|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 9261 | 2018 Article | Tahap kualiti air tasik bekas lombong bijih timah untuk aktiviti rekreasi air di bandaraya Ipoh, Perak Wee, Fhei Shiang Kajian tahap kualiti air tasik bekas lombong bijih timah bagi aktiviti rekreasi telah dilakukan di Ipoh yang melibatkan lima buah tasik iaitu di Gunung Lang, Taman Indah, Kampung Temiang, Lahat dan Kampung Tengku Hussein. Pemonitoran sampel air telah dilakukan selama 12 bulan bermula September 2015 hingga Ogos 2016. Parameter kualiti air yang diukur ialah pH, oksigen terlarut (DO), pepejal terampai (SS), permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), nitrogen ammonia (NH3N), E. coli dan logam berat plumbum (Pb), kuprum (Cu), zink (Zn) dan arsenik (As). Parameter kualiti air ini seterusnya dianalisis menggunakan Indeks Kualiti Air (IKA) daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS). Dapatan kajian menunjukkan kesemua tasik kajian sesuai dibangunkan aktiviti rekreasi air kerana majoriti bulan cerapan berada pada Kelas II. Nilai IKA secara keseluruhan adalah antara 76-92 peratus (Lahat), 71-86 peratus (Kampung Temiang), 67-90 peratus (Kampung Tengku Hussein), 77-85 peratus..... 810 hits |
| 9262 | 2018 Article | Womens preparation to encounter flood disaster in East Jakarta, Jakarta Muzani, Asma Irma The article aims to explore women’s level of preparedness in facing flood disaster in East Jakarta, Jakarta. This research was carried out from September 2016 to May 2017. Descriptive quantitative research method was used in the research. Based on the research results, it could be concluded that women's level preparedness to encounter flood disaster in East Jakarta in 2013-2016 was under the ready category. On the knowledge parameter, the attitudes in the two areas are under the same category which is very ready. It indicates that the respondents have excellent knowledge on flood disaster. The parameter of emergency response plan is under the same category of almost ready. There are some indicators that show the low rate of the precaution for disaster preparation; emergency telephone numbers and addresses as well as the training of evacuation and first aids. The early warning system parameter shows the low results. For the affected area of flood disaster in 2013-2016, it is under the..... 944 hits |
| 9263 | 2018 Article | Analisis geografi pilihan raya negeri Perlis Indera Kayangan, Malaysia Junaidi Awang Besar Kajian ini bertujuan untuk menganalisis geografi pilihan raya dengan mengambil negeri Perlis Indera Kayangan sebagai lokasi kajian yang amat jarang dibincangkan dalam konteks akademik. Berkedudukan jauh di bahagian utara Semenanjung Malaysia dengan saiz yang kecil dan penduduk serta pengundi yang tidak ramai menyebabkan negeri ini dipinggirkan dalam konteks analisis politik negara ini. Namun, faktor geografi keruangan seperti kepencilan, saiz yang kecil serta pemilih yang tidak ramai tersebut sebenarnya menghasilkan suatu keadaan atau senario yang unik dan menarik untuk dikaji. Kajian dan penulisan ini adalah berdasarkan kepada analisis lokasi dan saiz dalam geografi pilihan raya, pemerhatian di lapangan, analisis data keputusan pilihan raya dan rujukan sumber sekunder yang berkaitan dan bersesuaian. Dengan menggunakan analisis data pilihan raya negeri Perlis dan ulasan sumber sekunder, hasil kajian mendapati dari segi analisis geografi politik dan pilihan raya iaitu saiz negeri Perlis..... 1391 hits |
