UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 60
Simplified search suggestions : alat bantu mengajar
12004
Thesis
Tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar di kalangan guru Matematik semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik disekolah menengah daerah Batang Padang, Perak
Johnson Savarimuthu
This study is a survey to identify the usage of ICT in teaching and learning Mathematics in secondary schools in Batang Padang District, Perak. The aspects that identify are the interest of using ICT, usage of ICT equipment and the promblems of using ICT by the teachers in teaching and learning Mathematics. A total of 100 graduate and non graduate and also with experienced and less experienced teachers from ten schools in Batang Padang District were selected as samples for this study. The purpose of this study is to gauge the teachers interest on ICT, usage of ICT equipment and the problems they are facing when using ICT in teaching and learning Mathematics in school. For this purpose all samples were answered the questionares which were prepared by the reseacher. Datas obtained from the questionares were analyzed by SPSS (Statistical Package for the Sosial Sciences) and interpreted to fulfil the survey questions. The results show that more than 80 % of the teachers were given a positi.....

3968 hits

22017
Thesis
Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar
Siti Sakinah Mohd Yusof
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif bagi meningkatkan kefahaman mengenai konsep pengaturcaraan dalam kalangan pelajar. Satu kajian berbentuk kuasi-eksperimen telah dijalankan di sebuah kolej di Perak. Sampel kajian terdiri daripada 91 orang pelajar telah dipilih berdasarkan markah ujian-pra mereka. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan dengan menggunakan persampelan bertujuan, 53 pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 38 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dalam kumpulan eksperimen telah dirawat dengan menggunakan alat bantu mengajar interaktif kontemporari manakala pelajar dalam kumpulan kawalan telah dirawat menggunakan alat bantu mengajar interaktif konvensional. Data telah dikumpulkan melalui ujian-pra dan ujian-pasca, dan ia dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan, analisis kovarians (ANCOVA) dan analisis tematik. Peningkatan yang signifikan dalam prestasi s.....

2447 hits

32019
Article
Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar
Alizah Lambri
Kajian ini bertujuan melihat alat dan bahan bantu mengajar (ABM/BBM) yang digunakan oleh pensyarah dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar di institusi pengajian tinggi. Dalam kajian ini, pelaksanaan pendekatan berpusatkan pelajar hanya dilihat dalam satu kursus Bahasa Melayu sahaja. Kajian ini melibatkan seorang pensyarah Bahasa Melayu sebagai peserta kajian utama, manakala pelajar yang terlibat semasa proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh kajian dibuat turut dijadikan sebagai informan. Dapatan kajian mendapati, terdapat pelbagai ABM/BBM yang digunakan oleh pensyarah bagi tujuan menggalakkan penglibatan aktif pelajar mengikuti sesi pembelajaran. Walau bagaimanapun, bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih lancar bersesuaian dengan perkembangan pedagogi abad ke-21 serta bagi menyahut cabaran Education 4.0, para pensyarah disarankan agar lebih peka terhadap perkembangan teknologi terkini agar pelbagai ABM/BBM dapat digunakan di dalam kelas b.....

1846 hits

42021
Final Year Project
Pembinaan transformation Geoboard sebagai alat bantu mengajar untuk tajuk transformasi isometri tingkatan dua
Aishah Syawallina Ahmad Zazali
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina sebuah alat bantu mengajar iaitu Transformation Geoboard yang mempunyai kesahan dan kebolehgunaan yang tinggi. Pembinaan Transformation Geoboard ini adalah untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk Transformasi Isometri Tingkatan Dua. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan kerana kajian ini melibatkan pembinaan produk. Terdapat dua jenis instrumen bagi kajian ini, iaitu Soal Selidik Kesahan Muka dan Kandungan Transformation Geoboard dan Soal Selidik Kebolehgunaan Transformation Geoboard. Data yang diperolehi daripada instrumen yang melibatkan kesahan Transformation Geoboard dianalisis untuk mendapatkan nilai peratusan kesahan kandungan Transformation Geoboard yang dibina. Manakala, data daripada instrumen yang melibatkan kebolehgunaan Transformation Geoboard dianalisis untuk mendapatkan nilai skor min. Kesahan kandungan Transformation Geoboard dalam kajian ini diperolehi daripada tiga orang pakar iaitu d.....

