UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 110 |
Simplified search suggestions : PENDIDIKAN ISLAM |
1 | 2016 thesis | Gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF Mohd Razimi Husin Kajian ini bertujuan untuk meneroka kecenderungan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran Berkemampuan Tahap Tinggi (MBPBTT) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF. Kajian ini ialah satu kajian kes iaitu data kajian diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan hasil kerja murid. Kajian dijalankan terhadap enam orang murid, empat orang guru dan enam orang ibu bapa. Murid kategori bermasalah pembelajaran dipilih menggunakan kaedah sampel secara bertujuan di sekolah rendah Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP) di negeri Perak yang berumur antara 10 hingga 13 tahun. Konstruk dan kesahan dalaman telah disahkan oleh pakar, manakala kesahan luar diperoleh dengan membandingkan dapatan kajian lain yang berasaskan teori berkaitan. Data dianalisis dengan teknik perbandingan berterusan ciri gaya pembelajaran MBPBTT. Perbandingan dilakukan ini bagi mengenal pasti tema ciri gaya pembelajaran yang dimiliki oleh mereka dan mengenal pasti sejauh mana penekanannya diberikan di sekola..... 2393 hits |
2 | 2016 thesis | Interpretasi ilustrasi dalam buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah Abdul Rahman Mahamad Kajian ini bertujuan meneliti interpretasi ilustrasi dalam buku teks Pendidikan Islam terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian ini merupakan kajian kes yang menerapkan kaedah kualitatif dengan pendekatan interdisiplin secara deskriptif; serta interpretasi ilustrasi dan teks berdasarkan tiga perspektif iaitu Seni Halus (Edmund Feldman, 1967), Semiotik Visual (Meyer Schapiro, 1996) dan Penerbitan Buku Teks (KPM, 2012). Analisis kajian ini juga telah mengenal pasti jenis, ciri-ciri, fungsi, prinsip rekaan dalam penerbitan, elemen seni reka dan Interpretasi Empat Lapis berdasarkan Teori Semiotik Visual oleh Meyer Schapiro. Dapatan kajian menunjukkan ilustrasi dalam buku teks masih terhad dari jenis, ciri-ciri dan fungsi. Pengetahuan ilustrator tentang ilustrasi juga terhad dan kelihatan simplistik dalam perspektif penerbitan buku teks dan seni halus. Didapati ilustrator juga mengambil kira dan peka perspektif murid bagi memastikan fungsi dan interpretasi ilustrasi sampai dan ..... 2704 hits |
3 | 2008 thesis | Analisis perubahan kurikulum pendidikan Islam di sekolah agama rakyat di selatan Thailand Land (1961-2003) Manyunu, Muhamatsakree Islamic Private school of Southern Part of Thailand is resembling the continuous progress of education of Islam from the educational institute of Pondak tradition. The educational system of this Islamic private school is unique and different from others. Therefore, it is required the specific educational curriculum of Islam. The Educational Development Center of Region II-Yala has been a government organization which is responsible for creating and reforming the educational curriculum of Islam from time to time. It started from the fist step of registering of Islamic private school with the government until this present time, it consists of six curriculum which have been formed, implemented and reformed. They were Islamic Educational Curriculum 2504B [1961], Islamic Educational Curriculum 2513B [1970], Islamic Educational Curriculum 2523B [1980], Islamic Educational Curriculum 2535B [1992], Islamic Educational Curriculum 2540B [1997] and Islamic Educational Curriculum 2546B [2003]. Thi..... 1062 hits |
4 | 2006 book_section | Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik kursus tamadun Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris Jemali Misnan, Hashim Ibrahim, Kasim Ahmad Yunus, Bistamam Mohamad Nasir, Gaya pembelajaran merupakan antara faktor penting yang menentukan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan gaya pembelajaran di kalangan pelajar kursus Tamadun Islam TITAS 1, perbezaan gaya dan strategi pembelajaran mengikut pencapaian akademik. Tiga gaya pembelajaran yang dikaji ialah motivasi, mendalam dan mendatar. Kajian menggunakan kaedah tinjauan semasa dan sampelnya terdiri daripada 400 pelajar semester dua di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Data dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS untuk menentukan korelasi intra dan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik serta ujian-t untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran mengikut pencapaian akademik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa walaupun wujud hubungan positif antara ketiga-tiga gaya pembelajaran, hubungan antara gaya motivasi dan mendalam adalah lebih kuat dengan pencapaian TITAS 1. Aras motivasi mempunyai pengaruh ke atas p..... 2888 hits |
5 | 2003 monograph | Kajian peranan guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah-sekolah menengah aliran agama di negeri Perak Darul Ridzuan Kasim Ahmad Yunus, Jusoh Ahmad Jazimin, Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengenal pasti peranan guru pendidikan Islam berdasarkan sikap, persepsi dan amalan mereka yang diselaraskan dengan bentuk profil personaliti yang ditentukan iaitu analitikal, ekstrovert, kepelbagaian, menolong dan struktur. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada wujud perbezaan personaliti antara guru pendidikan Islam mengikut jantina. Subjek kajian terdiri daripada 112 guru pendidikan Islam yang telah dipilih di sekolah-sekolah menengah aliran agama (SMKA & KAA) di daerah Tapah, Manjung, Hilir Perak, Bagan Serai, Taiping, Parit Buntar, Setiawan, Gerik, Kuala Kangsar dan Ipoh. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori Personaliti Sidek dan soal selidik yang dibina oleh penyelidik. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif termasuklah min, sisihan piawai dan kekerapan. Ujian-t dan anal isis kolerasi digunakan khusus untuk melihat keselarasan antara tret personaliti kaunselor dengan guru pendidikan Islam. D..... 2082 hits |
