UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Low Lee Kean |
1 | 2015 thesis | Intervensi awal bahasa isyarat terhadap penguasaan kod tangan bahasa Melayu (KTBM) dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran Low, Lee Kean Objektif kajian ini ialah untuk meneliti penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu dan Bahasa Isyarat Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak bermasalah pendengaran di peringkat intervensi awal. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dipilih untuk menjawab dua persoalan kajian. Dua set instrumen telah digunakan untuk memperolehi maldumat penguasaan Bahasa Melayu dan faktor yang mempengaruhinya. Seramai lima orang kanak-kanak bermasalah pendengaran, empat orang guru dan tiga orang ibu bapa dipilih menjadi responden melalui teknik persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid bermasalah pendengaran yang menguasai bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang lebih baik berbanding murid-murid bermasalah pendengaran yang menguasai Bahasa Isyarat Malaysia. Kajian juga mendapati faktor ibu bapa, diri murid, guru dan persekitaran mempengaruhi penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu. Implikasi kajian ini menunjukkan..... 2055 hits |
2 | 2018 article | Persepsi penduduk terhadap faktor luaran bencana banjir monsun: kajian kes di Kota Bharu, Kelantan Ang, Kean Hua Kajian ini dijalankan untuk menilai persepsi penduduk terhadap faktor luaran bencana banjir monsun di Kota Bharu, Kelantan. Kajian melibatkan kaedah kuantitatif dengan soal selidik digunakan untuk mengutip data. Seramai 400 orang responden ditetapkan melalui persampelan secara rawak mudah dan pemilihan responden adalah penduduk yang menetap di sepanjang sungai Kelantan bermula dari Kampung Limau Manis ke Kampung Banggol. Penyelidikan ini menggunakan analisis deskriptif dan item soal selidik melibatkan skala likert melalui pendekatan ‘close-ended’. Keputusan menunjukkan majoriti penduduk tempatan memberi reaksi positif dalam sistem ramalan dan amaran tentang hujan lebat dan banjir yang menjadi panduan orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga. Selain itu, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pos Kawalan Operasi Bencana (PKOB) diwujudkan untuk membantu dan mengurangkan kesusahan mangsa banjir dengan menyediakan peralatan seperti bot, pacuan 4 roda, dan lain-lain berada dalam keadaan..... 563 hits |