UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 10
Simplified search suggestions : Marzuki Mazdi
12003
monograph
Impak pembangunan terhadap alam sekitar di Lembah Bernam
Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Marzuki Mazdi,
2204 hits

22003
monograph
Penggunaan pengangkutan jalan raya dan keselamatan pelajar sekolah: kajian di Batang Padang
Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
1825 hits

32006
book_section
Impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands
Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahankemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan me.....

2296 hits

42006
book_section
Penggunaan pengangkutan jalan raya dan keselamatan pelajar sekolah : kajian kes di Majlis Daerah Tanjong Malim
Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan majlis daerah di Daerah Batang Padang, iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim. Kajian ini melibatkan 5 buah sekolah menengah, iaitu sebanyak 3 buah di Tanjong Malim dan 2 buah di Sljm River. Jumlah sampel kajian ialah 429 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Kaedah kajian yang dijalankan adalah temu bual, pemerhatian dan catatan, analisis" keadaan basikal dan kaji selidik. Responden berpendapat tahap perkhidmatan bas yang ada pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, kecuali dari segi jumlah perkhidmatan bas serta tempat duduk yang tidak mencukup- bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Melalui kajian ini juga didapati jarang berlaku perkara-perkara seperti .....

848 hits

52006
book_section
Kajian impak pembangunan terhadap alam sekitar di Lembah Bernam (Tanjong Malim)
Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Marzuki Mazdi,
Dalam tempoh dua puluh tahun kebelakangan ini, isu-isu dan krisis alam sekitar hangat diperkatakan dan ia sering dikaitkan dengan proses pembangunan ekonomi dan sektoral yang berlaku di sesebuah negara atau wilayah. Dalam usaha memastikan arus pembangunan perdana sampai kepada seluruh masyarakat, kerajaan mengambil pendekatan mewujudkan kawasan/koridor pembangunan baru khususnya ke bahagian selatan dan utara dari Lembah Kelang. Dalam hal ini. Lembah Bemam menjadi fokus utama kerana kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur-Ipoh-Pelabuhan Kelang. Pelbagai projek pembangunan utama telah dirancang dan mula bertapak di Lembah Bernam seperti Taman Perindustrian Bernam, Behrang 2020 dan Bandar Proton. Lembah Bernam agak unik dari segi kedudukan kerana melibatkan kepentingan dua negeri antara Selangor dan Perak, berada di kaki Banjaran Titiwangsa, mempunyai banyak sistem saliran yang menyokong sungai utama, iaitu Sungai Bernam, iklim mikro yang agak dingin, persekitaran yang masih seles.....

1806 hits

62014
article
Mengupas keciciran pelajar Orang Asli Malaysia: suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah
Marzuki Mazdi, Mapjabil Jabil, Mohd Zainol Rosmiza,
Pelajar Orang Asli didapati masih jauh ketinggalan dalam sektor pendidikan di Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada keciciran pelajar Orang Asli dalam pelajaran. Antaranya ialah masalah aksesibiliti kepada kemudahan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap aksesibiliti untuk ke sekolah dalam kalangan pelajar Orang Asli di daerah Tapah. Kajian dilakukan terhadap pelajar Orang Asli yang bersekolah di SMK Seri Tapah dan SMK Tapah yang merupakan dua buah sekolah yang paling ramai pelajar Orang Asli. Kajian melibatkan penggunaan kaji selidik, pemerhatian dan temu bual dengan guru serta maklumat daripada Sistem Maklumat Murid. Hasil kajian mendapati bahawa pengangkutan awam disediakan kepada pelajar Orang Asli seperti bas sekolah dan trak. Namun begitu, operasi perkhidmatan pengangkutan yang disediakan masih kurang memuaskan dari segi kualiti, bilangan dan perkhidmatan. Dari segi jarak, secara purata pelajar Orang Asli terpaksa melakukan per.....

914 hits

72012
monograph
Perancangan dan pengurusan ke arah pembentukan pengangkutan dan lalu lintas lestari di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Marzuki Mazdi,
Perancangan dan pengurusan pengangkutan yang lestari dan efisien penting dalam membentuk kampus lestari. Pelbagai masalah berkaitan pengangkutan dan lalu lintas seperti keselamatan pejalan kaki, kemudahan laluan basikal yang tiada, kualiti bas yang kurang memuaskan dan ketidakcukupan tempat parkir menjadi isu di kebanyakan kampus di Malaysia. Tujuan kajian ini untuk mengkaji isu-isu pengangkutan dan lalu lintas yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Isu ini menjadi halangan kepada pembentukan kampus lestari di UPSI. Metdologi kajian melibatkan kaji selidik kepada pelajar yang berjalan kaki, berbasikal dan yang menggunakan bas kitaran. Kaedah bancian parkir digunakan untuk mengkaji ketidakcukupan tempat parkir. Hasil kajian mendapati kualiti bas kitaran di UPSI masih berada dalam keadaan kurang memuaskan daripada aspek fizikal bas dan elemen keselarnatan. Kajian mendapati bagi pelajar yang berjalan kaki ialah mereka yang tinggal berharnpiran dengan kampus UPSI. Merek.....

