UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
96712018
Article
Cabaran pelaksanaan program gerakan desa wawasan dalam memajukan kawasan luar bandar di Sabah
Nur Shaslinda Abdul Kadir
Transformasi strategi pembangunan luar bandar telah beralih dari fasa menekankan pembangunan fizikal kepada berorientasikan modal insan melalui program Gerakan Desa Wawasan (GDW). Kajian ini dijalankan bagi menilai pelaksanaan program GDW yang telah dilaksanakan di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, data primer dikumpul melalui temu bual mendalam. Antara yang ditemu bual ialah Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk mendapat maklumat tentang pelaksanaan program GDW berdasarkan perspektif pelaksana yang bertindak sebagai jentera penyelarasan GDW. Selain itu, data sekunder turut dirujuk untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan GDW di Sabah. Kajian mendapati bahawa wujud perbezaan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dalam memajukan kawasan luar bandar. Antara cabaran pelaksanaan program GDW di Sabah yang dikenalpasti ialah kelemahan dalam pemilihan JKKK, pertindihan kuasa di peringkat kampung, pertindihan kuasa di peringkat persekutuan dan negeri, .....

2380 hits

96722018
Article
Kepentingan penyediaan elemen landskap di kawasan rekreasi tasik Darulaman, Jitra, Kedah
Sharifah Meryam Shareh Musa
Pembinaan landskap di taman rekreasi merupakan salah satu fasiliti yang perlu disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada komuniti sesebuah bandar. Pembinaan landskap taman rekreasi di negara ini masih lagi tidak mencapai tahap kepuasan yang dikehendaki oleh pengguna dan pengunjung. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji pembinaan landskap, dengan merujuk kepada Taman Rekreasi Tasik Darulaman, Jitra. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kepentingan pembinaan landskap kepada pengguna, dan mengkaji persepsi pengguna terhadap pembinaan landskap di Taman Rekreasi Tasik Darulaman. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah temubual dan soal selidik. Kajian ini melibatkan sebanyak 80 orang responden yang terdiri daripada pengguna/pengunjung yang berkunjung ke Tasik Darulaman serta temubual bersama pihak pengurusan Tasik Darulaman (BDB Land Sdn. Bhd). Hasil kajian mendapati bahawa responden bersetuju dengan pembinaan landskap di taman rekreasi kerana.....

989 hits

96732018
Article
Pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) dalam kalangan isi rumah: kajian kes Wilayah Persekutuan Labuan
Fionna George
Artikel ini berkaitan senario pengurusan e-sisa di Wilayah Persekutuan Labuan yang mana tumpuannya adalah pengurusan e-sisa daripada isi rumah. Pengurusan e-sisa secara sistematik sepatutnya merangkumi pengurusan e-sisa daripada industri dan isi rumah. Walau bagaimanapun, di Malaysia pengurusan e-sisa yang dijanakan daripada isi rumah tidak diurus dengan baik menyebabkan kesan yang negatif kepada alam sekitar dan manusia. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu pertama mengenal pasti tingkah laku isi rumah dan kedua menilai tahap pengetahuan isi rumah mengenai e-sisa. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yang telah diedarkan kepada 100 responden yang terdiri daripada isi rumah. Analisis deskriptif seperti frekuensi dan crosstabs digunakan untuk menganalisis data kajian untuk menjawab objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat banyak sebab penggantian peralatan elektronik dilakukan oleh responden. Selain itu, responden juga lebih memilih untuk melup.....

1051 hits

96742018
Article
Komponen fizikal pembinaan kolej kediaman lestari di universiti awam Malaysia: tinjauan literatur
Mohd Reduan Buyung
Artikel ini merupakan tinjauan awalan bagi membina sebuah kolej kediaman lestari pada masa hadapan. Permasalahan utama dalam kajian ini adalah ketiadaan garis panduan yang lengkap dalam membangunkan sebuah kolej kediaman yang selesa dan konduksif. Kesannya akan menyebabkan berlaku kelemahan dan kekurangan dalam penyediaan kemudahan di kolej kediaman yang akhirnya membawa kepada ketidakselesaan penghuni. Kelestarian kolej kediaman juga akan terjejas dan secara keseluruhannya akan mengundang kepada kemerosotan kualiti hidup penghuni. Artikel ini ditulis bagi mengenalpasti komponen fizikal dalam alam bina yang mampu mempengaruhi pembinaan kolej kediaman lestari. Metodologi kajian adalah berdasarkan tinjauan literatur terhadap komponen seperti lokasi pembinaan, bangunan, aksesbiliti, kemudahan OKU, keselamatan, landskap dan kawasan rekreasi. Hasil kajian mendapati setiap komponen yang diteliti mempunyai pengaruh dan memberikan kesan ke atas kolej kediaman dan penghuninya. Penemuan dalam ka.....

1299 hits

96752018
Article
Penilaian kepuasan pelancong terhadap ekopelancongan di Bukit Fraser menggunakan model Importance-Performance Analysis (IPA)
Valentino Kerish Imau
Ekopelancongan di Bukit Fraser, Pahang menjadi semakin terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara kerana keunikan kawasan tanah tinggi dengan khazanah alam sekitar dan kepelbagaian flora dan faunanya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan pelancong terhadap industri ekopelancongan di Bukit Fraser. Justeru kajian ini telah mengkaji tahap keberkesanan perkhidmatan yang telah disediakan sama ada masih di tahap yang tinggi atau rendah. Indikator yang dilihat adalah dari segi keadaan persekitaran, sistem pengangkutan serta kawasan penginapan. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada seramai 45 orang pelancong. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis IPA bagi melihat tahap kepuasankepentingan kemudahan dan perkhidmatan manakala perisian SPSS digunakan untuk analisis frekuensi demografi pelancong. Hasil analisis telah mendapati sebanyak tiga aspek yang perlu diberikan lebih tumpuan iaitu aspek keadaan jalan raya,.....