6 | 2015 thesis | Pemahaman guru Pendidikan Islam mengenai perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kerian Perak Rozaliza Abdul Manap Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pemahaman guru-guru Pendidikan Islam tentang buli, jenis-jenis buli, lokasi kekerapan buli, faktor-faktor penyebab buli, tindakan menangani buli dan pendekatan mencegah buli. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan melibatkan 167 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di 21 buah sekolah menengah seluruh Daerah Kerian. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data kajian. Kajian mendapati 87.2% daripada responden memahami tentang buli; 83.4% responden memahami jenis-jenis buli iaitu buli langsung, buli lisan, buli fizikal, buli lisan bukan fizikal dan gangguan seksual; 84% responden setuju buli berlaku di sekolah; 77.7% responden bersetuju buli berlaku disebabkan oleh faktor keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Responden juga memberikan pandangan tindakan-tindakan untuk menangani buli adalah dengan melaksanakan pendekatan secara Islam, kerjasama daripada setiap guru dan mengadakan kempen ant..... 1849 hits |
7 | 2017 thesis | Gaya pembelajaran murid orang asli di Perak dalam pendidikan Islam Mohamad Yusri Bakir Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran murid Orang Asli dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah negeri Perak. Kajian ini menggunakan Teori Kognitif Piaget, Gestalt, Pembelajaran Tadrij, Teori Dua Faktor Motivasi Herzberg dan Model Dunn & Dunn untuk mengkaji gaya pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid Orang Asli merangkumi aspek motivasi, tanggungjawab, kecekalan, persekitaran, struktur, sosiologi, fisiologi dan psikologi. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan menggunakan metod kuantitatif dan kualitatif. Metod kuantitatif melibatkan soal selidik yang diedarkan kepada 199 orang murid dan disokong oleh metod kualitatif yang melibatkan pemerhatian terhadap enam orang murid Orang Asli beragama Islam. Data kajian dianalisis untuk melihat deskriptif dan inferensi; frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, ujian MANOVA serta korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati gaya pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalan..... 1317 hits |
8 | 2017 thesis | Amalan pengajaran bidang ibadah dalam kalangan guru pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina negeri Perak Zaki Ismail Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran bidang ibadah dalam kalangan guru dan penguasaan ibadah dalam kalangan murid-murid Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) negeri Perak. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru dan 85 orang murid dari 10 buah SJKC di negeri Perak. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik kepada guru dan murid serta satu set ujian yang dijalankan kepada murid-murid Islam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Analisis data dalam kajian ini menggunakan kekerapan, peratus, min, ujian-t, ANOVA dan ujian korelasi Spearman. Pengumpulan data maklumat yang dikaji diperoleh melalui soal selidik dan dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru berdasarkan persepsi guru dan murid berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala penguasaan bidang ibadah murid berada pada tahap sederhana rendah. Ujian t dan ANOVA pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di ant..... 1669 hits |
9 | 2018 article | Strategi pengajaran pendidikan Islam di sekolah menengah daerah Besut, Terengganu Abdul Munir Ismail Guru Pendidikan Islam hendaklah menggunakan pelbagai strategi pengajaran ketika mengajar kerana guru menghadapi cabaran mendidik generasi muda terutamanya dalam arus global masa kini. Guru hendaklah kreatif dalam pengajaran bagi menarik minat pelajar mengikuti pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran guru Pendidikan Islam di empat buah sekolah di Daerah Besut, Terengganu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti strategi pengajaran yang sesuai dan menarik terhadap subjek Pendidikan Islam KBSM yang dilaksanakan di sekolah. Kajian berbentuk tinjauan (survey) ini dijalankan terhadap 240 orang pelajar. Data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Version 17.0) dan dihuraikan menggunakan statistik diskriptif seperti peratus dan frekuensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi pengajaran Pendidikan Islam berada pada tahap yang tinggi. Antara komponen strategi pengajaran seperti set induksi, isi kandungan, kaedah, penilaia..... 709 hits |
10 | 2019 thesis | Pelaksanaan komposisi pengajaran guru pendidikan Islam yang mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam bidang akidah sekolah rendah di Malaysia Mohd Syaubari Othman Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan struktur komposisi pengajaran Guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam bidang akidah sekolah rendah. Tiga komponen komposisi pengajaran GPI iaitu permulaan, perkembangan dan penutup pengajaran ditetapkan sebagai kerangka konseptual kajian. Reka bentuk kajian secara kaedah campuran penjelasan berurutan (explanatory sequential mixed method design) dilaksanakan dengan didahului analisis kuantitatif dan dapatan daripada kuantitatif diteruskan menggunakan kaedah kualitatif secara kajian kes untuk penerokaan secara terperinci. Kajian ini dilaksanakan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama kajian dan disepadukan dengan protokol temu bual dan analisis dokumen manakala teknik pensampelan kelompok dan rawak berstrata secara zon digunakan bagi menentukan sampel kajian. Saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 402 orang GPI yang mewakili populasi seramai 35,856 orang GPI ..... 3425 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 11 | [ Next ] [ Last ] |