UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 96 |
Simplified search suggestions : Pembelajaran abad ke 21 |
1 | 2018 article | Kesediaan guru Sains sekolah rendah terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 Azalida Tajudin Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh manakah kesediaan guru Sains dan sekolah rendah daripada aspek pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21 di Jasin. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti adakah terdapatnya hubungan kesediaan guru Sains daripada segi penguasaan pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap dengan pengalaman mengajar dan jantina. Seramai 115 orang guru telah dipilih secara rawak berstrata dalam menjayakan kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik, skala likert 5 mata digunakan bagi tahap kesediaan dari segi pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 20.0 dan ditunjukkan dalam frekuensi, min dan sisihan piawai. Dapatan hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru Sains sekolah rendah di Jasin dari segi pengetahuan,sikap, kemahiran dan minat berada pada tahap tinggi. Melalui Ujian-t dan ANOVA m..... 710 hits |
2 | 2019 article | Kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran Abad 21 terhadap pembangunan pelajar Noor Lela Ahmad Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru terhadap kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 dalam sesi PdP mereka bagi tujuan pembangunan pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data dari sampel kajian. Instrumen kajian diadaptasi dan diubahsuai dari model Partnership for 21st Century Skills mengikut keperluan persoalan kajian. Soal selidik mengandungi lapan dimensi amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Pemilihan sampel kajian menggunakan persampelan secara rawak. Sampel kajian terdiri daripada 242 orang guru daripada 34 buah sekolah di daerah Kinta Utara, Perak. Berdasarkan dapatan kajian, tiga kemahiran amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 guru di daerah Hulu Kinta yang tertinggi adalah dimensi kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan kemahiran pemikiran kritikal. Manakala dimensi amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 yang terendah adalah adalah dimensi ke..... 3127 hits |
3 | 2021 thesis | Pengetahuan dan proses pengajaran guru terhadap elemen dalam pembelajaran abad ke-21 Muhammad Izzat Mailis Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan dan proses pengajaran guru
terhadap elemen dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Ia menggunakan
pendekatan kuantatatif jenis tinjauan dan disokong oleh pendekatan kualitatif
melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen. Sampel kajian terdiri daripada 153
orang guru yang mengajar di tiga buah Sekolah Kebangsaan (SK) di daerah Sepang,
Selangor. Empat orang responden pula dipilih untuk temu bual dan pemerhatian
pengajaran di dalam kelas. Borang soal selidik diguna untuk mendapatkan
maklumat tentang pengetahuan guru dalam PAK21 dan disokong dengan protokol
temubual. Borang senarai semak pemerhatian diguna untuk melihat proses
pengajaran guru terhadap elemen dalam PAK21. Data daripada soal selidik dan
senarai semak dianalisis menggunakan peratusan manakala analisis dokumen RPH
dan protokol temu bual dibuat secara tematik. Hasil kajian menunjukkan
pengetahuan guru dalam PAK21 adalah tinggi dengan skor peratusan di antara 75-
100%. P..... 6742 hits |
4 | 2020 article | Model bersepadu penerapan kemahiran pedagogi pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dalam kalangan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris Muhammad Khairuddin Lim Abdullah Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan Kemahiran Pedagogi PdPc abad ke-21 dalam kalangan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris dan seterusnya membina model bersepadu penerapan kemahiran ke-21. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif, kualitatif dan pemerhatian serta temu bual. Min purata elemen amalan PdP pensyarah adalah 4.43 dan standard deviation = 0.53. Secara tuntasnya, min berada pada tahap penguasaan yang tinggi dan keupayaannya boleh dipertingkatkan lagi agar berada di dalam tahap cemerlang. Elemen-elemen itu adalah seperti kemahiran pemikiran kritikal, komunikasi, refleksi, kolaborasi, pentaksiran, penyelesaian masalah, teknologi serta kemahiran kreativiti dan inovasi. Penentu kepada kejayaan PdPc itu sendiri adalah para pensyarah itu sendiri yang arif dalam profesional bidang keguruan masing-masing. Kajian ini diharap dapat menyumbangkan kepada peningkatan kebolehpasaran graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Justeru itu, diharap ..... 968 hits |
5 | 2018 research_report | Pembinaan modul aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) kursus Pengajian Kenegaraan berkonsepkan pembelajaran abad ke-21 Siti Noranizahhafizah Boyman Penyelidikan ini bertujuan membangunkan modul kursus Pengajian Kenegaraan mengikut topik berkonsepkan Pembelajaran Abad ke-21. Hasil kajian literatur mendapati pembelajaran abad ke-21 memberi kesan yang positif kepada sikap, motivasi, penguasaan ilmu pelajar dan tidak hanya tertumpu kepada fakta dan teori semata-mata. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran abad ke-21 perlu banyak diaplikasikan dalam pengajaran supaya pelajar lebih berdaya saing. Yang paling penting, ibu bapa memahami dan menyokong penuh transformasi pendidikan yang melibatkan proses pembelajaran abad ke-21. Dapat dikatakan pembelajaran abad ke-21 menjadikan pendidikan sedia ada lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam penyelidikan ini, kursus Pengajian Kenegaraan (HNP2012) dipilih untuk dibangunkan sebuah modul aktiviti PdP berkonsepkan pembelajaran abad ke-21. Kursus ini dipilih kerana, kursus wajib universiti yang melibatkan semua program dan sesuai bagi memenuhi salah satu tujuan pembelajaran abad ..... 444 hits |
