UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
92512018
Article
Tingkah laku integriti dalam pemantapan pengurusan sektor perkhidmatan awam
Kamarudin Musa
Tujuan kajian ini dalah untuk memperjelaskan kedudukan tahap amalan tingkah laku integriti dalam kalangan anggota-anggota perkhidmatan awam di Malaysia. Di samping menentukan kedudukan nilai, etika serta moral dalam konteks pelaksanaan proses penyampaian perkhidmatan organisasi awam. Kajian ini melibatkan seramai 645 orang responden, terdiri daripada anggota-anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, melibatkan empat zon utama, iaitu tengah, selatan, utara dan timur. Reka bentuk kajian diasaskan kepada kerangka pemikiran kepimpinan berpusatkan prinsip (Principle Centred Leadership). Analisis kajian dilakukan berasaskan statistik deskriptif skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian secara keseluruhannya amalan tingkah laku integriti merekodkan skor min yang tinggi, iaitu dalam lingkungan 4.20. ini menunjukkan bahawa sektor awam merupakan sektor yang mempunyai kesedaran amalan tingkah laku integriti yang tinggi. Anggota-anggota perkhidmatan awam me.....

1326 hits

92522018
Article
The factors influencing the level of well-being among elderly in Selangor
Umi Abidah Noor Osman
The increasing in ageing population has drawn on the attention to the level of well-being among elderly. This study measured the level of well-being among elderly in Selangor. It was study conducted to determine how far factors such as personal factor, social participation, financial factor, neighborhood and the level of income influencing the well-being. A survey method was conducted to collect data using a total sample of 466 respondents living in rural and urban areas. In order to access the statistical significant differences between these two living areas on the well-being among elderly in Selangor, t-test analysis was used. In addition, multiple regression analysis was performed to measure the influence of the relevant factors to the elders’ level of well-being. The findings showed that all the factors had influenced the level of prosperity among elderly. However, income factor was not an essential factor in the welfare of old people. Therefore, the implication of this study su.....

812 hits

92532018
Article
Sikap guru terhadap perubahan dalam sekolah di Malaysia
Mohd Aizat Abu Hassan
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap sikap guru terhadap perubahan berdasarkan dimensi kognitif, afektif dan tingkahlaku dalam sekolah di Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 865 orang guru sekolah yang telah dipilih secara rawak. Bagi menjalankan kajian, borang soal selidik dihasilkan hasil adaptasi kajian terdahulu iaitu kajian Tai dan Omar (2014).Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati sikap guru terhadap perubahan pada tahan sederhana. Dapatan ini dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan untuk mencari penyelesaian bagi memabantu meningkatkan sikap guru terhadap perubahan dapat dipertingkatkan ke tahap yang tinggi...

690 hits

92542018
Article
Persepsi pekerja terhadap strategi pembangunan kerjaya individu dan organisasi di Edaran Otomobil Nasional Berhad (Eon Berhad)
Mahazir Ahamad
Latihan pembangunan kerjaya ialah aktiviti organisasi yang penting kerana pengaruhnya terhadap produktiviti pekerja. Program pembangunan kerjaya memberi pekerja peluang untuk berkembang maju dalam kerjaya samada di dalam atau di luar organisasi. Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai strategi dilakukan oleh individu dan organisasi dalam membantu perkembangan kerjaya . Matlamat kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti strategi yang digunakan oleh individu dan organisasi di dalam pembangunan kerjaya di Otomobil Nasional Berhad ( Eon Berhad). Kajian ini menggunakan strategi individu dan organisasi dan analisis data dilakukan secara kuatitatif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Terdapat 50 responden terlibat dalam kajian ini dan datang dari pelbagai jabatan, jawatan, peringkat umur dan bangsa. Hasil kajian menunjukkan bahawa, strategi individu dalam pembangunan kerjaya adalah lebih dominan dan menunjukkan skor yang tinggi berbanding dengan strategi yang dilakuka.....

1270 hits

92552018
Article
Pengaruh pemboleh ubah makroekonomi terpilih terhadap turun naik harga emas di Malaysia
Norimah Rambeli@Ramli
Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pengaruh faktor-faktor makroekonomi terpilih dalam mempengaruhi harga emas di Malaysia. Bagi mencapai matlamat kajian ini, maka Kaedah Kuasa Dua Terkecil (KKDT) telah digunakan. Selain itu data berfrekuensi tahunan dari tahun 1989 hingga 2017 telah digunakan untuk semua peringkat pengujian model. Hasil dari dapatan kajian mencadangkan, kesemua pemboleh ubah bebas makroekonomi terpilih dalam kajian ini iaitu harga minyak mentah, kadar inflasi dan kadar pertukaran asing adalah penting dalam mempengaruhi turun dan naik tingkat harga emas dalam jangka masa panjang. Dapatan kajian seterusnya mencadangkan harga minyak dunia dan kadar inflasi mempengaruhi tingkat harga emas secara positif. Manakala, kadar pertukaran asing memberi impak yang negatif kepada tingkat harga emas di Malaysia. Hasil kajian ini adalah penting bagi pihak kerajaan, ahli akademik serta para pelabur emas dalam membuat keputusan pelaburan mereka berkesan dala.....

