AbstractKajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran guru-guru Sejarah. Kemahiran pemikiran sejarah yang dikaji ini dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu memahami kronologi, membuat imaginasi, meneroka bukti, membuat interpretasi dan membuat rasionalisasi. Kajian ini juga bertujuan melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran guru-guru Sejarah dengan lokasi sekolah yang dilihat dari sudut sekolah yang terletak di bandar dan luar bandar. Kajian ini menggunakan kaedah survey dan data untuk kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan empat daripada enam buah sekolah menengah di daerah Hilir Perak, Perak. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0. Dapatan kajian menunjukkan, guru melaksanakan kemahiran pemikiran sejarah bagi setiap item dalam setiap .....