UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Indah Miftahusolihah Marhaban |
1 | 2020 article | Keberkesanan alat inovasi 2C (Clip & Count) dalam aktiviti operasi tambah terhadap kanak-kanak tadika Indah Miftahusolihah Marhaban Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan alat inovasi 2C (Clip & Count) dalam aktiviti operasi tambah terhadap kanak-kanak berusia 6 tahun. Kajian ini dijalankan terhadap kanak-kanak tadika yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam kemahiran operasi tambah. Persampelan rawak bertujuan dipilih untuk memilih empat orang kanak-kanak berusia 6 tahun yang bersesuaian dengan kajian di salah sebuah tadika swasta di daerah Sabak Bernam. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Pengumpulan data kajian telah dilakukan melalui ujian saringan, ujian pra dan pos, pemerhatian serta temu bual.
Hasil kajian menunjukkan penggunaan alat inovasi 2C (Clip & Count) dalam kemahiran operasi tambah lingkungan nombor 1 hingga 15 terhadap kanak-kanak berusia 6 tahun adalah berkesan. Berdasarkan dapatan, kajian ini diharapkan dapat membantu guru prasekolah menggunakan inovasi dalam pendidikan bagi topik pendidikan awal matematik dengan berkesan.
..... 572 hits |