah dalam Skala Efikasi Kendiri dan Skala Resilien dikenal  pasti sebagai subjek kajian. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan dan  kumpulan kawalan seramai 30 orang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan bagi  setiap kumpulan. Subjek kumpulan rawatan mengikuti intervensi ABC dengan elemen cabaran tahap  rendah (Low Element Challenge Course) dan diproses dengan kaunseling kelompok. Manakala kumpulan  kawalan pula mengikuti latihan konvensional di kem PLKN seperti biasa. Alat ujian Skala Efikasi  Kendiri dan R.....

2068 hits

89532018
Thesis
Pembentukan novel Niehai Hua dalam konteks masyarakat pada akhir dinasti Qing
Wong Soon Dee
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembentukan novel Niehai Hua dalam konteks masyarakat pada akhir Dinasti Qing. Teori lapangan Bourdieu telah diaplikasikan dalam kajian ini  dan novel Niehai Hua diletakkan dalam suatu lapangan yang berunsurkan masyarakat akhir Dinasti Qing  untuk membincang secara menyeluruh tentang pengaruhnya terhadap penulisan novel Niehai Hua. Dapatan  kajian menunjukkan bahawa pengalaman kehidupan dan latar masyarakat yang dialami oleh Zeng Pu telah  mempengaruhi pemikirannya dalam penulisan dan pembentukan tema novel ini. Kandungan yang dihuraikan  dalam novel Niehai Hua berkait rapat dengan realiti masyarakat, maka tema-tema novel ini telah  merangkumi kritikan mengenai kemerosotan politik akhir Dinasti Qing, pendedahan tentang  pencerobohan kuasa- kuasa imperialisme serta pujian terhadap ideologi pembaharuan dan revolusi.  Kesimpulan daripada kajian ialah pengaruh latar masyarakat akhir Dinasti Qing dan latar belakang  kehidupan Zeng Pu te.....

1408 hits

89542018
Thesis
Keberkesanan strategi pengajaran menggunakan projektor ortogon terhadap pencapaian dalam topik pelan dan dongakan Matematik tingkatan 5
Karmina Abd Rahman
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan strategi menggunakan Projektor Ortogon (PO) terhadap pencapaian dalam topik Pelan dan Dongakan Matematik tingkatan 5. PO merupakan bahan  manipulatif berasaskan teknologi yang boleh disentuh, dipegang dan dirasa. PO dibina bagi menguji  keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar bagi topik Pelan dan Dongakan dalam subjek Matematik  tingkatan 5. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-ujian pasca digunakan  bagi menjawab soalan kajian. Seramai 60 orang pelajar dipilih daripada dua buah kelas tingkatan  lima di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Selangor, Selangor. Pelajar daripada kumpulan  rawatan menjalani proses intervensi menggunakan PO manakala pelajar daripada kumpulan kawalan telah  melalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara tradisional. Dapatan kajian berdasarkan  analisis ujian-t membuktikan terdapat perbezaan secara signifikan dalam skor kumpulan rawatan (M =  86.40; SP.....

2153 hits

89552019
Article
Object oriented vs structured analysis and design in system development courses
Aslina Saad
Objectives: The main aim of this study was to investigate the factors that influence students’, academicians’, clients’, as well as developer’s preferences in choosing their preferred approach in system development, namely structured analysis design (SAD) or object-oriented analysis and design (OOAD). Methods: The research design was based on a survey methodology and a case study. For the survey, questionnaires were administered to 30 students and 38 academicians, who were randomly selected from several Malaysian universities. For the case study, the requirements of the information system were modeled and presented to several clients to elicit their feedback. The survey data were analyzed using SPSS Findings: The result shows that students preferred the use of OOAD approach, which clearly outnumbered those who preferred the SAD approach, which stood at 33%. Interestingly, the majority (53%) of academicians preferred the use of a mixture of both approaches. Likewise, the clients.....

1116 hits

89562018
Thesis
Hubungan kepimpinan distributif guru besar wanita dengan komitmen guru di sekolah-sekolah wilayah Keramat Kuala Lumpur
Nordiana Khalid
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kepimpinan distributif guru besar wanita dengan komitmen guru di sekolah-sekolah rendah Wilayah Keramat, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan  instrumen Distributed Leadership Inventory (DLI) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ).  Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai  301 orang guru daripada sembilan buah sekolah rendah yang telah dipilih. Data dianalisis dengan  menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens. Dapatan kajian secara keseluruhan  menjelaskan hubungan amalan kepimpinan distributif guru besar wanita dan komitmen guru di Wilayah  Keramat adalah pada tahap lemah, r(301) = 0.340, p < 0.05. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat  perbezaan yang signifikan antara komitmen guru berdasarkan faktor jantina, t(301) = 1.693, p >  0.05, umur, F(3, 301) = 0.793, p = 0.499 dan tahap pendidikan, F(3, 301) = 2.613, p = 0.051. Walau  bagaimanap.....

