UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohamad Sufaisul Shamsudin |
1 | 2019 thesis | Pengekalan identiti budaya dan nilai murni pelajar Orang Asli: satu kajian kes di PIPOA Kuala Rompin Pahang Mohamad Sufaisul Shamsudin Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki pengekalan identiti budaya dan nilai murni dalam kalangan pelajar Orang Asli di Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Kuala Rompin. Pelajar Orang Asli di Kuala Rompin ini terdiri daripada suku kaum Jakun, Jahut, Kuala dan Semai. Kajian ini melihat bagaimana aspek persekitaran khususnya peranan PIPOA sebagai pusat pendidikan menjadi medium untuk mengekalkan identiti budaya dan nilai murni pelajar Orang Asli. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pemilihan responden kajian dijalankan secara persampelan bertujuan yang melibatkan 12 orang responden yang terdiri daripada 10 orang pelajar yang menetap di asrama PIPOA, seorang Ketua Unit PIPOA dan seorang GPK HEM SMK Rompin Permai. Dua jenis teknik pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif iaitu teknik temu bual separa berstruktur dan teknik pemerhatian digunakan. Kaedah analisis data dalam kajian ini adalah kaedah tematik menggunakan..... 1613 hits |