608 hits

82013
monograph
Aksesibiliti geografi untuk trip sekolah di kalangan masyarakat Orang Asli: kajian di Majlis Daerah Tapah
Marzuki Mazdi,
Aksesibiliti merupakan elemen yang penting dalam proses kehidupan pelajar untuk trip sekolah. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap aksesibiliti geografi untuk trip sekolah dalam kalangan masyarakat orang Asli di Daerah Tapah. Metodologi kajian melibatkan kaji selidik kepada pelajar, pemerhatian di lokasi kajian dan temu bual dengan guru kaunselor dan pengetua. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan mod pengangkutan yang digunakan oleh pelajar orang Asli untuk trip sekolah. Bas dan trak merupakan pengangkutan utama yang digunakan untuk trip sekolah. Aspek sosioekonomi juga menunjukkan ahli keluarga pelajar orang Asli berada dalam tahap yang rendah daripada aspek pendidikan, pendapatan, pemilikan kenderaan kecuali motosikal dan pemilikan lesen. Faktor pemilihan kenderaan juga berbeza antara pengguna motosikal, kereta, berjalan kaki dan pengguna pengangkutan awam. Kajian terhadap jarak dan masa menunjukkan kedua-dua elemen ini memberi masalah kepada tahap aksesibiliti pelajar oran.....

707 hits

92015
article
Pelancongan Islam: suatu tinjauan konseptual dan relevannya di Malaysia
Mapjabil Jabil, Abd Razak Ratna Roshida, Marzuki Mazdi, Mohd Zainol Rosmiza,
Peristiwa 9/11 membawa suatu dimensi baru dalam perkembangan Pelancongan Islam di peringkat global. Selepas tahun 2001, trend penganjuran persidangan antarabangsa dan penerbitan dalam Pelancongan Islam semakin mendapat perhatian serius dalam kalangan sarjana. Selain itu, pola dan aliran ketibaan pelancong antarabangsa telah berubah dan memberikan manfaat kepada pembangunan pelancongan di negara Islam. Pelancongan Islam sering dikaitkan dengan pelancongan budaya, keagamaan dan spiritual. Sehingga kini, tidak terdapat satu pengertian yang khusus tentang konsep pelancongan Islam. Kepentingan dan keperluan perjalanan dalam Islam ditegaskan dalam beberapa surah Al-Quran. Ia turut berkait rapat dengan beberapa konsep perjalanan dalam Islam seperti haji, umrah, rihlah, ziyara dan tabligh. Daripada perspektif Islam, konsep pelancongan dilihat dalam spektrum yang lebih luas. Ia adalah suatu ibadah, manifestasi dalam menghayati kebesaran ciptaan Ilahi dan mendapatkan keredhaanNya. Pelancongan Is.....

997 hits

102019
article
The potential of rice straw in agricultural activities in the Mada Region of Kedah, Malaysia
Mazdi Marzuki
Ineffective straw management by open field burning, leaving it on the field, and dumping it in landfill causes serious environmental degradation and adversely affects public health. This study assesses the level of farmers’ knowledge on straw potential and the benefits of using straw in agricultural activities. Descriptive analysis was carried out on 160 farmers in the Muda Agricultural Development Authority (MADA) agricultural region in Kedah who manage straw in an environmentally-friendly manner. Results show that most of farmers lack knowledge in using straw in agricultural activities. The interviews revealed that the re-use of straw in the agricultural activities would enhance soil quality, improve the growth quality of plant, improve livestock and seedling germination, increase yield production; and reduce the cost of farm management. Given the economic value and high potential, straw could stimulate the wider rural economy through added-value as well as generally increase the s.....

671 hits

Filter
article ... (11)
book_section ... (3)
monograph ... (4)
research_report ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Marzuki +Mazdi +Ishak +Abdul +Jalil

+Che +Ngah +Mohamad +Suhaily +Yusri +Marzuki +Mazdi

+Che +Ngah +Mohamad +Suhaily +Yusri +Marzuki +Mazdi +Ishak +Abdul +Jalil

+Mapjabil +Jabil +Abd +Razak +Ratna +Roshida +Marzuki +Mazdi +Mohd +Zainol +Rosmiza

+Marzuki +Mazdi +Mapjabil +Jabil +Mohd +Zainol +Rosmiza




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.