2022 hits

52023
Final Year Project
Kebolehgunaan alat bantu mengajar (ABM) Interactive Mechanical terhadap guru pelatih bagi mata pelajaran RBT tingkatan 2 topik Reka Bentuk Mekanikal
Muhammad Farisdzul Hilham Aminzaki
Kajian ini dijalankan untuk melihat kebolehgunaan alat bantu mengajar (ABM) Interactive Mechanical di kalangan guru-guru pelatih RBT mata pelajaran RBT Tingkatan 2 topik Reka Bentuk Mekanikal. Kajian ini dijalankan berdasarkan kajian di Institut Pendidikan Guru mengenai amalan pedagogi guru pelatih pengkhususan dalam mata pelajaran RBT mendedahkan bahawa guru pelatih lebih cenderung menggunakan pendekatan PdPc tradisional yang berpusatkan guru, kurang integrasi teknologi, dan tidak memenuhi pembaharuan matlamat kurikulum. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kebolehgunaan ABM Interactive Mechanical sebagai pemudahcara khusus guru pelatih RBT untuk mengajar dalam topik Reka Bentuk Mekanikal mata pelajaran RBT Tingkatan 2. Objektif kajian dijalankan untuk membangunkan sebuah ABM Interactive Mechanical bagi topik Reka Bentuk Mekanikal sebagai bahan rujukan kepada guru pelatih terhadap penguasaan pelajar RBT Tingkatan 2 dan menilai kesahan kebolehgunaan ABM Interactive Mechanica.....

2485 hits

62023
Final Year Project
Tahap keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dalam subjek sains sukan
Diana Rinie Sawan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam subjek Sains Sukan. Kajian ini adalah sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Pemilihan sampel kajian subjek kajian dijalankan secara persempelan rawak berkelompok bertujuan melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 6. Kajian rintis telah menunjukkan bahawa soal selidik ini mempunyai nilai kesahan yang tinggi iaitu 0.776. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif yang menjelaskan frekuensi, peratusan, min dan Korelasi Pearson pelajar terhadap tahap kemahiran, tahap pelaksanaan dan tahap keberkesanan guru dengan penggunaan ABM. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap kemahiran guru menggunakan ABM secara keseluruhannya mempunyai nilai min di tahap yang tinggi iaitu 4.4333. Hal yang sama berlaku kepada tahap pelaksanaan guru menggunakan ABM juga menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu 4.5778. Ujian ko.....

1449 hits

72022
Thesis
Kesan pengaplikasian alat bantu mengajar pengaturcaraan kawalan logik (PLC) ke atas pencapaian akademik pelajar kursus motor elektrik Sekolah Vokasional di kawasan Aceh, Indonesia
Hendri Pratama
Alat bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran. Pengaplikasian alat bantu mengajar dalam proses PdP adalah perlu bagi guru agar penyampaian maklumat disampaikan dengan lebih jelas dan sistematik agar lebih mudah difahami. Penyelidikan ini bertujuan membangun dan mengaplikasikan alat bantu mengajar Pengatucaraan Kawalan Logik (PLC) sebagai sarana bagi membantu guru dalam meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik pelajar pada kursus motor elektrik di sekolah vokasional. Alat bantu ini telah dibangunkan oleh penyelidik berdasarkan model reka bentuk ADDIE dan telah disahkan oleh tiga orang pakar. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen dan melibatkan dua kumpulan pelajar yang mempelajari kursus motor elektrik. Populasi (N=333) dalam kajian ini adalah pelajar sekolah vokasional tingkatan 3 di kawasan Aceh, Indonesia. Bilangan sampel adalah seramai 98 orang, terdiri dari kumpulan rawatan (n=50) dan kumpulan kawalan (n=48) yang dipilih dengan teknik rawak klu.....