762 hits

92562018
Article
Literasi dan tingkahlaku kewangan usahawan mikro di utara Semenanjung Malaysia
Mohd Abdullah Jusoh
Literasi kewangan sangat penting dalam menjamin kedudukan kewangan yang stabil. Justeru itu, tumpuan utama kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana tahap literasi kewangan usahawan mikro dan pengaruhnya terhadap tingkahlaku kewangan yang diamalkan oleh mereka. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dan responden adalah usahawan-usahawan mikro di utara semenanjung. Penemuan menunjukkan tahap literasi kewangan usahawan mikro adalah pada tahap yang sederhana. Ini telah mempengaruhi tingkahlaku kewangan mereka. Kesannya tingkahlaku kewangan menunjukkan tahap yang sederhana dalam aspek kemahiran pengurusan kewangan, perancangan, belanjawan dan kawalan dan juga simpanan. Justeru itu usaha perlu dilaksanakan untuk memperbaiki tahap literasi kewangan dan tingkahlaku kewangan khususnya dalam kalangan usahawan mikro. Penemuan ini adalah input yang penting kepada pihak yang berkaitan untuk mengambil inisiatif dalam meningkatkan tahap literasi kewangan serta mengekalkan pengurusan kewangan .....

1014 hits

92572018
Article
Kesan pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pemikiran kritis pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran prinsip perakaunan
Siti Faridah Shafii
Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap pemikiran kritis pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan reka bentuk kuasi eksperimen dan sampel terdiri daripada 31 orang pelajar kumpulan eksperimen dan 34 orang pelajar kumpulan kawalan. Instrumen digunakan iaitu set rangsangan PBM bagi tajuk Penyata Kewangan (milikan tunggal) dan ujian pemikiran kritis Watson-Glaser. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap pemikiran kritis pelajar, manakala analisis inferensi pula melibatkan ujian- t yang menerangkan perbezaan bagi pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap pemikiran kritis pada kedua-dua kumpulan dengan kumpulan eksperimen memperoleh peningkatan pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan secara signifikan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa PBM dapat meningkatkan pemikiran .....

1509 hits

92582018
Article
Hubungan pengetahuan pengurusan dengan kemahiran pengurusan ketua panitia sekolah-sekolah menengah
Jamal @ Nordin Yunus
Kajian deskriptif ini bertujuan menentukan hubungan antarapengetahuan pengurusandengan kemahiran pengurusan Ketua Panitia Sekolah Menengah.Seramai 213 orang ketua panitia di sepuluh buah sekolah menengah telah dijadikan responden kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina bagi menenetukan hubungan pengetahuan pengurusan dan kemahiran pengurusan. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan pengurusan (M=4.34, SD=0.33), kemahiran merancang (M=4.28, SD=0.38), kemahiran mengelola (M=4.02, SD=0.47), kemahiran memimpin (M=3.85, SD=0.55) dan kemahiran mengawal (M=3.79, SD=0.62) Ketua Panitia sekolah menengah berada pada tahap tinggi. Manakala korelasi antara Pengetahuan pengurusan dengan kemahiran merancang (r=0.66, p..

1065 hits

92592018
Article
Hubungan antara ciri-ciri kerja berpasukan dengan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru- guru tingkatan enam sekolah menengah kebangsaan di negeri Pahang
Zahari Hashim
Kajian ini adalah bertujuan untuk menerangkan hubungan antara ciri-ciri kerja berpasukan dengan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan guru-guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Pahang. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif melibatkan pengumpulan data yang dilakukan menggunakan soal selidik. Populasi kajian adalah seramai 677 orang. Sampel kajian melibatkan 250 orang guru Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Pahang. Statistik deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian manakala statistik inferensi iaitu analisis Korelasi Pearson untuk menguji hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan daripada analisis Korelasi Pearson, bagi aspek dibawah tema proses, analisis menunjukkan aspek potensi, perkongsian beban tugas dan komunikasi/kerjasama di dalam pasukan kerja menunjukkan hubungan yang tinggi dengan keberkesanan pasukan kerja. Bagi aspek di bawah tema reka bentuk tugas, aspek pelbagai tugas dan penglibatan menunjukkan hubungan yang tinggi den.....

956 hits

92602017
Article
Needs and potentials for studying local Malaysian culture through mobile learning
Shamsul Arrieya Ariffin
Mobile learning is an emerging approach in Asian countries, particularly in the local context, such as the Malaysian universities. This research adds the perspectives of users’ experiences to the mobile learning regarding potentials in the study of local culture. The motivation for this research is the limited users’ voices – students for mobile learning – particularly, their own experiences in learning local cultural studies and the associated potentials. The aim of this study is to investigate if user experience has any mobile learning potentials to assist users in studying local culture. To find in-depth meaning, this research garnered the data from focus group discussions with students. The data were then analyzed using thematic analysis. This research indicates the students’ interest in mobile learning demonstrated on the students’ perspectives: the desired mobile applications paradigm and usability design concerns..

947 hits

[ First ] [ Prev ] Page 926 of 1182 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.