1952 hits

89572018
Thesis
Seni pembuatan bot haji Abdullah Muda dalam konteks budaya
Mohd Idrul Fitri Othman
Kajian   ini  bertujuan  mengenal  pasti  persekitaran  tempat   pengusaha   serta  proses pembuatan bot  di Pulau Duyong,  Terengganu.  Tuan Haji Abdullah Muda  (Adi Guru Seni Reka) merupakan informan utama bagi mendapatkan maklumat mengenai seni pembuatan bot di Pulau  Duyong, Terengganu. Kajian ini juga menjelaskan mengenai bentuk dan proses pembuatan bot yang  berlaku dalam konteks senirekanya melalui kemahiran beliau seperti penghasilan bot layar dan  bot-bot lain. Kajian ini menggunakan  pendekatan  kualitatif  di  mana  penyelidik  membuat    pemerhatian daripada aspek persekitaran  bengkel,  teknologi,  bahan serta  proses  penghasilan  bentuk, jenis dan teknik dalam penghasilan bot. Data yang dikumpul melalui proses pemerhatian,  temubual, rakaman visual dan dokumentasi bersama Adi Guru serta pekerja bengkel. Data dianalisis  dengan menggunakan model interaktif Miles dan Hubermen (1994). Hasil dapatan menunjukkan penggunaan  teknik.....

4751 hits

89582019
Article
Optimal preservation and storage regimes of total RNAs from different fish tissues
Keong, Bun Poh
Standardized and optimized methods in preservation and storage of RNA samples on three different tissues were elucidated on fish tissues. The treatments used included excision of fresh tissues, preservation of tissues by immersing completely in RNAlater followed by immediate freezing at -80°C prior to RNA assays. Current data suggests that preserving fish tissues in RNAlater with subsequent storage at -80°C produced satisfactory amount of RNA from dorsal fin and gonad, but not from muscle tissues. The optimized method will provide an alternative storage method option and enables greater usage of RNAlater for preserving RNA from animal cells...

958 hits

89592018
Thesis
Faktor penguasaan Qiraat al-Sabie dalam kalangan pelajar kelas khas membaca dan menghafal Al-Quran (KKQ) di negeri Perak
Ahmad Junaidi Mohamad Said
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  tahap  motivasi,  minat,  sikap,  amalan pengajaran guru, pengetahuan Qirā’āt al-Sab‘ie dan hubungannya dengan tahap penguasaan Qirā’āt  al-Sab‘ie dalam kalangan pelajar Kelas Khas Membaca dan Menghafal al-Quran (KKQ) di Sekolah  Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri Perak. Kajian ini dijalankan di 20 buah sekolah dengan  melibatkan 308 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua. Kajian ini menggunakan  pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan berdasarkan Model Pembelajaran Al-Nawawi dengan  menggunakan dua instrumen iaitu satu set borang soal selidik dan ujian syafawi. Statistik  deskriptif iaitu frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk menjelaskan persoalan kajian.  Analisis deskriptif menunjukkan tahap motivasi (min=3.59, s.p=0.441), minat (min=3.63, s.p=0.503),  sikap (min=3.80, s.p=0.525), amalan pengajaran guru (min=4.01, s.p=0.433) dan pengetahuan Qirā’āt  al-Sab.....

2494 hits

89602019
Article
The level of instructional leadership practices among principals of National Religious Secondary School in Malaysia
Samsiah binti Si-Rajab
It is stated that Instructional leaders are responsible for making sure that positive attitude towards change is organised and created among members of the school. The study aimed to identify the level of Instructional Leadership practices among principals of the National Religious Secondary School in Malaysia. A total of 365 respondents from 57 National Religious Secondary Schools were selected by systematic random sampling method to answer the questionaires. Data is analyzed by using descriptive statistics identifying the mean, standard deviation and percentage to recognise the level. The result showed that the level of Instructional Leadership practices is significantly high (mean=3.85, s.d.=0.41). In conclusion, the study found that the level of Instructional Leadership Practices is high among the principals of the schools. The research implied that Instructional Leadership plays an important role and should be adopted by the principals and teachers of National Religious Secondary .....

3311 hits

[ First ] [ Prev ] Page 896 of 1191 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.