638 hits

82023
Final Year Project
Pembangunan Alat Bantu Mengajar: Laci Interaktif Prinsip Inventif bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2
Siti Suhaila Yusop
Kajian ini bertujuan untuk membangunan Alat Bantu Mengajar: Laci Interaktif Prinsip Inventif Bagi Subjek Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 2. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keperluan Alat Bantu Mengajar: Laci Interaktif Prinsip Inventif Bagi Subjek Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 2, membangunkan Alat Bantu Mengajar: Laci Interaktif Prinsip Inventif Bagi Subjek Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 2, serta mengenalpasti tahap kebolehgunaan Alat Bantu Mengajar: Laci Interaktif Prinsip Inventif Bagi Subjek Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 2, berdasarkan daripada perspektif pakar. Kajian ini berasaskan Teori Pembelajaran, Teori kognitif dan Teori Konstruktisma yang mana reka bentuk kajian adalah dibangunkan berdasarkan model ADDIE. Kebolehgunaan yang dihasilkan dinilai oleh 3 orang pakar yang terdiri daripada 1 orang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Penyelesaian Masalah Secara Inventif dan 2 orang guru mat.....

319 hits

92023
Final Year Project
Pembangunan alat bantu mengajar \Explore 3D Box\ dalam meningkatkan kemahiran visualisasi lukisan 3D bagi pelajar Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Muhammad Faiz Zakwan Suhaimi
Kemahiran visualisasi secara meluasnya telah dikaji oleh kebanyakan universiti, institusi latihan dan politeknik khususnya dalam bidang kejuruteraan diperingkat pendidikan pengajian tinggi. Isu yang sering timbul berkaitan kemahiran ini ialah, lemahnya pelajar teknikal dan vokasional dalam kemahiran visualisasi dan kesukaran untuk pelajar menguasai kemahiran ini. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan alat bantu mengajar dalam rangka meningkatkan kemahiran visualisasi lukisan 3D pelajar Pendidikan Teknikal dan vokasional. Pembangunan ABM “Explore 3D Box telah dibangunkan untuk tujuan sebagai ABM bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan topik lukisan 3D. Sasaran utama dalam pembangunan ABM ini adalah kepada guru dan pelajar. Guru menggunakan produk ini sebagai alat bantu mengajar dan pelajar boleh gunakan produk ini sebagai pembelajaran interaktif. Bagi menilai produk ini, kaedah temu bual telah digunakan yang mana melibatkan 5 orang tenaga pakar dari bidang yang berkait.....

314 hits

102023
Final Year Project
Pembangunan Alat Bantu Mengajar (ABM) Piecemeal 3D Kit Jahitan Kekal bagi pembelajaran subtopik teknik cantuman (jahitan tangan)
Nelson Jambul Holies Gra
Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif, iaitu mengenalpasti Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai bagi Subtopik teknik cantuman (Jahitan Tangan); membangunkan, dan menilai kebolehgunaan ‘Piecemeal 3D Kit Jahitan Kekal’ sebagai ABM bagi subtopik teknik cantuman (jahitan tangan). Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan model ADDIE. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini, di mana instrumen temu bual separuh berstruktur dilaksanakan terhadap lima (5) orang pakar. Lima (5) pakar dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman mengajar dalam bidang fesyen/jahitan, terutamanya berkaitan dengan subtopik teknik cantuman (jahitan tangan). Dapatan kajian diperolehi daripada inventori protokol temu bual dianalisis melalui analisis kandungan. Hasil dapatan kajian menunjukkan maklum balas yang positif daripada kelima-lima pakar dan membuktikan bahawa pembangunan ABM ini berjaya mencapai objektif kajian. Walau bagaimanapun, beberapa komen, cadangan penambahb.....

425 hits

[First] [Prev] Page 1 of 6 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.