706 hits

96762018
Article
Financial support for pilgrimage and its impact to the well-being of the elderly in Kelantan
Norizan Musa
The increase in the lifespan of the population has made many Malay Muslims practicing hajj at older age. Furthermore, the high cost of pilgrimage leads to a long period of time needed to provide financial resources. Every year, the departure of the pilgrimage becomes a phenomenon in the Malay community. Most studies in the West show pilgrimage can improve the well-being of senior citizens. In Malaysia, senior citizens find a variety of ways in order to perform hajj, such as saving money from agricultural activities, saving up from their retirement money and receiving money from their children. The objective of this article is to identify the primary source of financial support that the elderly received in order to perform the Hajj and its impact on their well-being. A qualitative approach was used to collect data involving in-depth interviews and participant observations on 10 respondents aged 60 years and above. This respondent was selected through snowball sampling and purposive samp.....

777 hits

96772018
Article
Tahap kualiti air tasik bekas lombong bijih timah untuk aktiviti rekreasi air di bandaraya Ipoh, Perak
Wee, Fhei Shiang
Kajian tahap kualiti air tasik bekas lombong bijih timah bagi aktiviti rekreasi telah dilakukan di Ipoh yang melibatkan lima buah tasik iaitu di Gunung Lang, Taman Indah, Kampung Temiang, Lahat dan Kampung Tengku Hussein. Pemonitoran sampel air telah dilakukan selama 12 bulan bermula September 2015 hingga Ogos 2016. Parameter kualiti air yang diukur ialah pH, oksigen terlarut (DO), pepejal terampai (SS), permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), nitrogen ammonia (NH3N), E. coli dan logam berat plumbum (Pb), kuprum (Cu), zink (Zn) dan arsenik (As). Parameter kualiti air ini seterusnya dianalisis menggunakan Indeks Kualiti Air (IKA) daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS). Dapatan kajian menunjukkan kesemua tasik kajian sesuai dibangunkan aktiviti rekreasi air kerana majoriti bulan cerapan berada pada Kelas II. Nilai IKA secara keseluruhan adalah antara 76-92 peratus (Lahat), 71-86 peratus (Kampung Temiang), 67-90 peratus (Kampung Tengku Hussein), 77-85 peratus.....

908 hits

96782018
Article
Womens preparation to encounter flood disaster in East Jakarta, Jakarta
Muzani, Asma Irma
The article aims to explore women’s level of preparedness in facing flood disaster in East Jakarta, Jakarta. This research was carried out from September 2016 to May 2017. Descriptive quantitative research method was used in the research. Based on the research results, it could be concluded that women's level preparedness to encounter flood disaster in East Jakarta in 2013-2016 was under the ready category. On the knowledge parameter, the attitudes in the two areas are under the same category which is very ready. It indicates that the respondents have excellent knowledge on flood disaster. The parameter of emergency response plan is under the same category of almost ready. There are some indicators that show the low rate of the precaution for disaster preparation; emergency telephone numbers and addresses as well as the training of evacuation and first aids. The early warning system parameter shows the low results. For the affected area of flood disaster in 2013-2016, it is under the.....

1001 hits

96792018
Article
Analisis geografi pilihan raya negeri Perlis Indera Kayangan, Malaysia
Junaidi Awang Besar
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis geografi pilihan raya dengan mengambil negeri Perlis Indera Kayangan sebagai lokasi kajian yang amat jarang dibincangkan dalam konteks akademik. Berkedudukan jauh di bahagian utara Semenanjung Malaysia dengan saiz yang kecil dan penduduk serta pengundi yang tidak ramai menyebabkan negeri ini dipinggirkan dalam konteks analisis politik negara ini. Namun, faktor geografi keruangan seperti kepencilan, saiz yang kecil serta pemilih yang tidak ramai tersebut sebenarnya menghasilkan suatu keadaan atau senario yang unik dan menarik untuk dikaji. Kajian dan penulisan ini adalah berdasarkan kepada analisis lokasi dan saiz dalam geografi pilihan raya, pemerhatian di lapangan, analisis data keputusan pilihan raya dan rujukan sumber sekunder yang berkaitan dan bersesuaian. Dengan menggunakan analisis data pilihan raya negeri Perlis dan ulasan sumber sekunder, hasil kajian mendapati dari segi analisis geografi politik dan pilihan raya iaitu saiz negeri Perlis.....

1528 hits

96802018
Article
Integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit di Johor dan Sabah
Ramli Zaimah
Program integrasi sawit telah diperkenalkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) sebagai pemangkin kepada sasaran meningkatkan pendapatan para pekebun. Program integrasi sawit adalah satu program yang mengintegrasikan tanaman sawit bersama ternakan dan/atau tanaman. Persoalannya, apakah pekebun kecil sawit melaksanakan integrasi sawit dan sejauhmana kelangsungan pelaksanaan integrasi sawit dipraktiskan oleh pekebun kecil sawit? Tujuan artikel ini adalah untuk membuat perbandingan pelaksanaan dan kelangsungan integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit di Johor dan Sabah. Sejumlah 140 pekebun kecil sawit di Johor dan 130 pekebun kecil sawit di Sabah akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian dijangkakan akan dapat digunakan bagi menambahkan baik pelaksanaan integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit di kedua-dua negeri...

1082 hits

[ First ] [ Prev ] Page 968 of 1202 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.