UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 8
Simplified search suggestions : M Kaviza
12018
article
Sources-Peer Instruction: kaedah untuk meningkatkan pencapaian pemahaman sejarah dalam kalangan murid berpencapaian rendah
M. Kaviza
Pemahaman sejarah yang rendah terhadap fakta dan konsep sejarah yang abstrak dalam sesuatu peristiwa sejarah merupakan cabaran kepada murid berpencapaian rendah. Malah, penghafalan fakta daripada buku teks menyebabkan murid tidak memahami makna di sebalik peristiwa sejarah tersebut yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah tidak menarik dan berpusatkan guru. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada pencapaian pemahaman sejarah dapat dipertingkatkan melalui kaedah Sources-Peer Instruction yang diperkenalkan ke dalam mata pelajaran sejarah bagi murid berpencapaian rendah. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah kategori luar bandar di negeri Perlis yang melibatkan seramai 31 orang murid Tingkatan Empat yang berpencapaian rendah yang dipilih dengan teknik persampelan bertujuan bagi Topik Tamadun Awal Manusia. Model Kemmis dan McTaggart, (1988) digunakan dalam reka bentuk kajian tindakan dalam kajian ini yang melibatkan pengumpulan data seca.....

429 hits

22018
article
Pengalaman mengajar atau latihan profesional guru dalam mempengaruhi penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah
M. Kaviza
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sama ada aspek pengalaman mengajar atau latihan professional guru lebih mempengaruhi penerapan kemahiran pemikiran sejarah di sekolah menengah. Kajian ini yang menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melalui soal selidik yang melibatkan seramai 92 orang guru sejarah di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia. Soal selidik yang telah diadaptasi digunakan dalam kajian ini dan telah disahkan oleh pakar bidang pendidikan sejarah serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel tak bersandar, ujian ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson dengan menggunakan perisian “IBM SPSS Statistics” versi 24. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan guru sejarah berada pada tahap sederhana. Latihan professional guru lebih mempengaruhi tahap penerapan kemahiran pemikiran sejarah di sekolah. Implikasi kaji.....

537 hits

32018
article
Kesan penggunaan teknik peer instruction dengan pendekatan kelas flipped terhadap pencapaian pemahaman konsep sejarah
M. Kaviza
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan teknik peer instruction dengan pendekatan kelas flipped terhadap pencapaian pemahaman konsep sejarah dalam kalangan murid Tingkatan Empat. Kajian ini merupakan kajian eksperimen dengan reka bentuk faktorial 2 X 2 yang melibatkan seramai 122 orang murid dari dua buah sekolah yang dikategorikan sebagai kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ujian pencapaian pemahaman konsep sejarah yang dibina sendiri oleh pengkaji bagi topik Perkembangan di Eropah merupakan instrumen kajian ini yang telah disahkan oleh pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan, indeks kesukaran dan diskriminasi yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics. Analisis inferensi yang digunakan adalah ujian-t Sampel Tak Bersandar dan ujian ANOVA Dua Hala. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid dalam kumpulan eksperimen (pendekatan flipped dengan teknik peer instruction) dapat me.....

544 hits

42018
article
Hubungan antara kesediaan dalam pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah dengan motivasi instrinsik
M. Kaviza
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kesediaan dalam pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah dengan motivasi instrinsik dalam kalangan murid. Kajian ini berbentuk tinjauan secara korelasi yang melibatkan sampel kajian seramai 521 orang murid Tingkatan Empat di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik yang telah diadaptasi dan disahkan oleh pakar pendidikan sejarah serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian korelasi Pearson dan ujian Regresi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesediaan pembelajaran berasaskan sumber-sumber sejarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap mempunyai hubungan linear positif yang amat tinggi secara signifikan terhadap motivasi instrinsik dalam kalangan murid. Tambahan pula, pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam kesediaan pembelajaran bera.....

