UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Md Idris Mohd Rashid
12012
article
Nilai modal insan dalam novel sebagai sumber transformasi identiti belia di Malaysia
Md Idris Mohd Rashid, Mohd Nawi Norita Azrini,
Makalah ini melihat keampuhan Teori Falsafah Bahasa sebagai wahana penyampai nilai dan ilmu. Teori ini menekankan tiga prinsip asas, iaitu berbahasa dengan menggunakan nahu yang betul mengikut konteks, berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan berbahasa sebagai suatu ibadah. Rata-rata masyarakat di Malaysia terutama golongan belia amat menggemari genre novel sebagai bahan bacaan. Kehidupan beragama juga menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia termasuk golongan belia. Novel yang dipilih ialah ‘Seteguh Karang’ yang dipelajari di sekolah menengah telah memperlihatkan prinsip-prinsip dalam teori ini diamalkan. Di samping itu, novel ini juga telah membuktikan wujudnya nilai modal insan yang mampu menjadi penjana dan penghubung transformasi identiti belia di Malaysia. Berdasarkan data yang dianalisis, terbukti lima nilai modal insan untuk membangunkan generasi yang mempunyai ciri-ciri berikut i) kualiti asas jasmani, emosi, rohani dan intelektual, ii) berjiwa besar dan c.....

1359 hits

22013
article
Memartabatkan Bahasa Melayu melalui pendidikan dan mendepani cabaran globalisasi
Md Idris Mohd Rashid,
Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Keyakinan ini telah termeterai bahawa bahasa Melayu telah menduduki tempat yang tinggi sebagai bahasa moden kerana telah memenuhi semua syarat seperti sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan, bahasa perdagangan, bahasa agama, bahasa kebudayaan dan kesusasteraan, bahasa militer, bahasa lingua franca, bahasa parlimen dan bahasa mahkamah. Mengikut kajian pada tahun 1992, bahasa Melayu menduduki tempat keenam, iaitu mempunyai kira-kira 200 juta penutur. Daripada sudut tatabahasa terutamanya sintaksis, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang paling mudah dipelajari, sangat lentur dan sesuai untuk mengekspresikan pemikiran yang tinggi. Usaha pemerkasaan bahasa Melayu kian t.....

1555 hits

32017
thesis
Pembinaan model falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional
Mohd Khaidir Abdul Wahab
Kajian ini dilakukan untuk membina satu model penyatupaduan nasional melalui sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, yang dikenali sebagai Model Falsafah Bahasa Penyatuan Bangsa. Dalam model ini, elemen falsafah bahasa akan diserapkan ke dalam sistem pembelajaran bahasa Melayu bagi mewujudkan kesedaran penyatupaduan nasional dalam kalangan murid. Tiga objektif utama ialah meninjau kebolehlaksanaan pembangunan Model Falsafah Bahasa untuk Penyatupaduan Nasional, menghasilkan model prototaip dan menilai pelaksanaannya untuk penyatupaduan nasional. Penyelidikan ini menggunakan kaedah Design and Development Research Approach yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein. Gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif diimplimentasikan dalam kajian ini berpandukan Model Falsafah Pendidikan Bahasa oleh Awang Sariyan dan Model Falsafah Bahasa oleh Mohd Rashid Md Idris yang telah diteliti berdasarkan dua teori teras falsafah bahasa, iaitu Teori Relativiti Bahasa oleh Edward Sapir dan Benjamin .....

1706 hits

Filter
thesis ... (2)
article ... (62)
monograph ... (4)
bulletin ... (4)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Md +Idris +Mohd +Rashid

+Md +Idris +Mohd +Rashid +Mohd +Nawi +Norita +Azrini




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.