|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9031 | 2017 Thesis | Kerangka indikator pemilihan aliran pendidikan teknikal dan vokasional bagi murid tingkatan empat Rahayu Jaapar Objektif kajian ini bertujuan membangun kerangka indikator pemilihan aliran Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) bagi murid tingkatan empat. Pembentukan kerangka pemilihan aliran adalah berdasarkan adaptasi kerangka Theory of Planned Behavior, Ajzen. Kajian ini juga mengenal pasti indikator yang kritikal dalam mempengaruhi murid memilih sesuatu aliran pendidikan dan menilai pengaruh niat memilih aliran PTV terhadap gelagat memilih aliran PTV bagi murid tingkatan empat. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Pemilihan responden kajian dijalankan secara persampelan rawak berkelompok melibatkan 423 orang murid tingkatan empat aliran PTV di enam buah sekolah menengah di Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data yang dikumpul daripada sampel dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical versi. 20.0. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan bagi ..... 1482 hits |
| 9032 | 2017 Thesis | Recombinant pyruvate phosphate dikinase (rPPDK): development of antibody and antigen rapid dipstick tests for amoebiasis and identification of potential antiamoebic compounds Syazwan Saidin Amoebiasis, an enteric protozoan disease caused by Entamoeba histolytica, is a public health problem in many developing countries. Intestinal amoebiasis may produce symptoms such as colitis and dysentery; while extraintestinal amoebiasis commonly results in amoebic liver abscess (ALA). The commercial antigen detection tests for intestinal infection vary in their sensitivities and specificities; most of them use native parasite antigen extract which have specificity issues. Thus this study was aimed at improving the laboratory diagnosis of ALA and intestinal amoebiasis. Previously, pyruvate phosphate dikinase (PPDK) had been identified as a marker for detection of extraintestinal amoebiasis, thus the recombinant form of the protein (rPPDK) was used in this study to develop a rapid antibody dipstick test for ALA. Search for new anti-amoebic agents is important due to the side-effects of metronidazole and reports of resistance against it. PPDK is involved in a key pathway in the energy me..... 1163 hits |
| 9033 | 2019 Thesis | Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek Noor Ashikin Mohd Yusop Sifat ingin tahu kanak-kanak merupakan asas kepada penerokaan, penemuan, pembentukan pengetahuan dan konsep sains tentang dunia di sekeliling mereka. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan di sebuah tadika dan melibatkan dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus yang terdiri daripada l5 orang kanak-kanak. Kajian kes ini melibatkan empat projek iaitu Stomata, Darah, Sabun dan Rama-rama. Data kajian ini diperoleh menerusi hasil triangulasi di antara beberapa sumber data daripada pemerhatian, dokumen, temu bual tidak berstruktur dan separa berstruktur. Hasil kajian mendapati kerangka alternatif kanak-kanak tentang Alam Kehidupan adalah berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Seterusnya, terdapat lima faktor yang mempengaruhi kerangka alternatif kanak-kanak iaitu imaginasi, bahasa harian, ciri-ciri animisme, pandangan berpusatkan diri dan berfokus..... 1560 hits |
| 9034 | 2019 Thesis | Penerokaan pengetahuan dan kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah menerusi pendekatan projek Norazizah Abdul Rahman Pendidikan Alam Sekitar merupakan wadah utama dalam penyampaian ilmu tentang alam sekitar terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka (i) pengetahuan dan kesedaran kanak-kanak terhadap alam sekitar, (ii) penggabungjalinan enam tunjang yang terdapat dalam Kurikulam Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan (iii) penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan melalui kajian kualitatif menggunakan reka bentuk pelbagai kes di sebuah tadika di negeri Perak, Malaysia. Kajian kes ini melibatkan empat kes berkaitan projek Baja Kompos, Bandar Solar, Galeri Coklat dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Peserta kajian ini terdiri daripada 32 orang kanak-kanak, dua orang pendidik dan lima orang ibu bapa. Data kajian diperoleh menerusi hasil triangulasi di antara pelbagai sumber termasuk temu bual separa berstruktur, temubual tidak berstruktur, pemerhatian dan dokumen. Hasil kajian mendapati pengetahuan kanak-kanak menge..... 1350 hits |
| 9035 | 2018 Thesis | Kesan pembelajaran koperatif Teams-Games-Tournament (TGT) terhadap pencapaian murid tahun 4 dalam mengimprovisasi idea muzik Maizatul Safina Zainuddin Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan kaedah pembelajaran koperatif Teams-Games-Tournament (TGT) terhadap pencapaian murid dalam mengimprovisasi idea muzik berbanding kaedah tradisional. Reka bentuk kuasi- eksperimen ujian pra pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang (Pre Test-Post Test, Non-equivalent Control Group Design) digunakan dalam kajian ini. Responden terdiri daripada 54 orang murid tahun 4 Dedikasi dan 4 Cemerlang SK Pengkalan. Kedua- dua kumpulan diberikan ujian pra untuk menguji kemahiran dan melihat sama ada kumpulan tersebut memperoleh keputusan setara atau tidak. Selepas melalui tiga sesi pembelajaran, kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pos untuk melihat kesan kaedah pembelajaran yang digunakan. Kumpulan eksperimen diberi rawatan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif TGT manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang siginifikan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan terh..... 1488 hits |