| 9264 | 2018 Article | Integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit di Johor dan Sabah Ramli Zaimah Program integrasi sawit telah diperkenalkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) sebagai pemangkin kepada sasaran meningkatkan pendapatan para pekebun. Program integrasi sawit adalah satu program yang mengintegrasikan tanaman sawit bersama ternakan dan/atau tanaman. Persoalannya, apakah pekebun kecil sawit melaksanakan integrasi sawit dan sejauhmana kelangsungan pelaksanaan integrasi sawit dipraktiskan oleh pekebun kecil sawit? Tujuan artikel ini adalah untuk membuat perbandingan pelaksanaan dan kelangsungan integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit di Johor dan Sabah. Sejumlah 140 pekebun kecil sawit di Johor dan 130 pekebun kecil sawit di Sabah akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian dijangkakan akan dapat digunakan bagi menambahkan baik pelaksanaan integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit di kedua-dua negeri... 998 hits |
| 9265 | 2018 Article | Pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari dalam konteks sikap pentadbir di Institut Pendidikan Guru Malaysia Mani Rajan Ellappan Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari dalam konteks sikap pentadbir di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian melibatkan 247 orang pentadbir IPG yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan di 26 buah IPGM seluruh Malaysia. Pemilihan responden adalah dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak bertujuan yang dipilih berdasarkan ciri-ciri populasi dan objektif kajian. Instrumen soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Sub pemboleh ubah sikap terdiri daripada polisi akademik, polisi operasi, polisi perancangan dan polisi pengurusan. Manakala pemboleh ubah perancangan pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari terdiri daripada lapan sub pembolehubah iaitu standard isi, standard proses, standard kompetensi lulusan, standard pendidik dan tenaga kependidikan, standard prasarana, standard pengelolaan, standard pembiayaan dan standard penilaian pendidikan. Hasil..... 969 hits |
| 9266 | 2018 Article | Penggunaan persamaan universal soil loss equation dalam menganggar hakisan tanih di Universiti Pendidikan Sultan Idris: kajian kes Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City Nik Mohd Farhan Nik Daud Kajian ini dilakukan bagi menilai pengaruh panjang dan kecuraman cerun dalam mempengaruhi kadar hakisan tanih yang berlaku dalam kawasan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Proton City. Terdapat dua plot yang dibangunkan dengan darjah kecuraman dan panjang yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan plot kawalan (PK) mencatatkan kadar kehilangan tanih yang tertinggi iaitu 516.60 tan/hektar/tahun berbanding plot hakisan (PH) sebanyak 89.78 tan/hektar/tahun. Sepanjang 15 bulan cerapan di lapangan iaitu dari Januari 2015 hingga Mac 2016, PK mencatatkan jumlah sedimen sebanyak 2,953.55kg dan PH sebanyak 3676.63kg. Manakala isipadu air larian permukaan yang direkodkan di PK adalah sebanyak 14,523 liter dan sebanyak 18,389 liter bagi PH. Berdasarkan kepada piawaian yang ditetapkan oleh United States Department of Agriculture (USDA), PK dan PH berada pada klasifikasi kehilangan tanih yang sangat teruk dan berpotensi tinggi ke sangat tinggi untuk mengalami ..... 2089 hits |
| 9267 | 2018 Article | Kajian penggunaan air secara lestari dalam kalangan pelajar sekolah menengah Uma Mariapan Kajian ini bertujuan untuk menganalisis amalan penggunaan air dalam kalangan pelajar tingkatan empat daerah Kinta Utara, Perak. Kajian ini memilih metod kuantitatif melalui instrument soal selidik yang melibatkan seramai 420 pelajar sekolah menengah. Persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih iaitu pelajar tingkatan empat di daerah Kinta Utara, Perak. Data kajian dikumpul melalui borang soal selidik yang berfokus pada lima pemboleh ubah iaitu pengetahuan, nilai, kemahiran, sikap dan amalan penggunaan air secara lestari. Analisis kajian untuk meneliti tahap amalan penggunaan air secara lestari. Seterusnya analisis inferensi (kolerasi Pearson dan regresi berganda) digunakan untuk meneliti hubungan dan sumbangan setiap pemboleh ubah kajian. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap amalan penggunaan air secara lestari bagi pelajar adalah sederhana. Seterusnya analisis kolerasi Pearson menunjukkan bahawa keempat-empat pemboleh ubah tidak bersandar mempunyai hubungan positif..... 886 hits |
