UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Latest addition to the database : |
9141 | 2017 Article | Natural antibiofilm agents and the need for antibiofilm drug leads Adnan Hazniza, Seidel Veronique, Tucker Nicholas P, 423 hits |
9142 | 2016 Thesis | Peranan pendidikan Talaala dan cadangan mewariskannya dalam masyarakat KadazanDusun Rosliah Kiting Kadazandusun merupakan penduduk peribumi Sabah. Masyarakat ini kaya dengan sastera rakyat. Namun demikian sebahagian besar sastera rakyat tersebut masih dalam bentuk tradisi lisan yang hanya dikuasai oleh orang tua-tua. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengumpul salah satu puisi lisan etnik Bundu dalam rumpun Kadazandusun iaitu talaala. Talaala yang diperolehi diterjemah kemudian dianalisis peranan pendidikan dan cadangan cara-cara mewariskannya kepada generasi seterusnya. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kualitatif dengan melaksanakan kerja lapangan untuk mengumpul data. Panduan perlaksanaan mengumpul tradisi lisan oleh Inon Shaharuddun Abdul Rahman digunakan untuk mendokumentasi talaala manakala Teori Penterjemahan Larson untuk menterjemah talaala ke dalam Bahasa Melayu. Teori Fungsi Bascom dan Model Kesantunan Berbahasa Leech digunakan untuk melihat peranan talaala. Teori warisan digunakan untuk melihat care-cars mewariskan puisi ini. Hasil kerja lapangan ini telah mengum..... 1513 hits |
9143 | 2005 Thesis | Faktor tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual : kajian pada pelajar tingkatan 4, SMKSR, Melaka Salsabila Tang Abdullah Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bertujuan untuk memberi penerangan dan mengenalpasti faktor-faktor ketidak memberi tumpuan dalam pengajaran dan pernbelajaran Pendidikan Seni Visual bagi pelajar tingkatan 4 Perdangangan tahun 2005 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai, Melaka. Kajian memfokuskan kepada beberapa aspek seperti fasiliti studio, pendekatan dan kaedah pengajaran pembelajaran, kesediaan pelajar, status sosioekonomi dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Manfaat kajian adalah untuk penambahan ilmu pengetahuan termasuk memberi maklumat-maklurnat baru, memperoleh hubungan-hubungan dan pertalian-pertalian baru, verifikasi ilmu pengetahuan untuk tujuan pengesahan, memahami, menjangka sesuatu hasil. Subjek kajian 30 orang pelajar dan penyelidik membina gambaran holistik, menganalisis, membuat laporan terperinci berdasarkan pandangan pemberi maklumat dalam fenomena scbenar. Alat digunakan untuk mengumpul data-data maklumat iaitu temubual..... 1092 hits |
9144 | 2005 Thesis | Hubungan persekitaran pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dengan pencapaian pendidikan seni visual di kalangan pelajar tingkatan empat di Daerah Larut Matang dan Selama Norhayati Musa Tujuan utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk melihat hubungan persekitaran pembelajaran Konstruktivisme dengan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Seni Visual di lima buah sekolah dalam daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Kajian ini melibatkan seramai 309 orang pelajar di tingkatan empat yang terdiri daripada 158 orang pelajar lelaki dan 151 orang pelajar perempuan. Kesemua sampel yang terlibat adalah daripada pelajar aliran sastera. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persekitaran pembelajaran Konstruktivisme yang dilaksanakan oleh guru dapat mempertingkatkan lagi penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam pengajaran-pembelajaran, Secara khususnya kajian ini dilakukan adalah untuk melihat hubungan penguasaan sedia ada pelajar melalui konsep Asas Seni Reka menerusi penguasaan Unsur Seni (Seni Halus) dalam Pendidikan Seni Visual bagi pelajar dalam daerah Larut Matang dan Selama. Data yang dikutip dianalisis dengan menggunakan SPSS Verst ..... 1240 hits |
9145 | 2005 Thesis | Motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang Kedah Darul Aman Abd Rahman Zakaria Kajian ini bertujuan meneroka motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang. Seramai 250 responden dipilih secara rawak mewakili empat kategori atlet melengkapkan "Participation Motivation Questionnaire" (PMQ) dan "Task and Ego Orientation in Sports Questionnaire" (TEOSQ). Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif, perbandingan min dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan "perkembangan kemahiran" adalah motif utama atlet bola baling MSSK Daerah Padang Terap Pendang. Dapatan kajian juga mendapati atlet lebih berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara orientasi tugasan dengan orientasi ego tetapi tidak signifikan antara atlet lelaki dan perempuan. ANOVA sehala membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi keempat-ernpat kategori atlet. Analisis korelasi Pearson secara keseluruhan, menunjukkan hubungan yang sederhana dan positif antara motif ..... 2399 hits |
