UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
92712017
Thesis
Kerelevanan kurikulum standard Kolej Vokasional bidang teknologi kimpalan dengan kehendak sektor industri
Md. Nizam Nasir
Kajian ini bertujuan untuk melihat kerelevanan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) bidang Teknologi Kimpalan dengan kehendak sektor industri terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar semasa menjalani latihan industri. Pendekatan tinjauan melibatkan soal selidik dan disokong dengan kaedah temubual telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan 71 orang pelajar Kolej Vokasional Shah Alam dalam bidang Teknologi Kimpalan yang menjalani program latihan industri dan 2 orang pihak majikan di sektor industri di mana pelajar ditempatkan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif manakala kaedah temubual pula melibatkan tema temubual yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan Min = 4.38, Sisihan Piawai = 0.302 bagi tahap (pengetahuan), Min = 4.38, Sisihan Piawai = 0.356 bagi tahap (kemahiran) dan Min = 4.48, Sisihan Piawai = 0.356 bagi tahap (sikap). Dapatan melalui temubual dengan pihak majika.....

941 hits

92722018
Thesis
Peranan dan sumbangan Home Guard di Temerloh, 1948-1956
Siti Aminah Abdul Ghani
Kajian ini bertujuan menilai peranan pasukan Home Guard di Temerloh pada masa darurat dari tahun 1948 sehingga 1956. Ancaman keselamatan terhadap penduduk di Temerloh pada zaman darurat mendorong kerajaan kolonial British menubuhkan Home Guard. Pasukan ini berperanan aktif sebagai pengawal kampung dalam memberi sumbangan bagi membanteras ancaman Rejimen ke-10 PKM di Temerloh sehingga merdeka. Kaedah penyelidikan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan membuat rujukan daripada dokumen-dokumen yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Annual Report, District Office Report, fail Setiausaha Kerajaan Negeri, dan minit mesyuarat. Kajian juga dijalankan di perpustakaan universiti awam di Malaysia seperti di Perpustakaan Tuanku Bainun,UPSI dan Perpustakaan Universiti Malaya. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa Home Guard tidak terbatas kepada Melayu sahaja, tetapi meliputi kaum lain iaitu Cina dan India. Hasil kajian juga menunjukkan pasukan Home Guard m.....

1420 hits

92732016
Thesis
Konflik hubungan dalam pasangan guru-guru muda Cina
Lim, Keng Cheian
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penjelasan lelaki dan wanita guru-guru muda cina dalam sebab-sebab konflik hubungan dalam pasangan serta mengenal pasti sama ada penjelasan-penjelasan itu mencerminkan empat sudut pandangan dalam perbezaan jantina. Empat sudut pandangan ilmiah telah dikenal pasti untuk menjelaskan mengapa kesukaran komunikasi berlaku antara lelaki dan wanita, iaitu biologi, budaya, kuasa dan retorik. Teori pendirian digunakan untuk mengkaji respon subjek dan seterusnya membantu menjelaskan perbezaan penjelasan antara subjek lelaki dan wanita. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, tiga kumpulan fokus yang menjadi subjek kajian ini menjawab soalan dan membincangkan sebab-sebab konflik pasangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa lelaki dan wanita percaya bahawa sebab-sebab konflik pasangan adalah naluri biologi, percakapan dan pemahaman berbeza, mementingkan diri, penghargaan, tempoh hubungan, didikan keluarga dan keperluan yang berbeza. Penjelasan lelaki dan wanita kep.....

831 hits

92742018
Thesis
Keberkesanan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog ke atas pencapaian Matematik murid tahun 2
Theinmoli Munusamy
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) terhadap pencapaian Matematik murid Tahun 2 di sebuah sekolah di negeri Perak. Frog VLE merupakan sistem pembelajaran maya secara Web yang digunakan sebagai sistem pengurusan pembelajaran di semua sekolah di Malaysia. Tiga objektif kajian iaitu mengukur keberkesanan penggunaan Frog VLE terhadap pencapaian Matematik, mengukur tahap kepuasan dan tahap kemahiran menggunakan Frog VLE dalam kalangan murid. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Sampel dibahagikan kepada 30 orang murid kumpulan rawatan dan 30 orang murid untuk kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah menggunakan Frog VLE untuk pembelajaran manakala kumpulan kawalan menggunakan pendekatan tradisional untuk pembelajaran. Tiga set instrumen digunakan iaitu soalan pengujian, soal selidik dan senarai semak kompetensi kemahir.....

1130 hits

92752017
Thesis
Kesan sistem francais pendidikan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi swasta
Nurain Sabrina Ahmad
Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Sistem Francais Pendidikan terhadap Kualiti Pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama kajian ini juga dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di IPTS. Faktor-faktor seperti persekitaran pembelajaran, gaya pengajaran dan kualiti pensyarah digunakan sebagai pemboleh ubah bebas yang diukur dengan menggunakan soal selidik lima skala-likert. Seramai 148 orang pelajar IPTS di sekitar Negeri Melaka dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Pengkaji menggunakan statistik deksriptif dan statistik inferensi dalam menganalisis data yang diperolehi iaitu dengan melihat kekerapan, min dan peratusan responden manakala statistik inferensi iaitu Analisis Faktor dan Analisis Regresi Berganda digunakan untuk melihat kesahan item dalam soal selidik dan impak faktor-fak.....