| 9268 | 2018 Article | Pengukuran parameter space syntax dalam Axwoman: kajian integrasi ruangan jalan raya di Wilayah Persekutuan Putrajaya Izatul Yussof Tujuan penulisan artikel ini ialah untuk menunjukkan ilustrasi kaedah pengukuran parameter yang digunapakai dalam perisian Axwoman bagi analisis Space Syntax. Pengiraan langkah demi langkah ditunjukkan dengan menggunakan ruang bandar sebenar di Putrajaya. Perisian Axwoman iaitu sambungan kepada ArcMap dalam ArcGIS versi 10 telah digunakan bagi aplikasi Space Syntax ini. Kemampuan Space Syntax ini untuk menganalisis ruang menjadikan Space Syntax sebagai alat yang unik untuk permodelan persekitaran bandar atau ruang geografi. Pengukuran yang telah dilakukan menunjukkan bahawa integrasi global yang paling tinggi di Putrajaya ialah di Jalan Lebuh Sentosa (FID 15) dan integrasi lokal yang paling tinggi ialah bagi FID 631 yang mewakili beberapa jalan iaitu Jalan Permodenan, Jalan P4 X dan Jalan Tun Hussein. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa parameter Space Syntax dan kaedah pengukurannya untuk memahami susun atur ruangan jalan raya. Malah, hasil dari kajian ini juga telah membantu un..... 655 hits |
| 9269 | 2018 Article | Factor contributing to the misuse of public space in the UNESCO World heritage site, George Town, Penang Muhamad Ferdhaus Sazali UNESCO World Heritage Site is situated in George Town, Penang. Most of the space inside the UNESCO World Heritage Site has a variety of business sectors. The traders are doing their business on a regular basis in their space and at the open space. Meanwhile, hawkers move from one place to another. However, there are also traders and hawkers that invade and do business in a public space and it causes the rise of conflict in public space. This study aims to identify factors that lead to misuse of public space in the World Heritage Site George Town, Penang. Questionnaires were conducted on a total of 312 traders and hawkers. Results of the questionnaire showed that the main cause of the problem is because Penang is famous for street food vendors. Thus, this study is very useful in ensuring the sustainability of public space, and the role of George Town Heritage City as a role model of the urban heritage preservation in the modern urban city... 1076 hits |
| 9270 | 2018 Article | Persepsi penduduk terhadap faktor luaran bencana banjir monsun: kajian kes di Kota Bharu, Kelantan Ang, Kean Hua Kajian ini dijalankan untuk menilai persepsi penduduk terhadap faktor luaran bencana banjir monsun di Kota Bharu, Kelantan. Kajian melibatkan kaedah kuantitatif dengan soal selidik digunakan untuk mengutip data. Seramai 400 orang responden ditetapkan melalui persampelan secara rawak mudah dan pemilihan responden adalah penduduk yang menetap di sepanjang sungai Kelantan bermula dari Kampung Limau Manis ke Kampung Banggol. Penyelidikan ini menggunakan analisis deskriptif dan item soal selidik melibatkan skala likert melalui pendekatan ‘close-ended’. Keputusan menunjukkan majoriti penduduk tempatan memberi reaksi positif dalam sistem ramalan dan amaran tentang hujan lebat dan banjir yang menjadi panduan orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga. Selain itu, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pos Kawalan Operasi Bencana (PKOB) diwujudkan untuk membantu dan mengurangkan kesusahan mangsa banjir dengan menyediakan peralatan seperti bot, pacuan 4 roda, dan lain-lain berada dalam keadaan..... 999 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 927 of 1160 | [ Next ] [ Last ] |