791 hits

52019
article
Penerokaan kemahiran terarah kendiri melalui analisis sumber teks Sejarah
M. Kaviza
Kajian eksperimen ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada kemahiran terarah kendiri dapat dijana melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menganalisis sumber teks sejarah. Seramai 55 orang murid Tingkatan Empat yang dipilih melalui teknik persampelan cluster terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang diadaptasi dan disahkan oleh pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel berpasangan melalui perisianIBMSPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kemahiran terarah kendiri berada pada tahap sederhana dan terdapat peningkatan kemahiran terarah kendiri antara ujian pra dan ujian pasca dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan aktiviti menganalisis sumber-sumber teks sejarah adalah berpotensi untuk menjana kemahiran terarah kendiri dalam diri murid-murid bagi membentuk proses pembelajaran yang lebih berm.....

572 hits

62020
article
Satu tinjauan terhadap tanggapan guru-guru dalam penggunaan platform Google Classroom bagi proses pembelajaran Sejarah
M. Kaviza
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menyelidik terhadap tanggapan seramai 60 orang guru dalam penggunaan platform Google Classroom bagi proses pembelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang telah disahkan kesahannya serta memperolehi nilai kebolehpercayaan yang baik. Data yang diperolehi dari kajian ini dianalisis berdasarkan statistik deskriptif dan statistik inferensi melalui ujian-t sampel tak bersandar dengan menggunakan perisian IBM SPSS.  Dapatan menunjukkan tahap tinjauan berdasarkan tanggapan guru-guru dalam penggunaan platform Google Classroom adalah tinggi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap tinjauan berdasarkan tanggapan guru lelaki dan guru perempuan dalam penggunaan platform Google Classroom berada pada tahap tinggi, walaupun dapatan kajian turut membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min tinjauan terhadap tanggapan guru-guru dalam penggunaan platform Google Classroom berdasarkan jantina.  Implikasi kaji.....

520 hits

72020
article
Motivasi intrinsik dan kemahiran berfikir kritis dalam pembelajaran sejarah berasaskan analisis sumber-sumber teks: satu kajian faktorial
M. Kaviza
Kajian eksperimen dengan reka bentuk faktorial 2 X 2 ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran sejarah berasaskan analisis sumber-sumber teksterhadap motivasi intrinsikberdasarkan kemahiran berfikir kritis.Kajian ini melibatkan seramai 111 orang murid Tingkatan Empat dari dua buah sekolah menengah harian di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia.Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian pemikiran kritis dan soal selidik Intrinsic Motivation Inventoryyang diadaptasi yang telah disahkan oleh pakar penilai dalam bidang sejarah serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik.Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t Sampel Tak Bersandar dan ujian ANOVA Dua Hala. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min motivasi intrinsik yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min motivasi intrinsik yang signifikan bagi murid kemahiran berfikir .....

467 hits

82021
article
Kesan pembelajaran abad Ke-21 melalui aplikasi Google Classroom terhadap pencapaian penguasaan pengetahuan Sejarah
M. Kaviza
Kajian eksperimen-kuasi dengan reka bentuk faktorial 3 X 2 ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran abad ke-21 terhadap pencapaian penguasaan pengetahuan sejarah dalam kalangan murid berdasarkan jantina. Sampel kajian ini merupakan 41 orang murid Tingkatan Dua yang telah ditentukan berdasarkan teknik persampelan berkelompok. Instrumen kajian ini merupakan ujian pencapaian sejarah yang berbentuk item objektif yang telah disahkan kandungan dan konstruknya oleh pakar-pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan, indeks diskriminasi dan indeks kesukaran yang baik. Data kajian ini telah dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian Split Anova dengan menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini telah melaporkan bahawa pembelajaran abad ke-21 melalui aplikasi Google Classroom adalah berkesan terhadap pencapaian penguasaan pengetahuan sejarah walaupun jantina dilaporkan tidak mempengaruhi pencapaian penguasaan pengetahuan sejara dalam kalangan .....

297 hits

Filter
article ... (8)



Specific Period







Top 5 related keywords

+M +Kaviza




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.