726 hits

92762017
Thesis
Pembentukan norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor pengadil-pengadil bola sepak negeri Perak
Syed Ameer Ali Rahaman
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kecergasan fizikal dan pembentukan norma norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor bagi pengadil-pengadil bola sepak negeri Perak. Seramai 132 orang pengadil bola sepak negeri Perak telah dijadikan sebagai sampel kajian dan telah diuji. Pemilihan subjek adalah berdasarkan sampel rawak mudah. Sampel diuji dari segi kecergasan berlandaskan kemahiran motor yang merangkumi enam ujian iaitu Ujian Melontar Bola Keranjang untuk menguji koordinasi, Ujian Ketangkasan SEMO untuk menguji ketangkasan, Ujian Kayu Bass Menegak untuk menguji keseimbangan,Ujian Lompat Jauh Berdiri untuk menguji kuasa, Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson untuk mengukur masa reaksi dan Ujian Lari Pecut 30 meter untuk mengukur kepantasan. Data telah dianalisis membentuk norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan sampel mencapai tahap “baik” berdasarkan norma yang dibentuk. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya dan me.....

1167 hits

92772017
Thesis
Hubungan antara sikap pengguna dan pemilihan institusi perbankan Islam : kepatuhan agama sebagai mediator
Maslina Mohamed
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara sikap pengguna dengan pemilihan institusi perbankan Islam dalam kalangan staf Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pahang. Selain itu, kajian ini turut mengukur pengaruh kepatuhan agama sebagai mediator. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik sebagai instrumen. Sampel terdiri daripada 357 staf IPT yang dipilih menggunakan teknik pensampelan sistematik. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan Structural Equation Modelling (SEM). Analisis deskriptif menjelaskan tahap sikap, kepatuhan agama dan pemilihan perbankan Islam, manakala analisis SEM bagi menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa min sikap, kepatuhan agama dan pemilihan Perbankan Islam berada pada tahap yang tinggi. Sikap dan kepatuhan agama mempunyai kesan yang positif dan signifikan terhadap pemilihan perbankan Islam. Kepatuhan agama bertindak sebagai mediator separa dalam hubungan antara sikap pengguna dengan pemilihan per.....

845 hits

92782017
Thesis
Sumber pendidikan kewangan, tahap literasi kewangan dan hubungannya dengan tingkah laku kewangan usahawan mini RTC Zon Utara
Noor Atiqah Ab Talib
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persetujuan usahawan terhadap sumber pendidikan kewangan, literasi kewangan serta tingkah laku kewangan dalam kalangan usahawan mini RTC Zon Utara. Hubungan dan pengaruh ketiga-tiga pemboleh ubah juga turut dikaji. Kajian ini merupakan kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang melibatkan 254 orang usahawan mini RTC Zon Utara menggunakan statistik inferensi, korelasi dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan tahap persetujuan usahawan bagi sumber pendidikan berkaitan kewangan, tahap literasi kewangan serta tahap tingkah laku kewangan usahawan adalah sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan dan pengaruh antara sumber pendidikan kewangan dengan tahap literasi kewangan serta tahap literasi kewangan dengan tingkah laku kewangan usahawan mini RTC Zon Utara. Kajian ini menunjukkan literasi kewangan dalam kalangan usahawan mini RTC Zon Utara perlu dipertingkatkan bagi membantu usahawan untuk ber.....

1082 hits

92792017
Thesis
Satu kajian kes tentang penglibatan keluarga mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan
Aisyah Abdullah
Kajian ini bertujuan meneroka penglibatan keluarga, cabaran dan strategi keluarga dalam mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Seramai tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada empat orang ahli keluarga dan tiga orang bekas penagih dadah dipilih dengan menggunakan kaedah sampel bertujuan. Hasil kajian mendapati penglibatan keluarga merupakan satu proses penyesuaian bagi mengendalikan bekas penagih dadah. Keluarga juga menempuhi cabaran dalam mengendalikan bekas penagih dadah kerana pengaruh dalaman dan luaran. Bagi mengatasi cabaran tersebut, keluarga mempunyai strategi tersendiri iaitu membentuk intervensi psikososial yang terdiri daripada tingkah laku, personaliti dan persekitaran. Kesimpulannya, keluarga perlu mendekatkan diri dengan bekas penagih dadah bagi memotivasikan mereka untuk meneruskan kehidu.....

857 hits

92802017
Thesis
Pengaruh penerimaan dan penggunaan aplikasi HRMIS terhadap tingkah laku penggunaan pegawai perkhidmatan pendidikan di sekolah menengah
Shahrizan Ab Rahim
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh penerimaan dan penggunaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) terhadap tingkah laku penggunaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sekolah menengah di Putrajaya. Lapan faktor penerimaan dan penggunaan telah dipilih untuk mengetahui pengaruhnya terhadap tingkah laku PPP. Faktor penerimaan adalah jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, motivasi hedonik, tabiat terhadap niat tingkah laku. Manakala faktor penggunaan adalah keadaan kemudahan, tabiat dan niat tingkah laku terhadap tingkah laku penggunaan. Soal selidik dalam kajian ini merupakan adaptasi dan modifikasi daripada instrumen kajian-kajian lepas. Seramai 30 orang telah dipilih sebagai responden bagi kajian rintis dan 327 orang responden bagi kajian sebenar. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan bagi menjelaskan kekerapan pilihan jawapan PPP. Sementara itu, analisis inferensi regr.....

723 hits

[ First ] [ Prev ] Page 928 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.