AbstractSukatan pelajaran Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah menuntut agar proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ini disampaikan secara bersepadu atau holistik bagi memenuhi tuntutan falsafah pendidikan negara. Namun, fenomena semasa menunjukkan bahawa falsafah ini tidak berlaku. Kajian lalu misalnya membuktikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar di bilik darjah masih bersifat tradisional, memberi fokus terhadap peperiksaan dan menafikan kehendak dan naluri pelajar. Kajian ini akan mendapatkan pandangan guru dan pelajar terhadap kebolehlaksanaan dan kebolehgunaan modul pengajaran Bahasa Melayu berlandaskan pendekatan holistik. Aspek kebolehlaksanaan meliputi aspek kerelevanan isi kandungan, kebolehcapaian objektif pelajaran, kebolehlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, dan kemampuan menarik minat pelajar. Aspek kebolehgunaan pula melibatkan aspek strategi pengajaran, kaedah pengajaran kemahiran bahasa, kaedah pengajaran tatabahasa, penggun.....