6 | 2021 article | Kesan pembelajaran abad Ke-21 melalui aplikasi Google Classroom terhadap pencapaian penguasaan pengetahuan Sejarah M. Kaviza Kajian eksperimen-kuasi dengan reka bentuk faktorial 3 X 2 ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran abad ke-21 terhadap pencapaian penguasaan pengetahuan sejarah dalam kalangan murid berdasarkan jantina. Sampel kajian ini merupakan 41 orang murid Tingkatan Dua yang telah ditentukan berdasarkan teknik persampelan berkelompok. Instrumen kajian ini merupakan ujian pencapaian sejarah yang berbentuk item objektif yang telah disahkan kandungan dan konstruknya oleh pakar-pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan, indeks diskriminasi dan indeks kesukaran yang baik. Data kajian ini telah dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian Split Anova dengan menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini telah melaporkan bahawa pembelajaran abad ke-21 melalui aplikasi Google Classroom adalah berkesan terhadap pencapaian penguasaan pengetahuan sejarah walaupun jantina dilaporkan tidak mempengaruhi pencapaian penguasaan pengetahuan sejara dalam kalangan ..... 312 hits |
7 | 2023 final_year_project | Cabaran guru pelatih Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 semasa menjalankan latihan mengajar di sekolah Nur El Sofia Zulqurnain Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih
Pendidikan Islam terhadap PAK-21 semasa menjalankan latihan mengajar 1. Kontruk
kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan guru pelatih Pendidikan Islam
UPSI terhadap PAK-21 semasa menjalankan latihan mengajar, mengkaji cabaran yang
dihadapi oleh guru pelatih Pendidikan Islam UPSI terhadap PAK-21 semasa
menjalankan latihan mengajar serta menganalisis dan mencadangkan penambahbaikan
terhadap PAK-21 daripada guru pelatih Pendidikan Islam UPSI. Sumber utama bagi
mendapatkan data kajian adalah melalui pendekatan kuantitatif. Responden dalam
kajian ini ialah melibatkan 60 orang guru pelatih Pendidikan Islam UPSI semester 6
dan semester 7 yang telah menjalankan latihan mengajar 1. Instrumen kajian yang
digunakan untuk mengumpul data kuantitatif adalah borang soal selidik. Analisis ini
dilaksanakan bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min dengan menggunakan
perisian Statistical Packages F..... 1555 hits |
8 | 2024 final_year_project | Tahap kesediaan dan motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 Mohd Hery Wansyah Bakri Tujuan kajian ini ingin mengenalpasti tahap kesediaan dan tahap motivasi guru
pelatih Fizik terhadap pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) serta
hubungan antara tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap
pelaksanaan PAK21. Kajian korelasi ini melibatkan 70 orang guru pelatih Fizik UPSI
yang dipilih melalui pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian merupakan borang
soal selidik (Google Form) yang menggunakan skala Likert empat mata dan
seterusnya dianalisis secara deskriptif dan inferensi (Spearman’s Rho) menggunakan
perisian Pakej Statistik bagi Sosial Sains (SPSS) untuk mengenalpasti tahap kesediaan
dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan PAK21 serta hubungan
antara tahap kesediaan dan tahap motivasi guru pelatih Fizik terhadap pelaksanaan
PAK21. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih Fizik terhadap
pelaksanaan PAK21 adalah di tahap yang sederhana dengan nilai min = 3.38 (s.p =
0.450). Manakala tahap motivasi ..... 43 hits |
9 | 2016 article | Keberkesanan teknik peta pemikiran terhadap peningkatan prestasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Nawawi Khairudin, Abdullah Norazilawati, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teknik peta pemikiran dalam meningkatkan tahap pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya, Ipoh, Perak. Kajian ini melihat tahap pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Arab selepas menggunakan teknik peta pemikiran. Kaedah kuasi eksperimen telah digunakan adalah kajian ini. Responden terdiri daripada 66 orang pelajar yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik untuk menyokong dapatan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0. Keputusan kajian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, min, sisihan piawai dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab telah meningkat selepas menggunakan teknik peta pemikiran. Kajian ini mempunyai implikasi kepada g..... 5728 hits |
10 | 2015 thesis | Analisis penguasaan kemahiran penaakulan saintifik, kemahiran proses sains dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar sekolah menengah di jajahan Bachok, Kelantan Azizah Mat Ail Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran penaakulan saintifik,kemahiran proses sains dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar sekolah menengah Jajahan Bachok, Kelantan. Responden terdiri daripada 293 orang pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat telah dipilih menggunakan pensampelan rawak berstrata. Kajian jenis kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan tiga instrumen iaitu soal selidik kemahiran abad ke-21, Ujian Bilik Darjah Lawson dan Ujian Kemahiran Proses Sains. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar adalah tinggi bagi setiap subskala kemahiran abad ke-21 dan sederhana bagi kemahiran proses sains dan rendah bagi kemahiran penaakulan saintifik. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran pemikiran inventif, komunikasi berkesan dan produktiviti tinggi berdasarkan tingkatan. Selain itu, terdapat perbezaan signifikan dalam penguasaan kemahiran pemikiran inventif dan produktiviti tinggi berdasarkan j..... 1173 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 10 | [ Next ] [ Last ] |