| 9036 | 2018 Thesis | Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan Ahmad Yazid Yahya Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk membina dan menguji modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi (IPB) menggunakan isyarat tangan bagi kegunaan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran (BPKMP) tanpa komunikasi lisan. Seramai 134 orang peserta kajian, iaitu 115 orang guru pendidikan khas, tujuh orang pakar dan 12 orang murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dipilih menggunakan multiphase sampling. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik, borang penilaian pakar, modul, ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan 83.8% guru memerlukan modul pengajaran untuk mengajar murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dan 81.3% guru mempunyai masalah menjalankan pengajaran dan berkomunikasi bersama murid BPKMP tanpa komunikasi lisan. Dapatan kajian menyenaraikan 70 perkataan berfungsi mengikut tema dan daripada senarai ini, 10 perkataan paling utama dikenalpasti, iaitu [duduk] (M=9.33), [makan] (M=9.30), [rumah] (M=9.23), [b..... 1561 hits |
| 9037 | 2019 Thesis | Penggunaan kelas berbalik (Flipped Classroom) dalam perkembangan dimensi moral guru praperkhidmatan opsyen pendidikan moral Shasitharan Raman Kutty Kajian ini bertujuan untuk meneroka potensi Kelas Berbalik (Flipped Classroom) dalam memperkembangkan dimensi moral guru praperkhidmatan (GPP) opsyen Pendidikan Moral di institut pendidikan guru. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan. Model kajian tindakan Zuber- Skerritt digunakan untuk mengkaji keupayaan kaedah Kelas Berbalik (KB) dalam mengembangkan aspek pemikiran, emosi dan amalan moral GPP opsyen Pendidikan Moral. Seramai 18 orang peserta kajian telah dipilih dari institut pendidikan guru untuk tujuan pengumpulan data. Data dikumpul dengan menggunakan teknik temu bual kumpulan berfokus, pemerhatian, catatan jurnal, rakaman video dan data dianalisis menggunakan kaedah analisis tema Braun dan Clarke. GPP terlibat dalam aktiviti prapengajaran, sesi interaksi bersemuka dan aktiviti pasca pengajaran dalam tiga gelung kajian tindakan. Dapatan kajian dalam Gelung 1 menunjukkan perkembangan tiga unsur pemikiran iaitu pemikiran moral ..... 2601 hits |
| 9038 | 2019 Thesis | Kesan modul kemahiran hijau dalam reka bentuk dan teknologi terhadap pencapaian pengetahuan murid tahun lima di sekolah rendah Amarumi Alwi Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan modul kemahiran hijau (Kh) dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah rendah. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen ujian pra dan pasca. Pensampelan rawak kluster digunakan untuk memilih seramai 62 orang murid Tahun Lima di sekolah rendah. Seramai 32 orang murid dalam kumpulan rawatan yang menggunakan modul Kh manakala 30 murid kumpulan kawalan menggunakan panduan RBT berdasarkan buku teks selama sembilan minggu. Modul Kh dibangunkan berdasarkan Model ADDIE iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Implementasi dan Penilaian. Kandungan modul diperoleh berdasarkan Teknik Dephi Terubah Suai bersama sembilan orang pakar. Terdapat lima elemen pengetahuan dan enam elemen amalan dalam kemahiran hijau dimasukkan dalam Modul Kh. Modul Kh mempunyai kesahan pakar yang tinggi iaitu 80.6%. Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca, soal selidik dan penilaian rubrik. Analisis ujian-t sampel bebas dan SPAN..... 1536 hits |
| 9039 | 2017 Thesis | Nilai-nilai murni dalam lirik lagu-lagu Kannadasan Duraimuthu Subramaniam This study aims to identify the nobel values in the Moral Education syllabus of the Primary School Standard Cuniculum (KSSR) found in the lyrics of the songs of Kannadasan; to build concepts for the 14 nobel values of the KSSR Moral Education Syllabus; to analyse the similarities found both in the research materials and to identify additional moral values found in the lyrics ofKannadasan's songs. The study has adopted the qualitative method, in doing literary reviews and text analysis and also in using the theories of Precious Human Theory by Thomas Licona and Child Development Theories of Lawrence Kohlberg , Jean Piaget, Sigmund Freud, dan Erik Erikson to study the 326 selected songs written by Kannadasan. The findings show that all the 14 nobel values of the KSSR Moral Education Syllabus are found in the selected lyrics. The study has conceptualised the 14 nobel values of the KSSR Moral Education Syllabus clearly and precisely. Apart from the usual nobel values additional nobel value..... 1464 hits |
| 9040 | 2017 Thesis | Amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah Rusini Kamaluddin Kajian ini bertujuan meneliti amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik berbentuk soalan terbuka, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Responden ialah 30 orang guru prasekolah yang menjawab soal selidik dan lima orang yang terlibat dalam pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks. Dapatan kajian menunjukkan guru menumpukan lima daripada 16 nilai murni yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), iaitu hormat-menghormati, berterima kasih, kejujuran, berdisiplin dan baik hati. Kajian juga mendapati tujuan utama nilai murni diterapkan ialah untuk membentuk peribadi yang baik, memupuk semangat yang positif, membentuk jati diri, mewujudkan insan yang seimbang dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharia..... 3353 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 904 of 1166 | [ Next ] [ Last ] |