9146 | 2016 Thesis | Tahap kemahiran insaniah dan hubungannya dengan kecerdasan emosi dalam kalangan siswazah ISMP Sains UPSI Nabilah Komaruddin Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tahap Kemahiran Insaniah berdasarkan Kemahiran Komunikasi (KOM), Kemahiran Kerja Berpasukan (KKBP), Kemahiran Kepimpinan (KKP) dan Kecerdasan Emosi dalam kalangan siswazah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Sains di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak. Instrumen pengukuran Kemahiran Insaniah (Kl) yang digunakan ialah Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah KPT. Manakala Instrumen untuk Kecerdasan Emosi (KE) yang digunakan ialah Inventori Kepintaran Emosi- Malaysia (IKEM)-U. Seramai 103 orang siswazah ISMP Sains terlibat dalam kalangan semester satu, semester tiga, dan semester lima ambilan September (2013 hingga 2015). Hasil kajian, secara keseluruhannya mendapati siswazah ISMP Sains mempunyai tahap Kl dan KE yang tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Kl dan KE dengan pencapaian akademik. Manakala Kl mempunyai hubungan yang signifikan dengan KE. Instrumen Kemahiran Insaniah bagi konstruk KOM, KKBP dan KKP me..... 1541 hits |
9147 | 2016 Thesis | Penerapan pembelajaran aktif dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran insaniah komunikasi pelajar matrikulasi dalam subjek Biologi Noor Azliza Ahmad Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penerapan pembelajaran aktif dalam meningkatkan pencapaian dan tahap kemahiran insaniah komunikasi pelajar matrikulasi. Selain itu juga, kajian ini turut mengkaji hubungan antara kemahiran insaniah komunikasi pelajar menggunakan tiga kaedah dalam pendekatan pembelajaran aktif iaitu kaedah perbincangan dalam kumpulan, kaedah perbentangan dan kaedah koperatif jigsaw dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran aktif turut dikaji. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kuasi eksperimen. Pemilihan responden kajian adalah secara persampelan rawak bertujuan melibatkan 67 orang pelajar dari Kolej Matrikulasi Perak, Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Modul III yang mengambil subjek Biologi sebagai mata pelajaran teras. Responden kajian dibahagikan kepada dua kumpulan; 32 orang pelajar dalam kumpulan kawalan dan 35 orang pelajar dalam kumpulan rawatan. Tiga instrumen kajian telah digunakan iaitu uji..... 764 hits |
9148 | 2013 Thesis | Mitos tentang kanak-kanak dan ibu bapa dalam iklan produk susu formula di Malaysia Mohd Ridhuan Ismail Kajian ini memfokuskan kepada aspek kewujudan pelbagai tanda yang membawa makna menjurus kepada mitos tentang kanak-kanak dan ibubapa dalam iklan produk susu formula di Malaysia. Antara bentuk tanda yang diperolehi menerusi analisis ini adalah seperti imej, audio, animasi, serta frasa. Analisis yang dijalankan menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan model teori semiotik yang diperkenalkan oleh ahli semiotik tersohor iaitu Roland Barthes. Model teori ini berperanan dalam mengenalpasti kewujudan tanda yang menjurus kepada dua bentuk makna iaitu konotasi dan denotasi yang terdapat di dalam tujuh iklan produk susu formula. Tujuh iklan dipilih secara kaedah yang hampir kepada teknik 'snowball' dan kesemua iklan tersebut diperolehi menerusi arkib video Youtube. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat lima mitos yang wujud menerusi pemaparan tanda dan makna di dalam iklan tersebut. Antara contoh mitos tersebut ialah pengambilan susu formula merupakan suatu ke..... 850 hits |
9149 | 2016 Thesis | Knowledge, skills and attitude towards reading English technical materials among students in selected technical secondary schools in Perak Muhammad Putra Adha This study was aimed to determine the status of reading knowledge, reading skills, reading purpose, reading interest and reading preference toward English technical materials among students in selected technical schools in Perak. The study was also intended to measure correlations between these variables and its significant differences based on selected demographics of students. The samples consisted of 120 students selected by simple random sampling from four schools. The instruments used were questionnaires and reading comprehension test. Statistical Package for Social Science version 20 was used to analyze data to obtain frequencies, percentages, means, standard deviations, t tests, Anova and Pearson correlations. The findings showed that the levels of reading skills, reading purpose were found to be high while their reading knowledge, reading interest and reading preference as they perceived were moderate. This study also revealed that male students obtained significantly higher me..... 1088 hits |
9150 | 2016 Thesis | Kesedaran alam sekitar dengan amalan hijau dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di sekolah terpilih daerah Kota Setar Noor Diyana Abdul Rahim Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran mengenai alam sekitar dan am alan hijau dalam kalangan para pelajar Tingkatan 4 di daerah Kota Setar. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengukur tahap kesedaran dan amalan hijau yang diamalkan. Kajian ini hanya difokuskan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada 280 orang. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan analisis berstatistik deskriptif dan inferensi. Hasil keputusan kajian ini menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan kesedaran terhadap alam sekitar di antara jantina. Pelajar perempuan mempunyai tahap kesedaran yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Begitu juga amalan hijau, pelajar perempuan mempunyai sikap yang lebih mesra alam berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian menunjukkan wujud perkaitan kekuatan korelasi tahap sederhana (r = 0.534, p < 0.05) antara kesedaran dan amalan hijau, Kesimpulannya, terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dengan amalan h..... 1885 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 915 of 1063 | [ Next ] [ Last ] |